25.6.07
Pertemuan Tak Terduga
13.6.07
biadap kan?
seluk poket, unlock keypad, read message.. wah daripada Kak Deeba kau rupanya..
"U ols, i terjumpa one of the twins yang kau minat tu kat sini (klcc).. tapi tak sure yang mana satu.. A ke Z ke.. gorgeous u ols.."
Waaa!!! Jelessssssssnyaaaaaaaaa.....
I ols nak jugak jumpaaaa...... waaaaaa....
BIADAP Kak Deeba kau kan?
OH MY GOD!
12.6.07
GELISAH MIMPI
* matilah skrip drama RASHBIR sangat kan!
4.6.07
MERAWAT LUKA TERPENDAM
MALAYSIA CIK BOLS!!!!24.5.07
Mimpiku Bukan Mimpimu
selangkah ke alam mimpi u ols... ha mauts tak tajuk? hiks.. alkisahnya posting kali 18sx sikit...
malam semalam Jie masuk tidur awal okay.. memang hari bekerja Jie akan make sure Jie akan tidur sebelum 11.00 malam, tapi malam tadi pukul 9.25pm akak dah melabuhkan badan montok ini atas Vono itew u ols... wah Vono sangat laa kan... kena tidur awal sebabnya esok pagi2 nak kena hambik bos Jie kul 7.30pm, off course Jie kena bangun cepat, nak mandi, mekap pilih baju segala... wah lama tu okies...
tapi yang nyata, sementara dah menunggu indah lelapku tetaplah konsepnya duk berangan dulu, tengok gambar, baca balik sms lama2, berangan lagi, pikir lagi, tetaplah membawa ke pukul 11 malam nak memejam kan mata.. so... bermula lah kan.. zzzzz
apapun, mimpi malam tadi membuatkan Jie tersenyum sorang2 masa drive pergi rumah bos Jie pagi tadi.. nak tahu Jie mimpi apa.. lets i ols share...
alkisahnya permulaan mimpi itew Jie ternampak BC di sebuah tempat lepak (wah siapakah BC itew sampai terbawa2 dalam mimpi? uuu.. uuu.. rahsia!) i ols pun apalagi kan.. nervous laa sikit.. mana tau kut kut DW (ayo initial siapakah iniew? takmo cakap.. matilah pengakuan!) ada sekali? pusing kiri kanan tak nampak pun.. hm, so Jie mulakan misi nak menegur BC.. mula mula BC buat sombong sajo, pastu baru nak dia layan..
Jie pun ala ala kucing siam depan BC tanya.. hmm.. sorang aje? mana DW? tak nampak pon? dia cakap ada.. kenapa? minat DW ke? ha, hambek kau.. terus soalan cepucemas nih.. Jie pun tak la menjawab minat kan.. ala ala mengamalkan konsep diam tanda setuju gitew.. memang lah minat DW tapi takkan nak mengaku depan BC.. karang sentap pulak dia.. tengah tengah rancak we ols bersembang tiba tiba..
DW entah dari celah mana enterframe tiba tiba sajork.. *akak pengsan*
dia pakai tshirt putih & jeans.. then dia duduk tepi Jie, menghadap BC.. masa itu dia ala2 sembang dengan BC sajo, tak pandang Jie.. dey ols sembang punya sembang tup tup keluar daripada mulut BC..
"dia ni minat kau"
BC terus pecah lubang kat DW.. Jie masa itew ala ala kejung tak hengat punya.. menahan malu yang teramat..
Adui.. malunya.. tebalnya muka.. Jie tak pandang DW dah.. pandang ke bawah sajo..tup tup dengar suara DW
DW bangun, datang depan Jie, senyum (ayo cutenye.. akak kalau dia senyum lebih sikit lagi akak klimaks okies ... hiks) dia pastu duduk sebelah Jie.. dia tanya betul ke Jie minat dia? Haiyo soalan.. yenade!
tapi dia nak jugak cium Jie.. Jie cuba elak, dia makin rakus.. terus lah akak kepit suara kan.. HEY.. tanak la camni... Jangan lah...
dan nak tahu apa jadi lepas itew? Tiba tiba...
ALARM Jie berbunyi okies.. dah pukul 6am.. potong stim betui.. eeeiii NAK MARAH SANGAT!!!!
22.5.07
w.a.s.p.a.d.a
Apapun, sekalung tahniah buat pasangan pengantin Thini dan juga shubern nyezz itew Syed .. juga kepada keluarga pengantin yang Jie dah anggap macam keluarga sendiri.. buat Mama Eni dan Papa, selamat menerima menantu.. dan semoga majlis yang bakal berlangsung lancar perjalanannya, selamat daripada sebarang macam halangan.. AMIN...
Alkisahnya, memandangkan kedua dua bakal pengantin kawan lama Jie, i ols belum decide nak menghadiri majlis yang mana.. samaada akak akan muncul berkebaya hijau (wah tiba tiba dah siap kebaya hijau ni.. boleh? hiks) di shah alam ataupun Jie akan muncul di gombak pada hari Ahadnya.. ha, belum tahu lagi... tajuk album tetap ” WASPADA”.. * motif kan?
Buat Mama Eni, ampun maaf seandainya Jie tidak dapat hadir malam Sabtu ini nanti.. Bukan Jie sengaja tapi Jie coba mengamalkan konsep CEGAH SEBELUM PARAH.. so baik Jie cegahkan ataupun lebih tepat lagi tegahkan diri Jie sebelum sesuatu yang bakal membuatkan jiwa Jie parah.. Jie takut dalam ramai ramai yang hadir nanti Jie terserempak pulak dengan si dia yang pernah Jie afundi dan terus mendapat tempat pertama di hati ini.. Jie sudah kuatkan azam untuk melupakan dia tapi mana tahu.. kuasa Tuhan.. kut kut bila dah terjumpa dia malam itew nanti akak tersampuk pulak kan? Besoknya terus keluar album DUHAI HATI gi mana?
Stop sini dulu okies.. orang kata makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.. kentut selepas kenyang.. hiks...
Harap harapnya posting tak menyinggungkan sesiapa.. sekali lagi, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT THINI & SYED... ikhlas dari ZZ... daa...
21.5.07
Sepasang Mata Itu...
Yang terus menghambat jiwa nurani
Pandangan pertama yang bertaut teguh di dasar hati,
Yang terus terusan mengikat kukuh satu memori..
Kelana Jaya, 16hb Mei 2007
Di saat kaki melangkah, degup jantung nan laju makin terasa. Bergetar raga jiwa, melemahkan segala sendi sendi yang ada. Pancaran lampu terang mengilau mata. Terasa seperti bermimpi. Dan jika benar sedang bermimpi, jangan biarkan lena ini terhenti. Sekali kali jangan!
Waktu seakan terhenti sendiri. Akal pula separa berfungsi. Benarkah di hadapanku itu dia? Dia yang ku nanti? Dia yang membuatkan aku dibelenggu dengan segala rasa? Dia yang saban waktu meniti di bibir dan hatiku? Sesungguhnya sukar untuk ku pasti apa jua perasaan yang semakin berkecamuk membaluti emosi.
Antara kalian pasti bisa tempuh saat debaran ini.. Pernahkan terasa impian kita bisa dikabulkan? Detik ini aku merasa keajaiban itu. Terima kasih Tuhan.
Bayangkan seseorang yang ingin benar kita jumpa, ingin benar bertentang mata, lalu, orang itu ada di depan kita.. aduh... igauan apakah ini?
Kerana aku sekadar melihatnya dari kejauhan, antara sedar, ku damba satu lagi harapan, aku ingin bertentang mata dengan nya...
Dan ianya berlaku.. aku kaku.. aku gugup...panahan matanya menikam dan tajam renungannya membuatkan aku seperti mahu rebah saat itu. Jari jemari menggigil, tiada sepatah kata pun yang mampu aku luahkan saat mata ini bertentang.. oh Tuhan, aku tewas dengan sepasang mata itu...
ZA, tak pernah ku alami rasa ini... sepasang mata jernih yang kuasa godanya membuatkan aku sasau sepanjang masa..
Aku berlalu, kencang jantung tak lagi berhenti..
mimpi semalam
9.5.07
... Ceritera Chenta ~
~ Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
~ Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
~ Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
~ Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
~ Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
~ Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.. dan saat itu, matanya pasti berkaca. .kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu... (ayo akak sentap!!!!!)
~ Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
~ Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
~ Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
~ Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
~ Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.. (ayo.. memberikan barang la sangat kan kaedahnya.. Jie menantikan sampai ke detik ini u ols.. tapi NAN HADO.. sampai hati M....WAH MATILAH INITIALS!)
~ Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
~ Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
~ Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'
~ Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
~ Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
~ Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
~ Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
~ Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
~ Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
~ Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
~ Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya!
27.4.07
perpisahan..
18.4.07
Risik
alkisahnya malam semalam masa tengah barings depan tv sambil menantikan Ugly Betty itew Jie dapat call daripada kampung.. Mak Jah telefon katanya.. ada qah kexutan lagi yu ols.. uuu.. uu. takutssss
sembang punya sembang barulah dia bukak cerita.. dia nak mai KL hujung bulan ni.. nak mengetuai rombongan pi merisik untuk abang sepupu Jie.. kononnya nak pi bertandang rumah pihak perempuan masa cuti 1 Mei nih.. wah dalam diam Mak Jah dah bersiap sedia nak pi merisik ni.. bila pulak time i ols akan dirisikina u ols? huhuhu..
wah nampak gayanya sibuklah Mak Jah yer.. nak merisik, nak bertunang, nak kenduri segala.. ayo..buat kerja kahwin mawin ni bukan mudah yu ols.. penat.. apapun dalam kepala hotak Jie ni dah terbayang betapa meriah dan happeningnya majlis itew nanti.. yelah kan, Mak Jah mana ada experience lagi sebelum nih.. kira yang pertama bagi dia handle semua.. harapkan anak dia sendiri yang kahwin tak ada pulak yang datang meminang.. wah confident semua anak Mak Jah perempuan nih..
yang penting, kenalah Jie turun padang.. em.. berdebar jugak..seronok pun ada..
17.4.07
Pastikan..
you ols! akak terkasimmmaaa nih.. pasai apa tatau?
alkisahnya pagi tadi, sapa yang yang bangang duk main2 hon pukul 5.50 pagi.. terus i ols automatik celik mata.. tapi duk guling2 dulu atas katil.. mandi, siap, kul 7 Jie dah gerak dari rumah nak pegi ofis..
** confident tak pagi2 dah buat poshy poshy? hiks
Jie sampai ofis sebelum pukul 8 ok hari ni.. kemas2 apa yang patut, then check email, tup tup Liza ajak Jie turun kafe, nak breakfast.. ayo, malasnya nak turun u ols.. bukan apa, sah sah akak hari ni diselubungi perfume Gucci Rush 2 ye kawan-kawan.. bila turun nanti confirm hilang bau Gucci lekat pulak bau kuih koci.. wah nak bagi rhyme sangatlah kan?
last2 turun jugak, mula mula takmo makan.. tapi tetap bangun hambek jugak mihun goreng ngan telur dadar.. sembang punya sembang tup tup kejutan.. akak terkujat tatkala menyuapkan mihun ke dalam mulutsss..
tiba tiba sajo dia duk ada depan mata.. wah apa Qah maksud? Jie pun apalagi, terus membawakan watak Dekna la kan? merelip gitew.. syahdu nyesss tengok muka dia pagi ni.. Jie rasa cam nak aje pindah meja, nak pi duduk depan dia, nak tengok muka dia sampai Jie puas.. oh my gowd.. GIRL GIRL KELIRU.. tapi GIRL GIRL SUKE.. masya Allah akak kena istighfar banyak2 nih..
yang penting dalam pada tengah makan tu tetap mata ini tak henti2 duk curi2 tengok muka dia.. yarabbi Jie tatau dah nak control mata ni macamana lagi.. duk jeling, duk intai, duk pandang, duk toleh.. ELOK NYA.. rasa macam nak aje ajak dia balik ipoh jumpa mak jah ngan pak zain.. pastu dengan confident Jie akan kata, ha mak, ni dia calon.. elok dak? chomei kan? wah angan angan kutub utara kutub selatan sangat.. *matilah tiada kena mengena..
tapi yang sedihnya sampai sekarang mahupun bila2 duk lagu tu je la.. tatau macamana nak mula kan? macamana nak approach dia tu you ols? GIRL GIRL PEMALU.. i ols desperate sangat nih.. takpe.. tunggulah.. Jie akan buat partnering dengan Kak Sherry (ingat bebudak AF5 aje ada Kak Sherry? i ols pun ada okies..) dan Jie kali inih akan cuba sehabis jaya.. satu hari nanti Jie akan pastikan saat Jie menunggu lafaz akad (wah motif sangat!), yang berjabat dengan tuan kadi itew ialah TINGKAT 19... BOLEH?
13.4.07
Satukan Semuanya
cerita 2: gementar menghukum kalbu
Jie: oh ye ke.. (tapi dialog dalam hati ialah "like i care?")
Jie dalam hati... WHAT??? NAK NASIHAT KAN APA?
Pak su: Salam Jie, apa habaq? ni ada kat mana nih?
Jie (dalam hati sibuklah hang!) : ni ada kat rumah Pak su.. baru balik kerja.. awatnya..
Jie dalam hati.. PASAI APA? TERUS SERTA MERTA AKAK DI SENTAPKAN...
cerita 3: PENAWAR SEMALU
masalahnya sekarang... YAKIN KE DIA BOLEH BUAT SEMUA ITEW U OLS? nan ado....
6.4.07
Karipap?
"ahlan ya harib ahlan ; tanda salam pembuka ; keluarga taulan saudara ; moga berbahgia.." wah start2 terus melodi ahlan ni.. * matilah spanish speku sajo...
sabtu lepas, Jie ada kat umah Mak Jah.. so seperti biasa, perut nan kimpy ini indah diisi dengan juadah juadah lazat dan berkrim.. wah tiba tiba..
sabtu lepas jugak, Jie sempat heret kakak kesayangan Jie itiew temankan Jie pegi shopping.. Jie konon konon nak beli jam.. dah lama Jie teringin nak beli satu jam GUESS nih, antek.. antek... tapi rega nya haiyo.. sama harga sebulan installment kerets Jie okies.. so bila dah masuk daripada satu kedai jam ke kedai jam lain duk usha jam itiew hati memang nak beli.. tapi, kalau Jie beli jam tu confirm Jie di "shadap"kan sampai hujung bulan... hiks..
sudahnya bila we ols dah tawaf satu Parkson Grand itiew bukannya jam yang dibeli uols.. Jie "terbeli" (wah terbeli sangatlah kan!) sandal dengan kasut u ols.. harga biasa2 sajo.. Jie mana mampu nak lawan kasut GUCCI YM Raja Ezwan itiew.. tapi oklah, Jie pun bukan senang nak cari kasut.. ala2 setahun sekali tukaq kasut atau sandal baru.. kut tidak duk usung la kasut vuruk tu ke sana ke mari..
lepas tu pusing2 lagi, masuk kedai buku.. apalagi kan.. sapa2 yang ikut Jie pegi shopping diingatkan, bila Jie masuk pulak kedai buku, alamat jenuhlah menunggu akak membelek buku.. dekat setengah jam jugak duk pilih2.. tau tau Jie dah pi bayaq.. tengok2 dalam beg duk ada 8 novel tebal2 yang ntah bila boleh dibaca uols.. yang penting, Jie memang suka baca novel.. so bila tiba hari jadi i ols kalau tatau nak bagi apa, ha, dah bagi klue ni.. *matilah hadiah hari jadi yang tak penah tiba dari **** ... sedey nyee...
apapun, malam tu masa Jie tengah baring2 dalam bilik, tiba tiba Mak Jah mai duk tepi Jie.. uuu.. uuu.. pasai apa tatau? hmm..
Mak Jah : "hang ni dah ada ka calon Jie?"
(Jie dalam hati: tu dia dah start dah!) mana ada mak oiii.. cheq tadak sapa pun la ni..awatnya?
** tiba tiba kenangan lama zast mencuit jiwa
Mak Jah: abah hang ni laa.. masa bila duk tanya mak, hang dah ada calon ka? lepaih tu duk kalut nak suruh hang kawen.. mana pi kawan2 hang masa belajaq dulu? depa dah nikah ka?
Jie: mana cheq tau mak.. lama dah tak kontek depa... biaq pi la.. cheq takmau la kawen lagi.. (sempat jugak Jie tarik muka sikit2)
Mak Jah: lantak hang la Jie ooi.. mak saja tanya.. ha, pi bangun, pi tolong mak Iti hang buat KARIPAP kat dapoq nuh...
(Jie dalam hati): Tu dia... tadi duk suh kawen, la ni tiba tiba suh cheq buat karipap? MOTIF SURUH AKAK KAWEN? laki cheq suka makan KARIPAP ka? ** pengsan
sapa nak rasa karipap cheq? ayo.. ** matilah kena gam!
29.3.07
mencari rezeki..
mana abah kau nih? mama dah penat dukung..
14.3.07
dah sedia? LINE CLEAR...
Sorie lah yu ols semuazz.. Jie tak sempat nak menulis, baru hari ni dapat mengalun rasa.. tiba tiba.. daripada hari Sabtu jadual fenuh.. ni nak habaq pi, malam Sabtu lepas Jie sempat lariikkk balik ke umah Pak Zain secara tiba - tiba.. masa itew dah kul 7pm tapi duk gigih nak balik jugak katanya.. jiwa terganggu la u ols.. tekanan perasaan sangat.. pasai apa ye tatau? *hiks
Jie sampai Jalan Duta kul 8pm, keluar tol Ipoh tepat 9.45pm u ols.. wah merempit sangat kaedahnya.. yang penting, Jie konon2 nak berenti kat Hentian Tapah u ols, tiba tiba ada road block pulaks.. wah akak takuts u ols.. Jie duk speed sampai 150km/j tup tup buatnya ditahan? Ayo laa kan..
Kat muluts tak berenti2 baca Bismillah segala, masa turn Jie pakcik polis tu pandang plat kereta Jie, wah dah rasa lain macam dah.. dalam hati habislah kali ni.. bising lah Tok Zain di rums itew nanti.. apa pun, dengan tidak disangka2 kereta Jie lepas ok.. wah.. tajuk album SYUKUR 21 sangat..
sampai aje rumah mak jah, tengok2 atas meja ada nasi hayam.. ayo.. dugaan buatmu sangat.. makan sajo.. bertambah jugak la sebab bukan nasi hayam beli u ols, masak sendiri ok.. habislah kimpy tak seakan berubah..
esoknya pulak Jie temankan mak jah pi pasar.. apa lagi kan? terus mintak mak jah sediakan sup ayam u ols.. bubuh kentang2 banyak2.. sedappsss so, tengahari itew Jie makan dengan bernapsukan Jin sangat.. hiks..
petang Ahad, Jie tak balik KL lagik.. memang daripada awal dah plan nak balik KL pepagi bute esok (Isnin). so sempat jugaklah sms situ sana sini then keluar dengan muka tak siap (tak sempat nak buang susuk pon okies) pi minum petang dengan Z.. yang penting, awal awal dah sound dia sebelum jumpa, ha, u jangan terkejut kalau muka i ala2 pondok buruk petang ni.. dia kata tak kisah.. yelah tu tak kisah kan?
apapun walaupun waktu tu dah jam 7, Jie tetap gigih berkaca mata bagai sebab nak cover muka.. hiks.. ada la cik puks duk sebelah meja duk pandang2, pastu kukik kukik gelak.. hm, mengata i ols laa tu.. kau hengat kau chantek? kalau warna tudung kau pun dah kuning kuning, jangan la nak duk gelak2 kan akak ok.. pi balik basuh tudung no!
balik dari jumpa Z, mandi, makan, tengok tv sambil bersms dengan ?????... uuu.. uuu.. rahsia.. haha.. kul 11pm Jie tido, pastu seawallah dondang pukul 5.30 pagi akak dah siap nak balik KL okies.. wah.. ngantuknya..
dalam hati tak larat sangat nak bangun, tapi disebabkan Jie kena attend course (2 hari okies) tetaplah gigihkan jua.. sampai Jalan Duta dah jam 7.45 pagi, jalan jammed uols.. ayo.. sengsara..
penat la u ols.. nak ambik choti aje rasanya.. esok boleh choti kut? pasai apa tatau? esok bos Jie takdak.. pi buat day trip ke Johor.. haruzzlah menggunakan kesempatan yang ada kan.. kut bangun pagi esok macam malas malasan.. nan hadolah jawabnya..
apapun, nak pesan.. u ols yang mengikuti AF5, jangan lupa no afundi ASWAD... LINE CLEAR uols.. hantarkan ke 32999.. hahah tiba tiba sajok? tasty Qah?
9.3.07
Kak G Diaries...
Kali ni pendek sajo.. 1st, credit to Boyz 86 sebab i ols dah tercurik avatar dia.. jangan marah yer dik.. yang penting semua gambar Kak G meletup letup katanya.. kalau nak dicompare dengan si A*** R** itew, alamat ketinggalan 5000 meter di belakang okies.. wah matilah aku pasni kena serang..
2nd, promosi lite lite untuk ;
.. temui saya di AC Di Sini, malam ini jam 9.30pm hanya di Astro Ria..
* HARUZZZZZ !
8.3.07
Tiada Kepastian
Wah dah lama Jie tak memunculkan diri dengan entry terbaru.. sori lah u ols semua yek.. akak sibuk.. yelah mana nak pikirkan karier lagi, rumah tangga lagi, anak - anak lagi.. wah tetiba feelin ada anak nih.. ada ke salur peranakan itew? *matilah pakar sakit puan.. hiks..
Yang penting, hari ni barulah Jie dapat menulis.. start dari hari Isnin lepas dah pasang niat nak buat posting tapi nan hado.. banyak kerja menanti.. sekarang ni, ha, bos Jie En M dah keluar ye kawan - kawan.. ada meeting di Putrajaya katanya.. i ols pun apalagi kan? teruslah tukar costume nak naik stage ok..
Banyak yang Jie nak kongsi dengan u ols semua.. so, kiranya membalas hutang yang seminggu tak hupdate, mrasalah korang membaca sampai ke titik akhir..
Alkisahnya Isnin lepas Jie, Kak Mis n Kak Deeba sempatina berlunchy lunchy di Ampang Park itew.. Jie sebenaq nya nak pi bank in duit sewa umah kat BSN, tengok2 BSN yang paling dekat dengan ofis Jie ada di Ampang Park (wah matilah SOT ofis Jie! SOT = semua orang tahu.. tiba tiba Rem nih!) so Jie hangkut lah dey ols temankan Jie pergi bank and then makan..
We ols then decide nak cik mak di Manhattan Fish Market.. okay sajo la kan? we ols ambik tempat kat luar, senang nak isrok lepas makan.. sebaik sajo Jie melabuhkan cik pungs Jie nan berukur lilit 36" ini.. tiba - tiba ZASSSSTTTT U OLLLSSS.. bertalu2 kenangan silam menampar akal dan jiwa Jie..
Seboleh - bolehnya Jie tak nak ingatkan lagi tapi entahlah u ols.. memang kita mengaku kita kuat, kita okey, kita dah totally get over it, dah tanak pikir2 kan lagi, tapi, kadang - kadang, kita tewas pada mainan perasaan u ols.. tak mungkin kita dapat menipu atau menidakkan sesuatu yang masih kita sayang.. wah matilah aku pasni kena smash.. matilah kak misya pasni ashik mengulang2 apa yang Jie tulis dalam nih.. waaa.. tidak...
Walaupun dah lama berlalu, kenangan bersama 'deiya" masih segar bugar dalam ingatan ini.. tak habis habis kan? habislah pasni pembaca laarikkk... hiks
buat 'deiya'.. this is how i feel..
bukan kecewa dipinggirkan / aku kecewa tiada kejujuran / bukan bersedih / disakiti / teramat pedih diri / dikhianati / sebelum kasih/ menjadi benci / aku memilih / berpisah di sini /
bila tiada kesetiaan / tak mungkin teguh pendirian / biar menangis / diketika ini / tidak rela mengemis / kemudian hari /
hilang kekasih / mungkin berganti / yang ku harapkan / teman sejati / sebelum kasih / menjadi benci / aku memilih / berpisah di sini /
Tutup cerita itew, kita bukak cerita lain pulak.. seminggu dua ni Jie macam rasa berdebar2, hati berdegup2 sajo.. Jie rasa macam Jie tengah excited nak tunggu something, tapi Jie sendiri tak tahu apa Qah yang Jie duk tunggu itew.. dari hari ke hari rasa bertambah excited.. apakah maksudnya u ols?
Dalam pada masa yang sama, bila Jie duk menunggu2 sesuatu yang tak pasti itew.. Jie rasa seronok sangat nak memulakan hari.. kalau dah balik kerja tu, bila dah malam, Jie macam tak sabar2 nak menunggu keesokkan harinya.. bila bangun pagi pun rasa teruja sangat.. entahlah u ols.. Jie pun pelik dengan perangai Jie nih..
MACAMANA NI U OLS?
boleh tak u ols tolong Jie.. agak - agaknya boleh tak u ols fill in the blanks ayat iniew ;
1. Jie sebenarnya rasa macam tak sabar nak habis kan sesuatu iaitu --------------- ? atau
2. Jie tak sabar menantikan ----------------?
THANKS U OLS..
1.3.07
berdua lebih baik
Kalau u ols baca ayat seterusnya nih kuat2 mesti u ols tau sapa qah dia Shalini itew..
"Hai.. Saya Shalini daqhi Jhitra.. Apa habaq?" Hiks.. ** terus keluar dialog Harian Metro katanya..
apapun tajuk album sampai ke hari tua pun tetaplah PELAMIN ANGANKU MUSNAH.. tapi.. apakah aktiviti itew uols? uuu.. uuu.. rahsia.. dan kalau lah Jie boleh muncul berdua lebih baik dengan A*** untuk join aktiviti tu haruzz lah ada pesta bunga api dalam hati Jie nih.. ayo....
Jie: walaupun dah 2 orang keluar dari perut, akak tetap maintain ok..
* berani mati tak statement?
26.2.07
C.B.K
2 harizz di kampung, hmm, kemalasan yaamatzz bila nak balik KL petang semalam.. wah motif tiba-tiba nak malazzz? ada sesuatu Qah? hiks...
seperti yang dijangka, bila balik confirm perut tak sempat berehat u ols.. ashik makan, makan dan makan sajo.. tajuk album tetaplah TAK TAHU BADAN KIMPY..
malam Sabtu, kul 8 Jie dah bersiap kat rumah bagai nak rak.. mandi manda, touch up apa yang patut, siap siap terus keluar.. tapi masalah nyess ialah Jie nak ajak sapa keluar nih? Ayo.. mengganggu gugat emosi sangat..
Jie plan nak keluar jumpa A***, tapi taklah pulak cakap kat dia daripada siang tadi, kan? So mencuba nasib sajo.. try hantar sms, ajak kuar..yang penting ayat akhir sms Jie ajak dia keluar itew berbunyi...
"APAPUN.. TIADA PAKSAAN.." wah reverse psikologi sangat laa kaedahnya..
Tup tup sampai ke sudah tiada balasan u ols.. Ayo laa kan.. Jie tak putus asa, tetaplah gigih nak keluar, penat bersiap takkan nak duduk di rums sajo? Idok le teman..
Sempat jugak pusing2 kat Ipoh Parade, konon nak cari CD dengan perfume tapi nan hado u ols.. Semuanya tak menepati citarasa Jie.. sudahnya.. masuk kereta balik, nak ke Kinta City pulak.. dalam perjalanan, terus tercapai akal nak sms Z**** pulak.. ajak dia keluar.. tengok2 dia call Jie balik, dia kata ok, jom keluar.. wah... TIDAK KU TERDUGA laa kan..
Berdebar2 jugak nak jumpa dia u ols.. al maklumlah last Jie jumpa dia sebelum raya tahun lepas.. takot jugak.. takot *CBK.. ha ha.. apakah itew *CBK? oopss
Jie ambil Z**** kat rumah dia, then we ols decide nak lepak2 kat OLDTOWN KOPITIAM.. so malam itew, Jie memunculkan diri di Greentown bersama Z****.. wah nasib baik tak ada paparazzi.. kalau tidak tajuk cover URTV bulan depan haruslah " JIE NAFI INTIM DENGAN Z****" wah boleh tiba-tiba? hiks
Apapun, malam pertemuan itu Jie dihujani pertanyaan demi pertanyaan daripada Z****.. antaranya soalan cepu cemas untuk Jie ...
1. yang penting dia tak habis2 tanya Jie ada jumpa A*** ke tak.. motif? dia tanya A*** keje kat mana la, ada ke A*** telefon akak ke, bila last jumpa A***.. akak pun apalagi, takkan nak membuka payudara di dada kan? ** MATILAH AYAT LUCAH.. hiks.. dalam pada Jie cuba tepis soalan dia tu, tup tup Z**** kata ada kawan dia nampak Jie dengan A*** keluar.. ha, kantoi... Jie diam sajo.. mengaku tak mengiyakan pun idak..
2. dia tetiba mintak tengok hp akak dik.. ayo laa kan? tup tup dia bukak gallery okies.. wah akutss.. yang Jie tak boleh lupa dia tengok gambar "orang tu" and terus tanya SIAPA NIH? wah lagi sekali akak ter"shadap" kat sitew u ols..
3. tak habis lagi pasal A***, dia tanya ada tak A*** datang KL jumpa Jie.. kalau ada pun, takkanlah Jie nak bagitahu dia kan? takkan Jie nak mencari bala.. konsep tetap KU MEMBISU..
apapun pertemuan malam itew sedikit sebanyak mengundang nostalgia lama.. dan sepanjang malam itew jugak Jie tertanya2 apa ke mana arah "kami" selepas ini..
.. semuanya kerana CBK... yesses u ols.. CBK..
CINTA BERPUTIK KEMBALI...
* matilah pasni kena kutuk *
23.2.07
Hari Ini
Yang penting hari ni akak half day.. nak balik umah pak zain petang nanti, nak tenangkan fikiran.. wah tiba tiba nak tenangkan fikiran..tak habis2..
Yang paling best jugak, bila dapat balik umah pak zain, selera makan terus membuak buak.. Yelah air tangan Mak Jah buat perut Jie senantiasa lapar u ols.. bukan hari2 dapat makan masakan dia kan.. dah tu pulak sebut aje tekak teringin makan apa.. tahu tahu aje dah ada depan mata..
paling istimewa resipi rendang ayam dia.. fuh kecur liur.. apa yang sedap tak tahulah, tapi kalau makan mesti bertambah2.. dari dulu Jie kunun2 nak belajar resipi rendang ayam tu tapi sampai sekarang nan hado peluang nyess u ols.. tapi jangan risau, Jie make sure satu hari Jie boleh masak rendang ayam setanding rasa macam mak Jie buat itew.. yelah, boleh jugak buat menjamu uuu..uuu.. rahsia ataupun bakal mak mertua Jie yang berada di ******* itew.. wah mamfus kalau mak akak baca dik.. gatai benor bunyinya.. hiks..
~ LINDUNGKAN SALJU CINTA.. ~
22.2.07
Keazaban Itew...
Alkisahnya tadi bos Jie, En M, ajak Jie temankan dia pegi KWSP.. mula2 pagi tadi dia panggil Jie mengadap, katanya ada masalah pasal caruman company dia, pastu dia kata Borang A yang Jie fill up tu ada satu nama staff dia yang Jie salah tulis.. wah takutssss.. matilah akak kena carut pagi ni..
yang betulnya staff dia tu nama mohd sabri tapi i ols dengan confident tertaip ahmad sabri u ols, Jie pulak tak perasan, terus submit sajo borang itew, kalau dia marah Jie pun Jie redha...tajuk album dah tentu KESILAPANKU KEEGOANMU kan? hiks..
wah lega akak dik.. nasib baik hari ni angin bayu bertiup sepoi2 bahasa kata.. buatnya dari pagi tadi angin lintang, kena pulak akak terpetik suis angin puting beliung.. ha, confirm la kan terpelanting u ols..
so, bila tengok mood dia ok, akak pun sarung costume, dan dan tu jugak terus start tarian Pesta Keamatan katanya (matilah main sebut sajo.. hiks)
Jie : "lenggang , lenggang, lenggang ala lenggang kangkung.."
So, tengahari tadi Jie pun muncul di KWSP Jalan Raja Laut dengan En M, bos Jie itew.. punyalah ramai manusia datang KWSP hari ni u ols.. motif sangat.. selesai urusan di KWSP duk sibuk temankan bos Jie pegi bayar bil segalaaa..
On the way we ols nak balik ke parking kereta, ada budak mana ntah datang nak tegur Jie, nak jual buku agama katanya.. Jie dinch pandang, tapi sempat jugak jeling tajuk buku itew.. AZAB DOSA DOSA BESAR katanya.. budak tu pulak instead dia nak tegur Jie, dia tegur bos Jie la kan kaedahnya...
"BANG, BELI BUKU BANG" budak tu bersuara sambil tunjukkan buku itew kat bos Jie.. Jie diam sajo.. ala2 redha menerima sebarang kemungkinan..
nak tahu bos Jie balas apa?
"ISH TAKOT! TAKOT! SAPA NAK BELI BUKU TAKOT TAKOTKAN ORANG?
bos Jie terus blah u ols..
ayo.. nangislah budak tu kena SMASH!!!
(Jie dalam hati: baik kau jual buku lain dik.... azab kau jual buku tu.. ayo!)
21.2.07
Ke Syurga Cinta
Helo Kuala Lumpur, helo Shah Alam, helo Lenggong (wah tiba-tiba sajo Lenggong katanya... uupss)
dah lama Jie tak menulis kan u ols.. maka, dengan itu rasain membaca posting Jie nan sekali sekala nih pelan - pelan okies u ols.. hiks.. tapi kali nih Jie main taip sajo apa yang terlintas dalam palotak Jie nih.. so letsie beginsss..
4 hari choti CNY, tak balik kampung.. stay Ukay Perdana sajo.. wui.. bengong bengong air jugak jadinya.. hiks.. boring yaamats.. petang Ahad tu Jie tertidur, bangun lebih kurang pukul 6.50pm, indeks keboringan dah ditahap terlampau dah.. terus mandi konon2 nak balik umah pak zain nih..
habis aje mandi, dah kul 7.15pm, Jie tercongok atas katil balik.. nak balik ke idak nih? pikir lagi.. pastu dah nak kemas beg, dah nekad nak balik umah pak zain jugak katanya tapi tetaplah tajuk album BERBELAH BAGI.. tup tup Jie dah terbaring sajo atas sofa depan tv layan Buletin Utama bersama Kak Deeba.. bengong kan? hiks
apapun Jie memang dilanda sindrom TAK TENTU ARAH semenjak dua menjak nih.. semuanya kerana.. u u .. rahsia..
entahlah u ols.. kalau boleh tak hingin Jie kenang kembali kisah duka ulang berulang itew.. wah tiba tiba kan? kali nih Jie nak explain kat teman2 yang duk asyik mengimbau kenangan Jie pada si dia..
" Moga matamu bila kejauhan.. terserlah laaaahhhhhhh"
7.2.07
Sentapan Nurani
fed up dan fed up dan fed up dan fed up..
bangun pagi tadi pun dah rasa ayo malazzzz yaamatzzz.. mata dah celik tapi boleh pejam balik dalam seminit dua.. tapi tajuk album tetaplah KU TERUSKAN.. mandi, siap pakai baju, turun dan masuk kereta, terus ke pejabat..
kalau nak diikutkan hati, ayo laa kan.. haruslah i ols bertapa sajo di atas tilam.. tapi demi memikirkan karier, masa depan dan nama baik Jie (wah statement berani mati sangat!) tetaplah Jie gagahi jua menuju puncak ke tingkat 21 itew..
pasai apa la Jie fed up nih? ni mai sini cheq nak story.. dengaq betui - betui na..
hari nya isnin. bos Jie dah tanya pasai 2 cheque subcon.. Jie pun carilah.. cheque tu ada ataih meja sorang manager (J) ni.. so Jie habaq kat bos Jie, tu dia, ha duk ada ataih meja si J nih bos.. so bos Jie tanya pulak awatnya lama sangat duk si J tu simpan cheque lagu tu? automatik la Jie geleng2 ala2 pasai apa tatau? oopss...
besoknya selasa (semalam) bos Jie tanya balik, mana dia cheque tu Jie ooi? Jie teruslah habaq yang cheque tu duk parking baik punya atas meja J. Tup tup bos Jie smash Jie.. J habaq kat dia (bos Jie) cheque tu dia dah pi hantaq kat akaun.. mana satu betui nih Jie? Jie dah tak sedap hati dah.. takkan mata cheq ni dah "kero"?
Jie terus lumba lari pi tengok ataih meja si J nih.. hah tu dia u ols.. cheque tu still ada ataih meja dia.. lagu mana pulak si J ni habaq kat bos Jie yang cheque tu dia dah pi hantaq kat akaun?
Jie terus salin no cheque dengan amount cheque tu tunjuk depan bos Jie. muka masa tu jangan cakap la kan.. dah macam muka didie alias dalam cerekarama sebuah ijtihad u ols.. bos Jie boleh buat selamba dek sajo.. padahal dah terbukti yang dia patut smash si J bukan Jie okies.. aduh sakitnya hati..
alkisahnya lepaih tu teruslah puaka tebing biru dalam badan Jie ni keluar u ols.. kalau si J tu ada depan Jie haruslah Jie bersuara tak pakai key Adibah Nor dah.. Jie terus naik key Gemilang Jaclyn Victor katanya.. sialan punya Jinjang..
lagi satu yang buat Jie mengalami sentapan nurani ialah sebab bos Jie mati2 tak percayakan cakap Jie pasal cheque atas meja J tu.. Geramm..
helo En. M, dah 4 tahun dah Jie kerja dengan u and alih alih u percayakan lebih cakap si J nih daripada Jie? memanglah benda ni benda kecik, tapi pokok pangkalnya pasal kepercayaan you terhadap Jie.. takkan 4 tahun still tak percaya lagi dengan apa Jie cakap? nak suruh Jie cakap macamana lagi? pakai bahasa isyarat pulak ke? apapun, Jie memang dendam kat si J tu.. nak kena bomoh agaknya si J nih.. Biadapppppp..
yarabbi dah berjela dah amarah Jie ni.. baik Jie stop dulu.. tapi masa menaip ni pun masih ada lagi geram kat si J tu.. tunggulah hari kau.. sekali Jie kena smash, Jie akan make sure si J kena smash 10 kali pulak.. (terima kasih pada prinsip kak deeba.. hiks)
Jie: Siap la kau J... Jie akan menuntut ilmu serangan puaka dari dr.bailey...
6.2.07
Berbagi SMS
5 feb 2007, 11.56 am
Tiba tiba sajo handphone Jie berbunyik u ols.. ada sms masuk katanya.. bukak inbox sajo.. wah rasa nak pitam.. sebab apa tatau? hiks...
Jie sangat, sangat, sangat dan sangat terkedu dan terkujat seketika menerima sms nan satu itew.. ala2 kena kejutan elektrik bervoltan kecil.. tajuk album MENGAPA TIBA - TIBA SAJOK?
Dah berzaman dia tak hantar sms kat Jie tup tup semalam dia tergerak hati nak hantar? but why u ols? WHYYYYYYYYY? wah intonasi drama Mentari Jingga sangat.. hiks..
So dekat 5 minit jugalah Jie ala ala ter"pause" dek kerana text messaging itew... confirm malam nih kakak kakak di rums itew akan checking2 handphone Jie sebab nak cari and baca sms dari ***** itew kan kakak? Cekap okies kakak kakak kesayangan Jie itew.. penyiasat handalan sangat..
Apapun sms dari ***** tetaplah membuatkan Jie tertanya - tanya seharian.. sampai lah waktu nak melelapkan mata malam semalam pun Jie duk pikir berulang ulang ulang ulang kali.. kenapa, apa, mengapa, bagaimana segala..
Kalau nak diikutkan antara kami dah pun melangkah meneruskan hidup selepas Jie mengambil keputusan mengundurkan diri ala ala PUTUS TERPAKSA gittew.. tapi sekali sekala kenangan lama tetap menghambat hidup Jie.. yelah u ols bukan mudah nak melupakan terus.. Kadang kadang tersinggah juga memori silam di kamar hati.. wah jiwangnya.. terus Jie rasa geli leher tiba tiba..
Sampailah ke waktu ini Jie tak balas lagi sms itew.. kalau ikutkan rasa, pantas saja jari jemari ni nak menaip balasan tapi.. biarlah dulu.. Jie tanak di kemudian hari berlaku penyesalan ataupun malu sendiri u ols..
Tak kisahlah, Jie sekadar nak meluahkah rasa hati Jie di sini.. yang penting i ols tak sabar nak nonton QKQI hari Jumaat nih.. lepas kerej sajo i ols akan muncul di pawangam untuk sessi sedih sedih bersama kak kyra.. mahu ikut? YUK!
Jie & Kak Kyra : Jumpa kami di TGV Jumaat ini okies...
2.2.07
Semalam di Kuala Lumpur
wah motif hari ni Jie buat "opening act" ala - ala Christine Ling? oops sapa tu tatau?**
kalau u ols nak tahu semalam Jie, Kak Deeba & Kak Misya tiba tiba sajo ada aktiviti hari melawat Kuala Lumpur..
dah pusing MID VALLEY - OU- THE CURVE - IKEA segala tapi at last pegi AMPANG POINT? Biadappppp....
Teringat2 pada ........ *sayu..
Jie: confident tak mata kaler hijau nih? hiks **
























