23.4.08

...


Jie nak share kat sini pasal kawan dengan yuols semua.. yang mana petikan ni Jie dapat daripada celah mana tatau? Tak kisahlah.. layan sajo ok...

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar.. lepas dapat sepak..

2) kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bukannya macam PAMPERS.. boleh pakai buang..

5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek pegi gadai.

6) kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit, jual.. beli kereta baru..

8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ada, kejap takde..

9) kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10) lagi.. hm, kawan tu macam ape ye???? Haa..kawan tu macam AWAK LAA. . bila saya hantar mesej, awak akan baca mesej saya dengan teliti sampai habis.

Walau apa pun tanggapan yu ols semua tentang kawan.. bagi kak Jie, kawan tu tersangatlah penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kan? *Die lah kawan hipo! Oops.. sapa tatau? Mrasalah sapa makan di chilis terasa cili. Ayo...

Kawan yang sejati ialah seorang kawan yang dapat diajak duduk berbincang tentang pelbagai perkara..

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan kawannya.. Macam ni..



Tetaplah nak jugak kan? Oops!

Kat sini jugak Jie nak ambik kesempatan.. kepada semua kawan kawan Jie tersayang... mereka tahu siapa mereka... Terima kasih kerana terus terusan menjadi sayap - sayap kanan dan kiriku..

Kan!

No comments: