28.5.08

"Nanti jadi ikan kat pasar"?


Pembuka cerita:

Alkisahnya dalam posting sebelum ni akak dah beritahu kan yang akak dapat offer kerja baru? Meh akak nak flashback sikit penceritaannya. Tahun 2005 akak kerja kat satu company ni, dan masa itiu bos akak ialah Encik. M. Akhir tahun 2007, Encik M resign dan bukak company sendiri, akak pulak stay kat company tu sampai awal tahun ni & lepas tu akak join satu company lain pulak (company akak sekarang ni).

Kebetulan masa akak report kat Encik M, akak adalah jugak sekali sekala berurusan dengan satu lagi GM kat company tu , Encik I. Nak dijadikan cerita, Encik.I pun dapat offer baru kat satu company lain. Dan dia pulak ajak akak kerja semula dengan dia. Ataupun bila kita buat susunan ayat semula akak pun gatai jugak offerkan diri akak nak kerja dengan Encik I. Biasalah bila dah datang garit akak. Kan.

Cerita dalam cerita:

So bila dah dicuss pasal gaji, terms of employment segala, last week Encik I bagilah akak offer letter company baru dia itiu. Akak masa tu dalam hati memang nak join dia. Sebabnya? Hm, akak dah tak kuasa nak travel pergi kerja pagi pagi buta.. lepas itiu pulak akak dah tak larat nak bayar parking kat company sekarang iniew yang very the melampau sangat rega nya. Kan. So akak cakap, ok, minggu depan I letak surat, akak ni belum confirm. So kalau nak resign boleh bagi notis seminggu sajo.

Sekali lagi kebetulan, sehari dua lepas akak dapat offer letter itiu, bos akak sekarang, Puan M, nak buat akak punya confirmation. Kan. Haruslah tajuk album akak NEHI NEHI kan. Tak pasei kalau akak nak resign kena tunggu sebulan. Kan. Akak slow talk dengan dia, cakap akak nak resign. Akak dapat offer baru. Tak pasei pulak Puan M, Puan R, Puan R lagi sorang semua datang pujuk ajak suruh stay. Dah tu guane nye? Kan. Chantik ke akak nak stay? Wah.

Akak balik rumah, akak pikir, akak telefon mak abah mintak pandangan diorang. Mak akak, seperti biasalah sentiasa menyokong anaknya iniew. Cuma abah akak macam tak suka kalau akak ashik lompat lompat kerja ni. Kan. Tak elok katanya.

Offer sini sana pun tak banyak untung. Lebih kurang sajo. Cuma kalau akak accept offer kerja dengan Encik. I nih, perbelanjaan akak ke tempat kerja kuranglah. Dan lagi satu advantage ialah pejabat dia nanti dekat dengan rumah akak dan akak dapat parking. Harus qah yu ols? **

Konflik cerita:

Apapun, akak dah letak surat resign. Masalahnya sekarang Puan M tak accept surat akak itiu. Tak pasei pulak diorang counter offer akak. Dah tu? Ayo, lagilah bertambah tambah pening akak sekarang ni. Ala2 situasinya kalau Bang Cik dengan Dekwan sekaligus datang Tambun pinang akak. Kan. Tetap nak jugak kaitkan si kembar katanya!

Akak ada jugak tanya pandangan bos lama akak, Encik M, pasal dua dua offer ni. Akak mintak pendapat dia, yelah, mana tahu buah fikiran dia lagi bagus ye dak. Kan.

Semalam dia sms akak “Camana jadi tak join Encik I?”

Akak balas “tak tahu lagi bos.. company sekarang counter offer. I belum decide”

Nak tahu dia balas apa?

“Nanti jadi ikan kat pasar”

MOTIF?

Jenuh akak pikir... “Nanti jadi ikan kat pasar”? Maksudnya? Apa yu ols? Ikan kat pasar? Semalam baru Nini beli ikan mabong 2 ketul kat Giant. Wah tak pasei. Kan. Girl girl keliru yu ols.

Penghujung cerita:

Akak dah maleh nak pikir. Tengoklah nanti. Makan durian lagi best, kan Nini.

Daa yu ols.



27.5.08

Posting Single Katanya...


Aduh. Matilah akak dikecam peminat. Matilah akak di KRINGS KRINGS sebab dah 8 tahun tak hupdate. Kan. Konsepnya kali ni akak muncul dengan posting “SINGLE”. Bukan posting “penuh”. Kan. Kau hengat Kak G kau sorang aje boleh keluar SINGLE? Kak Jie kau ni pun boleh ok. Tajuk album tetaplah tanak kalah katanya. Kan. ** tak pasei tiba tiba ada posting “single”. Boleh?

Akak mintak maaf, akak tak daya nak hupdate. Sejak balik daripada PD 3 minggu lepas, kerja menimbun2, tak habis2. Datang pulak offer company baru, mintak akak join diorang. Lagilah akak buntu. Kan. So akak dah letak surat resign. Tapi tak pasei di counter offer pulak. Lagilah tajuk album akak Tiada Kepastian kan.

Takpelah. Yu ols bersabar yer. Kalau dapat hupdate, akak hupdate. Demi peminat. Kan. Apapun, sebelum itiu, HAPPY BELATED BIRTHDAY TO KAK MISYA, tak sempat jugak nak buat posting wish birthday hari tuh.

Apapun, buat bang cik, apasal potong rambut botak? Frust berchenta Qah? Wah tak pasei. Kan. Takpe, bang cik tetap kiut dengan rambut baru. Nyesal tak snappy2 hari tu masa jumpa. Hensem.

Dekwan pulak... ayo.. akak nangis tengok dia. Tak cakap banyak.. SANGAT ELOK yu ols! Kalaulah dia jodoh akak, sah sah pekan Tambun berpesta 8 hari 7 malam. Kan. Daaa…


mrasalah penduduk tambun tengok aurat akak kan.. tak pasei.. **

9.5.08

mari bermain pilih pilih muka!


Dek kerana kesibukan, akak perasan lately ni akak jarang dapat spend masa dengan Kak Deeba & Kak Misya Malatop. Yelah semenjak bertukar kerja ni bila balik rumah aje dah penat, dah ngantuk so tak dapat nak sembang2 gelak kik kik kik dengan kakak2 ku itiu macam dulu dulu.

Sepanjang 2 minggu lepas, takde langsung dalam jadual akak hari untuk berehat. Isnin sampai Khamis, kerja, pegi gelap balik pun gelap. Jumaat ada kursus sampai Ahad, jejak kaki kat rumah pun dah pukul 9.20 malam. Tak cakap banyak, lepas mandi akak tido. Sambung balik Isnin sampai Jumaat, dengan rutin yang sama, Sabtu pagi berkejar ambik auntie akak, balik Ipoh, petang sampailah malam duk bersiap untuk kenduri, petang Ahad akak balik KL balik, sampai KL dah malam, mandi dan tidur. And the same thing goes on and on…

So dah 2 minggu akak tak tengok Konsert AF, dah 2 minggu Kak Deeba balik daripada Bali dan terbang balik ke sana Selasa lepas, Kak Misya pun tanak kalah, terbang jugak ke JB pagi semalam, kerja, hari ni baru balik, dan pagi esok pulak akak akan PD dua hari, Ahad baru balik. Akan merasalah sakit hati nak bangun pagi Isnin sebab kena pegi kerej kan. Ayo…

Apapun, malam Isnin lepas sempatlah jugak bergelak ketawa dengan Kak Deeba dengan Kak Misya kau.. we ols suka main pilih2 muka.. Nak tahu main dia macamana? Ha… gini…

Peralatan diperlukan: TV

Masa bermain: Bila bila pun boleh tapi paling sesuai masa tengah lepak2 depan tv.. supaya lagi banyak idea akan keluar kan... kalau sorang start keluar nama, akan berturut2 lah nama nama lain yang akan keluar untuk jadi bahan gelak tawa

Cara bermain:
Pilih nama artis yang pangkal nama/ depan nama / hujung nama yang seakan akan sama, syaratnya sorang lawa dan sorang kurang lawa ataupun dua duanya kurang lawa.. Tapi kalau nama tu tak sama pun boleh..

Lepas tu pilihlah.
Lepas pilih bolehlah gelak gelak kik kik kik dan sambung dengan nama lain pulak.. senang kan?

Contohnya gini:

Nok, ko nak muka macam Fauziah Latiff ke Fauziah Nawi? Pastu gelak… Of courselah muka Fauziah Latiff kan..

Ataupun,

Nok, ko nak muka ko macam Habsah Hassan ke Mek Habsah? Gelak lagi..

Nak muka macam Diana Naim ke Diana Danielle? ** Ke Diana Ross? ( boleh tambah nama nama lain suka hati ok!)

Nak muka Siti Nurhaliza ke Siti Saerah? * Oops

Nak muka Sheila Majid ke Norsheila Amin?

Nak muka Wohnen ke Ayu OIAM? ** Ayo soklan!

Dan seterusnya macam macam nama lagi yang akan keluar…

Yang penting, paling kelakar malam Isnin itiu…

Ko nak muka Diah ke Ayati?

Ayo akak gelak tak hengat sampai nak pengsan!!! Terus main nama mak katanya!!!

Lariikkkkk…….

8.5.08

McD



Tetaplah nak mengimbau kenangan silam kan? Tak pasei.. mrasalah flashback sekals lags!

Alkisahnya, kali ini akak nak story pasal fast food kegemaran…McD!! Dan ada peristiwa pahit di sebalik restaurant favorite akak itiu. Jadi, mrasalah korang kali nih.. akak nak share kenangan lalu akak dengan dengan peminat peminat semua. Kan. ** matilah mengaku ada peminat nih!

Trivia nya, kalau diikutkan, paling kurang 2 kali dalam seminggu dalam menu harian akak ‘wajib ada’ burger dan fries McD. Kan. So dengan itiu, kalau sapa sapa terserempak dengan akak pasni jangan terkejut pulak kalau akak makin menjadi jadi kimpy nya. Kak She pun dah tegur akak malam Ahad lepas. Dia kata akak kimpy. Wah. Kurus ke dia. Kan. Takpe. Kejap lagi kita KRING KRING Kak She. Kita tanya dia itiu kimpy ke tidak. Kan. Wah matilah.

So, sebelum akak lari topik bercerita pasal kimpy ke apa ke, baik akak sambung teruskan cerita pasal sejarah akak dan McD nih. Kan.

Suatu masa dulu…

Tahun ‘99 kalau akak tak silap. Akak masa tu baru sambung belajar kat ITM. Kebetulan, rumah mak abah akak takdelah jauh sangat dari kampus. Dalam sejam perjalanan. So boleh dikatakan saban minggu akak balik rumah mak abah akak. Yelah dekat kan. Lepas tu pulak, kalau balik, haruslah agenda utama akak ialah ‘ngedate’. Kan. Dengan sapa tatau? Oops.

Hui, kalau nak ingat balik cerita pasal ‘ngedate’ nih.. ayo.. sakan.. gigih sangat ok. Kalau janji ngedate pukul 9 malam, pukul 6.30 petang akak dah start nak mandi ok. Yelah, masa tu akak ambik masa sejam untuk mandi ye. Lepas mandi, akak bertapa pulak setengah jam depan cermin nak mekap. Yang penting akak mekap bahagian mata aje. Boleh? Akak pakai lens, maskara, eyeliner segala. Tapi compact powder, lipstick, semua yang lain lain akak tak pakai pun. Akak tumpu bahagian mata sajo. Tajuk album tetaplah Dari Kerana Mata kan. Yang lain tak cantik takpe asalkan mata cantik. Kan.

Lepas siap mekap, sessi untuk pilih baju pulak. Pun ambik masa setengah jam. Dah siap pakai baju, final touch akak sebelum keluar ngedate ialah menyembur perfume kat bahagian2 tertentu. Kan. Akak akan pastikan bau perfume itiu terbau sebatu sebelum akak sampai. Kan. Dah siap semua, barulah akak bolehlah akak keluar dengan confident. Kan.

Kebiasaannya, bila nak ngedate nih, akak tunggulah antara S dengan Z, sapa yang akan ajak akak keluar dulu. Tapi, selalunya malam Sabtu akak keluar dengan Z. Ahadnya pulak baru akak keluar dengan S. Wah bermadu qah S dan Z itiu? **Matilahhhh. Kan.

Yang penting, tak kisahlah keluar dengan S ke, Z ke, tetaplah kami akan ke McD, sembang sembang, gelak gelak, pegang tangan, usap usap (wah tak pasei!).

Mula mula akak sukalah kan. Yelah, dapat ngedate, pastu pulak dapat makan fries kegemaran akak itiu. Tapi lama kelamaan mulalah akak sangsi asmara. Pasal apa tatau setiap kali keluar mesti nak pergi McD yang sama? Kan. Mula lah perasaan ingin tahu akak meluap luap kan.

Tiba tiba…teruslah trademark angkat kening akak keluar kan.. dan terbukti, ada orang ‘main chenta’ di belakang akak. Wah akak marah. Sangat marah. Sungguh akak tak sangka, S sempat main mata, sempat bertukar tukar nombor telefon, sempat bermain chenta dengan salah sorang cashier kat McD itiu..

Mula mula akak dinch tahu, sampailah satu hari itiu, bila akak dan S datang macam biasa kat McD itiu, si perempuan cashier ni pandang kami macam tak puas hati. Akak masa tu manalah sangka kan, so akak dan S berboraklah macam biasa. Kemudian, masa kami dah nak balik, tiba tiba S boleh suruh akak tunggu kejap, dan dia boleh masuk balik untuk jumpa cashier itiu. Wah wuish wuish laa kan akak masa tuh. Memang menjemputlah kan.

Ayo akak terbakar dik. Melara jiwa sangat. Rasa nak jerit aje tepi telinga perempuan itiu. KAU KENAPA GILA!!! Asal apa yang aku nak kau nak jugak. BINATANG. Kan. Ish geramnya masa tuh. Rasa nak aje tinggalkan S sorang sorang kat situ (kami datang satu kenderaan) dan akak balik. YES. Akak buat yu ols. Sakit hati punya pasal. Kan. Akak nekad balik. Lantaklah masa tu dia nak balik macamana. Kan. Emo nih.

Tanpa akak jangka, hubungan kami (akak dan S) nan bertahun itiu putus jua.. semua dek kerana perempuan gila itiu. (tiba tiba ada background muzik lagu ketentuan ~ kak melah… tak pasei!)

Bemula daripada situ, akak dah tawar hati nak jejak mana mana McD. Tajuk album tetaplah trauma yang melanda, menikam nikam jiwa, selemah ku lemah aku berserah ELITE yu ols. Kan. Tak pasei kerana McD cinta akak kecundang. Wah boleh. Sumpah, akak memang dendam kat perempuan gila itiu. Kalau akak jumpa dia memang akak bantai dengan tumit kasut tinggi. Kan. Pastu akak kenalah tempah baju kurung baru sebab nak naik mahkamah. Kan. Ooops.

Sampailah suatu ketika, hubungan keruh kami dijernihkan oleh keadaan. Namun, mendung tak pernah lupa menjengah awan bukan? Suatu malam, S call akak, mula mula sembang macam biasa.. borak punya borak tak pasei tiba tiba dia beritahu yang dia jemput akak datang majlis pertunangan dia dengan perempuan cashier tu. Ayo.. akak terpelanting yu ols!!

Itulah penamat kisah kami. Dia bertunang pada 7/7/2004. Tarikh keramat yang menganggu gugat hidup akak. Yang membuatkan akak hilang separuh nyawa. Kan. Skrip drama Samarinda sangat. Kan.

Apapun yu ols, beberapa bulan kemudian akak dapat tahu S putus tunang. Akak pun tak tahu apa perasaan akak masa tu. Nak kata happy tak, sedih tak, suka tak, kesian tak, semuanya tak. Cuma dalam hati ada sikit perasaan nak mengata PADAN MUKA kat dia dan perempuan gila tu. Kan.

Semuanya kerana McD. Akak hilang perasaan akak terhadap S, dan dia putus tunang. Sesuailah muka perempuan itiu. Kan.

Jumpa lagi yu ols.

***

Yarabbi, penatnya nak menyudahkan entry iniew.. Makan masa 2 hari okies.. Akak berkejar kejaran ke sana ke mari menyudahkan kerja, dalam pada masa yang sama akak curi curi masa menaip posting ni. Mencabar sangat rasanya. Jumpa minggu depan okies.

Tunggu gambar dan posting menarik sempena apa tatau? Uuu…uuu..

PD here we come!

2.5.08

Ingin Bersama Mu..

Dalam banyak2 foto DW, gambar nan satu iniew begitu menyentuh hati Jie.. Pasai apa tatau? Entahlah. Akak pun confuse dik. Bila akak duk belek gambar ni akak rasa bahagia sangat. Kan. Matilah angan angan tiada kesudahan..

Yang penting, saban hari sebelum tidur gambar inilah menjadi peneman malam Jie.. Bila Jie tengok gambar ni, dengan sendirinya Jie akan tersenyum, dan serta merta mulalah start berangan.. hmm…

Satu hari nanti Jie akan cakap kat Aiman.. ha, ni gambar papa dukung Aiman masa Aiman kecik. Boleh?
**Matiiiii lahhhhh!!!

Ingin Bersama Mu

Pandangan pertama
Dan senyumanmu
Yang penuh kemesraan
Terukir di ingatan
Tiap detik berlalu
Tak bisa untukku melupakanmu

Setiap ketika ku rasakan
Bayanganmu menemani
Ke mana pun ku pergi
Hingga di dalam lena
Ku masih lagi termimpi-mimpi
Apakah kau pun terasa
Segalanya yang ku rasa

Andai ada ruang di hatimu
Inginku menjadi ratumu
Mengecapi cinta ke akhir usia
Dalam suka dan di dalam duka
Ingin aku bersamamu
Kekasihku

Ku sering tertanya
Beginikah berputiknya cinta
Menghiasi jiwa
Rindu menjadi lagu
Gemersik suaramu ungkapan shahdu
Apakah kau pun begitu
Asyik terkenang diriku

Walau ke hujung dunia
Kekasihku
Walau di hujung waktu
Takkan pudar cintaku
Untukmu


dirimu satu



Happy Birthday Kak G…

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, semoga rezeki takkan putus, semoga kebahagiaan sentiasa melingkungi hari harimu, semoga apa jua yang dilakukan mendapat sambutan baik… Kak G selalu cakap, kita kena percaya pada rezeki, setiap orang ada rezeki masing-masing.. yang penting kita berusaha..berusaha untuk letakkan sesuatu itu di tempat yang terbaik.. dan jangan pulak wujud perasaan dengki pada orang lain, kan Kak G? mungkin rezeki orang lebih murah daripada rezeki kita tapi kita jangan sekali kali putus asa.. mungkin rezeki kita lambat siapa yang tahu kan..

Tapi rasa macam tak percaya pulak Kak G ni dah cecah 40 tahun. Tua setahun aje daripada Na**ni. Kan. Wah nama sapa tu tatau. Matilah terkasi tahu umur sebenar. Ehehe. Mrasalah pipi terbelai dengan krim muka Estee Lauder. Kan. Tapi penyapu kat rumah sedih. Kan. Ooops.

Apapun, minggu depan, Kak G akan berkampung di PD dengan peminat peminat yang tak jemu2 menyokong Kak G kan? Malaazzzzz.. yang penting, akak ni ha, akan turut muncul di PD ok. Mrasalah on the way balik singgah rumah mak mentua kejap di Seremban. Wah tak pasei.

Istimewa untuk semua.. terbaru daripada Kak G.. “DIRIMU SATU”

Ku tanya pada bulan
Dan ku tanya pada bintang bintang

Apakah engkau merasakan
Kerinduanku padamu yang mendalam

Seperti apa yang dirasakan
Seperti apa yang dimiliki.. oh.. oh

Lepaskan semua angan
Kanku biarkan bayanganmu datang
Takkan lgi ku sangsikan
Cinta kita kan selalu abadi

Dari semua.. yang telah dilewati
Dari semua.. yang telah dikorbankan.. Oh..oh..

(Ku yakinkan)… aku yakinkan
(Ku pastikan)… aku pastikan
(Ku percaya)… aku percaya
Kerana kau yang ku tinggalkan

Meski kita saling jauh
Namun hatiku dekat padamu
Cintaku, kasihku… setulus hati padamu
Sayangku, rinduku… hanyalah engkau yang satu..

24.4.08

Panas!



Panas yu ols. Panas. Panas. P.A.N.A.S. Wah tak pasei akak tiba tiba pronote lagu Ifa Raziah.

Alkisahnya, sekarang ni, pukul berapa ye kawan – kawan? Pandai… pukul 3 petang kan. Kalau pukul 3 petang ni panas ke sejuk? Of courselah jawapannya panas. Kan.

Yang akak nak naik angin ni, perempuan – perempuan kat ofis ni boleh tutup air cond yu ols. Biadap betul. Mentang mentanglah semua bos masuk meeting, diorang ambik kesempatan tutup air cond. Sejuk katanya.

Sejuk mak kau! Ko hengat kita sekarang ni dekat Fiji? Kita kat Malaysia ok. Dah sah sah iklimnya suria khatulistiwa. ** Matilah kalau salah info. Mestilah panas gile. Yang kau tutup air cond tu kenapa?

Akak ni pulak dah start berpeluh peluh ni. Mula mula akak diam aje. Tapi bila rasa belakang baju dah basah lite – lite, akak pusinglah, tanya orang belakang akak. Eh, kau rasa panas ke sejuk?

Dia kata panas. Wah maknanya memang panaslah. Kan. So akak lengganglah ke belakang, konon konon nak switch on air cond balik. Tup tup perempuan kulit sehitam kuali buruk mana tatau kata weh! Kitaorang sejuklah. Takde, takde! Tutup air cond. Cuma bos aje yang boleh bukak air cond ni. Akak tegar on kan jugak. Buat dono, terus jalan balik tempat akak.

Sekali perempuan hitam itiu gigih jalan switch off aircond tu balik. Biadap tak? Akak dah wuish… wuish dah masa tu…

Hoi babi!
Kau paham tak aku panas. Bongok ke apa kau nih. Panaslah. Nampak tak kitaorang semua dah berpeluzz sakan dah ni. Yang kau sejuk sangat tu kenapa? Dah nak mampus? Kau hengat bapak kau ada share masa beli air cond tu? ** Tapi setakat dalam tekak sajalah kan. Tak terkeluar. Akak baru kerja dik. Kena buang sebab bergaduh pasal air cond buat naya akak aje. Kan.

Tapi… siaplah dia lepas ni. Bos akak balik aje tahulah nasib dia. Akak akan hasut bos akak lepas nih. Akak akan pastikan perempuan hitam tak guna tu menyesal sebab tutup air cond. Tunggulah masanya. Mrasalah dia kena santau angin pasni. Kan.

Chiao yu ols..

23.4.08

...


Jie nak share kat sini pasal kawan dengan yuols semua.. yang mana petikan ni Jie dapat daripada celah mana tatau? Tak kisahlah.. layan sajo ok...

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar.. lepas dapat sepak..

2) kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bukannya macam PAMPERS.. boleh pakai buang..

5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek pegi gadai.

6) kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit, jual.. beli kereta baru..

8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ada, kejap takde..

9) kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10) lagi.. hm, kawan tu macam ape ye???? Haa..kawan tu macam AWAK LAA. . bila saya hantar mesej, awak akan baca mesej saya dengan teliti sampai habis.

Walau apa pun tanggapan yu ols semua tentang kawan.. bagi kak Jie, kawan tu tersangatlah penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kan? *Die lah kawan hipo! Oops.. sapa tatau? Mrasalah sapa makan di chilis terasa cili. Ayo...

Kawan yang sejati ialah seorang kawan yang dapat diajak duduk berbincang tentang pelbagai perkara..

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan kawannya.. Macam ni..



Tetaplah nak jugak kan? Oops!

Kat sini jugak Jie nak ambik kesempatan.. kepada semua kawan kawan Jie tersayang... mereka tahu siapa mereka... Terima kasih kerana terus terusan menjadi sayap - sayap kanan dan kiriku..

Kan!

18.4.08

Tunggu Sekejap...

Huiiiiii…

Daripada sehari ke seminggu, daripada seminggu ke dua minggu, daripada umur Aiman 3 tahun sampailah Aiman nak masuk darjah 3 dah, album tetaplah tak siap siap. Kan. Wah termengata pulak. Tak pasei. Ampun ye kak G.

Alkisah yang sebetulnya pasal Jie ni, ashik bertangguh tangguh nak buat posting. Banyak benda yang nak di hupdate sebenarnya tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Akak mintak maaf lah kepada siapa2 yang berkunjung, asal bukak aje akak dinch hupdate, asal bukak aje tetaplah baca posting besday Kak She.. mrasalah korang menunggu.. tajuk album tetaplah sapa suruh kau tunggu. Kan. Hahaha. Matilah kurang ajar dengan peminat.

Apapun, kepada peminat peminat akak (wah tak pasei) yang meninggalkan sebaris dua ayat kat chatbox itiu, terima kasihlah banyak2. Pasal Kak G kau, dikatakan semput kat Jom Heboh baru2 nih.. hmm, awak tengok dari mula sampai habis tak? Awak tonton tak masa dia nyanyi lagu ada cinta, setia ku di sini & cinta di akhir garisan? Ada ke semput? Tidak kan? Cuma masa lagu Dingin, ada masalah mikrofon, Jie mula mula nampak Kak G beriya2 nak feel lagu tu, sampai terpejam pejam mata, tup tup dia nyanyi mikrofon pulak takde bunyi, dan ada dua tiga kali benda yang sama terjadi.

Melihat kepada aksi kak G menyudahkan lagu Dingin, nampak sangat dia geram. Masa mula2 mikrofon buat hal, dia dah buat signal kat Floor Manager, mintak tukar mikrofon. Tapi nan hado. Masa ending tu akak rasa dia menjerit tak tentu hala sebab geram. Nasib baik pulak bila dia keluar perform 2nd time masa nyanyi setia ku di sini mikrofon dah ok.

Nak kata kak G kau tak boleh nyanyi dah lagu tinggi2 ni, terus terang akak cakap, dia masih boleh. Masalahnya sekarang bila part tarik tinggi tu dia pegang mikrofon tu jauh ke tepi mulut, pastu tarik dekat, pastu jauh balik, pastu dekat balik. Macam acah acah letak mic tu depan mulut. Kan. Manalah yang kita sebagai pendengar / penonton ni nak dapat dengar suara dia betul2? Tapi tak boleh cakap apalah. Dah itu style dia dua tiga menjak nih. Ikut ajelah.

Hmm, ada pulak yang mintak Jie letak gambar Jie kat blog nih. Gambar rumah pun mintak nih. Wah tak pasei. Tak payahlah sampai nak tengok gambar rumah. Perabot akak bukannya akak order daripada Itali bagai. Kan. Wah matilah termengata. Nak tengok gambar Jie, buat masa sekarang belum ada gambar yang sesuai lagi. Kalau ada, mana tahu esok lusa, minggu depan ke, tahun depan ke ke akak letak. Tapi akak kenalah tanya Dekwan dulu. Mintak izin. Matilah tak pasei. Ooopss..

Jumpa lagi yu ols… Tunggu Sekejap untuk entry yang akan datang...

Ekslusif, gambar2 Kak G masa Rafflesia Secretaries Luncheon, kredit to minaq_jinggo… Chiaw..





my everything friend

you magnify my happiness

when i am feeling glad

you help to heal my injured heart

whenever i am sad


you are such a pleasure in my life

i hope that you can see

how meaningful your friendship is

you are total joy to me


happy belated birthday kakak!!

4.4.08

Happy Birthday Kak She!!








Instead of counting candles,
Or tallying the years,
Contemplate your blessings,
As your birthday nears.
Consider special people
Who love you, and who care,
And others who’ve enriched your life
Just by being there.
Think about the memories
Passing years can never mar,
Experiences great and small
That have made you who you are.
Another year is a happy gift,
So cut your cake, and say,
"Instead of counting birthdays,
I count blessings every day!"

HAPPY BIRTHDAY KAK SHE... nanti akak belanja makan... ada lagi satu juadah istimewa yang akak terlupa nak masukkan... apa dia tatau?

NAH... NASI GORENG IZMIR SATU!!! *rasain!!!

2.4.08

Gerek seh!


Tajuk album kali nih tetaplah ‘tak laratzz’ yu ols. Gerek seh! Tak pasei bila dah duk sibuk gerek seh gerek seh sitiu sana sinih, duk angkat angkat tangan tak pasei keti dah peluzzz.. haha.. aluzz seh satu Malaysia tengok… tak campur penonton di Brunei lagi kan?
* Oops… matilah peminat gerek seh marah akak… Hiks!

Ape ke hei nya yong lama dinch update? Tulah dia.. Jie kebelakangan ini tersangatlah sibuk, dengan urusan kerja, urusan keluarga, macam macam hal nak diuruskan yuols. Yelah akak takde manager kan. Semua buat kena buat sendiri. Lain lah paknil. Ada kak medang. Mrasalah jugak kak medang chat bersama para peminatkan di Channel 15. Wah matilah pecah rahsia.

Apapun, sekalung doa AL FATIHAH buat nenda Jie, yang telah kembali ke rahmatullah petang, 25 Mac yang lalu, usai 4 hari daripada hari ulangtahun nya yang ke 79. Arwah meninggalkan kami sekeluarga jam 4.30 petang di kampung Jie. Moga roh nenda kesayangan kami ditempatkan dalam golongan mukmin.. AMIN..

Dan begitulah ceritanya. Selasa, selepas kerja Jie terus pulang untuk berkemas, dan malam itiu juga Jie bergegas pulang ke Ipoh. Awal pagi Rabu, Jie dan kakak Jie pulang ke kampung, dan alhamdulilah Jie sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir sebelum arwah dikebumikan. Dan pastinya suasana selepas ini tidak akan sama lagi.

Mrasalah jugak sepanjang minggu lepas akak cuma masuk ofis hari Selasa sajo. Isnin akak mc.. sebab malas. Boleh malas? Malas nak bangun, malas nak bersiap, malas nak pakai lawa2. Kan. Tup tup Selasa masuk kerja, dapat berita kematian, Rabu cuti, Khamis cuti. Jumaat pagi, akak dah bersiap siap daripada rumah Ipoh nak balik KL dan masuk ofis terus, tak pasei mak akak pulak tak berapa sihat.

Mak akak tu dah dua tiga hari tak cukup rehat uruskan tahlil semua. Tambah pulak dia yang jaga arwah. Mestilah terasa kan. So akak nekad. Automatik akak sambung cuti lagi sebab nak tengok tengokkan dia, nak temankan dia. Yelah yuols. macamana nak kerja kalau hati tak senang sebab risaukan dia? Lagipun kita cuma ada satu mak sajo. Tak ada orang lain boleh ganti tempat mak kita. Kan.

Alhamdulilah, pagi Sabtu tu mak akak dah sihat, dah kurang sedihnya, dah kembali menjalani hidup macam biasa. So petang Sabtu akak dah on the way balik KL. Walaupun esoknya (Ahad) masih cuti lagi akak sengaja nak balik awal. Nak settlekan apa apa yang patut. Tapi tetaplah ada sessi luahan perasaan kan.

Tak pasei sebelum akak balik akak diterjah dengan soklan Michelle Melodi yuols. Tak pasei mak akak boleh slow talk dengan akak pasei kawin. Mak akak tu risau, kakak akak pun tanak kawin2 lagi, pastu akak pun tak kawin2 lagi. Dia takutlah dia dengan abah akak tak sempat nak tengok kami dua beradik perempuan ni kawin.

Bila ditanya akak ni dah ada kawan ke belum confirmlah jawapannya tak ada lagi kan. Nak mati cakap ada? Wah ada ke masalahnya? Teet! Pastu boleh pulak dia cadangkan kalau akak masih takde pasangan dia nak carikan pasangan untuk akak. Wah akak pengsan. Mak akak nak carikan akak pasangan? Hado? Mampu? Kan.

Akak cakap kat mak akak yang akak tanak kawin lagi. Tanak kawin terus. Kan. Hiks. Tapi takdelah akak buat confession depan dia tanak kawin terus. Itiu menjemput namanya. Kan. Tak pasei. Lepas tu dia boleh pusing balik pulak apa yang dia cakap tadi. Ha, eloklah kalau Jie takde kawan. Kalau ada kawan, duit Jie ashik habis kat kawan tu. Pulak. Tak fahem. Mak akak tahu ke akak spedo jantan? Uupss… Kejap suruh kawin, kejap tak payah pulak. Mana satu nih? Senang tak payah aje la kan. Tapi lainlah cerita kalau pemain bola datang meminang. Kan.

Dan cerita kawin tamat di sitiu. Tak apalah mak. Tak kawin pun takpe. Leceh kawin2 nih. Esok2 kalau ada rezeki adalah si botak tu. Wah sapa qah si botak? Cucu lelaki mak yang lasak tu la. Habislah pecah pasu bunga mak tu. Rasain. Nama dia Mohamad Aiman Adha. Mohamad Aiman Adha bin….. Boleh? Hiks? Ayo angan angan overdo sangat kan.

Apapun, jangan lupa untuk dapatkan di pasaran sekarang single Kak G ~ Dingin dan majalah Jelita April 2008.. dan kalau ingin bertentang mata ketemu dengan Kak G bolehlah datang ke acara Jom Heboh di Melaka Ahad iniew.. Gerek seh.. Daa..



17.3.08

dua minggu?


2 minggu lepas..

(wah cerita 2 minggu lepas tapi baru nak tulis hari ni. Motif? Suka kan adegan flashback. Mrasalah yu ols!)

Alkisahnya sejak bertukar tempat kerja nih, tidak boleh tidak, nak jugak test market kan. Nak dijadikan cerita, daripada hari pertama masuk sehinggalah 2 minggu lepas, puas jugak akak catwalk segenap tingkat, konon konon nak mencari kut kut ada pulak muka mami a.k.a mohd manisnya yang boleh dijadikan calon untuk dibawa pulang ke Tambun kan? So hasil pencarian menemukan kegagalan yu ols. Nan hado. Sorang pun akak dinch taste. Wah kekwat nih. Matilah akak pasni kena daulat dengan Beta. Wah tak pasei.

Sehinggalah 2 minggu lepas.. seingat akak hari Khamis.. dalam pukul sepuluh sebelas camtu.. tak pasei akak ajak Fara temankan akak pegi isrok. Yelah isrok sorang sorang tak best sangat yu ols. Kena ada “gu” baru sedap. Boleh jugak nak anyam ketupat sebakul dua kan. So melenggang lenggoklah lah kami berdua ni ke menuju ke tangga.

Tengah akak dengan Fara rancak berborak borak sambil isap rokok, masuklah pulak 2 orang ni, yang mula mula masuk pompuan. Alah, awek budak HR yang duduk kat sebelah tempat akak itiu. Akak setakat senyum ajelah kan. Nak borak lebih2 tajuk album akak tidak kuasalah kan. Malazz..Wah.

Kemudian, muncul pulak sorang mamat nih. Akak pun idak le pay attention sangat kome. Akak setakat menghadiahkan jelingan manja sajo. Boleh? Tup tup mamat tu bersuara:

“Hi Fara!”

Terus automatic akak pandang atas tengok muka dia.

Aduhai.. muka dia yu ols! LULUS sangat. Akak terkesima. Elok. Kalau ada button hijau terus akak tekan tanpa ragu ragu nih. Tak payah ujibakat dah. Kan. Yang penting, time time tu juga tibe tibe datang confident akak nih. Celah mana tatau akak boleh keluar dialog gini:

“Hai takkan HI kat Fara sorang aje?”

Dia terus pandang akak. Mesti dalam hati dia mengata akak. Kan. Ayo malunya. Mujurlah… mujurlah dia sekadar senyum simpul. Dan sebab nak cover malu, akak terus keluar dialog lagi:

“Sorry. Tak sengaja. Terlepas”.

Dia senyum lagi. Akak serta merta pengsan. Dia cemas. Dalam keadaan panik cenggitu, dia nak buat CPR kat akak. Akak on aje. Dia rapatkan muka dia ke muka akak. Akak menunggu. Terasa denyut nafas yang makin laju. Wah. Ok, akak tipu yu ols. Heheh. Mana ada akak pengsan. Matilah sempat lagi akak nak berangan. Kan.

Dia senyum. Lepas tu dia hai kat akak. Dia kata sorilah tak perasan. Maklumlah saiz akak kan saiz Kak G. Exactly the same. 34-26-36. Kecik molek. Manalah dia nak perasan. Wah sedapnya akak mereka cerita. Matilah peminat marah. Heheh.

Yang betulnya dia kata sori, saya tak perasan. Orang baru kan? Akak angguk. Kemudian dia tanya nama akak. Lantas mamat tu kenalkan diri dia. Ridza. Internal Auditor. Hm… sembang punya sembang, malam nanti Ridza beritahu yang dia akan terbang ke Houston, nak conduct audit.. 2 minggu…Hmm.. baru nak bermesra dah kena berpisah. Matilah overdo!

Dan sejak itiu, Jie langsung tak teringat kan dia hinggalah pagi tadi.. tup tup akak terserempak dengan dia (Ridza) kat tangga.. dia senyum.. akak nervous. tak sempat nak susun ayat. Tak sempat nak pikir ayat apa nak cakap. Yang terkeluar cuma:

Eh! Dah balik?

Dia senyum. Dah. Dia senyum lagi. Lagi lebar. Lagi manis. Lagi berkrim. Aduh. Muka akak merah padam. Apalagi, akak terus laaarikkkkkk!

Mak, mak nak yang mana satu? Welder ke, draftsman ke, supervisor ke, engineer ke, pemain bola ke ataupun auditor? Semua manis manis mak. Matilah!




6.3.08

S

S.

Tak pasei tiba tiba S nih. Matilah mainan perasaan! So, kali ni Jie nak bercerita pasal S. Cinta hati Jie sejak daripada zaman sekolah sekolah lagi. Mrasalah flashback.

S.. kami sebaya. 11 tahun muda daripada Nini. Maknanya zaman kitaorang buat IC terus ada machine scan jari. Bukan main tenyeh2 jari kat stamp pad pastu jadi hitam. Wah matilah termengata. Ops tak pasei.

Dia lahir tanggal Julai satu, bawah zodiak Cancer, anak jati negeri Perak. Dia sulung daripada 7 bersaudara. Mrasalah beratur adik ipar Jie kalau jodoh kami kuat.

S.. orangnya sederhana. Serba serbi sederhana. Tinggi, fizikal, IQ.. Tapi satu saja yang tak terlawan. Apa dia tatau? Heheh.. Dia manis. Manis berkrim ala ala Mohd manisnya sangat. Tu yang akak terus taste yu ols.

Mengimbas kembali kenangan kali pertama bertemu, hari pertama persekolahan, tahun 1996.. kebetulan kami berada dalam kelas yang sama, langsung tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Jie, waktu itu, pelajar baru di sekolah itiu. Saat mula terpandangkan wajah S, Jie mula menganyam cerita cerita indah..

Apabila matahari terbenam, dan bulan mengambil tempat, terbit kembali, lantas hari berganti minggu, saban tahun beredar, kami seperti tidak boleh hidup tanpa satu sama lain. Apabila tamat sekolah, mungkin rezeki, kami meneruskan pengajian dalam satu kawasan yang sama.

Masih terbayang, saban minggu, tatkala kelas berakhir, Jie dan S akan pulang ke kampung. Time tu akak teruslah bawak watak Maria Mariana ok. Tapi akak idak le bawak motor tu. Akak cuma bonceng, pose pose pakai jaket denim sambil main libas libas rambut nih. Mrasalah jugak jamban akak ni bertenggek atas RXZ. Wah tak pasei. Walaupun ada jamban lain nak jugak bertenggek atas tu yang penting road tax akak bayar ok. KAU HADO? Wah matilah emosional.

Semester 5, semasa Jie perlu menjalani latihan praktikal, Jie ditempatkan di KL. Masa tu jugak, yang penting, mak hantar Jie daripada kampung dan tak pasei S pun ikut sekali. Boleh? Ala ala mendapat restu ibu sangat. Aduh waktu itu bahagianya.** (Senyum)

Dan apabila kami masing masing sudah berkerja, mulalah datang angin selat selatan. Ada waktunya kami berperang besar, bergaduh dan benci sama sendiri. Kemuncaknya bila S memberitahu dirinya akan bertunang. Wah akak pengsan. Berair air laa bijik mata.

Kami berpisah seketika. Kemudian berbaik semula. Ditakdirkan, S putus tunang. Mrasalah waktu S dan tunangnya berkrisis, atas kuasa Tuhan, suatu hari sewaktu Jie dan S keluar bersama, kami terserempak dengan tunang S tapi bersama lelaki lain. Wah tak pasei Jie pun naik angin waktu tu. Sebaliknya, S, cukup rileks dan tenang. Dalam pada Jie naik angin tu dalam hati bersorak gembira jugak. Wah matilah niat buruk.

Kerana peristiwa itu kami rapat kembali. Tapi panas tidaklah berpanjangan kalau tajuk album S YANG LEBIH KAU CINTA kan..

Baik, putus, baik semula, putus, baik, putus, putus, putus, that’s it … tapi sehinggalah ke malam semalam..

Jie dan S bergayut hampir setengah jam! OMG… dan kami sependapat.. ke mana pun hala kami, ke mana pun tujuan kami.. nyata.. kami cuma berpisah tempat.. tapi hati kami ini.. letaknya sebelah menyebelah!

** Matilah pasni kena kata…

Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Oh…
Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Oh..
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa
Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa
Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui
Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku
Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)…yeah…yeah…
Akhirnya nanti kecewa

4.3.08

melompat ke angkasa tinggi...


Entah. Terus entah katanya.

Susah kalau kita menidakkan sesuatu perkara kan. Tambah2 pulak bila ianya melibatkan soal hati dan perasaan. Mana boleh tipu perasaan sendirik kan? Tajuk album tetaplah aku tak upaya. Matilah jiwang. Matilah halwa telinga dengar lagu Snow Patrol segala tapi tetaplah CD Celine Dion ada dalam simpanan nih. Matilah bunga di liang. Wah. Tak pasei.

Ops terlajak kata pulak. Tersmash sapa tatau. Ops! Ok, berbalik pada luahan hati Jie kali iniew.. Dah seminggu dua ni, Jie ashik teringatkan En. Mesra.. Wah pengakuan sangat kan.. Tak pasei..

Tulah dia. Kalau sekali sekala teringat takpelah jugak kan. Ni sampai terbawa bawa dalam mimpi. Dan terjadi lebih daripada sekali jugak. * Pengsan

Nak dijadikan cerita, malam Ahad lepas, Jie nekad… kalau malam tu Jie mimpikan dia lagi, Jie pasang niat nak sms dia. Manalah tahu ada petanda apa2 kan. Wah tak pasei. Yelah, risau jugak yu ols. Tambah pulak orang yang pernah kita sayang. Tetaplah tajuk album masih tertinggal sayang kan. Tup tup termimpi jugak yu ols. Matilah kena tunai niat nak sms.. tak pasei..

Agak lama jugaklah nak berkira kira sebelum sms tuh.. Duk pikir timbang buruk baik dulu. Yelah takut jugak. Dah lama lost contact macam tu aje tup tup tak malu nak hantar sms dia kan. Mrasalah Jie terkulat kulat pegang handphone atas katil. Nak sms ke idak, nak sms ke idak, nak sms ke idak.. Ayo tajuk album resah malam pengantin sangat ok..

Dan setelah pikir panjang, mencongak congak, Jie ambil keputusan, hantar ajelah.. Dalam pada takut + nervous + debaran kak nora tetaplah panjang sms lebih 4 baris ok. Wah susun ayat tak hengat nih. Kejap2 edit. Kejap2 padam. Kejap2 tukar ayat lain.

Nak tahu Jie tulis apa? Uuu.. mana boleh.. rahsia ok.. Huhu.. lepas cepat cepat taip, terus zas,, tekan butang SEND. Masa tu jangan cakaplah.. jantung dup dap dup dap, nak bernafas pun rasa macam semput kena asma nih.. takut.. dan pada masa yang sama tetaplah jiwa wanita nan satu iniew mengharapkan adanya balasan kan?
* bukan mengharapkan pelukan sasa ok! Huhu..

Satu minit, dua minit, dua minit setengah, tup tup ada sms masuk. Wah. Akak terloncat ok.

Sambil terketar ketar (wah over acting sangat nih!) Jie bukak inbox, baca dan senyum..

"Hi. I pun trtnya2 nape u tibe2 snyap aje. Kalau ada salah silap I mntak maaf. Hope 2 cu soon. Thanks. Take care. "

Dia mintak maaf? Untuk apa? Pastu dia nak jumpa Jie? Pasai apa?

Automatik akak capai high heel nak melompat sekali lagi laaa kan? Terus start miming DESTINASI CINTA.. Ops! Tudung tak pakai lagi nih.. sat.. akak pi larik cari tudung kejap naa.. hahaha…


27.2.08

Edisi Mak Datin...


Mrasalah pulak Mak Datin jadi Cover Girl kali iniew.. tribute untuk Datin Kyra Ariffin sempena menerima 3 lamaran kerja sekaligus katanya...
Tahniah Datin!!!

25.2.08

mrasalah "Hoi!"


Mrasalah korang magazine terbaru "Hoi!" .. di pasaran sekarang... Hiks!


** tribute to NINI sempena last day dia hari iniew... jangan marah ha!!

21.2.08

harimau malaya ~

Sikit sajo hari ni.. Nak kongsi dengan yu ols semua gambar DekWan ngan Bang Cik..

Harimau Malaya katanya… uuuiii takots

Tapi Bang Cik nampak berisi sikit kan? DekWan pulak…. Ayo… tapi kan.. bila perati betul2 ada rupa encik mesra sikit… wah siapakah encik mesra? tak pasei…

Enjoys!















20.2.08

Kembali Senyum ~



Selalunya susah sangat nak bangun setiap pagi, yelah semenjak bekerja tempat baru ni, kena bangun seawal mungkin, pukul 5.45 pagi dah kena celik mata.. kalau tidak haruslah tajuk album MERAH MENYALA di attendance itiu kan?

Nak dijadikan cerita pagi tadi, ayo, senang betul Jie tersedar.. Bukak mata aje Jie dah tersenyum lebar.. wah pasei apa tatau? Huhu..

Alkisahnya malam semalam tetaplah tajuk album UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI yu ols.. wah tak pasei kumpulan Damasutera katanya.. matilah showmanship di malam Juara Lagu 1991.. oopss..

Yang penting, malam tadi, Jie mimpi jumpa DekWan okizz.. Tengah Jie jalan jalan sambil pose libas libas rambuts iniew, Jie terserempak dengan DekWan.. Tibe tibe.. Akak sangatlah terkujat ok.. Nervous nih.. wah tak pasei nervous katanya..

Dan DekWan tetaplah segak, kacak, memukau, cando, manis, hensem, semualah.. pakai baju warna coklat nih…Uii baju sama kaler dengan kulits nih…Dap dap dap... lazatt… heheh… matilah napsu berimaginasikan kulit.. tak pasei kan? Oops..

Tapi rambutsnya agak pendek sedikit.. pendek lite lite gitiu (sapa tatau sebut lite lite jadi lit lit? Motifff? Matilah Bobo smash sebab mengata bestfren dia) tapi tetaplah tercacak cacak kan? Hui.. tajam nih..

Bila dah terserempak itiu, automatic tangan rasa gatal gatal nak capai cucuk sanggul kan? Hiks.. tak pasei.. Borak punya borak, tiba tiba DekWan ajak Jie temankan dia pegi cari burger.. lapar katanya.. ha tak pasei peluang baik punya duk mai…teruslah tajuk album tidaklah tidak tidak ku daya.. akak apalagi.. teruslah control ayu sambil berjalan di sisi DekWan nih… ayo.. selamat sungguh rasa berjalan sebelah dia…

Sambil berjalan tu DekWan beritahu yang dia suka baca blog Jie.. Akak pun teruslah naik stage dan pekik sekuat kuatnya (tapi dalam hati laaa kan..)

WHAT? Malunyaaaaaaa……

Dan dia sempat jugak cakap yang dia suka baju Topshop yang Jie kasi dia tempoh hari.. aduh kemaluan berganda ganda sangat.. Sampai merah laa muka ni menahan rasa..

Tak pasei bila Jie dah tersedar, perkara pertama yang Jie buat ialah senyum… tajuk album kembali senyum nih... dan tanpa lengah akak terus capai towel dan mandi..

Dan dalam bilik air Jie terus menyambung angan angan indah

Tak pasei, kan?


Bestnye jadi bola itiu... haha!

14.2.08

Selamat Berkasih Sayang ~




di sini kau dan aku

terbiasa bersama

menjalani kasih sayang

bahagia ku denganmu
pernahkah kau menguntai


hari paling indah

terukir nama kita berdua

di sini surga kita


bila kita mencintai yang lain

mungkinkah hati ini akan tegar

sebisa mungkin tak akan pernah

sayangku akan hilang


if you love somebody could we be this strong

i will fight to win our love will conquer all

wouldn’t risk my love

even just one night

our love will stay in my heart


pernahkah kau menguntai

hari paling indah

ku ukir nama kita berdua

di sini surga kita


bilakah kita mencintai yang lain

mungkinkah hati ini akan tegar

sebisa mungkin tak akan pernah

sayangku akan hilang


andai keajaiban bisa terjadi, ingin sekali Jie nikmati keindahan malam ini berdua dengan DekWan.. Wah tak pasei.. Jie tidak impikan bunga, coklat mahupun teddy bear.. tapi tajuk album kalau dapat cincin akak terus sarung ok!

Alangkah indahnya hidup kalau Jie dalam dakapan Dekwan.. berbumbungkan langit, berhiaskan bintang, bertemankan bulan.. dan antara sedar dan tidak, berbisik kata cinta.. wah matilah kena smash pasni!!

Buat semua… selamat berkasih sayang… dan buat Dekwan..

HAPPY VALENTINE’S SAYANG! Oops…