7.2.07

Sentapan Nurani


fed up dan fed up dan fed up dan fed up..

bangun pagi tadi pun dah rasa ayo malazzzz yaamatzzz.. mata dah celik tapi boleh pejam balik dalam seminit dua.. tapi tajuk album tetaplah KU TERUSKAN.. mandi, siap pakai baju, turun dan masuk kereta, terus ke pejabat..

kalau nak diikutkan hati, ayo laa kan.. haruslah i ols bertapa sajo di atas tilam.. tapi demi memikirkan karier, masa depan dan nama baik Jie (wah statement berani mati sangat!) tetaplah Jie gagahi jua menuju puncak ke tingkat 21 itew..

pasai apa la Jie fed up nih? ni mai sini cheq nak story.. dengaq betui - betui na..

hari nya isnin. bos Jie dah tanya pasai 2 cheque subcon.. Jie pun carilah.. cheque tu ada ataih meja sorang manager (J) ni.. so Jie habaq kat bos Jie, tu dia, ha duk ada ataih meja si J nih bos.. so bos Jie tanya pulak awatnya lama sangat duk si J tu simpan cheque lagu tu? automatik la Jie geleng2 ala2 pasai apa tatau? oopss...

besoknya selasa (semalam) bos Jie tanya balik, mana dia cheque tu Jie ooi? Jie teruslah habaq yang cheque tu duk parking baik punya atas meja J. Tup tup bos Jie smash Jie.. J habaq kat dia (bos Jie) cheque tu dia dah pi hantaq kat akaun.. mana satu betui nih Jie? Jie dah tak sedap hati dah.. takkan mata cheq ni dah "kero"?

Jie terus lumba lari pi tengok ataih meja si J nih.. hah tu dia u ols.. cheque tu still ada ataih meja dia.. lagu mana pulak si J ni habaq kat bos Jie yang cheque tu dia dah pi hantaq kat akaun?

Jie terus salin no cheque dengan amount cheque tu tunjuk depan bos Jie. muka masa tu jangan cakap la kan.. dah macam muka didie alias dalam cerekarama sebuah ijtihad u ols.. bos Jie boleh buat selamba dek sajo.. padahal dah terbukti yang dia patut smash si J bukan Jie okies.. aduh sakitnya hati..

alkisahnya lepaih tu teruslah puaka tebing biru dalam badan Jie ni keluar u ols.. kalau si J tu ada depan Jie haruslah Jie bersuara tak pakai key Adibah Nor dah.. Jie terus naik key Gemilang Jaclyn Victor katanya.. sialan punya Jinjang..

lagi satu yang buat Jie mengalami sentapan nurani ialah sebab bos Jie mati2 tak percayakan cakap Jie pasal cheque atas meja J tu.. Geramm..

helo En. M, dah 4 tahun dah Jie kerja dengan u and alih alih u percayakan lebih cakap si J nih daripada Jie? memanglah benda ni benda kecik, tapi pokok pangkalnya pasal kepercayaan you terhadap Jie.. takkan 4 tahun still tak percaya lagi dengan apa Jie cakap? nak suruh Jie cakap macamana lagi? pakai bahasa isyarat pulak ke? apapun, Jie memang dendam kat si J tu.. nak kena bomoh agaknya si J nih.. Biadapppppp..

yarabbi dah berjela dah amarah Jie ni.. baik Jie stop dulu.. tapi masa menaip ni pun masih ada lagi geram kat si J tu.. tunggulah hari kau.. sekali Jie kena smash, Jie akan make sure si J kena smash 10 kali pulak.. (terima kasih pada prinsip kak deeba.. hiks)


Photobucket - Video and Image Hosting

Jie: Siap la kau J... Jie akan menuntut ilmu serangan puaka dari dr.bailey...

No comments: