10.7.08



Dalam hidup iniew cuma ada dua benda sajor.. iaitu;

1. benda yang kita kena (mesti) buat

2. dan benda yang kita nak (sangat) buat. Kan.

Contoh terdekat: benda yang Jie kena buat ialah kerja kerja yang menimbun atas meja sekarang ni. Kan. Manakala benda yang Jie nak sangat buat ialah menghupdate blog. Kan.

Dan begitulah yu ols. Kita kemudiannya redha atas konsep tolak ansur. Sebab? Sebabnya kita tahu, tak semestinya benda yang kita kena buat terus terusan kita akan buat. Sama ada benda yang kita buat lambat laun akan habis.. ataupun berganti dengan benda baru.

Dan tak semestinya juga benda yang kita nak sangat buat kita tak buat langsung. Adik adik kan cekap. Tajuk album tetaplah cuba jaya. Kan. Tak dapat buat banyak, dapat buat sikit lite lite dulu pun jadilah. Kan. Namun penghalangnya..berbalik kepada tanggungjawab kita dan faktor masa. Masa yang tak pernah mahu mengalah. Berlalu dan berlalu dan meninggalkan kita. Kan.

Sama jugak kalau nak dikaitkan dengan perasaan yu ols. Ada orang yang kita chenta (sepenuh hati) dan ada orang yang kita chenta sampai mati (selalunya bekas kekasihlah tu). Bila dah sampai umur sekarang, Jie pun tak tahu, perlu atau tidak chenta itu. Sebabnya? Jie anggap Jie bertuah walaupun sekiranya tiada chenta, Jie ada sahabat sahabat sejati yang sampai mati banyak sekali budi mereka..

Apapun, mrasalah dekat sebulan jugak Jie tak sempat nak menulis. Mrasalah jugak peminat akak marah. Wah. Takpe dik, akak rela kena marah. Salah akak pun. Wah. Sepertimana yang Jie cakap tadi, penghalang terbesar untuk Jie hudpate ialah kerja Jie dan tanggungjawab Jie yang lain. Kau hado?

Takpelah. Kita borak pasal benda lain. Ashik pikirkan kerja ayo akak fengsan dik. Kan. Stress jadinya. Tapi apa pulak yang Jie nak kongsikan kali iniew? Hmm dinch tahu nak tulis pasal apa.. Jie redah je.. gotcha! Kan.

Jie rasa macam nak pergi bercutilah yu ols. Kan. Jiwa kacau sekarang ni. Wah tak pasei jiwa kacau. Semenjak dua menjak ni Jie rasa macam ada yang tak kena. Kejap kejap terfikir.. Kejap kejap terfikir.. Ape ke hey nye yop?

Apa ye yang tak kena? Apa pulak yang Jie ndak? Nak kata Jie perlukan beg baru, hmm, tak rasa pulak. Dah tiga empat beg Jie beli sepanjang bulan lepas. Wah terlebih sudah. Kan. Pikir punya pikir.. sah akak perlukan percutian. Tapi percutian akak semestinya dalam negara aje. Mana mampu nak bercuti ke luar negara. Yelah akak bukan assistant manager yang mampu beli kasut Gucci kan. Nak beli Gucci last season pun akak pikir berkali2. Tajuk album tetaplah bukan aku kan. Oops. Termengata pulak.

So, Jie rasa memang benda yang Jie nak sangat buat ialah berjalan dan bercuti sambil pose2 dengan beg baru. Tak pasei. Kak Misya ada jugak ajak ikut dia pergi Singapore, lagi 2 minggu. Akan difikirkan. Jie kalau boleh.. kalau dapat.. naklah bercuti cuti Malaysia ke Penang. Pasai apa Penang tatau?

Entahlah yu ols. Akak suka Penang. Tambahan pulak sepanjang perjalanan ke Penang itiu ada banyak tempat makan yang boleh disinggah. Jom jalan2. Kan. Temanya kalau jadi pergi bercuti, agenda utama ialah makan dan makan dan makan. Pastu jadi kimpy. Kan. Takpe yu ols. Sikit aje lagi nak puasa dah. Boleh diet balik masa tu. Wah tak pasei.

Tapi Jie nak pegi dengan siapa yu ols? Sorang2? Ooo.. no way.. Akak kalau pegi sorang2 alamatnya akak terus balik rumah Pak Zain sajo. Nak ajak sapa yer?

Rasa rasanya?

S?

* matilah cinta kembali bersemi.... kan?

No comments: