14.2.08

Selamat Berkasih Sayang ~




di sini kau dan aku

terbiasa bersama

menjalani kasih sayang

bahagia ku denganmu
pernahkah kau menguntai


hari paling indah

terukir nama kita berdua

di sini surga kita


bila kita mencintai yang lain

mungkinkah hati ini akan tegar

sebisa mungkin tak akan pernah

sayangku akan hilang


if you love somebody could we be this strong

i will fight to win our love will conquer all

wouldn’t risk my love

even just one night

our love will stay in my heart


pernahkah kau menguntai

hari paling indah

ku ukir nama kita berdua

di sini surga kita


bilakah kita mencintai yang lain

mungkinkah hati ini akan tegar

sebisa mungkin tak akan pernah

sayangku akan hilang


andai keajaiban bisa terjadi, ingin sekali Jie nikmati keindahan malam ini berdua dengan DekWan.. Wah tak pasei.. Jie tidak impikan bunga, coklat mahupun teddy bear.. tapi tajuk album kalau dapat cincin akak terus sarung ok!

Alangkah indahnya hidup kalau Jie dalam dakapan Dekwan.. berbumbungkan langit, berhiaskan bintang, bertemankan bulan.. dan antara sedar dan tidak, berbisik kata cinta.. wah matilah kena smash pasni!!

Buat semua… selamat berkasih sayang… dan buat Dekwan..

HAPPY VALENTINE’S SAYANG! Oops…


13.2.08

Sejenak Bersama Jie...

Waduh waduh yu ols semua.. mrasalah di tempat kerja baru tak menang tangan!

Dan sebab itiu jugalah Jie tak sempat nak menulis.. tak sempat yu ols.. Iniew pun terpaksa cur cur mas (wah apa Qah cur cur mas itiu? Curi curi masa katanya!) menaip. Yang payahnya pulak bila tajuk album di kiri dan di hadapan ku tempat duduk GM.. ha.. tak pasei akak asyik close window, bukak balik, menaip, close window balik, usha kiri kanan segala..

Apapun, posting kali ini tetaplah berkonsepkan yang termampu sajo.. mrasalah sejenak bersama Jie.. (automatik terus pose pegang handbag dengan skirt atas lutut nih).. wah tak pasei..

Scene 1
BBQ Bersama Abang Ali meriah!

Khamis minggu lepas, Jie dan Kak Deeba kau telah pun memunculkan badan kami nan kimpy lite lite iniew di rumah Abang Ali.. wah ada BBQ Party katanya.. so menu malam itiu sangatlah hebat yer tuan tuan.. Tak percaya? Lihatin di bawahss…









Ramai jugalah yang hadir tapi tetaplah RPSM wah apa Qah itiu tatau? Hiks… Ratu Penglipurlara Sepanjang Malam milik Kak Deeba kau kan? Namun Kak Deeba tetaplah mendapat saingan hebat daripada Abang Sakit Kepala.. *matilah selepas makan terus hilang sakit kepala nih.. Wakaka…

Yang penting, masa kami nak balikss itiu Moyang Zai perform aksi magik katanya! Matilah acara penutup! Magik sorok kunci kereta bawah saluran sisa buangan.. Nasib baik takde jumpa cebisan - cebisan daging hancur di kunci itiu yu ols.. Kalau tidak, hm, siaplah.. Har har har..

Terima kasih banyak banyak kepada tuan rumah, Abang Ali dan juga Moyang Zai atas jemputan.. terima kasih daun keladi.. esok esok bila nak buat lagi jangan lupa call Jie naaa..



Scene 2
Tahniah DekWan!




Malam Ahad lepas, Jie masa tuh dalam bilik, tup tup Kak Misya dengan Kak Deeba kau terjerit jerit panggil nama Jie.. Jie pun keluarlah, tak pasei dalam berita sukan ada berita pasal DekWan menang Anugerah ABS 2007 Personaliti Pemain Pilihan.. wah.. tak sia sia Jie hantar undi SMS.. wah pecah rahsia.. matilah ashik ashik beli top up sebab sekali undi RM0.50.. huhu..

Apapun, tahniah sayang. Jie tahu sayang memang layak menang. Jie sentiasa sokong sayang. Wah tak pasei sayang nih? Motif? Huhu.. Untuk Bang Cik, walaupun Bang Cik tak menang, at least DekWan menang kan.. Samalah juga tu.. Hm, kirim salam kat Kak Rita ok Bang Cik.. wah tak pasei.. matilah pasni bila time raya Jie dengan Kak Rita confirm pulang berhari raya di Taman Rashibah.. ** matilah berangan tak hengat nih!


Scene 3
What? MINI album?

Memang puas dapat menyaksikan Kak G dalam Muzik@Ria Ahad lepas. Yang tak bestnya bila ditanyakan pasal album, Kak G confident cakap akan keluar, akan keluar.. Paling tidak pun mini album.. Automatik Jie terus hit note G#...

what?

Sudahlah nak keluarkan album tajuknya tetaplah BILA? kan, dah tu pulak MINI ALBUM? Takkan tak siap siap lagi?

* Tepuk dahi*



Jie & Kak She (tak pasei!)

6.2.08

Live from Damansara...


Salam Siaran! Wah…

1st time berlintas langsung dari Damansara, dari ofis baru yu ols..

Mrasalah setiap pagi bermula Isnin lepas, seawal 5.50 pagi dah kena celik mata nih, nak bersiap bagai mandi segala. Jie kena make sure pukul 6.50 pagi Jie dah start keluar rumah, paling lewat pun pukul 7.00 pagi dah kena jalan. Gelap gulita lagi masa tu ok. Tajuk album Kegelapanku sangat. Wah tak pasei.

Mrasa jugaklah sebelum ni (masa di ofis lama) parking area di seberang jalan sajo. Tapi kali iniew, ayo, berpeluzz sakan nih bila masuk ofis. Pasai apa tatau? Ni dia nak habaq mai..

Kawasan ofis baru ni memang azab ok untuk letak kereta. Sebab itulah juga Jie tolak masa first time diorang offer hari tuh. Tak sanggup nak pening kepala nak mencari parking.. Alasan kekwat nih..

Tup tup, datang pulak 2nd offer. Wah tajuk album tetaplah Lamaran Kedua. Tak pasei. Jie nih susah sikit. Kalau dah berkali – kali orang datang meminang adalah sukar untuk Jie berkata tidak. Wah tak pasei. Akhirnya akak mengalahkan jua. Lagipun nak cari pengalaman baru.

Dan sewaktu hari – hari terakhir Jie di ofis lama, Jie didatangi rombongan meminang daripada SAA pulak. Wah siapakah SAA itiu? Matilah initial sajo...Tak pasei Pak Zain dapat menantu pakai Honda CRV. Wah matilah pengakuan!

Kelambatan lah jawabnya kan? Nak pinang, kenalah cakap awal – awal, jangan tunggu last minute..Wah condifent nih.. Tak pasei.. Apapun, teruslah tajuk single Sayang Semuanya Sudah Terlambat.. Terpaksalah Jie menolak..

Yelah yu ols, satu ofis dah dikompang nak berenti takkan nak menerima pinangan itiu pulak kan? Kalau rombongan SAA awal – awal dah menjunjung tepak sirih itiu, sah – sah Jie yang dalam persalinan ungu nih terus tunduk… Terus bakal mak mertua sarung cincin nih. Wah tak pasei.

So, berbalik kepada cerita pasal parking tadi. Sori termelalut pulak. Tulah Jie ni pantang. Dapat bercerita ke sini sana akak pusing cerita dik. Ha, sekarang ni rasainlah parking jauh, nak berjalan ayo… Jalannya pulak ala2 mendaki bukit gitiu. Mrasalah perpeluhan berlaku dalam lif. Pengajaran sangat pagi tadi. Selalu tak berpeluzz tapi pagi tadi mak aii.. macam baru lepas main full time game bola ok. Wah. Tak pasei basah belakang baju.

So mulai minggu depan untuk mengelakkan kejadian perpeluhan, kenalah Jie mengamalkan konsep jalan SSM. Wah apakah itiu SSM? Slow Slow Maddy yu ols. Wah tak pasei tiba tiba Maddy dikaitkan juga. Ampun yer Wan Ahmadi. Wah tak pasei tertaip nama sebenar…

Hiks.. Jumpa lagi yu ols… Daaa...



Tapi mana tau kan.. Tup tup Honda CRV munculs di Tambun? Opps!

29.1.08

My Heart Will Go On...


Nak dijadikan cerita, semasa memandu dalam perjalanan ke ofis pagi tadi, Jie tiba tiba boleh pasang CD Celine Dion (Lets Talk About Love) yu ols. Motifkan?

Kononnya nak dengar lagu My Heart Will Go On nih, semua gara – gara si Ayu, diakan nyanyi lagu tu dalam OIAM last week? Apapun, nak mengata sikit nih, sebelum dia naik stage hari tuh, Ayu ada cakap yang dia akan nyanyi lagu ni UP SIKIT daripada Celine Dion. Wah sangat. Jie terpelanting ke dinding. Tak pasei.

bila dah sampai ke track no. 12, tak pasei terus konsep keajaiban muzik kaedahnya.. sepantas kilat Jie terkenangkan kisah kisah lama bersama S.. terus tajuk album Masih Aku Terasa..

Lagu apakah di track no.12 itiu yu ols? My Heart Will Go On okizz! Aduh, mahal sungguh memori kami di sebalik lagu ini.. Terus scene flashback kaler hitam putih ni.. Matilah teori Kala Bulan Mengambang Terasa Horny.. Tak pasei..

Waktu itiu, 97, zaman sekolah – sekolah dah start mainan emosi nih.. Walaupun antara kami tak pernah declare, Jie tetap feeling – feeling naik sanggul ok. Masa itiu Jie ala – ala bergaduh dengan S ni (tak ingat bergaduh sebab apa.. rasa – rasanya pasal pompuan nama Ayu jugak.) Wah cantik ke?

Agak lama jugaklah we ols tak bertegur sapa walaupun meja di dalam kelas sebelah menyebelah ni. Serius yu ols, memang tak bercakap langsung. Jie sampaikan siap renggangkan sikit meja nih. Drama sangat. Yelah sakit hati punya pasal kan. Sentap ok.

Sampailah ke hari Jumaat tak bercakap, sampai hujung minggu dan tup –tup hari Isnin (hari sekolah) jumpa balik dan tetaplah tajuk album Ku Membisu. Tahu tahu aje, bila Jie balik rumah dah ada satu bungkusan kocik berwarna coklat. Dalam hati sapa pulak bagi nih tatau?

Bukak – bukak, ada kaset Celine Dion yu ols. Wah akak terkujat. Jantan mana pulak bagi kaset nih. Tak pasei. Bila bukak kotak kaset tu pulak tiba tiba ada sekeping surat, wah lagi lah Jie terperanjat kan. Bila baca surat itiu barulah tahu rupa – rupanya daripada si S nih.. tulis surat mintak maaf nih..

Penyudahnya, tahulah jiwa zaman remaja masa tu kan. Jantan mintak maaf aje terus cair. Jantan kasi kaset terus leleh. Teruslah tajuk album Rujuk katanya. Tambah pulak dalam surat tu S siap mention yang dia tujukan lagu My Heart Will Go On tu specially kat Jie. Mahunya Jie tak berangan ada fet fet? Wah apa Qah dia fet fet itiu yu ols? ** Matilah lampin bayi Pet Pet. Huhu.

Apapun, satu hari, kebetulan masa kakak Jie cuti semester dan Jie masa tu baru balik dari sekolah, tengah Jie naik tangga ke atas ala2 berlakon macam Kak G dalam Maria Mariana, tup tup dengar radio dalam bilik Jie terpasang lagu Celine Dion yu ols. Wah Jie dah rasa tak sedap hati nih. Kakak Jie tengah belek baik punya inlay kaset itiu. Dan surat si S tu pun ada kat tangan dia.

Wah.. (dalam hati dah jerit WHATTTTTTT?)

*Jie pengsan serta merta!*

Sedikit coretan untuk semua,

Hari ini merupakan hari terakhir Jie di tempat lama dan Jie akan memulakan tugas di tempat baru minggu depan. Buat teman2 di Hasbullah Technologies (wah tak pasei) Jie bertuah dapat mengenali anda semua.. All the best dan moga silaturahim ini berpanjangan..

Dan kepada semua pengunjung, mungkin Jie tidak dapat bersiaran dalam masa terdekat.. Jie akan pulang bercuti di kampung esok.. Jumpa lagi minggu hadapan.. Tata... Muah muah to all..


24.1.08

Keraguan Ini...


Jie terpanggil untuk meluahkan rasa di sini. Wah tak pasei. Matilah pasni kawan – kawan terhidu masalah Jie dan YC. Mrasalah pecah lubang.

Macamana nak mula ye? Hmm, susah betul bila berbicara soal hati dan perasaan ni.. wah tak pasei..

Ceritanya begini, setelah sekian lama Jie menjanda (wah boleh?) Jie dipertemukan jodoh dengan seseorang nih. Mula mula bila terjumpa tu memanglah wow.. me likey likey. Tak sangka pulak dia pun likey likey balik. Terus rakam album, dah siap tajuk tetaplah AKU CINTAKAN MU kan. Tak pasei tiba tiba..

So, from there, kami berkawan. Mula –mula kawan biasa, lepas tu jadi kawan bukan biasa dah. Bertukar call, berbalas sms. Saban hari, berhubung tak pernah jemu. Setiap malam, sebelum tidur, ucapan - ucapan indah tak akan pernah terlepas terucap.

Namun, ombak kuat tak pernah gagal menghempas pantai. Rintangan tetap ada. Masalah jarak, kepercayaan dan kesetiaan menduga dan kali ini terasa benar kegetirannya.

Dugaan ini bagaikan menyedarkan Jie tentang sesuatu..

Mungkin kerana terlalu selesa hidup bersendirian, tanpa sesiapa sebelum ini, terfikir sejenak, adakah Jie mampu berikan komitmen pada perhubungan ini ?

Bila mendengar kisah teman – teman di kanan dan kiri yang banyak membentuk cara hidup Jie hingga ke hari ini, tak dinafikan ada antara mereka berperasaan begitu. Sukar dalam menyerahkan (ataupun meletakkan) diri mereka sepenuhnya pada tuntutan komitmen yang melibatkan soal hati (perasaan) kedua pihak.

Benar, yang kita memerlukan seseorang dalam hidup kita, sebagai kawan paling rapat, lebih tepat kekasih, tempat kita berkongsi segala macam cerita, namun, tapi bila kita sudah memiliki seseorang itu, kita kadangkala kembali ragu, sama ada pilihan kita itu tepat atau sebaliknya. Kenapa ya boleh jadi begitu?

Jie sudah membuat pilihan (sebelum ini) sememangnya Jie serahkan sepenuh hati ini pada YC, dan Jie terima segala kasih sayang yang dia curahkan, Jie terima segala baik buruk yang dia ada. Jie terima.

Tapi, apabila semakin banyak yang dikongsikan, Jie ikhlas katakan di sini, Jie tidak selesa. Sekian lama kita berkuasa dalam ‘territory’ kita, sejak berpasangan kuasa itu tidak sehebat dulu. Jie dapat rasakan yang Jie menerima kehadirannya tidak sepenuh hati. Walaupun cinta ini semaksimum 99.99% namun masih ada 0.01% keraguan.. Dan jelas, Jie sendiri buntu dengan keraguan itiu..

Bila timbul konflik, sekali lagi keraguan mengelabui emosi.Wah ada ke perkataan mengelabui? Matilah kena saman dengan DBP.


Kebiasaannya, bila kami berselisihan faham , Jie dan YC akan berbincang elok - elok, berterus terang, bertolak ansur namun kali ini, Jie bagaikan menyekat perkara itu (berdamai) dengan meletakkan keraguan itu sebagai penghalang besar bagi kami berbaik semula.


Sesungguhnya keraguan dan konflik antara kami sangat memberatkan fikiran Jie. Jie tahu, Jie sepatutnya tidak boleh pentingkan diri sendiri tapi entahlah yu ols.. Jie takut.. Sangat takut.. Takut dikecewakan sekali lagi dan takut tersalah membuat perhitungan dalam memilih...

Akan datang, mungkin Jie akan menyesali tindakan Jie ini. Dan pada saat itu kemungkinan sesalan ini tidak membawa erti lagi.

Dalam sms terakhir (lewat 3 hari lepas) kepada YC, Jie pohon masa untuk berfikir kembali tentang perhubungan ini. Mungkin selepas satu tempoh masa kami dapat menilai semula perhubungan ini dengan sebaik baik mungkin..

Keraguan ini... sama sekali bukan pilihan!


22.1.08

Istimewa Kak G dalam Glam Feb 2008


Edisi kali ini sememangnya dinanti. Glam Februari 2008 cukup menambat hati. Teruja dan sangat berterima kasih kepada team GLAM, thanks Kak Wirda, thanks Bustamam..

Istimewa “The China Girl”, Kak G tampil anggun, mewah dan seksi... Tajuk album, ayo, berani mati... skirt atas paras lutut nih? Pak Zain tak emo qah? Oops













Dapatkan naskah anda sekarang!

(Jie pun akan beli lagi satu copy nanti.. nak simpan elok2...huhu!!!)

21.1.08

Aunty Nini & Ikea


Wah kaki siapakah yang kecil molek memakai Crocs itiu yu ols? Mrasalah gambar kaki pun disnappy snappy katanya!

Aunty Nini (wah tak pasei Aunty Nini), baru sahaj pindah masuk ke rumah baru, so minggu lepas, dia dah buat plan ajak Jie dan Kak Deeba kau temankan dia membeli barangan rumah katanya. Nak jadikan cerita pagi Sabtu lepas, kami telah memunculkan diri kami iniew di Ikea, Damansara.. Mrasalah sapa – sapa yang berkunjung ke Ikea lewat pagi itiu sempat terserempak dengan kami 3 Diva sedang membeli belah .. wah tak pasei..




Yang penting, tetaplah jua tajuk album rambang mata kan? Nak tahu, dalam pada si Aunty Nini sibuk memilih barang – barang, Kak Deeba kau turut tak nak mengalah ni.. Laju benor hilangnya, tup tup muncul dan terus letak barang dalam troli yu ols.. Oops... Ampun kakak...

Jie seperti biasalah, diam diam mengecil laa kaedahnya kan? Dah di huj huj buls iniew, sah sah KEKERINGAN, so tajuk album biarlah ku sendiri menolak troli.. huhu.. Tapi, kalau ada duit extra, hmm, tak payah suruh, akak pun turut sama naik membeli okies..


Alkisahnya juga, masa kami mula – mula masuk tadi adalah nampak kusyen berwarna merah ni, cik cants jugs, dalam rm15 satu, so Jie ambik satu, Kak Deeba ambik 2.. last last masa nak sampai kaunter bayaran, kusyen tadi dah hilang yu ols? Tak pasei hilang.. huhu..


Soalannya: Di manakah kusyen itiu dihilangkan? Mrasalah guard Paki itiu terjumpa kusyen merah di celah2 laluan.. Hiks…


Bila dah penat membeli, we ols singgah melepaslah lelah sekejap di Starbucks Ikano.. masa duduk - duduk tu Jie sempat snap gambar nih.. Hai, tengah kira duit ke Aunty? Monyok sajo? Duit dalam Tabung Haji banyak lagi kan? Thanks sebab nak belanja Jie makan Baskin Robins pasni.. wah tak pasei..




Dan di belakang itiu hasilnya selepas 6 jam kami di Ikea...


Tahniah AUNTY NINI!!! Oops..

17.1.08

Semua Jadi Satu...

Tibe tibe kan, Jie termimpikan mohd manisnya. Haha. Sapa tatau mohd manisnya itiu? Tak pasei mohd manisnya tibe tibe buat comeback. Wah. Album on the way qah? Matilah kena saman pasni. Tak pasei.

Motifkan. Dah lama tak pikirkan dia tup tup muncul dalam mimpiku bukan mimpi mu. Jie apalagi terus laa kaedahnya terkenang jua. Dah berbulan bulan lost contact gitu aje, ala2 tamat sudah riwayat cinta, ala ala Jie menempuh zaman dugaan buatmu..bila didatangi rahsia semalam gitu terus zaaasss... terus tajuk album akak chitoshi bashi ok.. wah tak pasei..

Bila dah naik stage terkenang jua tu mulalah start rindu yang ku pendam kan? Jie tak naklah hubungan Jie dan YC dilanda kemelut di muara kasih. Kami mahu terus bersama akhirnya. Sesungguhnya perasaan Jie bagai gahara. Jie mahu setiaku di sini dengan YC. Harap kami setia ke akhir hayat. Terus ke pintu syurga di hati kita. Sekukuh kasihku pertahankan. Setebal permata cintamani. Seharum kesuma hati.

Namun, Jie gementar menghukum kalbu. Yelah bertahun kenangan fatalistik Jie dengan mohd manisnya. Tak mudah bagi Jie melupakan cinta di menara rindu. Wah tak pasei fatalistik. ** Matilah tatau makna. Walaupun kadang kala perjuangan Jie lara dalam mencari rantaian kasih, tapi jauh di atas dasar ada suara ada cinta, Jie tahu mohd manisnya jua turut merasakan dirinya sepi tanpa rela.

Kenapa antara kami tiada kepastian? Mengapakah sangkar cinta ini hilang di balik senja nan merah? Perjalanan Jie dan mohd manisnya ke lembah asmara kecundang dicalar sembilu kasih yu ols..

Jie redha. Sesungguhnya tiada jodoh antara kita ok mohd manisnya. Kita jauh sudah terlerai kasih. Cuma, sesekali dikau muncul dalam ingatan, Jie harus kuat melawan perasaan ini demi dibiar resah. ** Wah die la pasni kena kata dengan Kak She.

Jie gerhana dalam menempuh waktu tika naik tika jatuh ini. Jie akan terus mengorak langkah.. walaupun apapun tuduhan mendatang, walau apapun anggapanmu, satu detik nanti Jie pasti merasai puncak kasih..

Mohd manisnya, cinta kita cinta di akhir garisan. YC, kaulah penentunya.. kaulah penawar semalu..

*** Ayo.. tak pasei..



Satu masa dulu.. Jie & Mohd Manisnya..

16.1.08

Di Sebalik.. Putus Terpaksa


Kak G.. back in 1993

Putus Terpaksa

Seringkali kau menepis
Tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku

Demi masa hadapan kita
Aku merayu kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Kupasti ruang untukmu masih ada

Puas sudah ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan pemergian ngeri
Yang tak memberi erti

Demi masa hadapan
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua kuundur diri
Terpaksa jua kuundur diri

Sejak lagu Madah Berhelah popular, perhubungan Ziana dan Saari turut menjadi akrab. Sebelum ini Saari hanya berdiri di belakang sekadar memerhatikan Ziana mendendang lagu ciptaannya.

"Tetapi kami mula rapat seperti adik-beradik, bertepuk bertampar dan tak henti bergaduh. Pernah dia gigit tangan saya sehingga boleh kira berapa jumlah kesan giginya. "Begitupun dia tak lupa belanja saya makan selepas lagu Madah Berhelah popular!

"Malah dia juga minta lagu untuk album keduanya yang akan diterbitkan bersama oleh M Nasir, Fauzi Marzuki dan Zuriani Khalid. Kali ini saya menciptakan lagu Putus Terpaksa. "Sewaktu dalam studio, kami bergaduh lagi. "Saya tak puas hati apabila Zuriani menerbitkan lagu Putus Terpaksa. Cita rasanya terlalu berbeza dengan kehendak saya.

"Akhirnya saya pergi jumpa pihak atasan syarikat rakaman Ziana, komplen tak puas hati. Alasannya, lagu itu saya yang punya dan sudah tentu saya yang lebih faham. "Dia orang marah. Katanya, kamu siapa hendak bising-bising, Zuriani itu pula siapa. Tapi bagi saya, saya ada hak kerana lagu itu saya punya," kata Saari.


Selepas beberapa hari bertelagah, akhirnya Saari berjaya mendapat apa yang dihajati, iaitu menerbitkan sendiri lagu Putus Terpaksa mengikut citarasanya. "Sudah satu perkara, timbul pula lagi satu masalah! "Ziana pula tak berkenaan dengan judul Putus Terpaksa. Dia mahukan hanya ada sepatah perkataan.

"Kami bertekak lagi. Akhirnya saya kata pada dia "okay, nak tukar boleh. Kau carilah tajuk yang kau suka. Tapi sampai sekarang tak dapat, sedangkan album sudah dijual!," kata Saari Amri dalam mengenang catatan hubungannya bersama penyanyi muda yang semakin popular sekarang.

Semoga segala pengalaman, pahit manis dan kecekalan hati Ziana Zain hingga setakat ini menjadi contoh kepada generasi baru yang sedang mengasah bakat mengejar cita-cita dalam seni.

Trivia: Track pertama yang mengisi album kedua Kak G, yang dipasarkan pada 1993, turut mengundang kontroversi ramai. Selain daripada kod lagu yang ‘menakutkan’, liriknya menjadi perbualan apabila ianya seolah olah menceritakan kisah percintaan sang gadis dengan seorang jejaka yang menagih.

Putus Terpaksa, merupakan hits Kak G selepas AnggapanMu. Muncul dalam persalinan kuning di pencalonan baru Muzik Muzik 1993, Kak G waktu itu sekadar ‘miming’, namun selepas persembahan, kata penonton yang menyaksikan, lagu Putus Terpaksa harus ditukar judulnya kepada Putus Nafas!

Dikhabarkan, kod lagu ini ialah kod lagu paling tinggi yang pernah Kak G nyanyikan. Di bahagian korus suara Kak G kedengaran sedikit menipis kerana terlalu tinggi. Menyanyikan lagu ini secara langsung jelas sukar. Lantas tahun itu, 2 buah lagu Kak G berjaya ke separuh akhir kategori Balada (satu lagi AnggapanMu).

Persoalan adakah Kak G mampu membawakan lagu itu tetap menimbulkan kerisauan. Mampukah Kak G? Melalui giliran keempat persembahan, dengan maxi hitam, Kak G mendendangkan lagu ini. Debaran bermula.

Graf lagu ini bukan mudah. Bukan calang – calang. Dengan permulaan nada suara biasa pada intro, naik sedikit demi sedikit pada verse dan bahagian korus, aduh, baris demi baris tinggi, tinggi, dan naik lagi ke ketinggian yang semaksima mungkin.

Kak G telah melakukannya, dengan vokal yang membuatkan ramai yang terpegun kagum, namun, juri malam itu tidak meletakkan lagu Kak G di senarai akhir yang mana turut mengundang kontroversi. Kak G gagal beraksi di Juara Lagu 1993. Mungkin bukan rezeki.

Apapun, kepada peminat- peminat Kak G yang telah berkesempatan menyaksikan persembahan Kak G malam itu (ataupun masih mengingati corak persembahannya), anda sangat beruntung. Kerana apa? Adalah amat jarang Kak G menyanyikan lagu ini secara penuh dalam mana – mana persembahan beliau. Kalau adapun, hanya setengah bahagian lagu saja.

Putus Terpaksa versi malam itu sangat istimewa. Meremang bulu roma menontonnya. Sehingga kini, Jie masih mencari video persembahan itu. Kepada sesiapa yang ada, boleh tak berikan Jie satu copy? Jie sanggup bayar ok. Wah.. tak pasei...

15.1.08

LAPAN TERHANGAT!

Hamba Allah. Manusia. Lelaki. Perempuan. Lelaki straight. Perempuan straight. Lelaki lembut. Perempuan keras. Tua. Muda. Tinggi. Rendah. Kurus. Kimpy. Rambut lurus. Rambut kerinting. Putih. Gelap. Tiada bunga. Ada bunga. * Matilah penemuan bunga di celah batu. Wah. Tak pasei.

Sifat manusia. Suka pada keindahan. Suka pada kecantikan. Takjub. Taksub. Kalau dulu Jie dah senaraikan lelaki lelaki tampan – kacak – bergaya – taste dan juga perempuan cantik – jelita – menawan di Malaysia nih, kali ini pula, kita melangkah ke pasaran luar pulak.. so merasalah yu ols saksikan pilihan – pilihan Jie kali ini..

Lets begin..

Pilihan Jie untuk 4 TERKACAK & 4 PALING JELITA ANTARABANGSA... (tidak mengikut turutan)

SHANNEN DOHERTY


Walaupun perangainya dikhabarkan kurang senonoh, Jie tetap kagum dengan kejelitaan dia nih.. Muka dia sweet.. Tak perlu pakai mekap banyak2, cukup secalit dua untuk menaikkan seri wajah..


KATHERINE HEIGL


Yu ols melihat dia dalam Grey’s Anatomy, sebagai Dr. Izzie Stevens. Dalam satu acara anugerah, dia muncul di karpet merah dengan solekan nipis senipis nipisnya. Ibarat letak lipstick dengan blusher sajo. Tapi tetap memukau hadirin. MC yang interview dia pun ala2 terkejut dengan mekap dia yang seminima itiu.. Hmm... yelah, kalau dah muka & kulit dah cantik terletak bolehlah confident pakai lite – lite sugi aje kan yu ols...



JLO


Feature muka yang sharp, fizikal yang tip top. Selalunya sebelum tidur malam, sibuk berangan hai macamanalah kalau bangun esok hari muka boleh bertukar jadi muka JLO? Nangis laa kan.. jangan pulak tidur tidur bila bangun nanti muka tukar jadi J.Onn sudah.. hiks..



EVA LONGORIA PARKER


Fizikal yang kecil, cute, comel, ramai abang abang beratur buat barisan kalau ada badan camni.. Tambah pulak dengan muka yang persis mutiara.. wah tak pasei..


DAVID BECKHAM

Penampilan sempurna daripada hujung rambut ke kaki. Menitikkan penjagaan rapi sekalipun dirinya lelaki. Silap2 kalah perempuan.. Especially Nini... Huhu.. Dikhabarkan, walaupun sesudah 90 minit full time game atas padang, dia tetap berbau segar... keadaan yang sama juga bila Jie berdiri tepi Zaquan lepas dia game hari tu.. Berbau segar.. Wah tetap nak jugak kan?




PATRICK DEMPSEY

Makin berusia makin kacak. Makin tua makin handsome. Makin lama tengok makin terpikat. Satu aje Jie kureng berkenan. Rambut dia kadang2 ala2 serabai. Kalau dipotong pendek sedikit, style kan elok2 wuih... Pengsan laa jugak kalau dia senyum..


CASPER VAN DIEN

Wajah yang mengingatkan Jie pada seseorang. Wah tak pasei.. Dia kacak. Mata biru nan mempersona pandangan sesiapa saja..




JESSE METCALFE

Read my lips : SANGAT ELOK!!! No further comments. Kan kakak?

Di Sebalik "Madah Berhelah"



Madah Berhelah (korus):

Bukan sekali kau suarakan kebimbangan
Pada cintaku kau tak mampu
Bersendirian tanpaku
Itu semua lembut lidah manis madah
Penuh helah yang pastinya
aku adalah sandaran
Bagai hilang semangat diri
Keyakinanku terlebur kini

Trivia: Lagu yang sudah berusia 17 tahun ini ciptaan Saari Amri yang dimuatkan dalam album Kak G yang pertama, juga diangkat sebagai judul album. Menariknya, kegagalan Kak G menyanyikan lagu ini secara LIVE di Dataran Merdeka dikecam segelintir pihak. Kak G, mengikut cerita, baru pulang daripada bertugas, terus ke Dataran untuk menyertai satu pertandingan lagu. Tanpa cukup rehat, dia mengalunkan lagu yang menuntut suara mencapai nota nota tinggi ini, lantas, malam itu dia gagal melaksanakannya.

Heboh di akhbar, Kak G dikatakan menyanyi tidak seperti di dalam album. Namun begitu, lagu ini berjaya juga ke separuh akhir muzik muzik tahun 1992. Dalam semi final itu, semua yang terpilih harus mempersembahkan nyanyian langsung. Aduh. Mampukah Kak G menebus kembali kegagalan lalu?

Perkara paling menarik, semasa raptai, baris nota paling tinggi, baris lirik "aku adalah sandaran" tidak Kak G nyanyikan. Dia melepaskan baris itu dan menyambung baris seterusnya.

Mungkin dia ada sebab tersendiri. Sewaktu pertandingan separuh akhir berlangsung pula, giliran persembahan Kak G merupakan giliran terakhir sekali. Muncul dengan gaun manik hitam-merah- kehijauan dia mula mengalunkan lagu ini..

Semua yang menonton berdebar, mampu kah Kak G melakukannya? Dan malam itu, Kak G membuktikan kemampuan sebenar. Dia mampu. 2 kali (korus dan pengulangan korus) Kak G mengalunkan baris tinggi tersebut tanpa masalah...

...Petikan daripada Harian Metro bertarikh 24hb. November 1992

LEPASKAN geram habis-habisan! Itulah rahsia kejayaan Ziana Zain ketika menyampaikan lagu Madah Berhelah di malam rakaman separuh akhir Muzik Muzik, di Studio D TV3, malam kelmarin. Kerana mahu menghayati lagu itu sepenuhnya, Ziana terpaksa pekakkan telinga dan tidak memandang penonton ketika menyanyi. Dan hasil yang diberikan olehnya cukup membanggakan hingga dia menerima empat kali tepukan sebelum menamatkan barisan akhir lagu itu!

Lebih lucu lagi, penonton yang melihat persembahan Ziana malam itu resah. Dan selepas Ziana selesai mendendangkan lagu itu, ada kalangan mereka mengurut dada tanda lega. "Geram! Memang Ziana geram kerana pernah gagal menyanyikan lagu itu ketika menyertai Pertandingan Carta Dataran Merdeka tidak lama dulu. Jadi kerana mahu balas dendam, Ziana berlatih tak berhenti-henti dan mencari punca kesilapannya.

"Terus-terang Ziana katakan, kalau tidak cukup tidur atau letih badan, Ziana tidak boleh membawakan lagu itu. Ia memang susah kerana nadanya tinggi. Tapi Ziana anggap itu cabaran dan mesti dilakukan dengan sebaik mungkin seperti dalam studio," katanya yang memakai gaun petang labuh yang seksi malam itu. Akhirnya percubaan Ziana membuahkan hasil. Dia bersama Jamal Abdillah,Nash dan Razzi Rahman akan muncul sekali lagi dalam pertandingan JuaraLagu '92 (kategori Pop Kreatif) di Dewan Lee San Choon, Kuala Lumpur pada20 Disember ini. Syabas Ziana!

11.1.08

All The Man That I Need...

Kalau dulu Jie senaraikan perempuan – perempuan tercantik pilihan Jie untuk tatapan yu ols semua, kali ni Jie persembahkan... senarai lelaki - lelaki terkacak pulak.. tajuk album haruslah LELAKI INI sangat...

Sebelum itiu, diingatkan.. pilihan – pilihan di bawah ialah pilihan Jie sendiri, pilihan yang Jie buat atas taste akak dik.. so, sesiapa yang tidak bersetuju dengan pilihan Jie, silalah faham bahwasanya taste kita berbeza okies.. tak pasei... matilah tajuk album DUNIA KITA BERBEZA... Opps!

Kita mulakan..

CANDO # 5... RASHIDI ISHAK


Yang penting, Shidee asei nya orang Ipoh kome! Wah ramai beno orang Ipoh yang hensem – hensem kan? Tak pasei... Hiks.. Yang pastinya, muka Shidi yang beroman sedikit kecinaan ini (bahagian mata) merupakan pilihan Jie di tangga ke 5.. air muka Shidi manis... tambah – tambah pulak bila dia tersenyum nampak gigi (ada satu gigi yang ala – ala bertaring gitu.. tapi still teraturlah kan) fuh..terkesima laa jugak.. In real life, Shidi tinggi, berkulit hitam manis, manis, manis dan manis… * Ayo V, takyah beli gula dah ok pasni… suruh aje shubern awak senyum hari2.. tak pasei....


CANDO # 4... DR. SHEIKH MUSZAPHAR


Orang N9 katanya.. hm.. everything seems perfect.. kan? Muka dan fizikal yang cukup meyakinkan.. Kacak.. tapi satu aje Jie kurang berkenan.. kulit dia putih yu ols.. so me dont like.. wah boleh? Haha... Tapi tetap tersenarai.. Di luar, Dr. Sheikh sangat friendly & mudah didekati.. dah jumpa Dr. Sheikh ni sebelum dia famous lagi, masa tu dia ni berisi sikit.. namun begitu, muka dia ni very the model look kan? bila kita toleh tengok kali pertama kita akan toleh , toleh dan toleh lagi.. betul tak BOBO?


CANDO # 3.. HANS ISAAC


Tak payah cakap banyak, ceritanya begini, satu hari masa Jie dengan Kak Deeba kau jenjalan kat Bukit Bintang, tibe tibe Hans Isaac lalu depan we ols.. masing – masing tak bersuara ok.. Dalam hati OMG!! Bagai kena pukau.. Indahnya ciptaan Tuhan.. dan paling penting kata2 Kak G kau masa berlakon dengan Hans dalam QKQI.. ayo.. susah dik nak berlakon dengan dia.. so.. paham – paham sendiri laa kan?


CANDO # 2.. AIDIL ZAFUAN


Tak pasei Abang Cik pun ada dalam list katanya.. huhu.. Tanak komen banyak2.. cukuplah dengan statement ini : TINGGI, KUNING LANGSAT, MANIS, SOPAN, MUDA & KIUT.. tak pasei...

dan...


CANDO # 1.. ZAQUAN ADHA


“Dia lengkap sebagai seorang lelaki”. Hmm.. ada bantahan?

PEDULIKS!!

9.1.08

M.A.L.A.S

MALAS. MALAS. MALAS.

Maybe sebab shik ashik ashik ashiknya bercinta (tibe tibe kan Amelina?) bercuti lama bukan main, penyakit malas dari hari ke hari ayo.. mencapai tahap bahaya sangat yu ols.. tambahan pulak Jie la ni sedang menghitung hari untuk habiskan notis Jie untuk start kerja kat tempat baru bulan depan.. lagi lah menjemput kemalasan bertandang katanya..

Yang penting, bukan Jie sorang yang dirasuk Jin malas yu ols.. Kak She dan Nini pun dua kali lapan belas juga.. yelah masing dah hantar notis berenti, masing2 dah sampai stage “tak kuasa” dah.. bila dipikir2 balik attitude sekarang ni, tajuk album BUKAN DIRIKU sangat...

Mana tidaknya yu ols, dah la masuk ofis lambat, kemudian turun minum, pastu lunch keluar lama2, pandai pulak pukul 5.30pm sharp dah angkat punggung angkat beg nak balik nih.. ayo huduhnya perangai kan? Tapi tidaklah sokmo perangai gitu kan... kalau hari2 dok perangai huduh gitu kena lah tukar nama company ni jadi HAJI HASBULLAH TECHNOLOGIES.. HHT gitew.. Oopss.. matilah pasni dapat surat lawyer daripada HAJAH HABSAH IDRUS.. Wakaka..

Sekarang ni, bila dah lepas pukul 5.30pm dah rasa macam dah panas punggung... rasa macam cepat cepat nak balik, nak cepat sampai rumah, nak baring tengok SPA Q.. wah tibe tibe SPA Q di jadikan alasan katanya... tak pasei...

Kalau boleh sekarang ni nak sangat rasanya pegi bercuti kat mana2 resort, yang ada laut membiru, yang ada pohon nyiur hijau melambai, yang ada angin bayu bertiup syahdu, yang ada pasir memutih.. adui... nyamannya...

Dan masa tu bolehlah Jie menikmati indah ciptaan Tuhan, boleh baring baring feeling pakai 2 pieces + sunglass + topi besar, baca buku... uuu aiiii... bila cukup time boleh pegi makan dan boleh ambik apa saja pilihan makanan yang ada... nikmatnya hidup kan?

Nak lagi hebat, bila dah baring2 di tepian pantai tu, kalih kalih sebelah tengok2 DW tersenyum sambil berlenggeng sajo... (ayo.. apa Qah itu berlenggeng?) * abg ali jangan tanya soklan lebey2 haaa!!!


Fuyo... Jie likey likey!!!

4.1.08

28

2008.

Bermakna umur Jie dah menginjak ke 28 tahun.. ayo, dah 28... cepatnya masa berlalu.. dan biasalah, bila nak mencapai umur begini, tidak dapat tidak lari daripada menepis soalan BILA LAGI NAK KAWIN?

Kebiasaannya mak abah kita yang tanya kan? Kalau diorang tanya pun setakat dua tiga kali. Bila kita jawab tanak kawin lagi.. takde duit lagi...takde boifren lagi, diorang paham.. yang tak reti bahasa ni selalunya mak2 sedara kita... tambah2 pulak kalau anak anak diorang yang sebaya dengan kita tu dah kawin, dah beranak pinak, sibuklah diorang nak suruh kita ni kawin jugak, beranak jugak... kan?

Jie pun dah terkena ok... Alkisahnya dalam ramai2 sepupu sepapat ni, kategori yang paling tua dan yang belum kawin tetaplah dimenangi oleh kakak Jie dan Jie sendiri.. yang lain lain semua dah kawin, infact bawah kitaorang pun dah ada sorang sepupu yang melangkah bendul kawin dulu nih... gatey nih... oopsss termengata sepupu sendiri pulak...tak pasei..

Baru baru ni, dalam kenduri kendara sepupu Jie, sibuklah diorang suruh kami adik beradik ni cepat2 kawin... yelah sebab umur dah makin banyak ni kan.. tapi, masalahnya sekarang... nak kawin macamana dik? Kawin bukan mende main2... kalau hari ni suka, esok dah tak suka, tajuk album satu penyesalan nanti yu ols.. duit kenduri, duit hantaran nak tempah PAK ABU DULANG DARIPADA ITALY semua tu ingat sikit? Duit baju lagi... sah sah RIZALMAN... *matilah tempah baju MARY O TAILOR di Taman Samudra...

Yang kami adik beradik ni diam sajolah kan... gasak koranglah.. Mulut masing-masing.. kan? Kalau mulut tu dah penat, tahulah diam sendiri .. Yang nak kawinnya nanti kami, pandailah kami adik beradik ni mencari suami.. wah.. tak pasei... statement tak hengat mencari suami nih...huhu.. yang nyatanya sekarang ni sorang jodoh belum ada, sorang lagi ....ehem ehem ehem?

Apapun tetaplah terbuka sedikit cerita dari mak Jie, katanya kakak Jie (yang dulunya berkawan bertahun-tahun dengan sorang mamat dari Banting ni, pastu putus, terus tajuk album ‘LARA’ katanya) sekarang ni dah ada boifren.. pramugara.. baguslah cam tu kan.. yelah, takkan nak meratap tak sudah ingatkan boifren lama ye tak? Eloklah berkawan2.. esok esok kalau jadi senanglah Jie nak terbang ke sana sini.. wah tak pasei...

Dah tu adiknya (Jie laaa tu!) pulak gi mana? Bile pulak pemain bola sepak kebangsaan daripada Seremban tu nak masuk meminang? Uwaaaa..... lagi sekali, tak paseiiiii....

** Happy Besday to Abang Ali... semoga panjang umur, murah rezeki, dilimpahkan kesejahteraan dunia akhirat… hm.. Abang Ali, tak kawin pun takpe laa kan.. kita kan dah sepakat bila kertu nanti nak duduk RUMAH ORANG TUA TUA sekali? Opps...


... lapan atau tujuh? hiks **

28.12.07

Sayonara 2007

Sayonara 2007…

Tahun berganti lagi. Entahlah. Dalam kepantasan masa dan kesibukan yang bertali arus, antara sedar dengan tidak kita bakal meninggalkan satu lagi tahun, seraya menginjak ke tahun baru, dan automatis menambahkan satu lagi angka dalam perjalanan kita menuju satu matlamat yang azali...

Terus, sepanjang tahun, terukir jalan jalan kenangan, tersemat nostalgia manis, terselit kisah pahit, terakam segala memori.. dan percayalah, ianya akan menjadi panduan bagi bakal hari – hari nan mendatang..

Lewat fikiran, pada sebuah pertemuan mahupun perpisahan, sama ada ianya mutlak mahupun sementara,bagai membina dinding - dinding keteguhan emosi, supaya menerima takdir dalam kecekalan dan dipayungi keredhaan..

Dalam kerendahan hati, memohon kesejahteraan yang berpanjangan, buat keluarga, teman – teman terulung, sahabat handai sekalian... moga moga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan, diselamatkan, diberkati..

Doa dan harapan, semoga diperkenankan, (segala apa yang baik – baik) tidak berhenti di sini..

Wah dalam nye maksud? Apa yang Jie merepek ni yu ols? Teeet.... *

SELAMAT BERSANDING... PENGANTIN BARU... DUDUK BERSANDING DI ATAS PELAMIN... buat AMER & LIN dan buat AJA & ZURA

Dan tetaplah tajuk album PELAMIN ANGANKU MUSNAH buat S.. chenta pertama Jie, dengar2 khabar dah bertunang dan tak lama lagi nak naik pelamin...Tahniah ...
*sambil buat muka nih!


Tahniah S... tunggulah time Jie pulak... * oops

26.12.07

COMEBACK KAK G!!!!

"DINGIN" ~ Terbaru daripada Kak G


At last!

Lagu baru Kak G (Dingin) dah mula dimainkan di corong2 radio.. apakah itu petanda album dia akan keluar tak lama lagi? * MATILAH BUNGA SEBAGAI PETANDA.. Ooops..

Yelah yu ols, last sekali album kakak kesayangan Jie tu keluar tahun 2001 (Aku Cintakan Mu) sekarang ni dah nak masuk 2008, tetaplah tajuk album TIADA DI PASARAN... tidak muncul2 jua.. so bila dah kuar single Dingin ni harap2 cepatlah keluar album dia tu.. dah tak sabo ni Kak G oiii...

Dah bertahun menunggu... dah kejung dah ni.. sekarang baru ada 8 lagu.. ada lagi 2 lagu kena rakam.. tapi sebagai peminat, kenalah jugak faham, dia pakai duit sendiri buat album dia kali ni, tambah pulak nak dapatkan lagu2 yang mengikut citarasa dia tu susah.. tu yang makan masa nak siap tu...

Apapun, bila Jie saja masuk forum sana sini, Alhamdulilah, ramai yang suka dengan lagu Dingin ni… kalau dengar betul2, boleh rasakan suara Kak G very fresh.. especially masa starting lagu ni.. suara very the segar gitu...

Bahagian chorus pulak “dinginnya getaran asmara.. sentuhan mula bermakna..” (bahagian yang Jie sangat suka yer... duk ulang2 nyanyi baris ni.. ayo.. meremang!) dan ending dia... very lain tone Kak G this time.. kejap2 kasar, lembut, gemersik tapi paling penting part jerit… trademark tu...kena ada ye tuan tuan puan puan…

Dan Jie nak share sikit... dialog fan yang rapat dengan Kak G berkenaan album dia yang dah berzaman nak siap itiu...

Kak G: Dah beli album adik iT dik? Dah keluar kan?


Fan: Ayo.. perlu kezz? Ni ha, orang tengah tunggu album ZIANA ZAIN ni ha. Cuba kak G pegi tanya ZIANA ZAIN tu... bila nak keluar album dia nih??

Ayo.. berani kan? nasib baik Kak G tak ngamok yu ols... wakaka..

14.12.07

Sebak

Semalam Jie balik kerja awal daripada biasa.. (wah macam HOT FM pulak.. lebih hangat daripada biasa.. TET!) Tujuan utamanya selain daripada nak hantar salah sorang daripada bos Jie ke LRT’s station, Jie balik awal sebab nak menjenguk mak Jie.. kebetulan dia ada kat rumah Mak Iti..

Alkisahnya semalam masa Jie call dia, dia kata nak ke Jusco Wangsa Maju, konon2 ada Chrismast Sale.. so, Jie kata kat dia, ha esok pas keje Jie datang ambik dia dan pastu kita pegi.. Dia okay sajo..

So, disebabkan Jie balik awal, sebelum 5.30 petang Jie dah sampai kat rumah Mak Iti Jie.. tengok tengok Mak Jie tengah mandikan Opah Jie...

(Tiba tiba ada back ground lagu tema bersama mu...)

Huuuuu.. Jie tak sangka Opah Jie dah senyanyuk itiu yu ols... Masa Jie sampai Jie salam dia, dia kata “Oh Ji datang”... dia duduk atas wheel chair... tersenyum... pastu masa Mak Jie sembahyang Jie duduk lah tepi Opah Jie tu.. tibe tibe dia bersuara...

“Ya Allah Ya Tuhanku, bangunkanlah Mak Iti”, dua tiga kali dia ulang ayat yang sama. Rupa rupanya dia ingat Mak Iti tidur. Padahal Mak Iti belum lagi balik kerja...

Lepas tu bila Jie kata, Opah, kejap lagi Mak Iti sampai. Dia angguk. Tak lama lepas tu dia bersuara balik...

“Ya Allah Ya Tuhanku, bangunkanlah Mak Iti, lama betul Mak Iti tidur ni...” Jie senyap..

Pulak lepas tu dia bersuara lagi...

“Ya Allah Ya Tuhanku, lambat betul Mak Iti ni balik kerja, cepatlah dia balik...” Ayo... Misteri Nusantara qah Opah Jie iniew yu ols?

Dan, tak lama lepas itiu Mak Iti Jie balik... selepas we ols makan Sate Kajang, mak Jie saja aje usik dia..

“Mak... nak ikut Jie balik Ipoh ke?”

Dia balas “Tak nak... kan kita kat Ipoh ni ”

Mak Jie tanya lagi... “Ye ke mak? Ni rumah sapa ni mak?”

“Tak tahu”


Mak Jie masih nak tanya lagi...

“Ni sapa mak?” sambil Mak Jie menunjuk ke arah dia dia sendiri.

“Tak tahu”

Lepas tu Mak Jie tanya dan tanya dia lagi.. tanya nama dia, nama anak anak dia yang lain, tanya nama arwah atok Jie (suami dia) , dan semua jawapan dia “tak tahu” yu ols...

Mak Jie, Mak Iti dan Jie tergelak dengan keletah dia... dalam pada itu, airmata kami turut bergenang....

* sebak *



13.12.07

I'm Sorry. Goodbye.

I got KM’s text message last night, he was about to depart to Jakarta at that time.

He wrote that he feels sorry for everything… doesn’t matter if I never ever wanted to speak to him again, yet he still wants to apologise for what he did…

My first reaction after reading that sms was “DELETE” but after a while, I did reply his text by saying "ALL D BEST.."

All night long, I have been thinking, maybe its just not the right time for me to accept and be nice to him again.. Maybe not now, not today, not tomorrow but I do believe maybe in one of these days…

Let it be…

He’s sorry. Ok. End of story.

Nevertheless, I wish him all the best for his future endeavors…

6.12.07

Ini Jalan Yang Ku Pilih!

Akan tiba satu masa, semua yang bermula pasti berakhir
Akan tiba satu detik, pertemuan dan persefahaman yang ada akan menuju garis akhir
Akan tiba satu ketika, segala yang manis menjadi pahit
Akan tiba satu waktu, pintu yang pernah terbuka akan tertutup...

Tapi...

Harus kita saling ingat mengingati ...
Pengakhiran bukanlah semestinya penamat
Perpisahan di garis akhir bukanlah semestinya penyudah
Kepahitan yang panjang bukanlah semestinya derita
Benar, pintu telah tertutup, namun cuba lihat sekeliling
Masih ada jendela yang samar terbuka...

Ini jalan yang ku pilih
Suka atau tidak
Bukan urusan sesiapa!!

Jie
6 Disember 2007

3.12.07

Mari Berpantun...

Secara terus menerus dari Tanjung Pelepas (tibe2 Tanjung Pelepas? Motif?) Jie bawakan PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH KINTA BARAT untuk peminat – peminat semua..

Tiba tiba pulak hari ni rasa macam nak berpantun... ate, moh le kita mule iye idak? Ha, Kak Put, apalagi kome, moh le kita berpantun... cobe jawab pantun mike nih.. (wah tibe- tibe Kak Put diajak berpantun katanya yu ols) *matilah Kak Put lagikkk terer berpantun kome oiii... juara peringkat Kota Lama Kiri katanya.. Oopsss...

Ambil bakul isi buah
Beri makan orang di Deli
Sepuluh kali pancing bertuah
Ikan tidak serahkan diri

Apa guna pisau raut
Raut rotan buat ampaian
Tidak terkail ikan di laut
Walau umpan bersalut intan

Arus deras laut Bentan
Mati menteri ditikam paduka
Kalau asal permata intan
Jatuh digelap bercahaya jua

Anak Cina belayar kapal
Pecah cermin terhantuk kemudi
Kait bunga galah tak sampai
Bunga biasa luruh sendiri

Baik baik jaga kemudi
Kita tahu pergi kuala
Selama banyak kain berkodi
Songket di gedung jarang jumpa

Beli kain buat purdah
Mana yang baik boleh dipilih
Disangka langit itu rendah
Dipandang dekat dicapai tak boleh

Kalau buat atap jerami
Jangan lupa atap ijuk
Kalau langit nak timpa bumi
Bolehkah ditahan dengan telunjuk?

Mari kita menebang buluh
Di dalam buluh ada ulat
Bukan senang mengenal tubuh
Di dalam tubuh ada sifat

Tinggallah bukit besi hangit
Tidak jauh dari pekan
Walaupun tinggi terbang melangit
Ke bumi jua carilah makan...

(Yelah kat langit ada ke Chillis yu ols? * Opps... )

* Haruslah akak lari dulu kan? Huhuhu....