28.12.07

Sayonara 2007

Sayonara 2007…

Tahun berganti lagi. Entahlah. Dalam kepantasan masa dan kesibukan yang bertali arus, antara sedar dengan tidak kita bakal meninggalkan satu lagi tahun, seraya menginjak ke tahun baru, dan automatis menambahkan satu lagi angka dalam perjalanan kita menuju satu matlamat yang azali...

Terus, sepanjang tahun, terukir jalan jalan kenangan, tersemat nostalgia manis, terselit kisah pahit, terakam segala memori.. dan percayalah, ianya akan menjadi panduan bagi bakal hari – hari nan mendatang..

Lewat fikiran, pada sebuah pertemuan mahupun perpisahan, sama ada ianya mutlak mahupun sementara,bagai membina dinding - dinding keteguhan emosi, supaya menerima takdir dalam kecekalan dan dipayungi keredhaan..

Dalam kerendahan hati, memohon kesejahteraan yang berpanjangan, buat keluarga, teman – teman terulung, sahabat handai sekalian... moga moga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan, diselamatkan, diberkati..

Doa dan harapan, semoga diperkenankan, (segala apa yang baik – baik) tidak berhenti di sini..

Wah dalam nye maksud? Apa yang Jie merepek ni yu ols? Teeet.... *

SELAMAT BERSANDING... PENGANTIN BARU... DUDUK BERSANDING DI ATAS PELAMIN... buat AMER & LIN dan buat AJA & ZURA

Dan tetaplah tajuk album PELAMIN ANGANKU MUSNAH buat S.. chenta pertama Jie, dengar2 khabar dah bertunang dan tak lama lagi nak naik pelamin...Tahniah ...
*sambil buat muka nih!


Tahniah S... tunggulah time Jie pulak... * oops

26.12.07

COMEBACK KAK G!!!!

"DINGIN" ~ Terbaru daripada Kak G


At last!

Lagu baru Kak G (Dingin) dah mula dimainkan di corong2 radio.. apakah itu petanda album dia akan keluar tak lama lagi? * MATILAH BUNGA SEBAGAI PETANDA.. Ooops..

Yelah yu ols, last sekali album kakak kesayangan Jie tu keluar tahun 2001 (Aku Cintakan Mu) sekarang ni dah nak masuk 2008, tetaplah tajuk album TIADA DI PASARAN... tidak muncul2 jua.. so bila dah kuar single Dingin ni harap2 cepatlah keluar album dia tu.. dah tak sabo ni Kak G oiii...

Dah bertahun menunggu... dah kejung dah ni.. sekarang baru ada 8 lagu.. ada lagi 2 lagu kena rakam.. tapi sebagai peminat, kenalah jugak faham, dia pakai duit sendiri buat album dia kali ni, tambah pulak nak dapatkan lagu2 yang mengikut citarasa dia tu susah.. tu yang makan masa nak siap tu...

Apapun, bila Jie saja masuk forum sana sini, Alhamdulilah, ramai yang suka dengan lagu Dingin ni… kalau dengar betul2, boleh rasakan suara Kak G very fresh.. especially masa starting lagu ni.. suara very the segar gitu...

Bahagian chorus pulak “dinginnya getaran asmara.. sentuhan mula bermakna..” (bahagian yang Jie sangat suka yer... duk ulang2 nyanyi baris ni.. ayo.. meremang!) dan ending dia... very lain tone Kak G this time.. kejap2 kasar, lembut, gemersik tapi paling penting part jerit… trademark tu...kena ada ye tuan tuan puan puan…

Dan Jie nak share sikit... dialog fan yang rapat dengan Kak G berkenaan album dia yang dah berzaman nak siap itiu...

Kak G: Dah beli album adik iT dik? Dah keluar kan?


Fan: Ayo.. perlu kezz? Ni ha, orang tengah tunggu album ZIANA ZAIN ni ha. Cuba kak G pegi tanya ZIANA ZAIN tu... bila nak keluar album dia nih??

Ayo.. berani kan? nasib baik Kak G tak ngamok yu ols... wakaka..

14.12.07

Sebak

Semalam Jie balik kerja awal daripada biasa.. (wah macam HOT FM pulak.. lebih hangat daripada biasa.. TET!) Tujuan utamanya selain daripada nak hantar salah sorang daripada bos Jie ke LRT’s station, Jie balik awal sebab nak menjenguk mak Jie.. kebetulan dia ada kat rumah Mak Iti..

Alkisahnya semalam masa Jie call dia, dia kata nak ke Jusco Wangsa Maju, konon2 ada Chrismast Sale.. so, Jie kata kat dia, ha esok pas keje Jie datang ambik dia dan pastu kita pegi.. Dia okay sajo..

So, disebabkan Jie balik awal, sebelum 5.30 petang Jie dah sampai kat rumah Mak Iti Jie.. tengok tengok Mak Jie tengah mandikan Opah Jie...

(Tiba tiba ada back ground lagu tema bersama mu...)

Huuuuu.. Jie tak sangka Opah Jie dah senyanyuk itiu yu ols... Masa Jie sampai Jie salam dia, dia kata “Oh Ji datang”... dia duduk atas wheel chair... tersenyum... pastu masa Mak Jie sembahyang Jie duduk lah tepi Opah Jie tu.. tibe tibe dia bersuara...

“Ya Allah Ya Tuhanku, bangunkanlah Mak Iti”, dua tiga kali dia ulang ayat yang sama. Rupa rupanya dia ingat Mak Iti tidur. Padahal Mak Iti belum lagi balik kerja...

Lepas tu bila Jie kata, Opah, kejap lagi Mak Iti sampai. Dia angguk. Tak lama lepas tu dia bersuara balik...

“Ya Allah Ya Tuhanku, bangunkanlah Mak Iti, lama betul Mak Iti tidur ni...” Jie senyap..

Pulak lepas tu dia bersuara lagi...

“Ya Allah Ya Tuhanku, lambat betul Mak Iti ni balik kerja, cepatlah dia balik...” Ayo... Misteri Nusantara qah Opah Jie iniew yu ols?

Dan, tak lama lepas itiu Mak Iti Jie balik... selepas we ols makan Sate Kajang, mak Jie saja aje usik dia..

“Mak... nak ikut Jie balik Ipoh ke?”

Dia balas “Tak nak... kan kita kat Ipoh ni ”

Mak Jie tanya lagi... “Ye ke mak? Ni rumah sapa ni mak?”

“Tak tahu”


Mak Jie masih nak tanya lagi...

“Ni sapa mak?” sambil Mak Jie menunjuk ke arah dia dia sendiri.

“Tak tahu”

Lepas tu Mak Jie tanya dan tanya dia lagi.. tanya nama dia, nama anak anak dia yang lain, tanya nama arwah atok Jie (suami dia) , dan semua jawapan dia “tak tahu” yu ols...

Mak Jie, Mak Iti dan Jie tergelak dengan keletah dia... dalam pada itu, airmata kami turut bergenang....

* sebak *



13.12.07

I'm Sorry. Goodbye.

I got KM’s text message last night, he was about to depart to Jakarta at that time.

He wrote that he feels sorry for everything… doesn’t matter if I never ever wanted to speak to him again, yet he still wants to apologise for what he did…

My first reaction after reading that sms was “DELETE” but after a while, I did reply his text by saying "ALL D BEST.."

All night long, I have been thinking, maybe its just not the right time for me to accept and be nice to him again.. Maybe not now, not today, not tomorrow but I do believe maybe in one of these days…

Let it be…

He’s sorry. Ok. End of story.

Nevertheless, I wish him all the best for his future endeavors…

6.12.07

Ini Jalan Yang Ku Pilih!

Akan tiba satu masa, semua yang bermula pasti berakhir
Akan tiba satu detik, pertemuan dan persefahaman yang ada akan menuju garis akhir
Akan tiba satu ketika, segala yang manis menjadi pahit
Akan tiba satu waktu, pintu yang pernah terbuka akan tertutup...

Tapi...

Harus kita saling ingat mengingati ...
Pengakhiran bukanlah semestinya penamat
Perpisahan di garis akhir bukanlah semestinya penyudah
Kepahitan yang panjang bukanlah semestinya derita
Benar, pintu telah tertutup, namun cuba lihat sekeliling
Masih ada jendela yang samar terbuka...

Ini jalan yang ku pilih
Suka atau tidak
Bukan urusan sesiapa!!

Jie
6 Disember 2007

3.12.07

Mari Berpantun...

Secara terus menerus dari Tanjung Pelepas (tibe2 Tanjung Pelepas? Motif?) Jie bawakan PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH KINTA BARAT untuk peminat – peminat semua..

Tiba tiba pulak hari ni rasa macam nak berpantun... ate, moh le kita mule iye idak? Ha, Kak Put, apalagi kome, moh le kita berpantun... cobe jawab pantun mike nih.. (wah tibe- tibe Kak Put diajak berpantun katanya yu ols) *matilah Kak Put lagikkk terer berpantun kome oiii... juara peringkat Kota Lama Kiri katanya.. Oopsss...

Ambil bakul isi buah
Beri makan orang di Deli
Sepuluh kali pancing bertuah
Ikan tidak serahkan diri

Apa guna pisau raut
Raut rotan buat ampaian
Tidak terkail ikan di laut
Walau umpan bersalut intan

Arus deras laut Bentan
Mati menteri ditikam paduka
Kalau asal permata intan
Jatuh digelap bercahaya jua

Anak Cina belayar kapal
Pecah cermin terhantuk kemudi
Kait bunga galah tak sampai
Bunga biasa luruh sendiri

Baik baik jaga kemudi
Kita tahu pergi kuala
Selama banyak kain berkodi
Songket di gedung jarang jumpa

Beli kain buat purdah
Mana yang baik boleh dipilih
Disangka langit itu rendah
Dipandang dekat dicapai tak boleh

Kalau buat atap jerami
Jangan lupa atap ijuk
Kalau langit nak timpa bumi
Bolehkah ditahan dengan telunjuk?

Mari kita menebang buluh
Di dalam buluh ada ulat
Bukan senang mengenal tubuh
Di dalam tubuh ada sifat

Tinggallah bukit besi hangit
Tidak jauh dari pekan
Walaupun tinggi terbang melangit
Ke bumi jua carilah makan...

(Yelah kat langit ada ke Chillis yu ols? * Opps... )

* Haruslah akak lari dulu kan? Huhuhu....

30.11.07

Destinasi Cinta

Sabtu lepas…

Nervous gile ah ding dong daripada semalam (Jumaat) cos hari ni Jie akan ke Bandar K.. uiks untuk apa ye tatau? Hihi..

Yang penting, sebab gemuruh yaamatz, semalam Jie hanya dapat lelapkan mata apabila waktu dah menginjak ke jam 3.15 pagi.. dan pukul 8.15 pagi Jie dah bangun tidur, kemas2 apa yang patut, mandi.. terus ajak Kak Deeba kau breakfast dulu..

Makan, minum isap rokok segala puas2 dulu dan pukul 10.45 pagi Jie memulakan perjalanan ke Bandar K.. tajuk album tetaplah KINI MENUJU KE DESTINASI HEY HEY.. PUNCAK CINTA TERTINGGI HEY HEY.. wah tiba2 terus DESTINASI CHENTA..

Sepanjang perjalanan.. aduh.. gemuruh jiwa betul... macam2 perasaan ada.. takut, risau, gelisah, happy, semualah bercampur aduk.. betul ke apa yang Jie buat nih? Macamana pulak malam nanti? Wah tiba tiba tajuk album RESAH MALAM PENGANTIN.. huhu..

Alhamdulilah, Jie selamat sampai di Bandar K jam 2.05 petang.. yelah yu ols, Jie tak merempit langsung.. slow melow saja.. tapi kesian pulak kat YC yang dah menunggu kedatangan Jie sejak pukul 12 tengah hari lagi..

Nak dijadikan cerita, Jie tersesat laa pulak bila nak mencari hotel.. ayo, berpusing pusing jugaklah.. dalam 2.30 petang baru jumpa hotel.. Jie check in dulu then baru jumpa YC…

Masa 1st time dah nampak dia (daripada jauh) Jie masih gabra gile tak hengat.. yelah buatnya karang bila jumpa masing2 laarrik camne? Lari pelan2 tak apa yu ols, ni buat dia lari pecuts ala2 Rabuan Pit tak ke Jie nganga? Tak pasal2 Jie tukar short pants jugak feeling – feeling Jie lari ala2 Lydia D Vega sebelah dia...tetap.. (hm, ada ke sapa2 nak join lari jugak feeling2 jadi G Shanti? Ha Kak She? Uupsss)

Bismillahirohmanirohim... Fuh... bila 2nd time jumpa, alhamdulilah, masing2 tak berubah rasa.. masih seperti dalam fon, dalam sms, dalam email..

Dan saat itu, kami menikmati waktu2 kualiti kami berdua.. sepanjang hari, sepanjang malam, sepanjang waktu (wah tak tidur ke?) haha...

Dan selepas itu... sejarah telahpun tercipta!

Ayo... sejarah apa pulak? CCL yu ols!

Best nyerrrrrrrrrrrrrrrrrr……………….

Sedikit coretan untuk my circle of friends,

Jie paham, semua nak tengok Jie dan KM berbaik2 semula… ramai sungguh yang suruh.. semua cakap Jie maafkan lah dia (KM), tak seronoklah macam ni, dia nak kerja jauh tempat orang, tak baik buat dia macam ni…wah….

Persoalannya sekarang,

Ada ke dia mintak maaf ?


* Kau hengat ni hari raya nak mintak maaf segala?

29.11.07

Layaklah Dia!

Bos lama Jie, Encik M, ada satu rumah baru siap, apartment biasa di kawasan SG. So bila dia bukak mulut tanya Jie, kalau rumah tu dah siap, nak ke duduk situ? Jie terkujat jugak laa kan.. tiba tiba sajo.. tapi tetaplah Jie jawab secara baik... tengoklah macamana bos... nak jugak tengok rumah tu dulu macamana kan.. kaedahnya tidaklah menerima tawaran dan tidaklah juga menolak tawaran itiu.. konsepnya play safe, mengiyakan tidak, menidak kan juga tidak.. tajuk album tetaplah ANTARA IYA ATAU TIDAK...

So, nak dijadikan cerita, bila Jie bukak mulut pada KM, katakanlah kalau Jie nak pindah, nak cari housemate duduk dengan Jie, tup tup KM offer diri dia... diulang, dia sendiri offer diri dia ok.. katanya, dah tak larat nak travel hari2 dari Rawang so might as well duduk dengan Jie kalau Jie confirm pindah... so okaylah kan..

Dan Jie beritahu kat Encik M, nak tengok2 dulu rumah tu sebelum Jie & KM buat keputusan nak masuk ke tidak...

Arakian cerita, dalam 3 minggu lepas, (rasa2 hari Selasa tapi tak ingat berapa haribulan) Jie gigih apply leave semata2 nak pegi tengok rumah tu, bila ajak KM, dia tak dapat datang sebab ada meeting.. So tak kisahlahkan.. nak tengok2 aje bukannya nak buat apa pun..

Bila dah selesai tengok, Jie inform KM, kata kat dia rumah tu ok, selesa jugak kalau nak duduk. Then dia kata oklah kita proceed plan nak pindah..

Yang penting, Jie tanya dia (KM) betol2... ada apa2 plan tak dalam jangkamasa terdekat ni? Yelah esok baru pindah sebulan dua kut2 nak kawin la, nak tukar keja la, nak apa semuakan? Buat apa nak pindah kalau camtu.. Esok lusa Jie pening kepala balik nak cari housemate baru..

Dan jawapan dia TAKDE… TAKDE APA2 PLAN SO FAR..

Kebetulan, malam minggu (dalam minggu yang sama) Kak Deeba tanya Jie.. BETUL KE KM NAK PINDAH DUK SEKALI DENGAN KAU?

Jie kata BETULLAH... NAPE?

Kak Deeba kata, KC BARU CALL, DIA INFORM YANG KM DAPAT OFFER & NAK JOIN COMPANY DIA KAT JAKARTA.. DAH TU JADI KE RANCANGAN KORANG NAK MENYEWA TU?

Jie (dalam hati) rasa tak kan lah.. Jie jawab ENTAH TAKDE PULAK DENGAR APA2.. KM TAK CAKAP APA2 PUN? So Jie mengambil konsep mendiamkan diri sajo laa kan...

Sampailah satu hari, bos Jie, Encik M call Jie balik, dia tanya bila Jie plan nak pindah, sebab dia kata dia nak renovate kan rumah tu dulu, buat plaster ceiling kitchen cabinet segala... best kan? Dia siap tanya nak pasang apa lagi? Wah masa tu Jie rasa menang sangat.. Yelah ingat senang nak dapat bos camtu dalam dunia ni?

Jie apalagi kan.. dah orang nak pasang, menadah tangan sajalah.. dah rumah dia, suka hatilah dia nak buat apa pun kan..

So, Jie pun bagitahu laa KM, ni bos cakap dia nak renovate dulu.. pastu dia tanya nak apa2 lagi tak.. KM dengan confident cakap suruh laa bos pasang aircond sekali.. Dalam hati Jie wah sesedap dia aje kan...Cantik ke dia?

Selang beberapa hari, masa we ols jalan jalan cari makan kat Ampang Point, tup terkeluar daripada mulut sapa tatau pasal kerja baru KM tu.. orang tu mentioned KM nak blah dah join tempat baru.. Semua yang ada masa tu macam tercengang2... dan semua diam sajo.. tak bagi respon pun.. yang peliknya, dia langsung tanak bagitahu kat Jie? Motif??

Takpe, Jie diam dulu.. sehari dua lepas tu... dia bagitahu Jie dia ada interview (konon) padahal offer daripada company kat Jakarta ni bukan baru ye tuan tuan puan puan.. Dia dah pernah reject offer company ni dulu.. So, kukuh ke alasan dia mengatakan yang dia tanak beritahu we ols semua (especially Jie laa kan.. I looked it that way) sebelum dia betul2 dapat offer tu...

COME ON LAAA…

SEBAB MUSABAB YANG JIE NAIK DARAH :

1) PASAL APA MASA FIRST2 TIME JIE TANYA DIA… BETUL KE NAK PINDAH NI & DIA ADA ANY PLAN KE TAK DIA CAKAP DIA NAK PINDAH & TAKDE PLAN APE PON? MOTIF?

2) PASAL APA TANAK BAGITAHU YANG DIA DAH DAPAT OFFER KEJE BARU (DAN DAH DECIDE NAK PEGI) MASA JIE SIBOK2 NAK PEGI TENGOK RUMAH? KC DAH SAH2 CAKAP KM IS JOINING, DALAM MINGGU YANG SAMA JIE PEGI TENGOK RUMAH TU DAN JUGA DALAM MINGGU YANG SAMA BOS JIE OFFER BUAT RENOVATION YER KAWAN-KAWAN? TAK PULAK DIA CAKAP EH, I TAK JADI LAA PINDAH DUK DENGAN U…

AYO, KALAU CAKAP AWAL KAN SENANG... APSAL, DAH TAKDE MULUT KE NAK BERSUARA DAH? JADI BISU PLAK?

DEMI ALLAH, Jie sikit pon takde rasa dengki ataupun sakit hati bila dia dapat kerja baru
tu.. GOOD FOR HIM... tapi apsal nak kena sorok2? Boleh dapat kasut FERRAGAMO sepasang ke kalau tak bagitahu? Adui geram....

Jie punya perangai, bila dah menyampah macam ni alamatnya susah laa nak menegur sapa kan.. tapi seingat Jie, Jie still tegur dia (KM) masa lunch break hari Jumaat lepas..

Sampailah ke petang Selasa, dia ada call Jie..

“U marah I ke”

“Taklah” (walaupon…………)

“U marah I ke”

“Taklah.. (sabo lagi nih!)

“U marah I ke”

“Taklah.. (darah nak mula nak naik!)

“I tahu U marah I ”

“Taklah ...” (darah dah naik!)

“Yea.. diorang semua cakap U marah I ” (Ayo menjemputlah kan...)

Dan kesabaran maksimum sekali lagi tercemar bila soklan yang sama

“U marah I kan? ”

Terus akak jauhkan phone letak kat dahi terus hit key Jaclyn Victor... G#

“CEPATLAH!!! NAK CAKAP APA SEBENARNYA NIHHHH?” (mrasalah sarang tebuan dah kena jolok kan?)

Terus suara dia berubah. Tak lama lepas dia tanya something pasal keje terus hang up phone.

Dan semalam, dia datang.. Jie buat layan tak layan aje.. Kowser nak layan dia lagi.. Dah Jie bawak watak sentap takkan Jie nak keluarkan dialog ramah mesra pulak?

Tahu2 lepas tu dia (KM) mengadu.. konon konon Jie tak layan dia dan konon konon Jie nak putus kawan... Hummmm... Suka ati la..

Tak kisahlah kalau kawan2 kami nak kata Jie emo terlebih ke, mengada2 ke, perangai budak2 ke, itu ke ini ... tajuk album tetap I DONT CARE...

Dan yang paling penting, bila dah buat orang sentap, ada dia MINTAK MAAF?

NAN HADO OK... LAYAK LAH DIA..

Duh.....

28.11.07

Happy Birthday to BOBO...

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


buat Bobo... Happy Birthday to you.. Happy Birthday to you.. hadiahnya Jie belum belikan lagi... Tunggulah yer.. pasti ada punya.. Nini punya besday hari tu pun i ols belum belikan, YC punya besday pun tak belikan lagi.. pasni pulak besday Sharline dengan Datin Kyra alamat tahun depan ar baru belikan.. haha..ayo matilah hadiah sampai selepas kena carut..

apapun, Jie tak sempat nak hupdate panjang lebar cos banyak beno benda menanti Jie nih... kalau semua keje dah settle, i ols akan buat posting ok.. peminat peminat ku jangan larrrikkk pulak okies..

dan, Jie nak ucapkan WELCOME BACK WELCOME HOME buat Kak Deeba kerana dah kembali menulis di blognya.. yelah dah lama tak membaca nukilan Kak Deeba kau kan? Tup tup ada ada lay out baru, posting pun berdentum dentum katanya...ada tak posting "SEPEDAS CHILIS DI HATI" kakak? Huhu.. jangan tajuk album BS cukuplah... tau dak BS itiu apa? tatau? "BERSIFAT SEMENTARA" YU OLS... Hiks

juga Jie nak tima kacih banyak2 kat YC sebab ... uu...uu... rahsia.. hiks... tajuk album tetaplah CINTA TERINDAH DI TELUK CEMPEDAK kan? aduh segalanya romantis malam itiu.. * habislah wartawan WARTA PERDANA kejar Jie pasni... oops..

akan datang...nantikan.. posting romantis di bandar K dan posting sentap MARAHKU GUNUNG BERAPI.. mrasalah korang tunggu LETUPAN ITIU kan?

Sapa2 rasa nak larrrrikkkk, laaaarikk dulu naaa.... Oops...

20.11.07

Kelmarin...

Wah wah weh Kak Put dengan Shikin dah menjengah blog Jie eh? Ate, kene le Jie ngucapkan time kaseh banyok2 le kat deme, sudi juge deme singgah iye? ni nak khabokan kat Kak Put nye, ni Jie udah ngidam triffel (ate betui ke aku ngeja nye ni?) Kak Put masa open house hari tu.. bile gamaknye Kak Put nak buat triffel tu lagie? Ate Jie idok pueh makannye.. sepeludah aje kome! (matilah Kak Put smash Jie! Hiks...) ndak ambek lebih malu le pulok Jie nih Kak Put oiii... Oops...

Okay, tukar tune Shah Alam balik.. wah tibe2 Shah Alam kan? alkisahnya minggu lepas Jie sempat balik ke kampung halaman asmara Jie di Yibao sinun... wah tak tak Yibao itu apa? Jilongpo? Guandan? Matilah kenangan di kelas Mandarin..

Dalam perjalanan, yang penting, Kak As (Kak She) kau ciboklah sms bertanya Jie ni balik kampung ke ataupun diam diam gigih ke Kuantan? Ayo Kak As.. tetaplah nak checking2 charlie angels kan? Jie balik Perak ok, ada appointment jumpa doktor.. nak operate.. wah confident nak operate katanya.. hiks.. Jie nak ambik 2nd jap for hept B.. full course kena ambik 3 japs, bulan lepas Jie dah ambik 1st injection, so balik kali iniew untuk 2nd injection laaa..

Sepatutnya hari Ahad itiu, petang2 sikit konsepnya Jie dah kena on the way balik KL, yelah esok kan keje yu ols? ada meeting lagi.. tapi tajuk album tetaplah REBAH yu ols.. lepas sejam dua injection Jie sakit2 sendi, lenguh2 badan.. ayo doktor itiu salah cucuk qah? Takutssss... so Jie tidaklah upaya nak drive balik KL petang Ahad itiu yu ols..

So, Jie pun stay sehari lagi di kampung, petang Isnin baru balik KL.. sampai KL terus dapat call daripada Nini & Bobo ajak minum2.. I ok sajo.. balik rumah kemas barang2 dulu, mandi pastu terus memunculkan diri tanpa make up (wah tibe2) di Ampang Point.. muls mula plan nak lepak2 di Pelita tapi penuh yu ols.. terpaksa pindah ke Nailis..

Then balik, main sms dan bergayut sekejap.. oh ya, hari ni besday YC.. Selamat Hari Jadi cayang!!! Hmm, ada kejutan ke? apa2 pun, tunggu hujung minggu iniew..

beg dah siap kemas dah ni! Oppssss..


15.11.07

pertemuan tak terduga..

Tibe tibe rasa bersalah nak hupdate.. wah tibe2 kan.. motif.. matilah kena smash dengan tuan president..

sepanjang minggu lepas, waduh, ke sana sini memenuhi undangan rumah terbuka, satu kenduri kawin dan satu kenduri cukur jambul.. dan off course bila dah start makan benda2 sedap2 dan free konsepnya susah nak berhentikan? automatik badan yang sedia ada kimpy iniew bertambah2 kimpy lagi.. habislah pasni bila Jie kuar jalan jalan dengan Kak She orang ingat Jie ni Dina, Kak She pulak orang sangkakan As Feminin.. ayo.. matilah kena carut dengan Kak She yu ols.. hiks

terima kasih banyak aaa untuk yang menjemput, antaranya, Zurina, Shikin & Kak Put (beli ais serengget lime posen sekotaaaaaakkkkkkkk), pastu Abg Ali & Cik Zai, pastu kepada En. Zaharudin & isteri.. SELAMAT PENGANTIN BARU dan last sekali buat Kak Deeba & family.. tetaplah Makcik Saadiah announce kata2 hikmatnya itiu.. ni nak minum air tey dak? Oopps..

Yang penting, berbalik kepada tajuk album.. PERTEMUAN TAK TERDUGA.. setelah sekian lama mencari, ha dah dapat yu ols.. wah apa yang Jie dapat? uuuu..uuu.. rahsia.. Ku Intai Chenta Dalam Rahsia katanya..

Alkisahnya dalam event bersama anak2 yatim lepas, suatu pertemuan telah berlaku.. dan semuanya tidak langsung Jie duga yu ols.. ceritanya begini..

sepanjang acara, Jie seperti biasa.. join the crowd.. tup tup muncul seseorang (YC) daripada mana tatau (datang lambat laaa tu) terus salam Kak G kau.. Jie sempat jugak curik2 tengok dia, wah taste yu ols.. tapi tajuk album KU PENDAMKAN SAJA kan bilamana KAKAK EYE LEBAH M dah bersuara mengatakan dia taste dulu.. so, konsepnya Jie tidak lah mahu bersaing kan.. since dia dah buat statement yang dia taste dulu kat 'YC' itiu akak rela mengundur diri..

yang penting, 1st time Jie tengok YC terus berdetik ayo muka sejibik DW! daripada style rambut, warna kulit, mata & hidung nya sama yu ols! tapi Jie tetaplah buat2 biasa aje.. sampailah masa nak balik, masa kat tempat parking, Jie dah masuk kereta dah ni, kebetulan ada kawan2 lain yang nak ikut sama, mintak tolong Jie hantarkan dey ols.. tup tup YC ada sekali kat entrance tu.. Jie pun saja laa turun balik daripada kereta (sanggup nih!), nak salam dia laa kononnya.. tanak pulak nanti orang cakap Jie sombong kan.. wah taktik..

so we ols bersalam2 laa.. dan Jie terus balik lepas tu.. ala2 ingat2 lupa laa jugak kat YC tup tup selang 3 hari, kawan Jie si FN, mesej Jie cakap YC kirim salam & dia admire kat Jie.. masa dapat sms FN itiu Jie dengan Kak Mis tengah makan sate kat Gombak..terus kenyang yu ols.. catat sejarah sangat cos Jie makan sate 5 cucuk sajo.. Oopps..

dan daripada hari itiu, segalanya bersemi.. segala yang indah indah, segala yang menjadi dambaan selama ini, bukan lagi mimpi, bukan lagi sangsi.. ~ buat YC.. i'm the lucky one ~



7.11.07

Kak G ku nan satu...

kali ini posting bergambar sahaj yu ols.. Jie sibuk yaamatz this week cos kena pindah ofis.. mana nak kemas barang Jie yang berdoyon2 itiu, mana nak kemas barang2 bos Jie pulak kan.. yang penting nak tunaikan dulu janji Jie nak hambik gambo handbag Kak G kan (semasa majlis hari raya bersama anak yatim RACTAR) .. so ni dia..



tu dia hand bag yang Kak G bawak masa event Ahad lepas... LOUIS VUTTON MONOGRAM CANVAS Neverfull MM yang berharga ..... ayo tatau berapa...



Kak G sporting sangat bila ada antara we ols mintak dia nyanyi.. terus naik stage nyanyikan INDAHNYA DI HARI RAYA (tanpa muzik yu ols)




Seisi melayan peminat, anak yatim & ZF... katanya nak balik pukul 3 petang tapi 3.20pm pun Jie tengok Kak G gigih lagi bergambar.. very der sporting...




yang penting, tetaplah Jie snappy2 kasut Kak G ku itiu.. tak sempat tanya brand apa.. rasa2 nya DIOR...



Tetaplah bila dah angkut bag LV masa nak balik pun kena tahan.. peminat nak bergambar lagi katanya.. sampai lah ke kereta..


itulah dia Kak G... kalau part melayan peminat, kakak ku itiu tak penah mengeluh, tak penah tarik muka, tak penah bosan melayan kerenah peminat2.. yang penting jugak, ada peminat all the way dari Melaka, dari Kuantan turun naik bas semata2 nak jumpa Kak G.. ayo terharu..

ok yu ols, jumpa next time.. sebelum itiu.. promo sikit.. posting akan datang tajuk album tetaplah PERTEMUAN TIDAK TERDUGA... hiks...

2.11.07

BUAT NINI...


HAPPY BIRTHDAY TO NINI.. HAPPY BIRTHDAY TO NINI...
(tahun yang ke berapa yer?)

Yang penting, walaupun besday kak long ku itiu lagi 2 hari, Jie tetaplah nak wish awal.. wish saja yang awal ok, hadiah2 belum beli lagi.. tatau nak beli apa.. K.PAL nak tak? *matilah K.PAL KS yang dah berlumutssss itiu.. Hiks..

apapun kak long (Jie kadang2 usik dia panggil dia kak long sebab dia kategori kakak2 "veteran" among we ols semua yu ols... seswai laa sebab yang paling tua so kak long kan.. Jie off course tetap-nak-jugak pangkat Kak Cik.. haruslah kena sama dengan BC kan.. oops!) Jie doakan kak long happy2 selalu, sihat walafiat dan cepat2 kahwin so boleh dapat baby.. kan? Amin..

oklah yu ols, Jie stop sini dulu naa.. banyak betul agenda minggu ni.. hari ni nak temankan kawan Jie pegi cari baju nikah.. yu ols nak marah tak kalau majlisnya minggu depan tapi sampai hari ni baju nikah belum ada? ayo sangat kan..

esoknya pulak ada 2 jemputan open house, ahad ada majlis raya dengan anak yatim dengan KAK G kat subang.. haruzz lah nanti Jie nak feeling2 ambil gambar dengan handbag dia kan... hiks..


Last but not least... ada apa dengan BC? matilah chenta beralih arah!!

31.10.07

Bayangan Itiu...

bayangan BC di mana mana yu ols... takuts... wah tibe tibe kan..

alkisahnya ahad lepas, tajuk album KEGIGIHAN JUA Jie memunculkan diri di uuuuu..uuu.. semata mata nak bagi moral support kat DW.. yelah dah lama tak jumpa dia, lebih sebulan tak tengok muka dia.. windu... ayo maluzzzz...

sampai SSA, park kereta, terus masuk.. kebetulan diorang semua tengah ada sessi memanaskan badan.. best yu ols.. hiks.. Jie duk intai2 jugak, mana laah DW ni tak nampak pun? Disebabkan mata ni dah ala2 kerabunan melanda, tak laa berapa nampak sangat kan.. tengok punya tengok, BC adalah tapi DW tak nampak pon? Uuuu..uuu... risau nih..

so, disebabkan tak boleh cam langsung mana satu DW masa itiu, Jie concentrate laa tengok BC.. sama jugak kan?

sampailah sudah diorang habis warming up, Jie masih tak boleh cam mana satu DW.. ayo kalau dia tak main tajuk album SIA SIA BELAKA Jie muncul malam iniew.. masa diorang nak masuk balik untuk tukar baju, BC antara player yang last jalan masuk, tup tup daripada celah mana tatau DW saing and then terus jalan sebelah dia.. wah tibe tibe pulak muncul.. dan tibe2 ada betina mana ntah bersorak.. wah kening akak automatik laa terangkat sendirik, kan? oopsss..

rupa2 nya DW dah potong rambut.. pendek lagi.. patutlah Jie boleh tak perasan dia.. ayo.. bila BC ngn DW jalan sebelah menyebelah akak ter"pause" sekejap... dan start pada saat itiu akak ter"confuse" dengan perasaan sendirik.. wah drama sangat kan...

dan bila dey ols masuk padang balik, ha kali ni barulah boleh nampak dengan nyata mana satu DW, mana satu BC kan.. yang penting, Jie tetaplah tak boleh kontrol mata.. tak lepas tengok DW atas bawah, atas bawah, atas bawah, bawah dan bawah dan bawah.. hiks.. ayo matilah kelucahan..

tengah seronot tengok dey ols main, tup tup BC kena red card.. WHAT? RED CARD? akak pun teruslah lontar vokal note AnggapanMu kan.. tak pasal2 dia kena sent off from the pitch becos lepas tackle menackle ada sessi mari terajang kaki sama sendiri.. yelah, dah orang tu bantai kaki dia, dia pun balas balik laa tup tup referee datang terus dua dua OUT..

akak apalagi.. terus emo laaa kat sitiu.. kesian tengok dia, macam tak percaya dia kena buang padang, dia pun emo jugak yu ols, muka BC merah sangat macam menahan marah & macam nak menangis pun ada...

I ols pun terus hilang mood nak tengok game lepas tu.. wah boleh? tibe tibe kan? yang penting habis aje first half Jie terus balik.. tatau sebab apa Jie moody sangat & tak pueh hati langsung sebab BC kena red card.. padahal Jie datang nak tengok DW.. sah sah DW ada lagi main atas padang itiu sampai habis game tapi akak boleh balik? motif?

sampailah ke hari iniew akak dihimpit resah, diekori bayang bayang BC ke mana2.. dan.. (ayo malulah nak mengaku... ) Jie rasa Jie dah ter"suke" pulak kat BC.. Macamana boleh ada perasaan ni pun akak tatau dik.. rasa bersalah sangat..

Yessez yu ols.. Jie takuts.. tajuk album tetaplah SATU CINTA DUA JIWA.. gimana? macamana nak buang rasa suka kat BC? matilah kalau DW tahu..



Masalahnya... sama kan?

24.10.07

menanti ahad dan fendi...

hola yu ols..

akak tengah boring ni dik.. ngantuk.. bos (bos baru akak okay.. hisk hisk windu kat bos lama.. ayo..) pulak turun site.. haruzzz laah akak naik stage perform lagu "ketentuan" kak melah kan? oopss..

minggu ni memang tahap malas akak melampau lampau lampau lampau sangat... alkisahnya masa nak pegi kerja..ayo...sengsara yu ols.. tiap2 malam sebelum tidur (padahal tidur awal nih) dah set alarm, nak bangun pukul 6.10am (kunun nya laahhhhh) tapi tetaplah bila dah terjaga pukul 6.10am tu akak set alarm lain pulak, pukul 6.40am (sambung cik tid balik laaa) tup tup bila dah tercelik mata lagi sekali pukul 6.40am akak dirasuk supaya reset alarm (lagi sekali yek tuan tuan puan puan sekalian) pukul 7.30am pulak.. condifent tak akak?

yang penting bila akak sampai ofis (tidak laa lambat sangat kan) dalam pukul 8.35 am tengok2 bos baru akak dah ada dalam bilik.. dah draf 2 surat pun nak tunggu akak taip.. matilah nanti kena memo kalau hari2 lambat kan.. kalau bos lama, hmm.. tak payah cakap, akak okay aje kalau sampai pukul 9.15am pun tetap gigih turun minum bersenang lenang kat cafe itiu..

apapun, akak tak sabar nak menanti hari Ahad iniew.. wah tibe tibe.. menanti apa Qah di hari Ahad yu ols? uuuu.. rahsia.. berdebar debar pulak rasa.. tapi tulah, konsepnya sebelum sampai masa akak excited lebih kan.. teruja segala.. tup tup tapi bila "DW" muncul depan mata ni ha,terus akak kekejungan sebelah badan.. standardlah bila akak nervous yu ols.. terus ala2 kaku.. matilah konsep tidak mengenal serik..

oklah yu ols, nak sambung berangan sekejap.. sebelum itiu, ni akak nak share dengan u ols semua handbezzz yang menjadi idaman kalbu akak.. lihatssss iniew..


B Lame Pleated Medium Bag by FENDI




B Canvas Metallic Trim Medium Bag by FENDI



Maxi Logo Grande Crossword Bag by FENDI



Zucca Spy Bag by FENDI

Ayo bila lah nak dapat? DW mampu tak nak belikan akak satu? Teetttttt....

19.10.07

Cantik dan Berbakat...

Balik balik bila posting cerita berangan sajo kan? tapi kali ni akak nak share dengan yu ols semua kekaguman akak dan ketaksuban akak terhadap celebriti2 yang mana akak rasa depa semua ni beratur barisan paling depan sekali kalau ikutkan kecantikan depa yang meletup letup letup letup.. tajuk album tetaplah JANGAN MAIN MERIAM DI HARI RAYA (matilah tajuk tiada kena mengena kan.. hiks)

so, kali ini, daripada penilaian mata akak, dipersembahkan... wajah wajah yang membuatkan akak sujud dan tahu kat bahagian mana akak nak beratur kalau berbaris dengan diorang.. ops..


Pilihan akak # 6... RITA RUDAINI


Cantik kan biras akak ni? Wah tibe2 biras katanya... hehe.. yang penting kalau muka sama dengan Rita harus akak dah confident petik loceng umah uuuu..uu... rahsia.. pernah terserempak dengan si Rita ni.. muka dalam magazine dengan kat luar sama sajo.. takde banyak perubahan sangat.. tapi dia ni tak boleh pakai mekap banyak sangat.. tak cantik pulak nanti.. kalau mekap kena lite lite sugi ok sebab dia dah memang natural cantiknya...



Pilihan akak # 5... FAZURA


Ayo yu ols.. kalau dah lahir2 aje muka camni, kalaupun baru bangun tidur, tak mandi, pakai selipar jamban pun beratur abang2 nak ok... hiks.. so far belum pernah jumpa Fazura face to face tapi akak tabik dengan kecantikan dan kepetahan dia bercakap.. kelas.. muka dia ni muka orang2 kaya sangat kan? seswai berkawan dengan YM Raja Ezwan.. lepas tu confirm bergaduh tarik rambut, lepas tu pulak hantar text message mintak maaf.. (ayo ampun Datin Kyra.. ups)


Pilihan akak # 4... ROZITA CHE WAN

Yesses yu ols.. dia ni pun masuk senarai akak... (tak pasai2 si S pun duk suka kat dia.. letih! ops akak dah start melencung!) kalau penah tengok Diari Ramadhan Rafique, dia ni laa Mak Ngah yang berbaju kurung all the time itew.. walaupun cik jands tapi akak tabik dengan ketrampilan dia.. kalau dia tak ngaku dia janda akak mati2 ingat dia anak dara lagi.. seswai ke dia dengan Zizan yu ols? A.O.J... (Akak Ok Jer...)




Pilihan akak # 3... NASHA AZIZ

Bonusnya jadi Nasha ni selain muka dah lahir2 cantik, badan dan ketinggian dia itew menjadi ketaksuban akak... supermodel Malaysia sangat kan.. so perfect.. pakai lah apa pun, tetap kena, tetap nampak cantik.. manja sweet sweetie gituh..




Pilihan akak #2... MAYA KARIN


Ayo, kalau lalu tepi jalan, tengok billiboard CELCOM itew, sekor2 duk berangan muka masing2 macam Maya Karin kan? Itulah dia.. akak rasa muka Maya ni penuh energy & seksi.. tapi kadang2 muka dia nampak macam garang.. tak kisahlah kan.. yang penting cantik..


Pilihan akak #1... ERRA FAZIRA


Mesti yu ols tertanya2 kan apasal akak pilih Erra.. # 1 pulak tu.. yang penting, walaupun berwig sana sinih, tetap nampak natural, wig tu ikat ke, lepas ke tetap tak nampak pelesunya.. matilah wig Kak Ani kejung tak ingat nih! Hiks.. Bila berdepan dengan dia ni aduh macam tengok anak patung yu ols.. akak kagum! akak taksub! patutlah dia menang Miss Malaysia.. makin hari makin cantik.. tapi kenalah perangai cantik juga kan? Opps..

** recap balik dialog favorite dulu2: " Nok, tak semua orang dilahirkan seperti Erra Fazira..." betul tak Kak She? Hiks...

18.10.07

Mengalun Rasa.. (pinjam tajuk naa Kak She)

masih beraya kan? hiks.. Jie kembali bersiaran untuk tatapan yu ols semua..

yang penting, Jie pulang berhari raya ke kampung halaman pagi Khamis minggu lepas.. Alhamdulilah, tahun ni Jie tak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.. tajuk album pengalaman lampau mengajarku sangat.. bertolak daripada KL jam 9 pagi, Jie selamat sampai di kampung mak abah Jie di KK jam 12.30 tengah hari..

sampai sana Jie terus ajak Mak Jah kau ke kedai, nak shopping last minute katanya.. Jie nak belikan sesuatu untuk Pak Zain, untuk Mak Jah dengan kakak Jie dah belikan siap2 masa kat KL lagi, mrasalah masing2 pose pose kebaya dengan handbag & kasut baru kan? pusing punya pusing akak berkenan pulak dengan satu kasut capal ni.. abang yang jual tu kata capal ni gred A dik.. akak pun YELAAAH sajo kan.. masa nak membayor nye Jie terkujat sikit.. ayo, RM65 yu ols.. mrasalah pulak Pak Zain kau pose pose pakai capal baru tahun ni..

petang pulak, Jie heret Mak Jah kau ke bazaar ramadhan.. masa sampai kat bazaar itew dia pesan, ha, Jie, jangan duk beli banyak sangat makanan, nanti tak makan, membazir.. so akak pun belilah popiah goreng dengan ikan keli masak sambal.. konsepnye lite2 sugi sajo.. tup tup yu ols, mak akak pulak lupa diri.. dia pulak yang over terbeli ikan bakar, kerabu mangga, gulai tempoyak, murtabak, sambal udang, macaroni goreng, ketupat daun palas segala.. ayo tajuk album tipah tertipu sangat ok.. hiks..

sehari sebelum raya, seisi mengemas rumah.. habis perabot ruang tamu atas bawah Jie rearrange balik.. petangnya pulak, Jie dah bersimpuh kat dapur, feeling2 masak rendang katanya.. dalam pada tu sempat jugak curik2 main2 sms dengan Z.. hiks.. tak suka taw dia kacau Jie masa masak.. ayo matilah kena ejek pasni...

pagi Aidilfitri, awal2 pagi Mak Jah kau dah jerit cecah key F#.. mandi, mandi katanya.. nak kejarkan sembahyang raya.. haruslah Jie yang terpisat2 nak bangun kan.. kakak Jie pun sama, 2 kali 8 jugak.. dah kena jerit baru nak terkejar mandi.. lepas sembahyang, balik rumah Opah Jie.. seisi salam bersalaman laa pulak.. kemudian kami beramai2 menziarahi pusara arwah Tok, arwah Pak Long dan arwah Mak Long..

hari raya kedua pulak Jie sekeluarga balik ke rumah saudara belah abah Jie.. dan aktiviti nya tetaplah makan, makan dan makan lagi sampai nak muntah.. ayo daripada malam raya tajuk album nya tetaplah mencekik darah.. confirm lepas raya kalau akak berdiri kat dapur silap silap orang ingat akak ni peti ais.. ops..

raya ketiga pulak akak kembali bertugas di dapur, sedara mara belah mak akak datang nak beraya.. so akak bertapalah di dapur menyiapkan juadah, yang penting akak tetaplah gigih nak buat popiah goreng.. tak penah2 seumur hidup akak buat popiah, tup tup sekarang dah pandai buat sendiri.. raya keempat pulak upssss...

raya keempat, Jie ada dating dengan S.. ayo matilah kalau Z tahu! dah 3 bulan tak jumpa dia.. tajuk album kali ini ghairah malam sangat.. hiks.. janji nak jumpa S pukul 9pm tapi akak daripada pukul 7.30pm dah start mandi mandiana.. lepas solat terus siap nak mekap ni.. paling penting bahagian mata.. kena mekap cantik2 cos mata akak ni aset dik.. aduh berangan tak hengat ni..

so malam tu Jie berdating laa dengan S.. pegi minum2.. sembang2 kisah lama, gurau2.. aduh cair dibuatnya yu ols.. tak semena mena tiba tiba pulak S tanya fasal Z.. ayo akak terkesima laa sekejap yu ols.. dia tanya akak, u takde jumpe Z ke? ayo.. dalam hati akak debaran laa kan.. baru je akak jumpa Z sebelum raya hari tu tapi perlu ke nak mengaku? *konfius

at last akak mengaku ada jumpa dia.. nak menipu karang takut terpecah lubang kan.. so baik mengaku.. then dia diam.. nasib baik dia ok boleh sembang balik macam biasa.. tu tup pastu S plan nak buat reunion jumpa kawan2 lama.. dan dia bagi hint kat akak supaya jangan pulak ajak Z sekali.. ayo.. cemburu Qah?

dan lewat malam itew Jie terasa di awang awangan sangat.. bila S ada depan mata ni dah tak nampak apa2 lagi.. angau yarrabi sangat ok.. ayo matilah kalau Z tahu.. masa nak balik (dan memang sepatutnya esok Jie kena balik KL, nak start kerja hari Khamis) Jie salam dia, minta maaf, halal makan minum, berlinang airmata Jie.. S pun ala2 bergenang airmatanya juga.. wah drama sangat kan.. kemudian dia pesan kat Jie, kalau tak jadi balik esok, call dia.. dia nak jumpa lagi.. cantik ke akak malam ni yu ols?

sebaik sajo akak sampai rumah malam tu, akak dapat sms daripada S.. dia kata dia miss akak.. pengasan sekejap.. hiks... dan.. jeng jeng jeng.. esoknya akak terus tak jadi balik KL yu ols.. akak stay sehari lagi kat kampung semata2 nak ngedate dengan dia lagi sekali.. GIGIH TAK?

janganlah ada kawan2 si Z pulak nampak akak duk berkepit dengan S.. matilah kecurangan di Aidilfitri katanya..

apapun, akak semakin keliru sekarang ni.. tatau mana satu yang akak nak sebenarnya.. kejap dah bulat hati akak ni pilih Z.. tup tup bila S muncul depan mata dah nekad nak pilih S pulak.. betul kut kata kak Deeba kau akak ni mudah terpedaya dengan rupa..

masalahnya yu ols, dua dua tu berupa.. tak lebih tak kurang.. pulak tu masing2 kalau mengayat, aduh, tak tidur malam akak dibuatnya..


cairlah S tengok mata akak.. hiks.. aset nih!

10.10.07

Aidil Fitri Kali Ini..


"saban tahun nan mendatang, saban detik yang berlalu, kadangkala tingkah sering khilaf, antara sedar mahupun tidak.. kata kata yang terucap kadangkala pedas, lafaz gurauan kadangkala terkasar.. moga moga segala dosa dosa yang terkumpul sepanjang tahun di maafkan.."

buat ayahanda dan ibunda, kekanda, sanak saudara kedua2 belah, semoga kita dapat bersama menyambut hari mulia ini..

buat sahabat handai, kenalan, teman teman terulung yang sentiasa ada di kiri dan kanan sepanjang masa dan ketika saat mereka diperlukan..

buat yang telah pergi, kami semua akan mengunjungi pusara di pagi Aidilfitri nanti..

buat yang tersayang (huiii sapalah dia tatau? banyak sangat dalam list, tatau mana satu limited edition.. ops).. ku ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa berbicara dan berkongsi kegembiraan tika bersama.. ikatan ini sesungguhnya amat istimewa.. di kesempatan ini ku susun jari sepuluh memohon maaf andai terdapat sebarang salah dan silap.. salam sesuci lebaran istimewa untukmu..



S A L A M A I D I L F I T R I D A R I J I E

8.10.07

Terbuai Buai...

sabtu, 6hb okt 2007

alkisahnya hari Sabtu lepas Jie, Kak Deeba dan Kak Misya mencapai kata sepakat menjemput kawan2 comolot we ols untuk datang berbuka puasa beramai2 di rumah kami itew..

yang penting, tetaplah tiada konsep masak memasak, semua yang hadir dipastikan diharuskan membawa makanan, pot luck ramadhan gitew..tapi tetaplah ada yang berangan nak memasak spagetti segala, caramel segala, sayur campur segala tapi bila muncul tetaplah ditangan itew putu mayam, tepung pelita dan roti jala sajo.. ups matilah akak kena carut pasni.. ampun kak she..hiks

sebagai hos, menu yang hado petang itu tetaplah meriah dengan Nasi Ayam Dara Kukus, buah melaka, sardin roll, kuih sambal (pau malaysia), agar-agar, ayaq mata kucing, ayaq soya panas (ayo.. dap dap).. lepas tu pulak kak she muncul dengan putu mayam, tepung pelita, roti jala, kamarul pulak muncul dengan ayamas, abang ali pulak dah awal2 bagitahu datang nak bawak murtabak.. so penuhlah meja makan we ols itew..

so, terima kasih banyak2 kepada yang sudi hadir, KAK MIS, KAK SHE, BOY, (wah ada orang taste kat Boy nampaknya.. hiks.. konsepnya Cinta Tersimpul Rapi.. tajuk album hanya lihat-lihatin hujung hujung mata gitew.. haha!) BORZACK, KAMARUL, KHAIRUL, ABG ALI dan ZAIMAH.. seronot berbuka dengan yu ols semua..

selesai acara berbuka, ada acara lain menanti.. pa dia tatau? hiks.. malam sabtu tu we ols berkonvoi ke jalan tar katanya.. nak berjalan2 sambil tengok2 barang.. aduh jalan masa tu sesak dengan orang.. Jie pulak masa nak parking tak perasaan pulak jalan nak naik ke parking tu tak sama rata.. apalagi tersagat laa kerets akak dik... nasib baik kat bawah.. tak nampak.. kalau kat tepi confirm akak terus takde mood malam tu..

apa2 pun, tak sempat nak membeli beli macam tahun2 lepas sebab akak rimas.. ramai betul orang.. nak berjalan pun ayo.. dengan panas segala.. Jie sempat belikan mak jah 2 helai tudung aje.. selepas buat 1 round terus masing2 nak cik bals.. nak lepak minum2 teh tarik katanya.. so masing setuju nak lepak2 kat ali maju pekena teh tarik..

tup tup akak dapat call.. ayo, Z ada kat sini katanya.. pastu nak tumpang tidur rumah akak.. wah apalagi kan? akak suka akak suka.. so daripada plan nak minum2 akak terus pecutkan diri ambil Z kat sri kembangan.. yang penting, akak hangkut sekali nih abang ali, zaimah & kak deeba kau pegi ambik dia.. wah matilah pecah lubang.. ops..

so malam hingga ke pagi itew, tetaplah kemeriahan berganda di rumah we ols.. ramai yang stay sampai ke pagi.. akak tidur pukul 4.30am ok hari tu.. seronot sembang2 dengan Z sambil baring atas peha dia.. hahaha.. matilah kelucahan di bulan puasa.. zzzz..


ahad, 7hb okt 2007

tengok2 Z dah bangun dulu daripada akak.. wah aluzzz.. dia kata, jom keluar, nak cari tiket balik, nanti habis pulak.. eleh, akak lagi suka, takde tiket balik duk aje la sini dengan akak jangan balik kan.. wah tibe-tibe.. so dengan sisa sisa mengantuk yang masih ada akak bangun mandi, dia pun mandi (ops kami tidak mandi jenazah ok).. pastu siap, akak tak sempat nak mekap pun, ayo sangat ok..konsepnya tetaplah tiada selapis bedak pun di mukaku iniew.. confident sajo..

so selepas dapat tiket, akak dan Z muncul berpegangan tangan (wah) di pavillion bukit bintang.. kelas pavillion itew yu ols.. KLCC sila ke tepi ok..beri laluan.. beri laluan.. hiks.. kemudian sempat round2 kat KL PLAZA, LOT 10 segala.. kemudian akak ajak Z jalan2 kat KLCC pulak.. akak ingat nak carikan Mak Jah kau handbag, tapi tetaplah tajuk album tiada yang terbekenan di hati..

daripada KLCC, akak heret Z ke One Utama pulak.. cian dia kan? mesti dia penat ikut akak sana sini.. habis segenap lantai akak pusing dik.. daripada Old Wing ke New Wing pastu pusing balik.. ayo ntah berapa kilometer akak berjalan semalam yu ols.. kalau tak kurus jugak tak tahulah.. ayo kimpy ke? hiks..

sedar2 dah pukul 5 lebih, bas Z pukul 6.. so akak bergegas pulak nak hantar dia ke hentian duta.. ingat nak tunggu dia sampai dia naik bas.. yelah boleh laa sembang2 sikit lagi kan dengan dia..tak puas bermanja ok (wah)... nanti sebelum raya dah tak jumpa dah kan.. tengok2 jalan nak masuk hentian duta boleh jammed yu ols.. so terpaksa laa akak dropkan dia tepi jalan sajo..

so, masa dia nak balik sedey laa sikit.. salam, akak cium tangan dia, dia cium dahi akak (wah) mintak ampun maaf segala.. pastu dia kata kalau sempat hari khamis ni nak jumpa akak sekejap sebelum dia balik kedah.. hmm.. kalau akak sempatlah kan.. kalau tidak haruslah tajuknya AIRMATA SYAWAL kan.. huhuhu..

lepas tu sepanjang perjalanan balik rumah emosi akak terganggu sikit tapi sebelum tidur akak tersenyum senyum senyum senyum senyum senyum dan senyum lagi.. ayo.. angau dibuatnya.. Oops..

Yang mana lebih QIUT yu ols?




AYO....

4.10.07

thanks yu ols


wah semalam Jie telah disponsor berbuka oleh Kak Preeda di Legend katanya.. thanx kakak.. sedap2 makanan kat sitew.. terbuntang mata tengok menunya itew.. segala macam jenis makanan ada, yang penting tatau mana satu nak ambik.. paling Jie tunggu2 nak makan RENDANG TOK.. ada yu ols! apalagi sebemban laa kan dalam pinggan.. hiks.. alkisahnya juga, terbuntang mata Jie sebab semalam terjumpa McDreamy version KL (ayo kat Malaysia pun ada muka Patrick Dempsey okies!), dah tu pulak ramai yang MAMI2 Qiut turut sama berbuka petang semalam.. ayo laaa kan..santapan mata sangat..

apapun, tetaplah sampailah ke detik 12 malam semalam akak gigih menunggu ucapan daripada si dia tapi tajuk album tetaplah KECUNDANG JUA.. ayo sedey..

nak nangis..waaa... apapun kekecewaan Jie terubat dengan ingatan kawan2 yang sentiasa berada di samping Jie..



LIHAT TAK? Dekwan (tedy bear) tetap nak pose nih.. Hiks... tahun iniew punya hadiah meriah di aidilfitri yu ols.. ada narciso rodriguez for her (ayo tak reti teman nak menyebutnye), ada versace bright crystal, ada voucher isetan, ada beg SEED, coming ada hadiah dari DUBAI katanya.. ayo.. *terharu*

3.10.07

i'm the lucky one..




to my beloved friends.. LIZA, YUSRI, AZIZAL, NINI.. terima kasih atas "kesanggupan" yu ols semua nan gigih berbelanja semata2 untuk menghadiah Jie hadiah2 yang Jie tak terbalas dibuatnya.. WAH.. semua itew buat Jie TERSENYUM dan akan KEKAL dalam ingatan Jie sampai ke hari tua nanti.. Oops..

next untuk semua yang text Jie wishkan HAPPY BIRTHDAY untuk Jie.. to SHAMSUHAIME, (orang paling awal wish ok! Thanks Lisa), JUJU, (orang no. 2, pun wish awal ni.. tq) SAM, LINDA, ZIZAN (ayo dia ingat), JIJOT, NINI, JAJA, MEKTI, SHAHRUL (ayo ayo dia pun ingat), LIZA, KAK SHE dan yang call start from pagi tadi MAK, SHARLINE, LIS, LAN, TEDI, KYRA.. juga untuk BOBO yang announce satu department hari ni besday Jie.. mana purse COACH nye NONI? ups.. terima kasih atas KETULUSAN HATI anda.. semua itew Jie hargai dan senantiasa menjadi satu kenangan manis dalam hidup ini..

namun begitu, Jie tetap TERKENANG JUA dan tajuk album MENANTI SEBUAH UCAPAN kudus dari seseorang namun hingga lah ke saat iniew ianya tidaklah kunjung tiba..

harap2 dia ingat... harap2 dia ingat.. harap2 dia ingat.. tak perlu hadiah apa2 pun, tak perlu call, paling koman pun memadai bagi Jie dapat sms daripada dia.. walaupun hanya tulis HEPI BESDAY..


er, boleh tak yu ols ketuk sikit kepala dia suruh ingat? *matilah kena kata pasni...



28.9.07

akhirnya..

Akhirnya.. setelah berfikir bagai nak rak, siang malam pagi petang, berbuka bersahur, tidur bola makan bola minum bola (apa kes tibe2 bola nih? ups) Jie akhirnya telah menolak lamaran kerja baru itew yu ols.. ayo tiada penyesalan qah tajuk album?

setelah mendapat respon yang MACAM MACAM ADA daripada ibu bapa sanak saudara kaum keluarga sahabat handai bos situ sana sini dan peminat akak di seluruh tanah air (wah confident ada peminat) akak telah membulatkan hati dan menekadkan hasrat akak untuk stay di tempat lama..

memang susah sangat nak decide sebenarnya.. berminggu minggu Jie menilai baik buruk segala benda, berkali2 jugaklah Jie duk berdiskusi dengan kak deeba + bos Jie (untuk pengetahuan yu ols dia pun resign, okies!), dengan wife dia pun akak "bermeeting" dik.. ayo kelas tak akak? so mula2 tu Jie dah sebelah kaki nak masuk tempat baru, tup tup company lama Jie buat counter offer.. diorang matchkan dengan offer baru..

so bila akak diuji begitu haruslah tajuk album terbaru jawapan yang kelabu kan? bila akak tanya bos akak dia kata "fikirlah.." pastu bila akak tanyain pulak wife nya itew dia pun kata "fikirkan dulu"... ayo 2 x 5 ahli fiqir sangat ok.. then bila akak tunjukkan surat offer baru daripada company lama kat bos akak dia kata "hmm.. okaylah ni" which in a way dia tanak akak accept tempat baru tu (pada firasat akak laa)

bila akak berbincang pulak dengan mak jah dan pak zain, adus, lagi pening jadinya.. mula2 kata jangan pegi, pastu macam suruh pegi pulak, pastu kata buatlah keputusan sendiri..mana yang terbaik untuk akak.. bila akak tanya kakak akak pulak, dia terus kata kat akak.. pergi.. pergi.. bukan senang nak masuk tempat tu (company baru tu international ok).. ayo laa kan?

yang paling menyentuh emosi akak, pesanan mak jah berbunyi.. "keje aje laaa kat t.hajah tu, mak suka.. berkat.. lagipun susah nak handle bos perempuan nih.. cerewet.. esok2 kamu pening kepala pulak sebab stress"

alkisahnya bila mendengar pesanan itu dan bila akak ditanya oleh bos akak masa dia call akak 2 hari lepas samaada akak accept ke tidak offer SGB itew akak kata tak.. then dia kata takpe, u stay dulu..pelan2 kita tengok macamana.. hujung tahun ni kita boleh plan something..

so bila dah mendapat bayang2 itew akak pun terus call SGB.. tolak secara baik.. hmm.. pastu akak sms semua kawan2 akak beritahu yang akak dah reject offer tu.. terus kak deeba kau balas balik "tak nyesal ke?"

sambil menarik nafas, akak kata kat dia.. "kadang2 kita tak boleh dapat semua".. itulah akhirnya..

oh, anyway, akak nak say good luck and all the best pada kawan2 akak ... yang resign untuk sesuatu yang lebih baik.. to sam, sharline and liza.. nice to know yu ols and do keep in taj okies..

dan sesuatu yang buat akak seronok minggu ni.. akak dapat teddy bear yu ols.. dah bertahun2 berangan nak teddy bear barulah kali ni dapat.. kawan akak bagi sempena besday akak.. ups promosi qah?

apapun, kepada kawan2, kut2 berhajat nak bagi akak present, bolehla belikan akak jeans (levis pun ok aje) cardigan (top shop) ataupun perfume (Versace bright crystal itew ok).. wah demand nyaaa.. tak malunye akak.. ataupun kut yang ada peminat yang bermurah hati, akak nak purse COACH satu.. hiks



ni dekwan ok... matilah bear dah ada nama!

20.9.07

8 Ramadhan...

Salam Lapan Hari Ramadhan.. tetap nak sebut LAPAN kan? Promo ckit... Ups..

Ayo dah masuk hari kelapan berpuasa (sekali lagi lapan.. matilah angau tak ingat..) dah seminggu jugak akak dinch ngepost.. Banyak kerja u ols, dah tu bila balik kerja bergegas pulak nak ke Bazaar Ramadhan, membeli juadah berbuka dan bersahur katanya.. yang penting, kalau tahun lepas tak putus putus i ols membeli kuih wajib ada iaitu donut tapi tahun ni pulak setiap hari kena ada murtabak di atas meja yer..

apapun disebabkan akak sentap... sikit sajo kali ni.. wah pasai apa tatau tibe2 akak sentap? siapakah yang sudah membuat angkara? tajuk album tetaplah TINGGALKAN AKU..

ayo.. akak pasrah...

10.9.07

ketulusan hati

weekend lepas memang menyedihkan.. tajuk album tetaplah AIRMATA DI KUALA LUMPUR.. wah tibe tibe kan?

malam sabtu, muls muls den tak dapek nengok anugerah era.. astro kek umah den apo kono eh jang..down teruih.. apo laie, emosional kak Deeba ekau.. (wah tibe tibe eden speaking nogori ni..motif? practice Qah? huiks..)

kekecewaan eden bertambah dengan kekalahan Perak pulak..ayo kena bantai 3-0 tu.. malunya..sian abang abang perak yang datang naik bas segala, tup tup tajuk album TUNDUK MENGALAH.. yang penting.. ex akak si S dan Z (wah ex sangat laa kan?) pun tetap turun padang menyokong ni.. nasib baik akak gigih ke stadium.. kut tidak harus ada drama KUTUB UTARA KUTUB SELATAN di sana..

namun kekecewaan yang hado itew sedikit terubat dengan satu berita yang agak mengharukan akak.. uuu..uu... pasai apa tatau? sekalung tahniah untuk seseorang.. hasil kerja keras dia, atas usaha dia, atas semangat juang dia yang tak pernah padam..

untuk DW.. congrats.. i am happy for you.. saya akan senantiasa menyokong awak.. siang dan malam.. selamanya.. * nangis sikit aaaa * (terharu sambil mengelap mata dilapisi maskara Bobbi Brown akak.. Uups..)


tiba tiba dah ada gambar passport nih? Uupss...

7.9.07

SaLaM RaMaDhAn..

Salam Siaran.. Kita berjumpa sekali lagi Puan Puan.. wah tiba tiba Jie ala2 pengacara NONA pulak nih? Motif? Hiks.. Yang penting, para penonton semua.. minggu depan tajuk album tetaplah MULIANYA RAMADHAN.. so di kesempatan ini, Jie ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA kepada semua.. moga2 kita dapat sama2 mengerjakan puasa dengan sempurna.. (sambil membetulkan tudung bawal warna hijau dan mengenakan pin tudung ber'initial'kan Z di hujung bahu..)

tahun ini jugak, seperti 2 tahun lepas, Jie akan menyambut hari lahir Jie (Uuu.. bila dan yang ke berapa iyer?) dalam bulan puasa.. so tahun ni Jie plan nak berbuka puasa di Rebung, Bangsar masa besday Jie nanti.. tapi tak tahulah kan kalau last minute cancel ataupun sekadar berbuka puasa di Shakeys BB sajo sambil mengimbau KENANGAN TERINDAH di sitew.. Oopss..

yang penting, bila tiba malam besday tu Jie dah standby pegang handphone.. menunggu dan menunggu.. ada tak ingatan daripada seseorang yang diharapkan untuk wish.. tahun lepas harapan kecundang, SI DIA tak hengat pun.. so tahun ni tataulah dia hengat ke tidak.. ayo, siapakah si DIA itew? tapi memang dalam hati berhajat sangat supaya dia ingat laaa tahun ni.. * jenuhlah pasni kena perli dengan hayatssssss...

apapun kalau tahun ni dia lupa jugak nak wish takpelah... nak buat camana kan? takkan nak paksa pulak.. kenalah terima HAKIKAT SEBUAH CHENTA kan?

oklah u ols.. sehingga berjumpa lagi.. (ayo sentap kah tibe tibe? hiks) SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERSAHUR untuk semua..


* BUKAN YUSOF TAIYOOB okies.. Opps

5.9.07

Impian Illyana (tetaplah tajuk tiada kena mengena)

malam semalam Jie tak dapat tidur.. dah masuk tidur awal ni, pukul 11pm, kalih kiri kalih kanan, tukar bantal, slowkan kipas segala (sejuk yu ols) tapi mata Jie iniew masih belum mahu pejam.. ntah berapa kali Jie bangun keluar masuk cik toi, baring balik tapi tetap dinch dapat cik tid..

tukar posisi pulak, kalih baring belah kiri.. tup tup Jie nampak muka BC tengah buat2 kiut tengok Jie.. terus Jie senyum TERTUNDUK ALLUZZZ.. terus feelin2 DW ada kat tepi Jie terus automatik keluar dialog iniew : DW, tengok tu BC usik kita.. dia senyum2 pulak.. (Adui confirm Jie kena jumpa pakar jiwa.. angau tak hengat dah ni..)

so, disebabkan mata ni degil sangat nak lelap, Jie keluar balik lepak kat living hall, isrok sambil kak Deeba & kak Mis gigih menonton movie sampai emo emo di hadapan tv.. dalam 15 minit lepas itew Jie masuk bilik baring balik.. konon2 dah bolehlah nak tido tapi tidakkkk juga.. ayo.. masalah apakah yang membelenggu Jie iniew yu ols?

Jie pun tak tahulah pukul berapa terlelap semalam cos bila Jie dikejutkan oleh hon kereta siapa ntah pagi tadi dah pukul 6.35am.. tapi tetaplah baring balik sampai 6.50am.. itew baru betul bangun.. mandi.. termenung sekejap dalam bilik mandi sambil pikir2 hari ni nak buat apa.. yang penting bos kesayangan Jie tiada di ofis.. 2 hari trip pegi site.. haruslah hari ni dan esok tajuk album akak MERIAH DI HARI RAYA kan?

hari ni pun Jie pakai jeans sajo ke ofis.. confident sajo.. kalau sapa2 tanya nanti Jie cakap sajo kena turun site.. apapun pagi tadi sempat breakfast dengan Kak Mis.. macam2 yang Jie mengarut tadi.. salah satunya we ols bersembang pasal hari raya.. Tup tup Jie angan angan raja ema nak bawak DID balik umah Mak Jah & Pak Zain tahun ini untuk beraya.. wow.. mesti seronot kan? Hiks..

Yelah, dia pun pandai membawa diri.. so taklah dia terkejung sorang2 nanti kan? boleh la dia tolong Mak Jah bakar lemang, pasang pelita segala, malam boleh ikut Pak Zain pegi terawih.. yang penting tajuk album dia kenalah berKAIN PELIKAT laa laa laa laa.. SARUNG PELIKAT laaa laaa laa laa.. ayo Jie taste... uupsss...

sukanya kalau dapat bawak dia balik betul2 kan? harus lah di pagi AIDILfitri Jie lengkap berkebaya Rizalman akan salam cum tangan dia mintak ampun maap.. sambil menitiskan AIRMATA SYAWAL wah berangannya.. dan yang paling penting, bila mak mak sedara, sepupu sepapat atau mana2 yang gatal2 mulut itew tanya ha, kawan si Jie tu keje apa yea?

DARIJAUH KU POHON MAAF akak terus capai mic tapi letak kat atas dahi (ala2 style JAC) sambil hit note G#..

ENGINEER sajo... * Ooopss


~ sekadar gambar hiasan... uppsss...