9.5.08

mari bermain pilih pilih muka!


Dek kerana kesibukan, akak perasan lately ni akak jarang dapat spend masa dengan Kak Deeba & Kak Misya Malatop. Yelah semenjak bertukar kerja ni bila balik rumah aje dah penat, dah ngantuk so tak dapat nak sembang2 gelak kik kik kik dengan kakak2 ku itiu macam dulu dulu.

Sepanjang 2 minggu lepas, takde langsung dalam jadual akak hari untuk berehat. Isnin sampai Khamis, kerja, pegi gelap balik pun gelap. Jumaat ada kursus sampai Ahad, jejak kaki kat rumah pun dah pukul 9.20 malam. Tak cakap banyak, lepas mandi akak tido. Sambung balik Isnin sampai Jumaat, dengan rutin yang sama, Sabtu pagi berkejar ambik auntie akak, balik Ipoh, petang sampailah malam duk bersiap untuk kenduri, petang Ahad akak balik KL balik, sampai KL dah malam, mandi dan tidur. And the same thing goes on and on…

So dah 2 minggu akak tak tengok Konsert AF, dah 2 minggu Kak Deeba balik daripada Bali dan terbang balik ke sana Selasa lepas, Kak Misya pun tanak kalah, terbang jugak ke JB pagi semalam, kerja, hari ni baru balik, dan pagi esok pulak akak akan PD dua hari, Ahad baru balik. Akan merasalah sakit hati nak bangun pagi Isnin sebab kena pegi kerej kan. Ayo…

Apapun, malam Isnin lepas sempatlah jugak bergelak ketawa dengan Kak Deeba dengan Kak Misya kau.. we ols suka main pilih2 muka.. Nak tahu main dia macamana? Ha… gini…

Peralatan diperlukan: TV

Masa bermain: Bila bila pun boleh tapi paling sesuai masa tengah lepak2 depan tv.. supaya lagi banyak idea akan keluar kan... kalau sorang start keluar nama, akan berturut2 lah nama nama lain yang akan keluar untuk jadi bahan gelak tawa

Cara bermain:
Pilih nama artis yang pangkal nama/ depan nama / hujung nama yang seakan akan sama, syaratnya sorang lawa dan sorang kurang lawa ataupun dua duanya kurang lawa.. Tapi kalau nama tu tak sama pun boleh..

Lepas tu pilihlah.
Lepas pilih bolehlah gelak gelak kik kik kik dan sambung dengan nama lain pulak.. senang kan?

Contohnya gini:

Nok, ko nak muka macam Fauziah Latiff ke Fauziah Nawi? Pastu gelak… Of courselah muka Fauziah Latiff kan..

Ataupun,

Nok, ko nak muka ko macam Habsah Hassan ke Mek Habsah? Gelak lagi..

Nak muka macam Diana Naim ke Diana Danielle? ** Ke Diana Ross? ( boleh tambah nama nama lain suka hati ok!)

Nak muka Siti Nurhaliza ke Siti Saerah? * Oops

Nak muka Sheila Majid ke Norsheila Amin?

Nak muka Wohnen ke Ayu OIAM? ** Ayo soklan!

Dan seterusnya macam macam nama lagi yang akan keluar…

Yang penting, paling kelakar malam Isnin itiu…

Ko nak muka Diah ke Ayati?

Ayo akak gelak tak hengat sampai nak pengsan!!! Terus main nama mak katanya!!!

Lariikkkkk…….

1 comment:

Deeba said...

nok kau nak muka kau macam muka Nasha Aziz ke Rafidah Aziz???