28.9.07

akhirnya..

Akhirnya.. setelah berfikir bagai nak rak, siang malam pagi petang, berbuka bersahur, tidur bola makan bola minum bola (apa kes tibe2 bola nih? ups) Jie akhirnya telah menolak lamaran kerja baru itew yu ols.. ayo tiada penyesalan qah tajuk album?

setelah mendapat respon yang MACAM MACAM ADA daripada ibu bapa sanak saudara kaum keluarga sahabat handai bos situ sana sini dan peminat akak di seluruh tanah air (wah confident ada peminat) akak telah membulatkan hati dan menekadkan hasrat akak untuk stay di tempat lama..

memang susah sangat nak decide sebenarnya.. berminggu minggu Jie menilai baik buruk segala benda, berkali2 jugaklah Jie duk berdiskusi dengan kak deeba + bos Jie (untuk pengetahuan yu ols dia pun resign, okies!), dengan wife dia pun akak "bermeeting" dik.. ayo kelas tak akak? so mula2 tu Jie dah sebelah kaki nak masuk tempat baru, tup tup company lama Jie buat counter offer.. diorang matchkan dengan offer baru..

so bila akak diuji begitu haruslah tajuk album terbaru jawapan yang kelabu kan? bila akak tanya bos akak dia kata "fikirlah.." pastu bila akak tanyain pulak wife nya itew dia pun kata "fikirkan dulu"... ayo 2 x 5 ahli fiqir sangat ok.. then bila akak tunjukkan surat offer baru daripada company lama kat bos akak dia kata "hmm.. okaylah ni" which in a way dia tanak akak accept tempat baru tu (pada firasat akak laa)

bila akak berbincang pulak dengan mak jah dan pak zain, adus, lagi pening jadinya.. mula2 kata jangan pegi, pastu macam suruh pegi pulak, pastu kata buatlah keputusan sendiri..mana yang terbaik untuk akak.. bila akak tanya kakak akak pulak, dia terus kata kat akak.. pergi.. pergi.. bukan senang nak masuk tempat tu (company baru tu international ok).. ayo laa kan?

yang paling menyentuh emosi akak, pesanan mak jah berbunyi.. "keje aje laaa kat t.hajah tu, mak suka.. berkat.. lagipun susah nak handle bos perempuan nih.. cerewet.. esok2 kamu pening kepala pulak sebab stress"

alkisahnya bila mendengar pesanan itu dan bila akak ditanya oleh bos akak masa dia call akak 2 hari lepas samaada akak accept ke tidak offer SGB itew akak kata tak.. then dia kata takpe, u stay dulu..pelan2 kita tengok macamana.. hujung tahun ni kita boleh plan something..

so bila dah mendapat bayang2 itew akak pun terus call SGB.. tolak secara baik.. hmm.. pastu akak sms semua kawan2 akak beritahu yang akak dah reject offer tu.. terus kak deeba kau balas balik "tak nyesal ke?"

sambil menarik nafas, akak kata kat dia.. "kadang2 kita tak boleh dapat semua".. itulah akhirnya..

oh, anyway, akak nak say good luck and all the best pada kawan2 akak ... yang resign untuk sesuatu yang lebih baik.. to sam, sharline and liza.. nice to know yu ols and do keep in taj okies..

dan sesuatu yang buat akak seronok minggu ni.. akak dapat teddy bear yu ols.. dah bertahun2 berangan nak teddy bear barulah kali ni dapat.. kawan akak bagi sempena besday akak.. ups promosi qah?

apapun, kepada kawan2, kut2 berhajat nak bagi akak present, bolehla belikan akak jeans (levis pun ok aje) cardigan (top shop) ataupun perfume (Versace bright crystal itew ok).. wah demand nyaaa.. tak malunye akak.. ataupun kut yang ada peminat yang bermurah hati, akak nak purse COACH satu.. hiks



ni dekwan ok... matilah bear dah ada nama!

No comments: