Kak G.. back in 1993
Putus Terpaksa
Seringkali kau menepis
Tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku
Demi masa hadapan kita
Aku merayu kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Kupasti ruang untukmu masih ada
Puas sudah ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Seringkali kau menepis
Tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku
Demi masa hadapan kita
Aku merayu kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Kupasti ruang untukmu masih ada
Puas sudah ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan pemergian ngeri
Yang tak memberi erti
Demi masa hadapan
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua kuundur diri
Terpaksa jua kuundur diri
Sejak lagu Madah Berhelah popular, perhubungan Ziana dan Saari turut menjadi akrab. Sebelum ini Saari hanya berdiri di belakang sekadar memerhatikan Ziana mendendang lagu ciptaannya.
"Tetapi kami mula rapat seperti adik-beradik, bertepuk bertampar dan tak henti bergaduh. Pernah dia gigit tangan saya sehingga boleh kira berapa jumlah kesan giginya. "Begitupun dia tak lupa belanja saya makan selepas lagu Madah Berhelah popular!
"Malah dia juga minta lagu untuk album keduanya yang akan diterbitkan bersama oleh M Nasir, Fauzi Marzuki dan Zuriani Khalid. Kali ini saya menciptakan lagu Putus Terpaksa. "Sewaktu dalam studio, kami bergaduh lagi. "Saya tak puas hati apabila Zuriani menerbitkan lagu Putus Terpaksa. Cita rasanya terlalu berbeza dengan kehendak saya.
"Akhirnya saya pergi jumpa pihak atasan syarikat rakaman Ziana, komplen tak puas hati. Alasannya, lagu itu saya yang punya dan sudah tentu saya yang lebih faham. "Dia orang marah. Katanya, kamu siapa hendak bising-bising, Zuriani itu pula siapa. Tapi bagi saya, saya ada hak kerana lagu itu saya punya," kata Saari.
Selepas beberapa hari bertelagah, akhirnya Saari berjaya mendapat apa yang dihajati, iaitu menerbitkan sendiri lagu Putus Terpaksa mengikut citarasanya. "Sudah satu perkara, timbul pula lagi satu masalah! "Ziana pula tak berkenaan dengan judul Putus Terpaksa. Dia mahukan hanya ada sepatah perkataan.
"Kami bertekak lagi. Akhirnya saya kata pada dia "okay, nak tukar boleh. Kau carilah tajuk yang kau suka. Tapi sampai sekarang tak dapat, sedangkan album sudah dijual!," kata Saari Amri dalam mengenang catatan hubungannya bersama penyanyi muda yang semakin popular sekarang.
Semoga segala pengalaman, pahit manis dan kecekalan hati Ziana Zain hingga setakat ini menjadi contoh kepada generasi baru yang sedang mengasah bakat mengejar cita-cita dalam seni.
Trivia: Track pertama yang mengisi album kedua Kak G, yang dipasarkan pada 1993, turut mengundang kontroversi ramai. Selain daripada kod lagu yang ‘menakutkan’, liriknya menjadi perbualan apabila ianya seolah olah menceritakan kisah percintaan sang gadis dengan seorang jejaka yang menagih.
Putus Terpaksa, merupakan hits Kak G selepas AnggapanMu. Muncul dalam persalinan kuning di pencalonan baru Muzik Muzik 1993, Kak G waktu itu sekadar ‘miming’, namun selepas persembahan, kata penonton yang menyaksikan, lagu Putus Terpaksa harus ditukar judulnya kepada Putus Nafas!
Dikhabarkan, kod lagu ini ialah kod lagu paling tinggi yang pernah Kak G nyanyikan. Di bahagian korus suara Kak G kedengaran sedikit menipis kerana terlalu tinggi. Menyanyikan lagu ini secara langsung jelas sukar. Lantas tahun itu, 2 buah lagu Kak G berjaya ke separuh akhir kategori Balada (satu lagi AnggapanMu).
Persoalan adakah Kak G mampu membawakan lagu itu tetap menimbulkan kerisauan. Mampukah Kak G? Melalui giliran keempat persembahan, dengan maxi hitam, Kak G mendendangkan lagu ini. Debaran bermula.
Graf lagu ini bukan mudah. Bukan calang – calang. Dengan permulaan nada suara biasa pada intro, naik sedikit demi sedikit pada verse dan bahagian korus, aduh, baris demi baris tinggi, tinggi, dan naik lagi ke ketinggian yang semaksima mungkin.
Kak G telah melakukannya, dengan vokal yang membuatkan ramai yang terpegun kagum, namun, juri malam itu tidak meletakkan lagu Kak G di senarai akhir yang mana turut mengundang kontroversi. Kak G gagal beraksi di Juara Lagu 1993. Mungkin bukan rezeki.
Apapun, kepada peminat- peminat Kak G yang telah berkesempatan menyaksikan persembahan Kak G malam itu (ataupun masih mengingati corak persembahannya), anda sangat beruntung. Kerana apa? Adalah amat jarang Kak G menyanyikan lagu ini secara penuh dalam mana – mana persembahan beliau. Kalau adapun, hanya setengah bahagian lagu saja.
Putus Terpaksa versi malam itu sangat istimewa. Meremang bulu roma menontonnya. Sehingga kini, Jie masih mencari video persembahan itu. Kepada sesiapa yang ada, boleh tak berikan Jie satu copy? Jie sanggup bayar ok. Wah.. tak pasei...

No comments:
Post a Comment