8.10.07

Terbuai Buai...

sabtu, 6hb okt 2007

alkisahnya hari Sabtu lepas Jie, Kak Deeba dan Kak Misya mencapai kata sepakat menjemput kawan2 comolot we ols untuk datang berbuka puasa beramai2 di rumah kami itew..

yang penting, tetaplah tiada konsep masak memasak, semua yang hadir dipastikan diharuskan membawa makanan, pot luck ramadhan gitew..tapi tetaplah ada yang berangan nak memasak spagetti segala, caramel segala, sayur campur segala tapi bila muncul tetaplah ditangan itew putu mayam, tepung pelita dan roti jala sajo.. ups matilah akak kena carut pasni.. ampun kak she..hiks

sebagai hos, menu yang hado petang itu tetaplah meriah dengan Nasi Ayam Dara Kukus, buah melaka, sardin roll, kuih sambal (pau malaysia), agar-agar, ayaq mata kucing, ayaq soya panas (ayo.. dap dap).. lepas tu pulak kak she muncul dengan putu mayam, tepung pelita, roti jala, kamarul pulak muncul dengan ayamas, abang ali pulak dah awal2 bagitahu datang nak bawak murtabak.. so penuhlah meja makan we ols itew..

so, terima kasih banyak2 kepada yang sudi hadir, KAK MIS, KAK SHE, BOY, (wah ada orang taste kat Boy nampaknya.. hiks.. konsepnya Cinta Tersimpul Rapi.. tajuk album hanya lihat-lihatin hujung hujung mata gitew.. haha!) BORZACK, KAMARUL, KHAIRUL, ABG ALI dan ZAIMAH.. seronot berbuka dengan yu ols semua..

selesai acara berbuka, ada acara lain menanti.. pa dia tatau? hiks.. malam sabtu tu we ols berkonvoi ke jalan tar katanya.. nak berjalan2 sambil tengok2 barang.. aduh jalan masa tu sesak dengan orang.. Jie pulak masa nak parking tak perasaan pulak jalan nak naik ke parking tu tak sama rata.. apalagi tersagat laa kerets akak dik... nasib baik kat bawah.. tak nampak.. kalau kat tepi confirm akak terus takde mood malam tu..

apa2 pun, tak sempat nak membeli beli macam tahun2 lepas sebab akak rimas.. ramai betul orang.. nak berjalan pun ayo.. dengan panas segala.. Jie sempat belikan mak jah 2 helai tudung aje.. selepas buat 1 round terus masing2 nak cik bals.. nak lepak minum2 teh tarik katanya.. so masing setuju nak lepak2 kat ali maju pekena teh tarik..

tup tup akak dapat call.. ayo, Z ada kat sini katanya.. pastu nak tumpang tidur rumah akak.. wah apalagi kan? akak suka akak suka.. so daripada plan nak minum2 akak terus pecutkan diri ambil Z kat sri kembangan.. yang penting, akak hangkut sekali nih abang ali, zaimah & kak deeba kau pegi ambik dia.. wah matilah pecah lubang.. ops..

so malam hingga ke pagi itew, tetaplah kemeriahan berganda di rumah we ols.. ramai yang stay sampai ke pagi.. akak tidur pukul 4.30am ok hari tu.. seronot sembang2 dengan Z sambil baring atas peha dia.. hahaha.. matilah kelucahan di bulan puasa.. zzzz..


ahad, 7hb okt 2007

tengok2 Z dah bangun dulu daripada akak.. wah aluzzz.. dia kata, jom keluar, nak cari tiket balik, nanti habis pulak.. eleh, akak lagi suka, takde tiket balik duk aje la sini dengan akak jangan balik kan.. wah tibe-tibe.. so dengan sisa sisa mengantuk yang masih ada akak bangun mandi, dia pun mandi (ops kami tidak mandi jenazah ok).. pastu siap, akak tak sempat nak mekap pun, ayo sangat ok..konsepnya tetaplah tiada selapis bedak pun di mukaku iniew.. confident sajo..

so selepas dapat tiket, akak dan Z muncul berpegangan tangan (wah) di pavillion bukit bintang.. kelas pavillion itew yu ols.. KLCC sila ke tepi ok..beri laluan.. beri laluan.. hiks.. kemudian sempat round2 kat KL PLAZA, LOT 10 segala.. kemudian akak ajak Z jalan2 kat KLCC pulak.. akak ingat nak carikan Mak Jah kau handbag, tapi tetaplah tajuk album tiada yang terbekenan di hati..

daripada KLCC, akak heret Z ke One Utama pulak.. cian dia kan? mesti dia penat ikut akak sana sini.. habis segenap lantai akak pusing dik.. daripada Old Wing ke New Wing pastu pusing balik.. ayo ntah berapa kilometer akak berjalan semalam yu ols.. kalau tak kurus jugak tak tahulah.. ayo kimpy ke? hiks..

sedar2 dah pukul 5 lebih, bas Z pukul 6.. so akak bergegas pulak nak hantar dia ke hentian duta.. ingat nak tunggu dia sampai dia naik bas.. yelah boleh laa sembang2 sikit lagi kan dengan dia..tak puas bermanja ok (wah)... nanti sebelum raya dah tak jumpa dah kan.. tengok2 jalan nak masuk hentian duta boleh jammed yu ols.. so terpaksa laa akak dropkan dia tepi jalan sajo..

so, masa dia nak balik sedey laa sikit.. salam, akak cium tangan dia, dia cium dahi akak (wah) mintak ampun maaf segala.. pastu dia kata kalau sempat hari khamis ni nak jumpa akak sekejap sebelum dia balik kedah.. hmm.. kalau akak sempatlah kan.. kalau tidak haruslah tajuknya AIRMATA SYAWAL kan.. huhuhu..

lepas tu sepanjang perjalanan balik rumah emosi akak terganggu sikit tapi sebelum tidur akak tersenyum senyum senyum senyum senyum senyum dan senyum lagi.. ayo.. angau dibuatnya.. Oops..

Yang mana lebih QIUT yu ols?




AYO....

No comments: