29.1.08

My Heart Will Go On...


Nak dijadikan cerita, semasa memandu dalam perjalanan ke ofis pagi tadi, Jie tiba tiba boleh pasang CD Celine Dion (Lets Talk About Love) yu ols. Motifkan?

Kononnya nak dengar lagu My Heart Will Go On nih, semua gara – gara si Ayu, diakan nyanyi lagu tu dalam OIAM last week? Apapun, nak mengata sikit nih, sebelum dia naik stage hari tuh, Ayu ada cakap yang dia akan nyanyi lagu ni UP SIKIT daripada Celine Dion. Wah sangat. Jie terpelanting ke dinding. Tak pasei.

bila dah sampai ke track no. 12, tak pasei terus konsep keajaiban muzik kaedahnya.. sepantas kilat Jie terkenangkan kisah kisah lama bersama S.. terus tajuk album Masih Aku Terasa..

Lagu apakah di track no.12 itiu yu ols? My Heart Will Go On okizz! Aduh, mahal sungguh memori kami di sebalik lagu ini.. Terus scene flashback kaler hitam putih ni.. Matilah teori Kala Bulan Mengambang Terasa Horny.. Tak pasei..

Waktu itiu, 97, zaman sekolah – sekolah dah start mainan emosi nih.. Walaupun antara kami tak pernah declare, Jie tetap feeling – feeling naik sanggul ok. Masa itiu Jie ala – ala bergaduh dengan S ni (tak ingat bergaduh sebab apa.. rasa – rasanya pasal pompuan nama Ayu jugak.) Wah cantik ke?

Agak lama jugaklah we ols tak bertegur sapa walaupun meja di dalam kelas sebelah menyebelah ni. Serius yu ols, memang tak bercakap langsung. Jie sampaikan siap renggangkan sikit meja nih. Drama sangat. Yelah sakit hati punya pasal kan. Sentap ok.

Sampailah ke hari Jumaat tak bercakap, sampai hujung minggu dan tup –tup hari Isnin (hari sekolah) jumpa balik dan tetaplah tajuk album Ku Membisu. Tahu tahu aje, bila Jie balik rumah dah ada satu bungkusan kocik berwarna coklat. Dalam hati sapa pulak bagi nih tatau?

Bukak – bukak, ada kaset Celine Dion yu ols. Wah akak terkujat. Jantan mana pulak bagi kaset nih. Tak pasei. Bila bukak kotak kaset tu pulak tiba tiba ada sekeping surat, wah lagi lah Jie terperanjat kan. Bila baca surat itiu barulah tahu rupa – rupanya daripada si S nih.. tulis surat mintak maaf nih..

Penyudahnya, tahulah jiwa zaman remaja masa tu kan. Jantan mintak maaf aje terus cair. Jantan kasi kaset terus leleh. Teruslah tajuk album Rujuk katanya. Tambah pulak dalam surat tu S siap mention yang dia tujukan lagu My Heart Will Go On tu specially kat Jie. Mahunya Jie tak berangan ada fet fet? Wah apa Qah dia fet fet itiu yu ols? ** Matilah lampin bayi Pet Pet. Huhu.

Apapun, satu hari, kebetulan masa kakak Jie cuti semester dan Jie masa tu baru balik dari sekolah, tengah Jie naik tangga ke atas ala2 berlakon macam Kak G dalam Maria Mariana, tup tup dengar radio dalam bilik Jie terpasang lagu Celine Dion yu ols. Wah Jie dah rasa tak sedap hati nih. Kakak Jie tengah belek baik punya inlay kaset itiu. Dan surat si S tu pun ada kat tangan dia.

Wah.. (dalam hati dah jerit WHATTTTTTT?)

*Jie pengsan serta merta!*

Sedikit coretan untuk semua,

Hari ini merupakan hari terakhir Jie di tempat lama dan Jie akan memulakan tugas di tempat baru minggu depan. Buat teman2 di Hasbullah Technologies (wah tak pasei) Jie bertuah dapat mengenali anda semua.. All the best dan moga silaturahim ini berpanjangan..

Dan kepada semua pengunjung, mungkin Jie tidak dapat bersiaran dalam masa terdekat.. Jie akan pulang bercuti di kampung esok.. Jumpa lagi minggu hadapan.. Tata... Muah muah to all..


No comments: