12.6.07

GELISAH MIMPI


yang penting dah 8 hari tak hupdate.. tetaplah tak serik2 kan? malam Ahad lepas, tiba tiba sajo Jie boleh termimpikan si R itew.. waa.. sentap.. kenangan lama u ols.. lepas bangun rasa "kehilangan" sangat.. terus i ols gigih mencari cd Liza Hanim, nasib jumpa kat celah mana ntah, tau tau Jie dah terlentuk tepi cd player melayan Gelisah Mimpi.. tetap nak pose pose lit lit..

kalau u ols masih ingat, Jie pernah mention pasal R iniew pada entry mana tatau? hiks.. flashback: R itew ialah junior Jie masa belajar dulu.. dan Jie pernah "TER"taste kat dia.. wah boleh "TER" nih? matilah ALL CAPS..

so kali ini Jie nak share antara kisah kisah manis Jie dan R suatu kala dulu.. tajuk album tetaplah feelin feelin ada V***** wah apakah V***** itew tatau? matilah istilah organ seks katanya..

awal 2002.. Jie first nampak dia.. masa itew Jie nak pi dining hall, nak makan, tup tup dia lalu tepi Jie.. konsep pandang pandang jeling jeling je la kan.. Jie ingat lagi, dia pakai baju putih, short adidas warna hitam, baru lepas main bola katanya.. tup tup dia lepak kat tepi laluan yang Jie nak lalu sambil buka baju u ols.. ayo akak terkesima la jugak sekejap tapi tetaplah kena maintain catwalk masuk dalam dining itew..

kemudian, start daripada hari itew roomate Jie dapat tahu Jie suka kat dia.. tiba tiba satu hari roomate Jie nih ajak Jie pi makan kat luar, Jie pun pegilah.. Jie tak la bersiap "berani mati kan".. lip gloss pun tak pakai nih..konsep konsep natural gitew.. tup tup si R ada sekali u ols, i terkejut beruk.. rupa rupanya roomate Jie nih ajak dia jugak, kunun kunun nak buat surprise.. memang la surprise.. tapi muka GIRL GIRL masa itew muka tak siap okies.. binatang sangat taw.. masa tulah kiranya first time Jie dapat sembang dengan dia.. barulah tahu biodata dia segala.. bila dah tahu lagilah akak taste kan.. hiks..

yang penting si R tetaplah berasal daripada utara.. asal calon jodoh sajo mesti sangkut dengan orang Kedah.. ayo, pengakuan Qah itew? motif?

sejak daripada sembang2 itewlah we ols makin hari makin rapat.. ramai jugak budak batch Jie (dan batch dia jugak) yang duk pandang2 semacam bila Jie keluar dengan dia tapi whuzz carezz la kan.. tajuk album CINTA ITEW BUTA.. wah boleh? yang nyata, Jie mahupun dia tak pernah CUBALAH UNTUK DECLARE perasaan masing masing... paham sendiri2 sajo.. yelah, takkan akak nak start? akak perempuan.. wah.. confidentnye.. patutnya dia la mulakan ye tak? Jie rasa dia segan kut.. sebab i ols ni berumur sikit daripada dia.. (kalau ikut umur sekarang Jie 27, dia 24.. ok hapa?)

masa semester break ialah masa yang paling sukar sekali.. yelah tak dapat jumpa.. nak call pun dia takde lagi handphone masa tu.. dia pulak tak duduk rumah parents dia, pergi kerja kat Perlis.. so i ols terkontang kanting sensorang menunggu panggilan.. yang penting, dia akan cuba call Jie dari Perlis itew.. pakai public phone.. kesianlah.. Jie pernah cakap kat dia, tak payah call, mahal, dia kata takpe.. kalau tak call nanti "orang tu" risau pulak..wah akak terbang ke LANGIT BIRU sangat..

bila habis break, kira hari esoknya nak daftar, malam tu Jie dengan dia dah jumpa dah.. masing masing dah janji dah balik kampus awal.. konon konon tanak kelam kabut tapi hado.. rindu punya pasal sanggup tiba sehari awal kat kampus nih.. BERCHENTA TAK HENGAT nih.. tapi tak DECLARE ok.. * redha sajo..

ada satu hari itew, Jie keluar pegi BG, sehari suntuk jugak, tak sempat nak cakap dengan dia, kiranya Jie keluar dari pagi sampailah ke malam (sebab takde kelas) tup tup masa Jie balik kawan2 dia beritahu yang dia tak senang duduk, gelisah, tanak makan, ashik berulang balik ke hostel Jie sebab nak tahu Jie pegi mana, dah selamat balik bilik ke belum.. yang herannya tanak pulak dia call handphone Jie? motif? paling kelakar kalau Jie tak balik kampus malam tu dia nak buat report.. hahaha.. WOMEN tak akak dik?

and yang paling menyentuh emosi ialah bila i ols final year dia baru third year.. "ku mengerti, perpisahan ini, bukan kerana kau membenci" haiyo.. bila muncul detik perpisahan kerana semester break yang tiba dan yang pastinya untuk next semester Jie tak akan kembali lagi (unless Jie failed paper kan) TUHAN saja yang tahu perasan kami ketika itew u ols.. malam sebelumnya Jie dapat kad dan jam daripada dia (sampai sekarang Jie simpan kad itew ok..) dan kata2 puitis di dalamnya Jie kenang sehingga kini..

Apapun sebelum berpisah we ols sempat ke Cameron Highland sehari sebelum balik ke rumah family masing masing.. kalaulah dapat diulang saat indah itew.. Jie dilayan BAGAIKAN PUTERI sangat.. dapat bunga, dapat strawbery, dapat teh.. motif bagi akak teh uncang? hiks.. yang penting, itulah sejarah first time Jie dipeluk, terpeluk dan berpeluk.. tapi masa hambik gambar aje tau.. tak leh noti noti.. tajuk album tetap Sesuci Lebaran..

dan bila Jie kerja, dia pulak masih belajar, hubungan yang dulu HANGAT jadi DINGIN.. pasai hapa tatau? tak tahu salah siapa kami masing masing jadi beku.. no calls, no sms, no nothing.. Silap Jie kut, sebab Jie nih bukannya jenis yang suka atau tiap2 hari nak call, Jie prefer sms sajo, nak call boleh tapi takdelah sampai sehari 20 kali call kan.. nanti akak RIMAS dik.. tak tahu siapa yang berubah hati..

kalau nak diikutkan dah lebih 5 tahun Jie tak jumpa dia, last sekali Jie ada sms dia masa raya lepas, dan dia balas.. tapi cara dia balas itew boleh agak, dia dah takde hati kat Jie.. wa.. sedih..

tapi Jie tetap menaruh harapan, satu hari nanti Jie akan cari dia.. Jie nak tengok dia depan mata ini sendiri dan Jie nak tanya dia..

apakah pertanyaan itew uols?

"AWAK INGAT TAK APA AWAK TULIS DALAM KAD YANG AWAK BAGI KITA TU? KENAPA AWAK MUNGKIR JANJI?"

* matilah skrip drama RASHBIR sangat kan!

No comments: