6.3.08

S

S.

Tak pasei tiba tiba S nih. Matilah mainan perasaan! So, kali ni Jie nak bercerita pasal S. Cinta hati Jie sejak daripada zaman sekolah sekolah lagi. Mrasalah flashback.

S.. kami sebaya. 11 tahun muda daripada Nini. Maknanya zaman kitaorang buat IC terus ada machine scan jari. Bukan main tenyeh2 jari kat stamp pad pastu jadi hitam. Wah matilah termengata. Ops tak pasei.

Dia lahir tanggal Julai satu, bawah zodiak Cancer, anak jati negeri Perak. Dia sulung daripada 7 bersaudara. Mrasalah beratur adik ipar Jie kalau jodoh kami kuat.

S.. orangnya sederhana. Serba serbi sederhana. Tinggi, fizikal, IQ.. Tapi satu saja yang tak terlawan. Apa dia tatau? Heheh.. Dia manis. Manis berkrim ala ala Mohd manisnya sangat. Tu yang akak terus taste yu ols.

Mengimbas kembali kenangan kali pertama bertemu, hari pertama persekolahan, tahun 1996.. kebetulan kami berada dalam kelas yang sama, langsung tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Jie, waktu itu, pelajar baru di sekolah itiu. Saat mula terpandangkan wajah S, Jie mula menganyam cerita cerita indah..

Apabila matahari terbenam, dan bulan mengambil tempat, terbit kembali, lantas hari berganti minggu, saban tahun beredar, kami seperti tidak boleh hidup tanpa satu sama lain. Apabila tamat sekolah, mungkin rezeki, kami meneruskan pengajian dalam satu kawasan yang sama.

Masih terbayang, saban minggu, tatkala kelas berakhir, Jie dan S akan pulang ke kampung. Time tu akak teruslah bawak watak Maria Mariana ok. Tapi akak idak le bawak motor tu. Akak cuma bonceng, pose pose pakai jaket denim sambil main libas libas rambut nih. Mrasalah jugak jamban akak ni bertenggek atas RXZ. Wah tak pasei. Walaupun ada jamban lain nak jugak bertenggek atas tu yang penting road tax akak bayar ok. KAU HADO? Wah matilah emosional.

Semester 5, semasa Jie perlu menjalani latihan praktikal, Jie ditempatkan di KL. Masa tu jugak, yang penting, mak hantar Jie daripada kampung dan tak pasei S pun ikut sekali. Boleh? Ala ala mendapat restu ibu sangat. Aduh waktu itu bahagianya.** (Senyum)

Dan apabila kami masing masing sudah berkerja, mulalah datang angin selat selatan. Ada waktunya kami berperang besar, bergaduh dan benci sama sendiri. Kemuncaknya bila S memberitahu dirinya akan bertunang. Wah akak pengsan. Berair air laa bijik mata.

Kami berpisah seketika. Kemudian berbaik semula. Ditakdirkan, S putus tunang. Mrasalah waktu S dan tunangnya berkrisis, atas kuasa Tuhan, suatu hari sewaktu Jie dan S keluar bersama, kami terserempak dengan tunang S tapi bersama lelaki lain. Wah tak pasei Jie pun naik angin waktu tu. Sebaliknya, S, cukup rileks dan tenang. Dalam pada Jie naik angin tu dalam hati bersorak gembira jugak. Wah matilah niat buruk.

Kerana peristiwa itu kami rapat kembali. Tapi panas tidaklah berpanjangan kalau tajuk album S YANG LEBIH KAU CINTA kan..

Baik, putus, baik semula, putus, baik, putus, putus, putus, that’s it … tapi sehinggalah ke malam semalam..

Jie dan S bergayut hampir setengah jam! OMG… dan kami sependapat.. ke mana pun hala kami, ke mana pun tujuan kami.. nyata.. kami cuma berpisah tempat.. tapi hati kami ini.. letaknya sebelah menyebelah!

** Matilah pasni kena kata…

Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Oh…
Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Oh..
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa
Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa
Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui
Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku
Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)…yeah…yeah…
Akhirnya nanti kecewa

No comments: