29.11.07

Layaklah Dia!

Bos lama Jie, Encik M, ada satu rumah baru siap, apartment biasa di kawasan SG. So bila dia bukak mulut tanya Jie, kalau rumah tu dah siap, nak ke duduk situ? Jie terkujat jugak laa kan.. tiba tiba sajo.. tapi tetaplah Jie jawab secara baik... tengoklah macamana bos... nak jugak tengok rumah tu dulu macamana kan.. kaedahnya tidaklah menerima tawaran dan tidaklah juga menolak tawaran itiu.. konsepnya play safe, mengiyakan tidak, menidak kan juga tidak.. tajuk album tetaplah ANTARA IYA ATAU TIDAK...

So, nak dijadikan cerita, bila Jie bukak mulut pada KM, katakanlah kalau Jie nak pindah, nak cari housemate duduk dengan Jie, tup tup KM offer diri dia... diulang, dia sendiri offer diri dia ok.. katanya, dah tak larat nak travel hari2 dari Rawang so might as well duduk dengan Jie kalau Jie confirm pindah... so okaylah kan..

Dan Jie beritahu kat Encik M, nak tengok2 dulu rumah tu sebelum Jie & KM buat keputusan nak masuk ke tidak...

Arakian cerita, dalam 3 minggu lepas, (rasa2 hari Selasa tapi tak ingat berapa haribulan) Jie gigih apply leave semata2 nak pegi tengok rumah tu, bila ajak KM, dia tak dapat datang sebab ada meeting.. So tak kisahlahkan.. nak tengok2 aje bukannya nak buat apa pun..

Bila dah selesai tengok, Jie inform KM, kata kat dia rumah tu ok, selesa jugak kalau nak duduk. Then dia kata oklah kita proceed plan nak pindah..

Yang penting, Jie tanya dia (KM) betol2... ada apa2 plan tak dalam jangkamasa terdekat ni? Yelah esok baru pindah sebulan dua kut2 nak kawin la, nak tukar keja la, nak apa semuakan? Buat apa nak pindah kalau camtu.. Esok lusa Jie pening kepala balik nak cari housemate baru..

Dan jawapan dia TAKDE… TAKDE APA2 PLAN SO FAR..

Kebetulan, malam minggu (dalam minggu yang sama) Kak Deeba tanya Jie.. BETUL KE KM NAK PINDAH DUK SEKALI DENGAN KAU?

Jie kata BETULLAH... NAPE?

Kak Deeba kata, KC BARU CALL, DIA INFORM YANG KM DAPAT OFFER & NAK JOIN COMPANY DIA KAT JAKARTA.. DAH TU JADI KE RANCANGAN KORANG NAK MENYEWA TU?

Jie (dalam hati) rasa tak kan lah.. Jie jawab ENTAH TAKDE PULAK DENGAR APA2.. KM TAK CAKAP APA2 PUN? So Jie mengambil konsep mendiamkan diri sajo laa kan...

Sampailah satu hari, bos Jie, Encik M call Jie balik, dia tanya bila Jie plan nak pindah, sebab dia kata dia nak renovate kan rumah tu dulu, buat plaster ceiling kitchen cabinet segala... best kan? Dia siap tanya nak pasang apa lagi? Wah masa tu Jie rasa menang sangat.. Yelah ingat senang nak dapat bos camtu dalam dunia ni?

Jie apalagi kan.. dah orang nak pasang, menadah tangan sajalah.. dah rumah dia, suka hatilah dia nak buat apa pun kan..

So, Jie pun bagitahu laa KM, ni bos cakap dia nak renovate dulu.. pastu dia tanya nak apa2 lagi tak.. KM dengan confident cakap suruh laa bos pasang aircond sekali.. Dalam hati Jie wah sesedap dia aje kan...Cantik ke dia?

Selang beberapa hari, masa we ols jalan jalan cari makan kat Ampang Point, tup terkeluar daripada mulut sapa tatau pasal kerja baru KM tu.. orang tu mentioned KM nak blah dah join tempat baru.. Semua yang ada masa tu macam tercengang2... dan semua diam sajo.. tak bagi respon pun.. yang peliknya, dia langsung tanak bagitahu kat Jie? Motif??

Takpe, Jie diam dulu.. sehari dua lepas tu... dia bagitahu Jie dia ada interview (konon) padahal offer daripada company kat Jakarta ni bukan baru ye tuan tuan puan puan.. Dia dah pernah reject offer company ni dulu.. So, kukuh ke alasan dia mengatakan yang dia tanak beritahu we ols semua (especially Jie laa kan.. I looked it that way) sebelum dia betul2 dapat offer tu...

COME ON LAAA…

SEBAB MUSABAB YANG JIE NAIK DARAH :

1) PASAL APA MASA FIRST2 TIME JIE TANYA DIA… BETUL KE NAK PINDAH NI & DIA ADA ANY PLAN KE TAK DIA CAKAP DIA NAK PINDAH & TAKDE PLAN APE PON? MOTIF?

2) PASAL APA TANAK BAGITAHU YANG DIA DAH DAPAT OFFER KEJE BARU (DAN DAH DECIDE NAK PEGI) MASA JIE SIBOK2 NAK PEGI TENGOK RUMAH? KC DAH SAH2 CAKAP KM IS JOINING, DALAM MINGGU YANG SAMA JIE PEGI TENGOK RUMAH TU DAN JUGA DALAM MINGGU YANG SAMA BOS JIE OFFER BUAT RENOVATION YER KAWAN-KAWAN? TAK PULAK DIA CAKAP EH, I TAK JADI LAA PINDAH DUK DENGAN U…

AYO, KALAU CAKAP AWAL KAN SENANG... APSAL, DAH TAKDE MULUT KE NAK BERSUARA DAH? JADI BISU PLAK?

DEMI ALLAH, Jie sikit pon takde rasa dengki ataupun sakit hati bila dia dapat kerja baru
tu.. GOOD FOR HIM... tapi apsal nak kena sorok2? Boleh dapat kasut FERRAGAMO sepasang ke kalau tak bagitahu? Adui geram....

Jie punya perangai, bila dah menyampah macam ni alamatnya susah laa nak menegur sapa kan.. tapi seingat Jie, Jie still tegur dia (KM) masa lunch break hari Jumaat lepas..

Sampailah ke petang Selasa, dia ada call Jie..

“U marah I ke”

“Taklah” (walaupon…………)

“U marah I ke”

“Taklah.. (sabo lagi nih!)

“U marah I ke”

“Taklah.. (darah nak mula nak naik!)

“I tahu U marah I ”

“Taklah ...” (darah dah naik!)

“Yea.. diorang semua cakap U marah I ” (Ayo menjemputlah kan...)

Dan kesabaran maksimum sekali lagi tercemar bila soklan yang sama

“U marah I kan? ”

Terus akak jauhkan phone letak kat dahi terus hit key Jaclyn Victor... G#

“CEPATLAH!!! NAK CAKAP APA SEBENARNYA NIHHHH?” (mrasalah sarang tebuan dah kena jolok kan?)

Terus suara dia berubah. Tak lama lepas dia tanya something pasal keje terus hang up phone.

Dan semalam, dia datang.. Jie buat layan tak layan aje.. Kowser nak layan dia lagi.. Dah Jie bawak watak sentap takkan Jie nak keluarkan dialog ramah mesra pulak?

Tahu2 lepas tu dia (KM) mengadu.. konon konon Jie tak layan dia dan konon konon Jie nak putus kawan... Hummmm... Suka ati la..

Tak kisahlah kalau kawan2 kami nak kata Jie emo terlebih ke, mengada2 ke, perangai budak2 ke, itu ke ini ... tajuk album tetap I DONT CARE...

Dan yang paling penting, bila dah buat orang sentap, ada dia MINTAK MAAF?

NAN HADO OK... LAYAK LAH DIA..

Duh.....

3 comments:

Gentleman Style said...

wow..tantrum queen sangat..habis beg LV semua terpelanting!

عيديد said...

Kak Gie,
I rasa dia merahsiakan sbb nak jaga hati kak Gie kot. For me he is so romantic k. Taknak melukakan hati perempuan. Wah gitu.
Klu I dpt I rasa secure sgt. Tgk mcm I, sorang pun takde nak sayang kat I.. You beruntung K Gie.

Love
Datin Kyra

Gentleman Style said...

Dear Datin Kyra,

Susah nak suruh orang untuk menyayangi seorang gadis tarian piring..tapi bukan mustahil..pasti ada backup dancer yang akan jatuh hati..