9.9.08

Angin Yang Menghancurkan..


Kesepian ini
terus terusan mendampingi hari hari siangku
Kesedihan ini
masih tidak lepas menemani malam malam gelapku

Sampai kapan
Kepayahan ini menunggu aku
Sampai mati
Pedih lara hati ini ku tanggung sendiri

Angin itu
Liuk tiupnya perlahan
Lagaknya
Dia biasa biasa
Berhijab biru
Mata tidak galak tiada istimewa
Wajah bukan rembulan
Namun dahan upaya di tawan

Angin itu
Hembus manisnya membutakan
Menawarkan semua azimat cinta kami
Lalu janji yang dipintal dengan benang kasih sayang
Bukan janji lagi

Angin itu
Menderu dan terus menderu
Mengibarkan lembayung cintanya
Ke pelusuk alam
Dan daripada kejauhan
Aku menyaksikan
Kehebatan angin itu
Menakluki satu jiwa
Yang dulu milik aku

Angin itu
Persis angin yang menghancurkan

8.9.08

"Pohon Cinta"



Buat Z..

Namanya takdir
dan di atas garisan takdir itu
tercetus satu kisah pertemuan
Kisah sepasang jiwa
Bersemi di pohon cinta
Yang cinta mereka manis
dalam ungkapan rindu dan sayang

Pohon cinta ini
Di bajai rapi penuh tulus hati
Di panas mentari pagi
Di dalam dingin malam sepi

Bunga kasih terus mekar
Bunga kasih lebar menguntum
Mewangikan segenap dinihari
Lewat ke gamitan merah langit senja

Sehinggalah takdir itu datang
Lalu dibawa bersamanya
angin yang bisa merubah impian
Sepasang jiwa yang penuh cinta

Lalu pohon cinta diuji
Sekukuh mana cinta itu pada dasarnya
Sekuat mana rasa cinta pada zahirnya
Jiwa nan satu mula berpaling
Tertutuplah sebelah pandangan matanya
Tatkala terpesona
Dengan angin petang mula menawan
Hati lelakinya

Berderailah ikatan
Luluhlah jiwa nan satu lagi
Mencari kekuatan
Untuk menghadapi saat saat sukar bersendirian

Pohon cinta kini
Terkulai hiba
Menangisi sepi hatinya
Menangisi kosong malam malamnya
Setelah cintanya di bawa pergi
Kerana sepoi angin
Kerana bayunya
cinta agung bukan lagi tempatnya di pohon cinta....

20.8.08

sembilu kasih ~

Sedihlah.

Jie rasa down sangat sangat. Kalau tengah tengah buat kerja kat ofis ni, boleh pulak teringat, tak pasal bergenang jugak air mata Jie. Cepat cepat kesat dengan tangan, tak nak lah orang lain nampak.

Beginilah akhirnya. Lawanlah sehebat mana pun. Cubalah sekuat manapun. Bentanglah kasih seluas alam pun. Taburlah rindu ke angkasa raya pun. Lemparkanlah sayang ke biru lazuardi pun. Yang pasti, piala kecundang tetap setia menanti di garis akhir. Jie semakin hampir ke garis akhir itu. Moga moga kuatlah kaki ini, moga moga Jie ada kekuatan untuk tidak terus tersungkur, terus rebah..

Dan kali ini, firasat Jie sangat kuat mengatakan yang dia dan dia akan turut tiba di garis akhir itu. Sangat kuat. Hanya waktu yang bisa mencernakan, lambat atau cepat, dan nyata keputusan itu tidak memihak padaku..

Telahku rasakan dulu
Nikmatnya cinta
Puncanya hanyakepedihan
Sudahku impikan dulu
Tugu harapan
Tinggal hanya debu debuan
Tiada kemungkinan
Terbuka pintu hati
Lukanya terasa lagi

Biar kegersangan
Sehingga lusuh dan usang
Rela ku tempuhi
Walaupun terkulai layu
Sudah terkunci
Ke dasar hati ini
Ku simpan sampai azali

Manisnya cintaku dulu
Dalam memori
Bara menyala dalam jiwa
Gelora cinta terhempas
Terasa pilu

Bagaikan tertusuk sembilu

Biarku sendiri
Melalui hidup
Luka yang dilukai
Tak akan berulang

13.8.08

hadiah daripada hati untuk dekwan...


Mrasalah tajuk album dibiar sepi. Kan. Mrasalah peminat peminat bukak blog tapi tetaplah yang terpapar cerita tahun lepas. Wah. Terlebih sikit sudah. Tetaplah walaupun masa tidak mengizinkan Jie untuk buat posting, tapi Jie tak pernah lupa peminat peminat sekalian. Ibaratnya kata seorang lelaki iniew pada Jie “ Tak call tak semestinya tak ingat. Kau hado? Akak pengsan dik.

Sebelum Jie mengarut ke lain, izinkan Jie titipkan ucapan Happy Belated Birthday Sayang kat Dekwan & Bang Cik. Wah boleh tiba tiba sayang. Kau mampoo? Hiks.. Tak pasei. Yang penting, walaupun dah tahu sedari awal yang Jie ntah celah mana akan dapat jumpa Dekwan, hadiah untuk Dekwan tetaplah sudah tersedia dan tersimpan rapi atas meja solek Jie. Kan. Tajuk album hadiah daripada hati katanya. Takpe. Jie simpan dulu hadiah tu. Kalau ditakdirkan dalam masa terdekat iniew ada peluang jumpa Dekwan kat mana mana bolehlah Jie berikan hadiah itiu. Kalau tidak alamatnya berdebulah hadiah akak dik. Kan. Masalahnya pulak Jie ada satu hadiah sajo. Kut kut masa nak kasi hadiah tu nanti tak pasei Bang Cik ada sama. Kan. Mesti dia terasa hati pulak. Wah imaginasi nih. Hiks. Nak tahu apa yang Jie belikan untuk Dekwan? Ha... tunggu..

Pun dalam masa yang sama, happy birthday untuk auntie Jie, Mekti (kami anak-anak saudara patutnya panggil dia Mak Uda tapi tak lekat pulak yu ols.. tetaplah nama Mekti jugak yang lekat... oh, by the way nama auntie Jie itiu Hayati.. famouskan orang nama Yati ni. Matilah kena smash!) juga happy birthday untuk En Boy.. lama tak datang rumah kan… yelah semenjak dah berjaya nih.. wah gitu..

Juga tak lupa, buat Kak G, selamat berangkat ke tanah suci. Dengar dengarnya Kak G minggu iniew dah pun berangkat ke Mekah, untuk penggambaran telefilem sambil menunaikan umrah.. Selamat pergi selamat pulang Kak G. Jangan pulak terlompat sana sini hambik gambar. Wah. Pastu pulak jangan esok esok bila dah balik tiba tibain bertudung litup tapi sebulan dua lepas itiu main lilit lilit selendang sajo. Wah lagi sekali. Termengata. Oops.

Jumpa lagi yu ols.

Ops. Lupa.
Nak tunjuk hadiah Dekwan apa kan.

Ni dia....


31.7.08

Persona Bang Cik & Dekwan...





Pesona Aidil & Zaquan

MEREKA sudah menggapai puncak kemasyhuran. Menyarung jersi kebangsaan, 'saham' kembar sensasi, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Zaquan Adha melonjak tinggi. Kenali pasangan kembar idaman gadis ini sambil mencungkil personaliti dan isi hati mereka. KELIBAT kembar seiras ini nyata mencuri tumpuan siapa saja. Susuk tubuh tinggi dan tegap, dianugerahi pula wajah kacak kemelayuan dan bijak bergaya - semuanya umpama pakej lengkap buat Aidil Zafuan dan adiknya, Zaquan Adha. Tidak hairan populariti dua jejaka ini sehangat aksi tangkas mereka di padang bola.

Pada usia muda, kembar ini sentiasa diburu masa. Celik mata, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha perlu penuhi tuntutan jadual perlawanan bola sepak serta latihan kecergasan. Malah, kesibukan kembar ini menyebabkan sesi fotografi bersama XY - Ikon Lelaki terpaksa ditunda berkali-kali.

Penantian untuk ‘mengikat’ Aidil Zafuan dan Zaquan Adha akhirnya terjawab petang Khamis lalu apabila mereka sudi untuk menjayakan sesi fotografi di Berita Harian. Menyarung persalinan tuksedo daripada Lord’s Tailor bagi mencari kelainan, aura gaya pasangan remaja ini begitu menyerlah. Begitu juga pose selamba mereka ketika menggayakan persalinan Nike.

Aidil Zafuan agak pendiam, adiknya pula, Zaquan Adha ‘nakal’ lantas mencuit perhatian lensa jurufoto Yahaya Hashim yang dibantu Hasriyashah Sabudin. Sambil memuji pose mereka berdua, berkali-kali jugalah nama mereka disalah sebut.

“Senario begini sudah biasa bagi kami. Malah, sehingga sekarang emak kadang-kadang keliru yang mana abang dan yang mana satu adik. Tetapi kalau lihat secara fizikal, saya memiliki tahi lalat di bahagian pipi kanan dan sedikit kurus berbanding Abang Chik (panggilan buat Aidil Zafuan),” kata Zaquan Adha.

Wajah mereka yang seiras nyata mengundang hilai tawa di studio fotografi Berita Harian. Tidak cukup gambar di studio, mereka berdua sporting melayan sesi fotografi bertukar lokasi di padang futsal di tingkat atas Balai Berita. Kemesraan mereka berdua bagaikan isi dengan kuku.

Ditanya sejauh mana keakraban hubungan mereka, kata Zaquan Adha, sehingga saat ini beliau masih boleh merasai perasaan dan emosi pasangan kembarnya itu. Malah, berkali-kali juga mereka berdua secara spontan menyebut atau memperkatakan sesuatu perkara serentak.

“Tetapi kami sendiri mengakui sampai bila akan bersama sebegini. Mungkin secara kebetulan kami bersama dalam sukan bola sepak dan bermain dalam kelab bola sepak yang sama. Kami tetap akur tiba masanya masing-masing tidak akan selalu bersama,” sampuk Aidil Zafuan.

Meskipun begitu, Aidil Zafuan yakin mereka berdua tetap akrab biarpun suatu ketika nanti akan berumahtangga.

Ditanya perangai masing-masing, Aidil Zafuan berkata, beliau lebih mengalah kepada Dik Wan (panggilan buat Zaquan Adha) sejak dulu lagi. Malah, mengakui Zaquan Adha memiliki karektor lebih kasar.

Zaquan Adha pula berkata, abangnya lebih pendiam. Mereka juga saling berkongsi rahsia diri baik apa saja.

“Kalau tidak cerita dengan Abang Chik, lambat laun dia tahu juga,” kata Zaquan Adha sambil tergelak.

Walaupun jelas masih keletihan kerana baru pulang dari India, perasaan itu diketepikan mereka. Cerita Zaquan Adha, jadual harian mereka berdua agak padat sejak akhir-akhir ini kerana terbabit dengan beberapa perlawanan persahabatan bola sepak di luar negara.

Ketika fotografi berlangsung, kembar itu bersama kesebelasan skuad bola sepak negara baru pulang dari India selepas menentang skuad nasional negara itu yang berkesudahan seri 1-1. Terdahulu, skuad bawah 23 tahun negara juga menentang China yang berkesudahan tewas 4-0.

“Walaupun berkesudahan seri dengan India, pendedahan yang diterima banyak membantu skuad negara dan secara tidak langsung membantu meningkatkan kedudukan mata bola sepak negara,” kata Zaquan Adha yang kini beraksi untuk skuad Negeri Sembilan.

Mengakui merindui kampung halamannya di Negeri Sembilan, Zaquan Adha berkata mereka banyak menghabiskan masa bersama di rumah jika mempunyai kelapangan.

Jelasnya, menjadi rutin bagi keluarganya untuk berkumpul bersama membuatkan hubungan mereka begitu rapat. Jika berkesempatan, beliau tidak akan berenggang dengan permainan video.

“Jarang sekali kami keluar membeli-belah kerana kesibukan jadual seharian dan perlawanan bola sepak membuatkan kami tidak berkesempatan berada lama di rumah. Sebab itu, jika ada kelapangan memang banyak berehat di rumah,” katanya.

Ditanya kemasyhuran dikecapi mereka pada usia baru 21 tahun, Zaquan Adha tidak menafikan berasa beruntung kerana pencapaian dan pendedahan yang diterima selama ini. Sambil menambah, faktor kembar seiras juga secara tidak langsung menampakkan ‘kehadiran’ mereka sekali gus mengundang perhatian ramai.

Malah, kelibat mereka juga sering mencuri perhatian sejak kecil lagi sehingga masing-masing berkecimpung dalam dunia bola sepak. Secara kebetulan, baik Aidil Zafuan mahupun Zaquan Adha turut berbakat besar dalam sukan bola sepak sehingga berjaya menyarungkan jersi kebangsaan.

Mereka berdua juga menjadi penyandang cabaran dan maruah skuad bola Sepak Negeri Sembilan. Zaquan Adha mengisi cabaran di posisi penyerang, sementara Aidil Zafuan pula di bahagian pertahanan.

“Bola sepak sememangnya menjadi nadi kami adik-beradik. Memang sejak kecil lagi memasang angan-angan untuk serius dalam bidang ini. Untuk itu, kami terpaksa bekerja keras bersama-sama bagi memastikan impian itu terlaksana.

“Syukur, bermula di peringkat sekolah, pemilihan bawah 14 tahun hinggalah kini di skuad negeri dan negara kami berdua masih sama-sama beraksi dalam sukan bola sepak,” kata Zaquan Adha.

Menyingkap pula cita rasa gaya pasangan kembar ini, ternyata ‘ikatan’ naluri keserasian pasangan kembar ini tidak dapat dinafikan. Daripada jenama pakaian, potongan, malah tempat untuk membeli pakaian juga sama. Hanya warna membezakan pakaian milik mereka.

Malah, potongan rambut mereka juga serupa!

Mengenai soal penjagaan wajah pula, tanpa berselindung Aidil Zafuan mengakui dia mengambil berat rutin mencuci wajah dan menyapukan pelembap setiap kali selepas mandi. Rutin itu tidak pula dilakukan adiknya kerana mengalami masalah kulit sensitif.

Ketika mengintai soal cinta dan wanita idaman, baik adik mahupun abang masing-masing seolah-olah tidak mahu bercerita panjang. Sekadar bicara ringkas mereka berdua inginkan wanita yang sederhana dan paling utama direstui keluarga.

Malah, jelas mereka berdua faktor populariti tidak banyak mengubah haluan hidup dan pergaulan di luar. Mereka tetap seperti remaja lain dan melayan peminat sama rata.

Pantas masa berlalu. Dua jam sesi fotografi itu berlangsung terasa begitu pantas. Sebelum melangkah pulang, dua kembar istimewa ini sempat berkongsi angan-angan besar. Abang Chik nekad berhijrah ke Eropah jika berpeluang manakala Dik Wan mahu menjangkau lebih jauh tanpa sempadan, semata-mata obsesi diri terhadap sukan bola sepak. Nantilah dunia, rentak kaki kembar ini di garis permulaan...

5 Soalan - Aidil Zafuan

Wanita pilihan anda?
Menghormati orang tua.

Kegemaran anda waktu lapang?
Tidur!

Ungkapan yang mewakili personaliti anda?
Seorang yang sederhana dan pendiam.

Waktu sesuai menamatkan zaman bujang?
Serahkan saja pada ketentuan Ilahi. Apabila sampai masa saya tetap akan berkahwin.

Rahsia anda?
Tiada rahsia.

INFO:
Bakal berusia 21 tahun pada 3 Ogos ini.
Tinggi 175 sentimeter dan berat 75 kilogram.
Lebih dulu berkecimpung dalam sukan bola sepak berbanding Zaquan Adha.
Agak pendiam.
Mengagumi Datuk Soh Chin Aun sebagai idola dalam bola sepak tempatan.


5 Soalan - Zaquan Adha

Wanita pilihan anda?
Tidak terlalu memilih. Asalkan keluarga menerima dirinya seadanya.

Cerewetkah anda?
Saya hanya cerewet apabila tiba waktu berbelanja. Pada saya, berbelanja benda yang perlu saja.

Kepakaran anda yang mungkin orang lain tidak tahu?
Saya bolehlah memasak sedikit-sedikit. Setakat lauk kari, bolehlah.

Waktu sesuai menamatkan zaman bujang?
Setakat ini tidak memikirkan soal itu dan tidak meletakkan sasaran untuk mengakhiri zaman bujang.

Hobi anda?
Mengumpulkan barangan Coca-Cola dari pelbagai negara.

INFO:
Lahir dua minit lewat daripada Aidil Zafuan.
Memiliki berat 73 kilogram dan ketinggian 174 sentimeter.
Karektor ‘gila-gila’.
Memiliki tahi lalat di bahagian pipi kanan.
Idola bola sepak Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Christiano Ronaldo.



Sat naaa cheq... Dekwan dah panggil Jie nih.. kami nak pi beli rempah kari dengan coca cola jap... eheh! Verangssss... rindu kat dia.. lama dah jumpa dia... hmmm... *nangis*

23.7.08

Kau Hado?


Akak terkesima. Terkunci kata. Kelu. Bisu. Speechless. Kagum. Taksub. Sujud. Pengsan. Selama ini akak ingatkan chenta akak paling agung. (wah tak pasei). tapi kan yu ols, akak silap. Ada lagi kisah chenta yang seratus lapan puluh kali lagi agung daripada chenta akak nan kudus iniew… wah tak pasei kudus..

Mampu ke yu ols ada kekasih yang menulis sampai sebegini ghupa? Mampu? * Akak serta merta kejung… Hiks…

“Ya ALLAH, kau sembuhkanlah segala yang dihadapi oleh kekasihku itu. Moga kesihatannya beransur pulih...”

“ Terus terang aku katakan, sekarang ni aku tak mampu hidup tanpa dia. Sesaat dia menyepi, cukup buat aku rasa satu kehilangan. Apatah lagi andai dia hilang buat selamanya. Seringkali aku teringatkan janji kami. Hanya MATI yang akan pisahkan kami. Di situ sudah cukup membuktikan betapa kukuhnya hubungan ni..”

“Biarpun kau jauh, aku tetap terasa bahang pelukanmu..”

“Jangan risau sayang, seberat mana sekalipun masalah yang kau hadapi dan bakal hadapi, aku kan sentiasa bersamamu sehinggalah matahari terbit dari barat..”

“Sekalipun di langit biru, kan ku kejar bahagia mu sayang..” * Rashid sibir pun sujud sambil nangis ok dik! Akak confirm!

“Dengan berlandaskan pegangan hidup yang ke tengah ke tepi, tak tahu arah mana yang lebih baik untuk dituju, akhirnya aku dipertemukan dengan satu bintang yang tak ternilai harganya sekalipun dinilai dengan sejuta gudang emas. dialah bintang hati yang ku cari dan ku idamkan selama ini. Sesungguhnya dia memang tercipta untukku..”

Apa apa pun, akak tabik spring toing toing kat penulis, puitis sekali gurindam madah jiwanya.. persis sekuntum lavender nan mekar di pagi hari..

Kau hado?


"Walaupun ditakdirkan secantik Fazura, akak tak yakin dik nak tulis macam ni... " * oOPS

10.7.08



Dalam hidup iniew cuma ada dua benda sajor.. iaitu;

1. benda yang kita kena (mesti) buat

2. dan benda yang kita nak (sangat) buat. Kan.

Contoh terdekat: benda yang Jie kena buat ialah kerja kerja yang menimbun atas meja sekarang ni. Kan. Manakala benda yang Jie nak sangat buat ialah menghupdate blog. Kan.

Dan begitulah yu ols. Kita kemudiannya redha atas konsep tolak ansur. Sebab? Sebabnya kita tahu, tak semestinya benda yang kita kena buat terus terusan kita akan buat. Sama ada benda yang kita buat lambat laun akan habis.. ataupun berganti dengan benda baru.

Dan tak semestinya juga benda yang kita nak sangat buat kita tak buat langsung. Adik adik kan cekap. Tajuk album tetaplah cuba jaya. Kan. Tak dapat buat banyak, dapat buat sikit lite lite dulu pun jadilah. Kan. Namun penghalangnya..berbalik kepada tanggungjawab kita dan faktor masa. Masa yang tak pernah mahu mengalah. Berlalu dan berlalu dan meninggalkan kita. Kan.

Sama jugak kalau nak dikaitkan dengan perasaan yu ols. Ada orang yang kita chenta (sepenuh hati) dan ada orang yang kita chenta sampai mati (selalunya bekas kekasihlah tu). Bila dah sampai umur sekarang, Jie pun tak tahu, perlu atau tidak chenta itu. Sebabnya? Jie anggap Jie bertuah walaupun sekiranya tiada chenta, Jie ada sahabat sahabat sejati yang sampai mati banyak sekali budi mereka..

Apapun, mrasalah dekat sebulan jugak Jie tak sempat nak menulis. Mrasalah jugak peminat akak marah. Wah. Takpe dik, akak rela kena marah. Salah akak pun. Wah. Sepertimana yang Jie cakap tadi, penghalang terbesar untuk Jie hudpate ialah kerja Jie dan tanggungjawab Jie yang lain. Kau hado?

Takpelah. Kita borak pasal benda lain. Ashik pikirkan kerja ayo akak fengsan dik. Kan. Stress jadinya. Tapi apa pulak yang Jie nak kongsikan kali iniew? Hmm dinch tahu nak tulis pasal apa.. Jie redah je.. gotcha! Kan.

Jie rasa macam nak pergi bercutilah yu ols. Kan. Jiwa kacau sekarang ni. Wah tak pasei jiwa kacau. Semenjak dua menjak ni Jie rasa macam ada yang tak kena. Kejap kejap terfikir.. Kejap kejap terfikir.. Ape ke hey nye yop?

Apa ye yang tak kena? Apa pulak yang Jie ndak? Nak kata Jie perlukan beg baru, hmm, tak rasa pulak. Dah tiga empat beg Jie beli sepanjang bulan lepas. Wah terlebih sudah. Kan. Pikir punya pikir.. sah akak perlukan percutian. Tapi percutian akak semestinya dalam negara aje. Mana mampu nak bercuti ke luar negara. Yelah akak bukan assistant manager yang mampu beli kasut Gucci kan. Nak beli Gucci last season pun akak pikir berkali2. Tajuk album tetaplah bukan aku kan. Oops. Termengata pulak.

So, Jie rasa memang benda yang Jie nak sangat buat ialah berjalan dan bercuti sambil pose2 dengan beg baru. Tak pasei. Kak Misya ada jugak ajak ikut dia pergi Singapore, lagi 2 minggu. Akan difikirkan. Jie kalau boleh.. kalau dapat.. naklah bercuti cuti Malaysia ke Penang. Pasai apa Penang tatau?

Entahlah yu ols. Akak suka Penang. Tambahan pulak sepanjang perjalanan ke Penang itiu ada banyak tempat makan yang boleh disinggah. Jom jalan2. Kan. Temanya kalau jadi pergi bercuti, agenda utama ialah makan dan makan dan makan. Pastu jadi kimpy. Kan. Takpe yu ols. Sikit aje lagi nak puasa dah. Boleh diet balik masa tu. Wah tak pasei.

Tapi Jie nak pegi dengan siapa yu ols? Sorang2? Ooo.. no way.. Akak kalau pegi sorang2 alamatnya akak terus balik rumah Pak Zain sajo. Nak ajak sapa yer?

Rasa rasanya?

S?

* matilah cinta kembali bersemi.... kan?

24.6.08

Yang dijanjikan...

Sori yu ols... Jie tak sempat nak letak gambar awal2.. ni pun baru balik daripada team building, duk curi2 masa nak letak gambar2 nih...

Tunggu posting baru dalam sehari dua iniew... Daaa...
















13.6.08

alamak terlebih sudah!!


Yang penting, malam Rabu lepas Jie balik rumah pukul 3.30 pagi ok, dengan mata dah separuh layu, gigih jugak Jie mandi, buang mekap segala (tak pasei), pukul 4 pagi baru nak tidur ni. Sah sah pagi itiu, Jie letak aje kepala dah terus dah tak sedar apa dah… zzzz…..

Tiba tiba macam terdengar bunyi alarm. Ayo Jie terkezut. Daripada baring, sepantas kilat Jie bingkas duduk sambil cuba bukak mata. Ayo, Jie belek handphone kat tepi katil Jie.. sudeh pukul 8.25 pagi katanya. Mrasalah Jie kena masuk kerja pukul 8.30 pagi kan.

Tak cakap banyak, dengan sebelah terbukak dan sebelah mata lagi still pejam, Jie taip sms...

“Puan M, I masuk lambat sedikit. TQ.”

Jie menguap, tarik balik selimut dan tidur semula. Kan. Mrasalah semalam akak masuk ofis pukul 11.00 pagi.

Ha, sebab apa Jie lewat? Gara-gara melepak dengan Kak G dan Zianafolks semua kat Bangsar. Habis recording raya kat RTM, tak pasei ZF yang lain kata jom minum2 dengan Kak G. I ols pun ok sajo. Tetap tak sedar diri esoknya nak kerja kan. Mrasalah Kak G belanja makan nasi lemak.

Apapun, baju kak G pakai kat show malam tu aduh cantiknya. Tambah2 pulak baju kurung coklat Rizalman tu. Ayo sesuai dipakai di pagi raya. Betulkan Dekwan sayang? Tak pasei.

Tunggu Jie share gambar candid malam itiu ok yu ols. Sempat jugak snappy snappy gambar abang Kwa sekali. Sedap gilos ok abang kwa nyanyi ketulusan hati malam tu. Tengok dia nyanyi depan2 mata ni ayo…melayang separuh nyawa ok..

Dan… tiba tiba Jie terus teringatkan Z… wah boleh?

Alamak terlebih sudah!!


4.6.08

Keputusannya...


At last. Dah tak larats nak menjawab pertanyaan kawan kawan, peminat (wah!) yang tak henti henti bertanya, nak tahu jadi ke tak jadi Jie nih resign, confirm ke idak Jie stay kat company sekarang.. Jie dah buat pilihan dan menamatkan segala spekulasi yang melanda. Wah boleh spekulasi? Kan.

Kronologi cerita:

16hb mei
Dapat offer letter company baru. Tunggu masa nak sign & hantar balik offer letter itiu. Dalam masa yang sama kenalah kira balance cuti dulu kat company sekarang ni supaya boleh plan bila last day kerja segala kan.

20hb mei
Tak pasei masa lunch Jie masuk bilik bos Jie tengok surat confirmation Jie dah ada atas meja dia. Kelam kabut Jie taip surat resign. Kan. Mrasalah kalau di ‘confirm’ nak berenti kena tunggu sebulan. Tak sanggup nak tunggu sebulan. Seminggu takpe. Kan.

Petangnya bila Jie dah letak surat, slow talk dengan dia sebab musabab Jie nak resign, tak pasei pulak dia pujuk Jie suruh jangan berhenti. Wah tanpa diduga lah juga kan. Dia kata dia akan work out something untuk Jie. Jangan berhenti dulu. Bila dia dah cakap cenggitu automatis akak terus ter shut up laa kan. Kalau diikutkan, tarikh Jie letak surat 20hb, patutnya last day Jie kat company sekarang ni ialah 29hb. Mei (serve seminggu notis).

23hb mei
Diorang counter offer, matchkan gaji yang sama dengan company baru. Kalau tolak minyak, tol, parking tak banyak beza, tak untung pun. Baik Jie join company baru. Dekat dengan rumah. Kan. So Jie masih dengan keputusan nak berhenti. Jie cakap dengan management baik2. Kalau diorang nak Jie stay, Jie mintak up sikit lagi gaji yang diorang bagi. Dalam hati Jie jangkakan kalau banyak sangat songeh Jie confirm diorang kata hm, berhenti jelah. Kan. Tapi… tidak yu ols. Diorang buat proposal baru. Diorang setuju nak bagi gaji yang Jie mintak itiu.

26hb mei ~ 30hb mei
Bermulalah Jie start pening kepala nak decide. Hari2 sebelum tidur duk pikir, macamana nak decide nih. Siap buat list baik buruk company sekarang dengan company baru. Siap discuss dengan mak abah, siap bincang dengan Z. Wah tetap nak tanya pandangan suami ku kan. Oops.

Malam 3hb. Mei
Dengan berat hati, Jie tolak offer company baru. Sebabnya? Sebab mak abah. Nasihat mereka supaya Jie stay kat company sekarang ni. Ada banyak peluang katanya. Kalau nak ikut nasihat Z pulak tetaplah gini: “Awak fikirlah baik2. Mana yang awak rasa baik awak pilihlah. Saya sokong apa saja keputusan yang awak buat. Awak nak kerja dekat mana2 pun saya izinkan”. WAH.

Berapi tak yu ols?


3.6.08

10 tahun...



31hb mei 1998.

Kali pertama Jie keluar ngedate dengan Z. Ingat lagi. Hari Ahad malam, lepas Z habis training bola, Jie ajak dia keluar makan2. Yelah sebelum ni Jie ashik bertenggek tepi padang, kalau ada peluang barulah boleh buat PR sikit2 nak tackle dia. Kan. So disebabkan Jie gigih berhari hari pose tepi padang bola ala2 Victoria Beckham, agak lama jugak lah usaha nak rapatkan hubungan Jie dengan Z kan.

Taktik utama Jie, lepas dia habis game Jie akan pose2 tepi padang itiu dengan air mineral. Kan. Confirm dia terliur nak minum. Yelah dah penat training, of courselah dahaga kan. Lagipun manalah dia bawak bekal air. So selalunya habis game, adalah sorang dua budak bola yang lain datang pau air kat Jie. Mula mula dia pandang aje daripada jauh. Jie tetaplah tidak mengalah kan. Takpe. Sabar dulu. Tak lama lepas itiu, Z ni pun turutlah datanglah jugak nak mrasa air akak. Daripada situlah kami mula bertegur sapa. Dialog dia: Jie, mintak air sikit, tetaplah terpahat dalam memori akak iniew. Kan.

So malam itiu, kami keluar berdua. Diulang sekali lagi, buat pertama kalinya, berdua. Jie masa tu aduh happy tak ingat nih. Walaupun masa itu kenderaan rasminya ialah Honda EX5 tetaplah Jie terasa macam naik Honda Jazz ok. Tak pasei. Masih terbayang lagi, Z masa tu dengan sweater hijau tua dengan short, aduh, ganteng sekals, akak pengsan… masih juga terbau bau Code 10 yang dia pakai malam itiu. Ayo… Jie feels.. Mrasalah jugak Jie peluk pinggang dia walaupun dia bawak motor itiu tak berapa laju. Tetaplah Jie mengambil kesempatan. Kan.

Kami pergi dinner kat McD Kinta City. First time ngedate, malu malu nak makan. Kan. Haruslah Jie order fries sajo padahal perut memang lapar nak mampus. Kan. Habis makan, Z bawak Jie pusing pusing naik motor. Wuish.. haruslah pulak tangan Jie atas peha dia. Kan. Tak pasei. Dekat pukul 11 malam baru nak balik ni. Z hantar Jie, nasih baik abah tak tunggu dengan parang. Kalau tidak mrasalah Z kena parang dengan Pak Zain. Kan. Oops.

Alkisahnya memang tarikh tu Jie ingat sebagai tarikh ulangtahun perkenalan kami. Dan sepanjang panjang kami berkawan, tak pernah sekali pun Jie beritahu dia pasal tarikh special ni sehinggalah malam Sabtu lepas..

31hb mei 2008.

Kalau diikutkan, tahun ini genap 10 tahun Jie dan Z berkawan. Lama kan yu ols? Kalau kahwin confirm anak Jie dah masuk darjah 2. Nak jugak. Kan. So minggu lepas Jie balik kampung. Dalam hati memang plan nak keluar dengan Z, konon2 nak celebrate ulangtahun perkenalan kami.

Jie sms Z pukul 8.15pm, konon2 nak ajak dia keluar minum. Z kata ok, dia siap, jom keluar makan. Jie pun ok, tapi malam itiu Jie tak sempat nak bersiap sakan. Keluar dengan lip gloss sajo. Tak sempat nak mekap pakai susuk segala sebab semua barang2 penaik seri akak tinggal kat KL dik. Lantaklah. Nasib baik malam. Tak nampak sangat. Kan.

Jie ambil dia, kami pergi makan, pusing2, pastu tak pasei dia ajak Jie pergi karaoke. Ayo dah bertahun Jie tak karaoke. Mrasalah jugak lagu last Jie dan Z berduet lagu Ceritera Cinta. Terus akak feels sekals lags. Kan.

Sampai dekat pukul 1 pagi barulah balik. Tapi Jie tak cakap pun pasal tarikh ulangtahun ni. Jie hantar dia balik, pastu Jie balik. Sebelum tidur Jie sms dia.

“Awk.. tq kuar td.. lupa nk ckp sebenarnya mlm ni da genap 10 thn kita kenal.. Kjap aje masa brlalu kan awk? Apapun tima kasih utk 10 thn ni. Jg dr. Sy syg awk.”

Boleh?

Nervous ni menunngu dia reply. Dan zassss titt titt ada sms masuk..

“Da 10 thn ek kita kawan.. Smga akan berkekalan smpi bila2.. Thanks 4 everything.. Maafkan klu ade silap n salah sy selama kita kwn ni..Tk care.. Esk blk drive hati2 k.. Nnt klu sy turun kl sy bgtau awk.. Nite.. Syg awk jugak."

Betul qah yu ols?

VENCI LAAAAHH!!!

28.5.08

"Nanti jadi ikan kat pasar"?


Pembuka cerita:

Alkisahnya dalam posting sebelum ni akak dah beritahu kan yang akak dapat offer kerja baru? Meh akak nak flashback sikit penceritaannya. Tahun 2005 akak kerja kat satu company ni, dan masa itiu bos akak ialah Encik. M. Akhir tahun 2007, Encik M resign dan bukak company sendiri, akak pulak stay kat company tu sampai awal tahun ni & lepas tu akak join satu company lain pulak (company akak sekarang ni).

Kebetulan masa akak report kat Encik M, akak adalah jugak sekali sekala berurusan dengan satu lagi GM kat company tu , Encik I. Nak dijadikan cerita, Encik.I pun dapat offer baru kat satu company lain. Dan dia pulak ajak akak kerja semula dengan dia. Ataupun bila kita buat susunan ayat semula akak pun gatai jugak offerkan diri akak nak kerja dengan Encik I. Biasalah bila dah datang garit akak. Kan.

Cerita dalam cerita:

So bila dah dicuss pasal gaji, terms of employment segala, last week Encik I bagilah akak offer letter company baru dia itiu. Akak masa tu dalam hati memang nak join dia. Sebabnya? Hm, akak dah tak kuasa nak travel pergi kerja pagi pagi buta.. lepas itiu pulak akak dah tak larat nak bayar parking kat company sekarang iniew yang very the melampau sangat rega nya. Kan. So akak cakap, ok, minggu depan I letak surat, akak ni belum confirm. So kalau nak resign boleh bagi notis seminggu sajo.

Sekali lagi kebetulan, sehari dua lepas akak dapat offer letter itiu, bos akak sekarang, Puan M, nak buat akak punya confirmation. Kan. Haruslah tajuk album akak NEHI NEHI kan. Tak pasei kalau akak nak resign kena tunggu sebulan. Kan. Akak slow talk dengan dia, cakap akak nak resign. Akak dapat offer baru. Tak pasei pulak Puan M, Puan R, Puan R lagi sorang semua datang pujuk ajak suruh stay. Dah tu guane nye? Kan. Chantik ke akak nak stay? Wah.

Akak balik rumah, akak pikir, akak telefon mak abah mintak pandangan diorang. Mak akak, seperti biasalah sentiasa menyokong anaknya iniew. Cuma abah akak macam tak suka kalau akak ashik lompat lompat kerja ni. Kan. Tak elok katanya.

Offer sini sana pun tak banyak untung. Lebih kurang sajo. Cuma kalau akak accept offer kerja dengan Encik. I nih, perbelanjaan akak ke tempat kerja kuranglah. Dan lagi satu advantage ialah pejabat dia nanti dekat dengan rumah akak dan akak dapat parking. Harus qah yu ols? **

Konflik cerita:

Apapun, akak dah letak surat resign. Masalahnya sekarang Puan M tak accept surat akak itiu. Tak pasei pulak diorang counter offer akak. Dah tu? Ayo, lagilah bertambah tambah pening akak sekarang ni. Ala2 situasinya kalau Bang Cik dengan Dekwan sekaligus datang Tambun pinang akak. Kan. Tetap nak jugak kaitkan si kembar katanya!

Akak ada jugak tanya pandangan bos lama akak, Encik M, pasal dua dua offer ni. Akak mintak pendapat dia, yelah, mana tahu buah fikiran dia lagi bagus ye dak. Kan.

Semalam dia sms akak “Camana jadi tak join Encik I?”

Akak balas “tak tahu lagi bos.. company sekarang counter offer. I belum decide”

Nak tahu dia balas apa?

“Nanti jadi ikan kat pasar”

MOTIF?

Jenuh akak pikir... “Nanti jadi ikan kat pasar”? Maksudnya? Apa yu ols? Ikan kat pasar? Semalam baru Nini beli ikan mabong 2 ketul kat Giant. Wah tak pasei. Kan. Girl girl keliru yu ols.

Penghujung cerita:

Akak dah maleh nak pikir. Tengoklah nanti. Makan durian lagi best, kan Nini.

Daa yu ols.



27.5.08

Posting Single Katanya...


Aduh. Matilah akak dikecam peminat. Matilah akak di KRINGS KRINGS sebab dah 8 tahun tak hupdate. Kan. Konsepnya kali ni akak muncul dengan posting “SINGLE”. Bukan posting “penuh”. Kan. Kau hengat Kak G kau sorang aje boleh keluar SINGLE? Kak Jie kau ni pun boleh ok. Tajuk album tetaplah tanak kalah katanya. Kan. ** tak pasei tiba tiba ada posting “single”. Boleh?

Akak mintak maaf, akak tak daya nak hupdate. Sejak balik daripada PD 3 minggu lepas, kerja menimbun2, tak habis2. Datang pulak offer company baru, mintak akak join diorang. Lagilah akak buntu. Kan. So akak dah letak surat resign. Tapi tak pasei di counter offer pulak. Lagilah tajuk album akak Tiada Kepastian kan.

Takpelah. Yu ols bersabar yer. Kalau dapat hupdate, akak hupdate. Demi peminat. Kan. Apapun, sebelum itiu, HAPPY BELATED BIRTHDAY TO KAK MISYA, tak sempat jugak nak buat posting wish birthday hari tuh.

Apapun, buat bang cik, apasal potong rambut botak? Frust berchenta Qah? Wah tak pasei. Kan. Takpe, bang cik tetap kiut dengan rambut baru. Nyesal tak snappy2 hari tu masa jumpa. Hensem.

Dekwan pulak... ayo.. akak nangis tengok dia. Tak cakap banyak.. SANGAT ELOK yu ols! Kalaulah dia jodoh akak, sah sah pekan Tambun berpesta 8 hari 7 malam. Kan. Daaa…


mrasalah penduduk tambun tengok aurat akak kan.. tak pasei.. **

9.5.08

mari bermain pilih pilih muka!


Dek kerana kesibukan, akak perasan lately ni akak jarang dapat spend masa dengan Kak Deeba & Kak Misya Malatop. Yelah semenjak bertukar kerja ni bila balik rumah aje dah penat, dah ngantuk so tak dapat nak sembang2 gelak kik kik kik dengan kakak2 ku itiu macam dulu dulu.

Sepanjang 2 minggu lepas, takde langsung dalam jadual akak hari untuk berehat. Isnin sampai Khamis, kerja, pegi gelap balik pun gelap. Jumaat ada kursus sampai Ahad, jejak kaki kat rumah pun dah pukul 9.20 malam. Tak cakap banyak, lepas mandi akak tido. Sambung balik Isnin sampai Jumaat, dengan rutin yang sama, Sabtu pagi berkejar ambik auntie akak, balik Ipoh, petang sampailah malam duk bersiap untuk kenduri, petang Ahad akak balik KL balik, sampai KL dah malam, mandi dan tidur. And the same thing goes on and on…

So dah 2 minggu akak tak tengok Konsert AF, dah 2 minggu Kak Deeba balik daripada Bali dan terbang balik ke sana Selasa lepas, Kak Misya pun tanak kalah, terbang jugak ke JB pagi semalam, kerja, hari ni baru balik, dan pagi esok pulak akak akan PD dua hari, Ahad baru balik. Akan merasalah sakit hati nak bangun pagi Isnin sebab kena pegi kerej kan. Ayo…

Apapun, malam Isnin lepas sempatlah jugak bergelak ketawa dengan Kak Deeba dengan Kak Misya kau.. we ols suka main pilih2 muka.. Nak tahu main dia macamana? Ha… gini…

Peralatan diperlukan: TV

Masa bermain: Bila bila pun boleh tapi paling sesuai masa tengah lepak2 depan tv.. supaya lagi banyak idea akan keluar kan... kalau sorang start keluar nama, akan berturut2 lah nama nama lain yang akan keluar untuk jadi bahan gelak tawa

Cara bermain:
Pilih nama artis yang pangkal nama/ depan nama / hujung nama yang seakan akan sama, syaratnya sorang lawa dan sorang kurang lawa ataupun dua duanya kurang lawa.. Tapi kalau nama tu tak sama pun boleh..

Lepas tu pilihlah.
Lepas pilih bolehlah gelak gelak kik kik kik dan sambung dengan nama lain pulak.. senang kan?

Contohnya gini:

Nok, ko nak muka macam Fauziah Latiff ke Fauziah Nawi? Pastu gelak… Of courselah muka Fauziah Latiff kan..

Ataupun,

Nok, ko nak muka ko macam Habsah Hassan ke Mek Habsah? Gelak lagi..

Nak muka macam Diana Naim ke Diana Danielle? ** Ke Diana Ross? ( boleh tambah nama nama lain suka hati ok!)

Nak muka Siti Nurhaliza ke Siti Saerah? * Oops

Nak muka Sheila Majid ke Norsheila Amin?

Nak muka Wohnen ke Ayu OIAM? ** Ayo soklan!

Dan seterusnya macam macam nama lagi yang akan keluar…

Yang penting, paling kelakar malam Isnin itiu…

Ko nak muka Diah ke Ayati?

Ayo akak gelak tak hengat sampai nak pengsan!!! Terus main nama mak katanya!!!

Lariikkkkk…….

8.5.08

McD



Tetaplah nak mengimbau kenangan silam kan? Tak pasei.. mrasalah flashback sekals lags!

Alkisahnya, kali ini akak nak story pasal fast food kegemaran…McD!! Dan ada peristiwa pahit di sebalik restaurant favorite akak itiu. Jadi, mrasalah korang kali nih.. akak nak share kenangan lalu akak dengan dengan peminat peminat semua. Kan. ** matilah mengaku ada peminat nih!

Trivia nya, kalau diikutkan, paling kurang 2 kali dalam seminggu dalam menu harian akak ‘wajib ada’ burger dan fries McD. Kan. So dengan itiu, kalau sapa sapa terserempak dengan akak pasni jangan terkejut pulak kalau akak makin menjadi jadi kimpy nya. Kak She pun dah tegur akak malam Ahad lepas. Dia kata akak kimpy. Wah. Kurus ke dia. Kan. Takpe. Kejap lagi kita KRING KRING Kak She. Kita tanya dia itiu kimpy ke tidak. Kan. Wah matilah.

So, sebelum akak lari topik bercerita pasal kimpy ke apa ke, baik akak sambung teruskan cerita pasal sejarah akak dan McD nih. Kan.

Suatu masa dulu…

Tahun ‘99 kalau akak tak silap. Akak masa tu baru sambung belajar kat ITM. Kebetulan, rumah mak abah akak takdelah jauh sangat dari kampus. Dalam sejam perjalanan. So boleh dikatakan saban minggu akak balik rumah mak abah akak. Yelah dekat kan. Lepas tu pulak, kalau balik, haruslah agenda utama akak ialah ‘ngedate’. Kan. Dengan sapa tatau? Oops.

Hui, kalau nak ingat balik cerita pasal ‘ngedate’ nih.. ayo.. sakan.. gigih sangat ok. Kalau janji ngedate pukul 9 malam, pukul 6.30 petang akak dah start nak mandi ok. Yelah, masa tu akak ambik masa sejam untuk mandi ye. Lepas mandi, akak bertapa pulak setengah jam depan cermin nak mekap. Yang penting akak mekap bahagian mata aje. Boleh? Akak pakai lens, maskara, eyeliner segala. Tapi compact powder, lipstick, semua yang lain lain akak tak pakai pun. Akak tumpu bahagian mata sajo. Tajuk album tetaplah Dari Kerana Mata kan. Yang lain tak cantik takpe asalkan mata cantik. Kan.

Lepas siap mekap, sessi untuk pilih baju pulak. Pun ambik masa setengah jam. Dah siap pakai baju, final touch akak sebelum keluar ngedate ialah menyembur perfume kat bahagian2 tertentu. Kan. Akak akan pastikan bau perfume itiu terbau sebatu sebelum akak sampai. Kan. Dah siap semua, barulah akak bolehlah akak keluar dengan confident. Kan.

Kebiasaannya, bila nak ngedate nih, akak tunggulah antara S dengan Z, sapa yang akan ajak akak keluar dulu. Tapi, selalunya malam Sabtu akak keluar dengan Z. Ahadnya pulak baru akak keluar dengan S. Wah bermadu qah S dan Z itiu? **Matilahhhh. Kan.

Yang penting, tak kisahlah keluar dengan S ke, Z ke, tetaplah kami akan ke McD, sembang sembang, gelak gelak, pegang tangan, usap usap (wah tak pasei!).

Mula mula akak sukalah kan. Yelah, dapat ngedate, pastu pulak dapat makan fries kegemaran akak itiu. Tapi lama kelamaan mulalah akak sangsi asmara. Pasal apa tatau setiap kali keluar mesti nak pergi McD yang sama? Kan. Mula lah perasaan ingin tahu akak meluap luap kan.

Tiba tiba…teruslah trademark angkat kening akak keluar kan.. dan terbukti, ada orang ‘main chenta’ di belakang akak. Wah akak marah. Sangat marah. Sungguh akak tak sangka, S sempat main mata, sempat bertukar tukar nombor telefon, sempat bermain chenta dengan salah sorang cashier kat McD itiu..

Mula mula akak dinch tahu, sampailah satu hari itiu, bila akak dan S datang macam biasa kat McD itiu, si perempuan cashier ni pandang kami macam tak puas hati. Akak masa tu manalah sangka kan, so akak dan S berboraklah macam biasa. Kemudian, masa kami dah nak balik, tiba tiba S boleh suruh akak tunggu kejap, dan dia boleh masuk balik untuk jumpa cashier itiu. Wah wuish wuish laa kan akak masa tuh. Memang menjemputlah kan.

Ayo akak terbakar dik. Melara jiwa sangat. Rasa nak jerit aje tepi telinga perempuan itiu. KAU KENAPA GILA!!! Asal apa yang aku nak kau nak jugak. BINATANG. Kan. Ish geramnya masa tuh. Rasa nak aje tinggalkan S sorang sorang kat situ (kami datang satu kenderaan) dan akak balik. YES. Akak buat yu ols. Sakit hati punya pasal. Kan. Akak nekad balik. Lantaklah masa tu dia nak balik macamana. Kan. Emo nih.

Tanpa akak jangka, hubungan kami (akak dan S) nan bertahun itiu putus jua.. semua dek kerana perempuan gila itiu. (tiba tiba ada background muzik lagu ketentuan ~ kak melah… tak pasei!)

Bemula daripada situ, akak dah tawar hati nak jejak mana mana McD. Tajuk album tetaplah trauma yang melanda, menikam nikam jiwa, selemah ku lemah aku berserah ELITE yu ols. Kan. Tak pasei kerana McD cinta akak kecundang. Wah boleh. Sumpah, akak memang dendam kat perempuan gila itiu. Kalau akak jumpa dia memang akak bantai dengan tumit kasut tinggi. Kan. Pastu akak kenalah tempah baju kurung baru sebab nak naik mahkamah. Kan. Ooops.

Sampailah suatu ketika, hubungan keruh kami dijernihkan oleh keadaan. Namun, mendung tak pernah lupa menjengah awan bukan? Suatu malam, S call akak, mula mula sembang macam biasa.. borak punya borak tak pasei tiba tiba dia beritahu yang dia jemput akak datang majlis pertunangan dia dengan perempuan cashier tu. Ayo.. akak terpelanting yu ols!!

Itulah penamat kisah kami. Dia bertunang pada 7/7/2004. Tarikh keramat yang menganggu gugat hidup akak. Yang membuatkan akak hilang separuh nyawa. Kan. Skrip drama Samarinda sangat. Kan.

Apapun yu ols, beberapa bulan kemudian akak dapat tahu S putus tunang. Akak pun tak tahu apa perasaan akak masa tu. Nak kata happy tak, sedih tak, suka tak, kesian tak, semuanya tak. Cuma dalam hati ada sikit perasaan nak mengata PADAN MUKA kat dia dan perempuan gila tu. Kan.

Semuanya kerana McD. Akak hilang perasaan akak terhadap S, dan dia putus tunang. Sesuailah muka perempuan itiu. Kan.

Jumpa lagi yu ols.

***

Yarabbi, penatnya nak menyudahkan entry iniew.. Makan masa 2 hari okies.. Akak berkejar kejaran ke sana ke mari menyudahkan kerja, dalam pada masa yang sama akak curi curi masa menaip posting ni. Mencabar sangat rasanya. Jumpa minggu depan okies.

Tunggu gambar dan posting menarik sempena apa tatau? Uuu…uuu..

PD here we come!

2.5.08

Ingin Bersama Mu..

Dalam banyak2 foto DW, gambar nan satu iniew begitu menyentuh hati Jie.. Pasai apa tatau? Entahlah. Akak pun confuse dik. Bila akak duk belek gambar ni akak rasa bahagia sangat. Kan. Matilah angan angan tiada kesudahan..

Yang penting, saban hari sebelum tidur gambar inilah menjadi peneman malam Jie.. Bila Jie tengok gambar ni, dengan sendirinya Jie akan tersenyum, dan serta merta mulalah start berangan.. hmm…

Satu hari nanti Jie akan cakap kat Aiman.. ha, ni gambar papa dukung Aiman masa Aiman kecik. Boleh?
**Matiiiii lahhhhh!!!

Ingin Bersama Mu

Pandangan pertama
Dan senyumanmu
Yang penuh kemesraan
Terukir di ingatan
Tiap detik berlalu
Tak bisa untukku melupakanmu

Setiap ketika ku rasakan
Bayanganmu menemani
Ke mana pun ku pergi
Hingga di dalam lena
Ku masih lagi termimpi-mimpi
Apakah kau pun terasa
Segalanya yang ku rasa

Andai ada ruang di hatimu
Inginku menjadi ratumu
Mengecapi cinta ke akhir usia
Dalam suka dan di dalam duka
Ingin aku bersamamu
Kekasihku

Ku sering tertanya
Beginikah berputiknya cinta
Menghiasi jiwa
Rindu menjadi lagu
Gemersik suaramu ungkapan shahdu
Apakah kau pun begitu
Asyik terkenang diriku

Walau ke hujung dunia
Kekasihku
Walau di hujung waktu
Takkan pudar cintaku
Untukmu


dirimu satu



Happy Birthday Kak G…

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, semoga rezeki takkan putus, semoga kebahagiaan sentiasa melingkungi hari harimu, semoga apa jua yang dilakukan mendapat sambutan baik… Kak G selalu cakap, kita kena percaya pada rezeki, setiap orang ada rezeki masing-masing.. yang penting kita berusaha..berusaha untuk letakkan sesuatu itu di tempat yang terbaik.. dan jangan pulak wujud perasaan dengki pada orang lain, kan Kak G? mungkin rezeki orang lebih murah daripada rezeki kita tapi kita jangan sekali kali putus asa.. mungkin rezeki kita lambat siapa yang tahu kan..

Tapi rasa macam tak percaya pulak Kak G ni dah cecah 40 tahun. Tua setahun aje daripada Na**ni. Kan. Wah nama sapa tu tatau. Matilah terkasi tahu umur sebenar. Ehehe. Mrasalah pipi terbelai dengan krim muka Estee Lauder. Kan. Tapi penyapu kat rumah sedih. Kan. Ooops.

Apapun, minggu depan, Kak G akan berkampung di PD dengan peminat peminat yang tak jemu2 menyokong Kak G kan? Malaazzzzz.. yang penting, akak ni ha, akan turut muncul di PD ok. Mrasalah on the way balik singgah rumah mak mentua kejap di Seremban. Wah tak pasei.

Istimewa untuk semua.. terbaru daripada Kak G.. “DIRIMU SATU”

Ku tanya pada bulan
Dan ku tanya pada bintang bintang

Apakah engkau merasakan
Kerinduanku padamu yang mendalam

Seperti apa yang dirasakan
Seperti apa yang dimiliki.. oh.. oh

Lepaskan semua angan
Kanku biarkan bayanganmu datang
Takkan lgi ku sangsikan
Cinta kita kan selalu abadi

Dari semua.. yang telah dilewati
Dari semua.. yang telah dikorbankan.. Oh..oh..

(Ku yakinkan)… aku yakinkan
(Ku pastikan)… aku pastikan
(Ku percaya)… aku percaya
Kerana kau yang ku tinggalkan

Meski kita saling jauh
Namun hatiku dekat padamu
Cintaku, kasihku… setulus hati padamu
Sayangku, rinduku… hanyalah engkau yang satu..

24.4.08

Panas!



Panas yu ols. Panas. Panas. P.A.N.A.S. Wah tak pasei akak tiba tiba pronote lagu Ifa Raziah.

Alkisahnya, sekarang ni, pukul berapa ye kawan – kawan? Pandai… pukul 3 petang kan. Kalau pukul 3 petang ni panas ke sejuk? Of courselah jawapannya panas. Kan.

Yang akak nak naik angin ni, perempuan – perempuan kat ofis ni boleh tutup air cond yu ols. Biadap betul. Mentang mentanglah semua bos masuk meeting, diorang ambik kesempatan tutup air cond. Sejuk katanya.

Sejuk mak kau! Ko hengat kita sekarang ni dekat Fiji? Kita kat Malaysia ok. Dah sah sah iklimnya suria khatulistiwa. ** Matilah kalau salah info. Mestilah panas gile. Yang kau tutup air cond tu kenapa?

Akak ni pulak dah start berpeluh peluh ni. Mula mula akak diam aje. Tapi bila rasa belakang baju dah basah lite – lite, akak pusinglah, tanya orang belakang akak. Eh, kau rasa panas ke sejuk?

Dia kata panas. Wah maknanya memang panaslah. Kan. So akak lengganglah ke belakang, konon konon nak switch on air cond balik. Tup tup perempuan kulit sehitam kuali buruk mana tatau kata weh! Kitaorang sejuklah. Takde, takde! Tutup air cond. Cuma bos aje yang boleh bukak air cond ni. Akak tegar on kan jugak. Buat dono, terus jalan balik tempat akak.

Sekali perempuan hitam itiu gigih jalan switch off aircond tu balik. Biadap tak? Akak dah wuish… wuish dah masa tu…

Hoi babi!
Kau paham tak aku panas. Bongok ke apa kau nih. Panaslah. Nampak tak kitaorang semua dah berpeluzz sakan dah ni. Yang kau sejuk sangat tu kenapa? Dah nak mampus? Kau hengat bapak kau ada share masa beli air cond tu? ** Tapi setakat dalam tekak sajalah kan. Tak terkeluar. Akak baru kerja dik. Kena buang sebab bergaduh pasal air cond buat naya akak aje. Kan.

Tapi… siaplah dia lepas ni. Bos akak balik aje tahulah nasib dia. Akak akan hasut bos akak lepas nih. Akak akan pastikan perempuan hitam tak guna tu menyesal sebab tutup air cond. Tunggulah masanya. Mrasalah dia kena santau angin pasni. Kan.

Chiao yu ols..

23.4.08

...


Jie nak share kat sini pasal kawan dengan yuols semua.. yang mana petikan ni Jie dapat daripada celah mana tatau? Tak kisahlah.. layan sajo ok...

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar.. lepas dapat sepak..

2) kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bukannya macam PAMPERS.. boleh pakai buang..

5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek pegi gadai.

6) kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit, jual.. beli kereta baru..

8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ada, kejap takde..

9) kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10) lagi.. hm, kawan tu macam ape ye???? Haa..kawan tu macam AWAK LAA. . bila saya hantar mesej, awak akan baca mesej saya dengan teliti sampai habis.

Walau apa pun tanggapan yu ols semua tentang kawan.. bagi kak Jie, kawan tu tersangatlah penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kan? *Die lah kawan hipo! Oops.. sapa tatau? Mrasalah sapa makan di chilis terasa cili. Ayo...

Kawan yang sejati ialah seorang kawan yang dapat diajak duduk berbincang tentang pelbagai perkara..

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan kawannya.. Macam ni..



Tetaplah nak jugak kan? Oops!

Kat sini jugak Jie nak ambik kesempatan.. kepada semua kawan kawan Jie tersayang... mereka tahu siapa mereka... Terima kasih kerana terus terusan menjadi sayap - sayap kanan dan kiriku..

Kan!

18.4.08

Tunggu Sekejap...

Huiiiiii…

Daripada sehari ke seminggu, daripada seminggu ke dua minggu, daripada umur Aiman 3 tahun sampailah Aiman nak masuk darjah 3 dah, album tetaplah tak siap siap. Kan. Wah termengata pulak. Tak pasei. Ampun ye kak G.

Alkisah yang sebetulnya pasal Jie ni, ashik bertangguh tangguh nak buat posting. Banyak benda yang nak di hupdate sebenarnya tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Akak mintak maaf lah kepada siapa2 yang berkunjung, asal bukak aje akak dinch hupdate, asal bukak aje tetaplah baca posting besday Kak She.. mrasalah korang menunggu.. tajuk album tetaplah sapa suruh kau tunggu. Kan. Hahaha. Matilah kurang ajar dengan peminat.

Apapun, kepada peminat peminat akak (wah tak pasei) yang meninggalkan sebaris dua ayat kat chatbox itiu, terima kasihlah banyak2. Pasal Kak G kau, dikatakan semput kat Jom Heboh baru2 nih.. hmm, awak tengok dari mula sampai habis tak? Awak tonton tak masa dia nyanyi lagu ada cinta, setia ku di sini & cinta di akhir garisan? Ada ke semput? Tidak kan? Cuma masa lagu Dingin, ada masalah mikrofon, Jie mula mula nampak Kak G beriya2 nak feel lagu tu, sampai terpejam pejam mata, tup tup dia nyanyi mikrofon pulak takde bunyi, dan ada dua tiga kali benda yang sama terjadi.

Melihat kepada aksi kak G menyudahkan lagu Dingin, nampak sangat dia geram. Masa mula2 mikrofon buat hal, dia dah buat signal kat Floor Manager, mintak tukar mikrofon. Tapi nan hado. Masa ending tu akak rasa dia menjerit tak tentu hala sebab geram. Nasib baik pulak bila dia keluar perform 2nd time masa nyanyi setia ku di sini mikrofon dah ok.

Nak kata kak G kau tak boleh nyanyi dah lagu tinggi2 ni, terus terang akak cakap, dia masih boleh. Masalahnya sekarang bila part tarik tinggi tu dia pegang mikrofon tu jauh ke tepi mulut, pastu tarik dekat, pastu jauh balik, pastu dekat balik. Macam acah acah letak mic tu depan mulut. Kan. Manalah yang kita sebagai pendengar / penonton ni nak dapat dengar suara dia betul2? Tapi tak boleh cakap apalah. Dah itu style dia dua tiga menjak nih. Ikut ajelah.

Hmm, ada pulak yang mintak Jie letak gambar Jie kat blog nih. Gambar rumah pun mintak nih. Wah tak pasei. Tak payahlah sampai nak tengok gambar rumah. Perabot akak bukannya akak order daripada Itali bagai. Kan. Wah matilah termengata. Nak tengok gambar Jie, buat masa sekarang belum ada gambar yang sesuai lagi. Kalau ada, mana tahu esok lusa, minggu depan ke, tahun depan ke ke akak letak. Tapi akak kenalah tanya Dekwan dulu. Mintak izin. Matilah tak pasei. Ooopss..

Jumpa lagi yu ols… Tunggu Sekejap untuk entry yang akan datang...

Ekslusif, gambar2 Kak G masa Rafflesia Secretaries Luncheon, kredit to minaq_jinggo… Chiaw..





my everything friend

you magnify my happiness

when i am feeling glad

you help to heal my injured heart

whenever i am sad


you are such a pleasure in my life

i hope that you can see

how meaningful your friendship is

you are total joy to me


happy belated birthday kakak!!

4.4.08

Happy Birthday Kak She!!








Instead of counting candles,
Or tallying the years,
Contemplate your blessings,
As your birthday nears.
Consider special people
Who love you, and who care,
And others who’ve enriched your life
Just by being there.
Think about the memories
Passing years can never mar,
Experiences great and small
That have made you who you are.
Another year is a happy gift,
So cut your cake, and say,
"Instead of counting birthdays,
I count blessings every day!"

HAPPY BIRTHDAY KAK SHE... nanti akak belanja makan... ada lagi satu juadah istimewa yang akak terlupa nak masukkan... apa dia tatau?

NAH... NASI GORENG IZMIR SATU!!! *rasain!!!