18.10.07

Mengalun Rasa.. (pinjam tajuk naa Kak She)

masih beraya kan? hiks.. Jie kembali bersiaran untuk tatapan yu ols semua..

yang penting, Jie pulang berhari raya ke kampung halaman pagi Khamis minggu lepas.. Alhamdulilah, tahun ni Jie tak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.. tajuk album pengalaman lampau mengajarku sangat.. bertolak daripada KL jam 9 pagi, Jie selamat sampai di kampung mak abah Jie di KK jam 12.30 tengah hari..

sampai sana Jie terus ajak Mak Jah kau ke kedai, nak shopping last minute katanya.. Jie nak belikan sesuatu untuk Pak Zain, untuk Mak Jah dengan kakak Jie dah belikan siap2 masa kat KL lagi, mrasalah masing2 pose pose kebaya dengan handbag & kasut baru kan? pusing punya pusing akak berkenan pulak dengan satu kasut capal ni.. abang yang jual tu kata capal ni gred A dik.. akak pun YELAAAH sajo kan.. masa nak membayor nye Jie terkujat sikit.. ayo, RM65 yu ols.. mrasalah pulak Pak Zain kau pose pose pakai capal baru tahun ni..

petang pulak, Jie heret Mak Jah kau ke bazaar ramadhan.. masa sampai kat bazaar itew dia pesan, ha, Jie, jangan duk beli banyak sangat makanan, nanti tak makan, membazir.. so akak pun belilah popiah goreng dengan ikan keli masak sambal.. konsepnye lite2 sugi sajo.. tup tup yu ols, mak akak pulak lupa diri.. dia pulak yang over terbeli ikan bakar, kerabu mangga, gulai tempoyak, murtabak, sambal udang, macaroni goreng, ketupat daun palas segala.. ayo tajuk album tipah tertipu sangat ok.. hiks..

sehari sebelum raya, seisi mengemas rumah.. habis perabot ruang tamu atas bawah Jie rearrange balik.. petangnya pulak, Jie dah bersimpuh kat dapur, feeling2 masak rendang katanya.. dalam pada tu sempat jugak curik2 main2 sms dengan Z.. hiks.. tak suka taw dia kacau Jie masa masak.. ayo matilah kena ejek pasni...

pagi Aidilfitri, awal2 pagi Mak Jah kau dah jerit cecah key F#.. mandi, mandi katanya.. nak kejarkan sembahyang raya.. haruslah Jie yang terpisat2 nak bangun kan.. kakak Jie pun sama, 2 kali 8 jugak.. dah kena jerit baru nak terkejar mandi.. lepas sembahyang, balik rumah Opah Jie.. seisi salam bersalaman laa pulak.. kemudian kami beramai2 menziarahi pusara arwah Tok, arwah Pak Long dan arwah Mak Long..

hari raya kedua pulak Jie sekeluarga balik ke rumah saudara belah abah Jie.. dan aktiviti nya tetaplah makan, makan dan makan lagi sampai nak muntah.. ayo daripada malam raya tajuk album nya tetaplah mencekik darah.. confirm lepas raya kalau akak berdiri kat dapur silap silap orang ingat akak ni peti ais.. ops..

raya ketiga pulak akak kembali bertugas di dapur, sedara mara belah mak akak datang nak beraya.. so akak bertapalah di dapur menyiapkan juadah, yang penting akak tetaplah gigih nak buat popiah goreng.. tak penah2 seumur hidup akak buat popiah, tup tup sekarang dah pandai buat sendiri.. raya keempat pulak upssss...

raya keempat, Jie ada dating dengan S.. ayo matilah kalau Z tahu! dah 3 bulan tak jumpa dia.. tajuk album kali ini ghairah malam sangat.. hiks.. janji nak jumpa S pukul 9pm tapi akak daripada pukul 7.30pm dah start mandi mandiana.. lepas solat terus siap nak mekap ni.. paling penting bahagian mata.. kena mekap cantik2 cos mata akak ni aset dik.. aduh berangan tak hengat ni..

so malam tu Jie berdating laa dengan S.. pegi minum2.. sembang2 kisah lama, gurau2.. aduh cair dibuatnya yu ols.. tak semena mena tiba tiba pulak S tanya fasal Z.. ayo akak terkesima laa sekejap yu ols.. dia tanya akak, u takde jumpe Z ke? ayo.. dalam hati akak debaran laa kan.. baru je akak jumpa Z sebelum raya hari tu tapi perlu ke nak mengaku? *konfius

at last akak mengaku ada jumpa dia.. nak menipu karang takut terpecah lubang kan.. so baik mengaku.. then dia diam.. nasib baik dia ok boleh sembang balik macam biasa.. tu tup pastu S plan nak buat reunion jumpa kawan2 lama.. dan dia bagi hint kat akak supaya jangan pulak ajak Z sekali.. ayo.. cemburu Qah?

dan lewat malam itew Jie terasa di awang awangan sangat.. bila S ada depan mata ni dah tak nampak apa2 lagi.. angau yarrabi sangat ok.. ayo matilah kalau Z tahu.. masa nak balik (dan memang sepatutnya esok Jie kena balik KL, nak start kerja hari Khamis) Jie salam dia, minta maaf, halal makan minum, berlinang airmata Jie.. S pun ala2 bergenang airmatanya juga.. wah drama sangat kan.. kemudian dia pesan kat Jie, kalau tak jadi balik esok, call dia.. dia nak jumpa lagi.. cantik ke akak malam ni yu ols?

sebaik sajo akak sampai rumah malam tu, akak dapat sms daripada S.. dia kata dia miss akak.. pengasan sekejap.. hiks... dan.. jeng jeng jeng.. esoknya akak terus tak jadi balik KL yu ols.. akak stay sehari lagi kat kampung semata2 nak ngedate dengan dia lagi sekali.. GIGIH TAK?

janganlah ada kawan2 si Z pulak nampak akak duk berkepit dengan S.. matilah kecurangan di Aidilfitri katanya..

apapun, akak semakin keliru sekarang ni.. tatau mana satu yang akak nak sebenarnya.. kejap dah bulat hati akak ni pilih Z.. tup tup bila S muncul depan mata dah nekad nak pilih S pulak.. betul kut kata kak Deeba kau akak ni mudah terpedaya dengan rupa..

masalahnya yu ols, dua dua tu berupa.. tak lebih tak kurang.. pulak tu masing2 kalau mengayat, aduh, tak tidur malam akak dibuatnya..


cairlah S tengok mata akak.. hiks.. aset nih!

No comments: