17.1.08

Semua Jadi Satu...

Tibe tibe kan, Jie termimpikan mohd manisnya. Haha. Sapa tatau mohd manisnya itiu? Tak pasei mohd manisnya tibe tibe buat comeback. Wah. Album on the way qah? Matilah kena saman pasni. Tak pasei.

Motifkan. Dah lama tak pikirkan dia tup tup muncul dalam mimpiku bukan mimpi mu. Jie apalagi terus laa kaedahnya terkenang jua. Dah berbulan bulan lost contact gitu aje, ala2 tamat sudah riwayat cinta, ala ala Jie menempuh zaman dugaan buatmu..bila didatangi rahsia semalam gitu terus zaaasss... terus tajuk album akak chitoshi bashi ok.. wah tak pasei..

Bila dah naik stage terkenang jua tu mulalah start rindu yang ku pendam kan? Jie tak naklah hubungan Jie dan YC dilanda kemelut di muara kasih. Kami mahu terus bersama akhirnya. Sesungguhnya perasaan Jie bagai gahara. Jie mahu setiaku di sini dengan YC. Harap kami setia ke akhir hayat. Terus ke pintu syurga di hati kita. Sekukuh kasihku pertahankan. Setebal permata cintamani. Seharum kesuma hati.

Namun, Jie gementar menghukum kalbu. Yelah bertahun kenangan fatalistik Jie dengan mohd manisnya. Tak mudah bagi Jie melupakan cinta di menara rindu. Wah tak pasei fatalistik. ** Matilah tatau makna. Walaupun kadang kala perjuangan Jie lara dalam mencari rantaian kasih, tapi jauh di atas dasar ada suara ada cinta, Jie tahu mohd manisnya jua turut merasakan dirinya sepi tanpa rela.

Kenapa antara kami tiada kepastian? Mengapakah sangkar cinta ini hilang di balik senja nan merah? Perjalanan Jie dan mohd manisnya ke lembah asmara kecundang dicalar sembilu kasih yu ols..

Jie redha. Sesungguhnya tiada jodoh antara kita ok mohd manisnya. Kita jauh sudah terlerai kasih. Cuma, sesekali dikau muncul dalam ingatan, Jie harus kuat melawan perasaan ini demi dibiar resah. ** Wah die la pasni kena kata dengan Kak She.

Jie gerhana dalam menempuh waktu tika naik tika jatuh ini. Jie akan terus mengorak langkah.. walaupun apapun tuduhan mendatang, walau apapun anggapanmu, satu detik nanti Jie pasti merasai puncak kasih..

Mohd manisnya, cinta kita cinta di akhir garisan. YC, kaulah penentunya.. kaulah penawar semalu..

*** Ayo.. tak pasei..



Satu masa dulu.. Jie & Mohd Manisnya..

2 comments:

1plus2 said...

I loike...I loike! SETIAKU DISINI sebagai pengunjung blog ini...

Jie,
KALAU MENCARI TEMAN, memang memerlukan pengorbanan, KORBAN KASIH. Segala pahit manis yang diharungi akan KEKAL di dalam ingatan buat selama-lamanya. Maka itu, SANDARKAN PADA KENANGAN (oops! Salah penyanyi...).

Deeba said...

motif tiba-tiba nak SANDARKAN PADA KENANGAN di akhir ...???

Hahahahah...