8.4.09

di hospital....


Haruuuuuuu. Mengerikan. Menanah. Membawaaaa. Tiber.

Alkisahnya 2 minggu lepas, akak kurang sihat. Mula mula batuk, lepas tu akak perasan tekak ni macam ada luka. Akak biar kan dulu. Kekwat tanak pegi klinik lagi. Sehari lepas tu kat tempat kerja badan panas tak hengat ni. Menakutkan. Masa lunch break, akak tak tahan sangat, akak pun pegilah klinik kat area ofis akak tu.

Bila doktor check, ayo dah demam. Kat tekak pulak memang dah bengkak dan luka dan merah dan mengerikan. Lepas tu doktor tu kata kalau demam akak tak kebah jugak dalam tempoh 3 hari, sah akak kena denggi. Wah menakutkan. Doktor tu inform, antara tanda tanda denggi – demam tak hilang, muntah2, sakit perut dengan gusi berdarah. Dia nasihat kalau akak dapat aje tanda tanda ni jangan buang masa terus pi check in kat hospital. Ayo.

Terus akak dapat mc, balik rumah. Badan panas lagi ni. Akak beli 100 plus, minum. Nak kasi suhu badan ni turun. Tapi tetaplah tidak berjaya kaedah minum ayaq 100 plus itiu. Malam tu akak tak boleh tido, panas sangat. Tau tahu pukul 5.30 pagi akak dah bangun mandi. Elok elok tengah gosok gigi – akak perasan – gusi akak dah berdarah. Apakah maksud? Menakutkan.

Lepas mandi, akak capai apa yang patut, terus akak nekad balik kampung. Ni confirm kena masuk hospital ni. Kalau akak masuk hospital kat KL ni sah2 akan menyusahkan mak bapak akak nak datang sini, nak travel, nak stay mana, apa semualah. So akak gigihkan juga balik Subuh2 tu.

Elok akak balik, pagi tu terus masuk hospital. Nasib baik bila dah buat blood test doktor kata bukan denggi. Cuma akak ada jangkitan kat tekak – itu yang buat demam panas akak tak surut2. Merasalah lepas tu kena masuk air berbotol2.

Tapikan yuols, akak tak suka hokay duduk hospital. Langsung tak suka. Kita ni sakit, nak berehat, nak tidur, tahu tahu baru nak pejam mata , kejap2 ada nurse datang nak check drip. Kejap2 datang balik nak ambik BP, kejap2 datang balik nak check suhu badan, kejap2 datang balik hantar minum, kejap lagi datang kejut suruh makan ubat pulak. Dah tu bilanya akak dah rest? Merasalah sorang nurse tu kena HAWAU dengan abah akak. Kan. Ingat senang nak tengok Pak Zain hawaukan nurse? Haa.. tajuk album tetaplah Padan Muka Kau. Kan.Tibeerr.

Elok lepas 2 hari akak duduk hospital dah meracau nak balik. Wah meracau. Ingat akak Mas AF? Ohh tidak... menakutkan... bila dah discharge, doktor tu kasi akak mc 1 minggu. Dia suruh akak rest kat rumah, habiskan ubat antibiotik dan ubat kumur. Bila dapat mc tu akak risau jugak. Yelah lama sangat mc nya. Takut bos akak cakap apa pulak kan. Tapi bila akak sms dia, dia kata ok, you rest dulu betul2. Then bila dah ok baru masuk kerja. Ayo terharunya.

Alhamdulilah, akak recover sepenuhnya dalam masa 8 hari. Hari ke 9,bila body dah rasa kuat sikit.. hmmmm, mulalah… nak buat apa yer di kampung? Lama tak keluar jalan jalan, kan? Akak taip sms, send… tunggu 1 minit… wah dapat balasan. Akak baca, balas, send balik. Tunggu. Tak sampai 1 minit dapat balasan balik. Wah excited nih. Akak siap. 20 minit kemudian akak dah start kereta, siap sedia nak keluar ambil Z. Wahhh kembali terjalin kah? * Matilah pasni kena hawau dengan Kak Misya kau.

Tajuk album hari itiu tetaplah Lama Tak Jumpa. Kan. Tibeerrr. Walaupun dengan tshirt kelabu (ketat) dan jeans biru, tak mekap – akak melangkah yakin bersua muka dengan Z walaupun muka akak pucat sebab baru baik sakit. Kan. Akak ambil dia, nervous jugak masa tu. Bila dia masuk dan duduk aje sebelah akak – ayo bergetar jua tajuknya dikk. Nasib baiklah hati akak ni dah akak tetapkan betul2. Walaupun dibasuh, dibilas, dicuci bersih2 akak yakin nama F yang timbul. Tiberrr.

Nampak macam dia baru potong rambut. Akak ni dik kalah sikit kalau dengan orang yang akak suka baru potong rambut. Sebabnya akak suka tengok muka dia lepas potong rambut - nampak kemas & lagi cumil gitu. Lagi satu, akak nih suka orang kidal. Takde sebab yang specific, tapi akak rasaa orang kidal ni sexy gitu. Tiberrrrr. Gilakan akak?

Berbalik kepada cerita akak dan Z, lepas akak ambik dia (dia pakai shirt kelabu jugak – tiberrr konsep sedondon? Menakutttkan) kami ke tempat yang biasa kami pergi masa dating dulu. Tak pasei. Banyak jugak yang disembangkan tapi akak tak boleh sangat pandang muka dia. Akak takut perasaan akak terbabas – yelah kalau akak tersuka balik kat dia tak ke naya? Ayo risauu ok. Tambah2 kalau dia senyum – ayo janganlah tengok lama2 dik. Confirm mata akan tercedera. Tiberrr.

Masa nak hantar dia balik, Z beritahu akak dia nak turun sini lagi 2 minggu. Dia kata nak jumpa akak. Wah. Mengerikan. Akak tanak curang. Akak tanak please. Haha.

See yu ols – soon..



Walaupun masuk hospital.. akak tetap nak usung handbag ok.. Tiberr..

23.3.09

Segaknya.. pasai apa taktaw?


Sabtu

Tahu tahu dah bising. Tengok jam dah pukul 10.00 pagi. Ayo akak baru nak bangun. Oh patutlah bising. Srikandi tengah bersiap siap nak mencari rezeki katanya. Menakotkan. Tibeerrr.

Akak bangun, terus kemas katil .. lepas tu sesi mengemas rumah pun bermula. Akak kemas bilik akak dulu, kemudian kemas depan, pastu kemas dapur pastu basuh bilik air. Leganya bila dah siap. Sori dik, akak kau ni ada sindrom Monica sikit. Tak boleh tengok benda berrsepah – mulalah tangan akak start gatal gatal nak mengemas. Walaupon. Kan.

Habis mengemas sumer.. akak mandi.. Ingat lepas mandi nak turun cari breakfat – tapi dah dekat kul 11.00 dah masa tu. Tunggu lunch ajelah terus. Sementara menunggu akak sudahkan kerja kak Misya kau – ada 3 tape nak kena dengar dan taip balik.. Menakotkan...

Habis 1 tape, akak turun nak tapau nasi – hari ni lauk ikan kicap dengan jantung pisang cicah sambal belacan. Ayooooo kelazatan.. dan kekenyangan selepas itiu.. tajuk album tetaplah "selepas makan enak sekali kalau dapat baring depan tv di bawah kipas berkelajuan 4.." kan.. menakutkan.. tiberrrr..

Tahu tahu kak Misya kau balik sementelah akak ralik duk tengok hindustan kat TV3. Citer Rani Mukherji tu. Tau tau aje dia pun join baring sekali kat depan. .. menakutkan.. hahah... Selang setengah jam, kak Deeba muncul dengan Kak Faridah. Kak Faridah (kak Ferry) jemput akak datang majlis kahwin dia katanya. Kelas kad kawin Kak Ferry. Kalah kad invitation majlis harijadi yang Angel Cleopatra buat. Tiberrr. Siapakah dia Angel Cleopatra? Kau mampu carry nama Angel Cleopatra? Setakat Lily Patra pun hado ok. Wah. Terkata. *Menakotkan…

Sampailah petang.. sampailah malam – akak duk menunggu F sms… hari tu dia cakap nak ajak akak keluar weekend ni.. teruslah automatik tajuk album akak hari ni “nervous kalau ada sms masuk tapi penyudahnya Hadoooo”…

Ayo frust nya dik.. Dah 16 hari tak tengok dia.. wah akak stress please.. hurmmmm


Ahad

Sedang akak nyenyak tidur, tepat 8.30am ada sms masuk. Wah siapakah yang menghantar sms pagi2 buta hari Ahad ni.. Menakotkan.. Akak capai hp, celik sebelah mata (sebelah mata lagi duk pejam.. ngantuk lagi ok).. akak bukak Inbox.. tahu tahu… F sms akak. Wahhhhh.. akak terus automatic celik dua dua belah mata nih.. dan terus bangun serta merta.. Menakutkan.. Tiberrr..

Dia suruh akak ambil dia pukul 11. Maknanya pukul 9.30am akak dah kena start mandi. Kan. Nak bersiap lagi, nak pakai susuk segala.. menakotkan...

Akak siap dalam rona merah – coklat – konsepnya hari ni very minimal – tanpa secalit bedak pun.. lip gloss pun tak pakai.. natural look gitu.. Wah menakotkan.. matilah papparazi tak kenal akak hari nih.. walaupon...

Akak ambil dia tepat jam 11am. Bila dia masuk aje, duduk sebelah akak pastu dia bagi salamlah pulak.. waduh waduh… akak terpitam dengan sendirinya. Menakotkan.

Kacaknya dia.. ayo.. *tiberrrr…

Akak ke GE Mall semalam.. daripada hari tu dia teringin nak makan daging masak kicap (dia pun rupa rupanya suka masakan yang kicap2 ni okies.. wah citarasa sama sangat.. mengerikan.. tiberr) so akak ajak dia lunch kat Cozy House.. dia order daging kicap, akak order butter squids…

Bila tanya – sedap tak – dia belum jawab lagi – tapi boleh agak daripada riak muka dia yang memancar2 tu– sedap – bertambah nasi 2 pinggan ok..

Sambil makan akak tanya dia.. eh mana gambar u pakai uniform? I tak penah tengok... teringin nak tengok.. mesti nampak lain kan? *ayat umpan ni sebenarnya.

Dia balas – ala gambar ada.. tapi dalam pen drive i.. kat pusat.. eh kejap.. ada.. dia keluarkan wallet, dan kemudian dia tunjuk akak kad pengesahan jawatan dia..

Ayo gambar dia pakai uniform yu ols..

Akak sesak nafas tengokkkkkkk – menakotkannnnn...

Segakkkkk nya! Serius yu ols.. sangat segakkkkk.. ayooooo sangat ok!

(nanti akak nak mintak satu gambar dia pakai uniform la.. nak simpan buat kenang kenangan.. tiberrr )

Jumpa lagi hawau...

20.3.09

Dulu - dulu...


kali ni akak nak mengimbau kenangan dolu dolu (tetapppp tajuknya flashback, kan.. malazzzz) iaitu zaman2 akak rajin duk pi menyanyi.. nak tahu kat mana? Ahaaaa.. tungguuzz.. wah tiber iklan katanya.

Masa akak belajar dik, nun jauh di bandar M itiu (wah jauh ke kaedahnya.. kan), tetaplah aktiviti selepas kelas akak dan teman teman menjenguk bandar S. Pergi karaoke katanya. Yelah nak buat apa lagi yu ols. Zaman itiu malls yang ado pun Fajar sajor. Paling kelas Billion dik. Ayo. Kan. Takkan nak pose2 jinjing beg SEED (beg mampu milik masa tu.. kan) kat Fajar yang cuma ada escalator naik ke atas sajo lepas tu nak turun kena pakai tangga? * Matilah terkata pulaksss.

Nak lepak layan coffee pun.. jawapannya tetaplah Hado dik. Paling paling pun bolehlah lepak Kedai Wak. Ataupun Hasnah Tomyam. Ataupun layan ABC kat kedai Sri Sarawak. Wah kat mana tu tatau? Habislah sapa sapa yang familiar dengan nama restoran ni buleh teka akak belajar kat mana kan. Tapi kan yu ols, akak recommend, pilah try roti canai garing dengan nasi kari kat Hasnah Tomyam itu. Malatop ok. Malatop. Tiba akak promote Hasnah Tomyam katanya. Wah royalti please. Tiberrr.

Aktivti lain yang boleh dibuat – antaranya melepak tepi laut dan berangan buat video clip Bersama Akhirnya.. sekaligus feeling2 pakai pareo sambil naik jet ski. Tiberrr. Sembilu 2 sangat. Kan.

Chop. Sebelum akak lari topik baiklah akak berbalik kepada tajuk asal kan. Seperti biasa akak kalau diberi peluang confirm akan melencong. Kan.

Alkisahnya kalau ke karaoke itiu - yang mana kita kena pilih lagu kat depan kaunter kemudian kena tulis kod lagu yang kita pilih atas kertas kocik - ayo tak laratss yu ols. Nak berjimpit jimpit dengan mat2 rempits itiu. Sah sah hilang bau perfume akak dik. Walaupon. Walaupon perfume masa itu cuma “SO?” saja. Kan. Dah selesai pilih lagu kena menunggu nak masuk bilik pulak. Kalau nasib baik ada bilik kosong boleh terus masuk. Kalau ramai orengzz terpaksalah feeling feeling menunggu atas sofa kusam itiu yu ols. Tajuknya kehazaban sangat okies.

Antara lagu wajib akak setiap kali pergi menyanyi tetaplah “Syurga Di Hati Kita”. Kan. Bukan apa, yang syoknya part hujung2 lagu tu yang kena tarikkkk suara sikit… macam ni.. “Berjanjilahhhhhhhh.. dan setiaaaaaaaa…”. Kelas. Akak suka. Walaupon sampai ke tak sampai ke akak tetap tarik ok. Kan. Lagu lain – ada sekali tu akak terhambik lagu “Hanya Satu” – Nora. Tetap ada part tarik – part muzik berhenti tu.. kemudian tarik gini.. “Hannnnnnnnn yaaaaa lahhhhhhhhh satu”. Sukaaaaa. Walaupon.

Kemudian.. kalau ke karaoke dengan S pulak (wah teringat qah?) antara lagu yang akak persembahkan kat dia ialah Seandainya Masih Ada Cinta. Confident takkkk akak dik? Kan. Tak kuasa kalau dikenang balikzzz. Alu. Dia pulak tak habis2 dengan lagu Awie – Syair Si Pujangga. Kalau tak lagu tu, lagu Bara, kalau tak lagu Bara, lagu Spoon. Apakah. Kan. Ada sekali tu dia pilih lagu Jelmol – Rinduku Tiada Berteman. Akak sesak nafas dikkkk. Nasib baik akak tak naik “syeh” perform Dikir Rambong (Kapilla) pulak lepas tu. Kan. Walaupon.

Kalau akak pi dengan Z – confirm dalam senarai lagu dia mesti ada lagu kumpulan Dewa, lagu Potret, lagu Anuar Zain – dan jangan tak tahu, bulan puasa pun akak menjengah ke karaoke ok. Sangat tak sesuai kalau mak akak tahu. Dia suruh pi terawih akak menyimpang pegi buat show. Kan. Walaupon. Sah sah masa itu akak dan Z akan pilih lagu Suasana Hari Raya walaupun belum raya ala2 2 minggu lagi. Kan.

Ada sekali tu pulak, akak hangkut S dengan Z pi karaoke sekali – entah macamana 2 ekor tu nak ikut pun akak tak taw dik. Confirm akak feeling ada Tiara sangat atas kepala. Kan. Dengan S akak duet lagu Hampa (Rem & Hetty Sarlene) – dengan Z pulak akak bantai nyanyi Senja Nan Merah. Tiberrr. Tapi diorang tak nak pulak duet berdua. Hmm. Pasai apa taktaw. Malazzzz.

Kalau bawak R pulak – sah sah asyik lagu duet aje memanjang. Paling tak boleh lupa dia akan request akak nyanyi lagu Gelisah Mimpi – setiap kali ke karaoke. Dia kata sedap. Akak pun yerrrrlahh sedap. Beli jiwa kan. Maybe dulu sedaplah kut. Sekarang kalau dia puji sedap pun akak tak heran dah dik… banyak lagi orang kelas daripada kau.. wah tiberrr akak emosi dengan R… motif akan nak emo –she? * Matilah pasni kena blacklist sebab eja EMOSI jadi EMO-SHE… Tiberr….

Baru baru ni plak.. akak ngedate dengan F. Wah siapakah F itiu? Takde salam takde intro tiba tiba buat pengakuan ngedate dengan F. Kan. Takpelah pasal F akak update lain kali okies. Yang penting, tetaplah satu hari tu F ajak akak ke Red Box. Akak awal2 dah cakap akak tanak nyanyi. Akak malu. Walauponnnn. Kan. Tahu tahu diam diam dia pilih lagu. Tahu tahu aje dia kasi mic, dia kata “Jom u nyanyi sama”. Akak pun ala2 kena pukau ajelah masa tu. Kan. Akak capai mic. Dan terus pandang ke skrin tv tu. Tahu dak lagu apa yu ols?

KEHEBATAN CINTA ok (* kau hado?)

Akak pitamzzzzz sat (...tapi bangun balik cos dah standby nak nyanyi baris pertama lagu itiu...walauponnnn. Kan)



Confirmlah akak bersungguh sungguh nyanyi kan?
Jumpa lagi hawau! Hahaha...

16.3.09

Hawau Hujung Minggu


Sabtu lepas.

Pukul 9. Ada 4 call masuk pagi tu. Tapi akak tengah tidur nyenyak lagi dik. Tajuk album tetaplah Tidurlah Permaisuri. Kan. Bukan selalu permaisuri dapat bangun lambat. Tiberr.

Pukul 10..30 pagi. Baru akak terkebil2 nak bukak mata. Wah dah terang benderang. Sambil mata sebelah pejam lagi, akak capai hp. Nak tengok sapa yang call. Oh Abang Ali yang call. Alamak hari ni wedding Tija. Ayo baju kurung moden akak tak iron lagi nih. Tiber.

Akak call Abg Ali balik, dia ajak pi kenduri Tija. Akak kata ok, kul berapa. Dia balas.. kita pegi lewat sikitlah. Kul 2 petang ke. AOJ. (Tau dak AOJ yu ols? Malazzzzz) Akak Ok Je.

Akak bangun, kemas katil, siapkan baju nak hantar pi dobi, mandi. Lepas mandi bersiap lite lite, akak turun nak pi hantar dobi. Pastu nak beli breakfast. Laparlah. Semalam makan roti sajo. Takde selera. Tiberrr.

So pagi tu akak bersarapan dengan nasi lemak lauk sotong dengan 2 butir kuih donut aka kuih tetap akak di bulan Ramadhon. Kan. Lepas makan, akak rileks jap. Operasi berikutnya nak basuh bilik mandi sekaligus basuh baju.

Bila dah siap basuh baju segala, badan rasa seram sejuk plak. Ayo apakah maksud. Nak demam qah. Oh tidak. Cepat cepat akak telan panadol. Dan tiba tiba mata akak jadi layu. Dan alamatnya tajuk album pelayaranku lah.

Kenduri Tija ke mana, baju yang akak nak iron tu ke mana, akak ke mana. Tau2 akak sedar bila Kak Deeba call. Masa tu dah dekat pukul 6pm dah. Ayo. Matilah kena carut dengan Abang Ali. Matilah tak sempat nak pose dengan baju kurung moden kat kenduri Tija. Kan.

So bila bangun ala2 terkejut tu, sah2 kepala jadi “weng” sikit kan. Badan rasa suam2 lagi ni. Alamak, kerja Kak Misya akak belum buat. Astaga. Terus akak bertapa depan lap top dari pukul 6 sampailah pukul 8 lebih yu ols. Tau tau bila dah siap penyakit baru pulak datang. Sakit pinggang. Ayo sengsara jadinya. Maklumlah pinggang akak ni ala2 kerengga yu ols. Kecik aje. Kalau sakit teruklah akak nak carry budak kembar dalam ni. Kan.Tiber.

Malam tu plak first konsert AF. Half way kawan kawan Kak Deeba datang. Pas habis nonton diorang ajak pi supper. Akak kalau boleh nak la ikut tapi keadaan akak ni ayo. Nak bergerak pun susah yu ols. Nak duduk tak senang, nak baring tak senang. Akak kalau dah baring tu nak bangun balik memanglah tajuk ayo ma ayo pa sangat. Bisa yu ols sakitnya.

Sebelum tidur, akak dah tempek 8 keping Salonpas kat belakang pinggang ni. Mrasalah panas tak hengat ok. Cepatlah baik sakit pinggang ni. Esok kut F ajak akak keluar camne? Takkan tanak keluar? Ataupun takkanlah akak nak keluar tapi jalan macam orang OKU? Hawau betul. Ayo tak baik.

Ahad, semalam.

Sepanjang malam akak tidur mengiring. Tak boleh tidur sangat sebenarnya. Kejap kejap kalih kiri. Kejap kejap kalih kanan. Tak selesa yu ols. Tajuk album tetaplah Sengsaraku. Kan.

Tau tau rumah dah sunyi sepi. Kakak kakak srikandi dah keluar mencari rezeki katanya. Kelas. Akak bangun. Mandi. Pinggang sakit lagi nih. Adui laaa. Pas mandi akak bergegas turun tangga nak pi beli ubat.

Dan.. sejarah berulang yu ols. Lepas aje akak makan ubat, mata ni macam kena gam. Tak sedar apa dah akak terus tarik selimut. Tau tau bila akak bukak mata balik dah pukul 5.30 pm. Ayo dah petang.

2 hari akak habiskan dengan makan ubat dan tidur?

Hawaaaauuuuuuuuuuuuuu.



Tetap tengok muka sendiri masa tidur.. kau hado? *Tiberr...

13.3.09

Terbaru dariku ~

Haiyo. Bertahun bertapa katanya. Mrasalah peminat bosan. Matilah tahun ni nama tak tercalon dalam top 5. Kan. Hahaha. Terkata kat sapa tataw. Ops.

Salam sejahteralah buat pembaca yang budiman semua. Masih adakah lagi pengunjung blog akak ni dik? Akak pun tataw. Kalau masih ada yang nak baca blog akak ni, Insya Allah, akan datang akak buat comeback. Tapi bukan come back all out ye. Come back lite lite dulu dik.

Ala2 seminggu satu posting dulu. Bila akak dah rasa yakin ada masa nak menulis macam dulu, mrasalah akak buat posting hari hari. Kan. Tajuk album tetaplah PERCAYA KAH. Kan.

Yelah dik. Akak ni tak cukup masa. Nak bekerja, nak menyanyi ( walaupun “live in the car” sajo tapi tetap akak hit note “Anggapanmu” dengan kening terangkat sebelah – sampai kereta kiri kanan akan rasa pelik tengok akak buat show. Tajuk album tetaplah Kau Mampu? Kan), nak berlakon segala (kalau nampak akak duduk diam2 tu alamatnya mulalah kejap lagi keluar dialog2 Sembilu part akak marah manager akak siap dengan ekspresi muka.. kalau Dato Yusof tengok confirm sama ada dia panggil akak buat screen test ataupun dia masuk hospital.. stress okies *tiberrr...), mana nak cari masa dengan buat part time nya lagi, nak habiskan masa dengan suami akak lagi (tak pasei), pastu nak melayan anak anak akak lagi, dengan body akak mengandung kembar ni lagi (ayo alasan.. pitam sat!)

Ayo matilah tak lama tak menulis lepas tu bila nak mula menulis balik akak merapu. Tapi korang nak baca jugak kan. Tajuk album tetaplah Sapa nak jawab tu? Malazzzz..

Ok, jumpa lagi peminatku. Tiberrr peminatku. Kan. Tunggu ok dalam sehari dua ini. Kalau diizinkan.. dan kalau akak tak habiskan weekend ni berdating dengan F (tetap nak selit jugak.. kan) mrasalah korang baca akak merepek lagi ok.

Jumpa lagi – soon!

Love alwiZZ
Jie

9.9.08

Angin Yang Menghancurkan..


Kesepian ini
terus terusan mendampingi hari hari siangku
Kesedihan ini
masih tidak lepas menemani malam malam gelapku

Sampai kapan
Kepayahan ini menunggu aku
Sampai mati
Pedih lara hati ini ku tanggung sendiri

Angin itu
Liuk tiupnya perlahan
Lagaknya
Dia biasa biasa
Berhijab biru
Mata tidak galak tiada istimewa
Wajah bukan rembulan
Namun dahan upaya di tawan

Angin itu
Hembus manisnya membutakan
Menawarkan semua azimat cinta kami
Lalu janji yang dipintal dengan benang kasih sayang
Bukan janji lagi

Angin itu
Menderu dan terus menderu
Mengibarkan lembayung cintanya
Ke pelusuk alam
Dan daripada kejauhan
Aku menyaksikan
Kehebatan angin itu
Menakluki satu jiwa
Yang dulu milik aku

Angin itu
Persis angin yang menghancurkan

8.9.08

"Pohon Cinta"



Buat Z..

Namanya takdir
dan di atas garisan takdir itu
tercetus satu kisah pertemuan
Kisah sepasang jiwa
Bersemi di pohon cinta
Yang cinta mereka manis
dalam ungkapan rindu dan sayang

Pohon cinta ini
Di bajai rapi penuh tulus hati
Di panas mentari pagi
Di dalam dingin malam sepi

Bunga kasih terus mekar
Bunga kasih lebar menguntum
Mewangikan segenap dinihari
Lewat ke gamitan merah langit senja

Sehinggalah takdir itu datang
Lalu dibawa bersamanya
angin yang bisa merubah impian
Sepasang jiwa yang penuh cinta

Lalu pohon cinta diuji
Sekukuh mana cinta itu pada dasarnya
Sekuat mana rasa cinta pada zahirnya
Jiwa nan satu mula berpaling
Tertutuplah sebelah pandangan matanya
Tatkala terpesona
Dengan angin petang mula menawan
Hati lelakinya

Berderailah ikatan
Luluhlah jiwa nan satu lagi
Mencari kekuatan
Untuk menghadapi saat saat sukar bersendirian

Pohon cinta kini
Terkulai hiba
Menangisi sepi hatinya
Menangisi kosong malam malamnya
Setelah cintanya di bawa pergi
Kerana sepoi angin
Kerana bayunya
cinta agung bukan lagi tempatnya di pohon cinta....