17.3.08

dua minggu?


2 minggu lepas..

(wah cerita 2 minggu lepas tapi baru nak tulis hari ni. Motif? Suka kan adegan flashback. Mrasalah yu ols!)

Alkisahnya sejak bertukar tempat kerja nih, tidak boleh tidak, nak jugak test market kan. Nak dijadikan cerita, daripada hari pertama masuk sehinggalah 2 minggu lepas, puas jugak akak catwalk segenap tingkat, konon konon nak mencari kut kut ada pulak muka mami a.k.a mohd manisnya yang boleh dijadikan calon untuk dibawa pulang ke Tambun kan? So hasil pencarian menemukan kegagalan yu ols. Nan hado. Sorang pun akak dinch taste. Wah kekwat nih. Matilah akak pasni kena daulat dengan Beta. Wah tak pasei.

Sehinggalah 2 minggu lepas.. seingat akak hari Khamis.. dalam pukul sepuluh sebelas camtu.. tak pasei akak ajak Fara temankan akak pegi isrok. Yelah isrok sorang sorang tak best sangat yu ols. Kena ada “gu” baru sedap. Boleh jugak nak anyam ketupat sebakul dua kan. So melenggang lenggoklah lah kami berdua ni ke menuju ke tangga.

Tengah akak dengan Fara rancak berborak borak sambil isap rokok, masuklah pulak 2 orang ni, yang mula mula masuk pompuan. Alah, awek budak HR yang duduk kat sebelah tempat akak itiu. Akak setakat senyum ajelah kan. Nak borak lebih2 tajuk album akak tidak kuasalah kan. Malazz..Wah.

Kemudian, muncul pulak sorang mamat nih. Akak pun idak le pay attention sangat kome. Akak setakat menghadiahkan jelingan manja sajo. Boleh? Tup tup mamat tu bersuara:

“Hi Fara!”

Terus automatic akak pandang atas tengok muka dia.

Aduhai.. muka dia yu ols! LULUS sangat. Akak terkesima. Elok. Kalau ada button hijau terus akak tekan tanpa ragu ragu nih. Tak payah ujibakat dah. Kan. Yang penting, time time tu juga tibe tibe datang confident akak nih. Celah mana tatau akak boleh keluar dialog gini:

“Hai takkan HI kat Fara sorang aje?”

Dia terus pandang akak. Mesti dalam hati dia mengata akak. Kan. Ayo malunya. Mujurlah… mujurlah dia sekadar senyum simpul. Dan sebab nak cover malu, akak terus keluar dialog lagi:

“Sorry. Tak sengaja. Terlepas”.

Dia senyum lagi. Akak serta merta pengsan. Dia cemas. Dalam keadaan panik cenggitu, dia nak buat CPR kat akak. Akak on aje. Dia rapatkan muka dia ke muka akak. Akak menunggu. Terasa denyut nafas yang makin laju. Wah. Ok, akak tipu yu ols. Heheh. Mana ada akak pengsan. Matilah sempat lagi akak nak berangan. Kan.

Dia senyum. Lepas tu dia hai kat akak. Dia kata sorilah tak perasan. Maklumlah saiz akak kan saiz Kak G. Exactly the same. 34-26-36. Kecik molek. Manalah dia nak perasan. Wah sedapnya akak mereka cerita. Matilah peminat marah. Heheh.

Yang betulnya dia kata sori, saya tak perasan. Orang baru kan? Akak angguk. Kemudian dia tanya nama akak. Lantas mamat tu kenalkan diri dia. Ridza. Internal Auditor. Hm… sembang punya sembang, malam nanti Ridza beritahu yang dia akan terbang ke Houston, nak conduct audit.. 2 minggu…Hmm.. baru nak bermesra dah kena berpisah. Matilah overdo!

Dan sejak itiu, Jie langsung tak teringat kan dia hinggalah pagi tadi.. tup tup akak terserempak dengan dia (Ridza) kat tangga.. dia senyum.. akak nervous. tak sempat nak susun ayat. Tak sempat nak pikir ayat apa nak cakap. Yang terkeluar cuma:

Eh! Dah balik?

Dia senyum. Dah. Dia senyum lagi. Lagi lebar. Lagi manis. Lagi berkrim. Aduh. Muka akak merah padam. Apalagi, akak terus laaarikkkkkk!

Mak, mak nak yang mana satu? Welder ke, draftsman ke, supervisor ke, engineer ke, pemain bola ke ataupun auditor? Semua manis manis mak. Matilah!




No comments: