5.9.07

Impian Illyana (tetaplah tajuk tiada kena mengena)

malam semalam Jie tak dapat tidur.. dah masuk tidur awal ni, pukul 11pm, kalih kiri kalih kanan, tukar bantal, slowkan kipas segala (sejuk yu ols) tapi mata Jie iniew masih belum mahu pejam.. ntah berapa kali Jie bangun keluar masuk cik toi, baring balik tapi tetap dinch dapat cik tid..

tukar posisi pulak, kalih baring belah kiri.. tup tup Jie nampak muka BC tengah buat2 kiut tengok Jie.. terus Jie senyum TERTUNDUK ALLUZZZ.. terus feelin2 DW ada kat tepi Jie terus automatik keluar dialog iniew : DW, tengok tu BC usik kita.. dia senyum2 pulak.. (Adui confirm Jie kena jumpa pakar jiwa.. angau tak hengat dah ni..)

so, disebabkan mata ni degil sangat nak lelap, Jie keluar balik lepak kat living hall, isrok sambil kak Deeba & kak Mis gigih menonton movie sampai emo emo di hadapan tv.. dalam 15 minit lepas itew Jie masuk bilik baring balik.. konon2 dah bolehlah nak tido tapi tidakkkk juga.. ayo.. masalah apakah yang membelenggu Jie iniew yu ols?

Jie pun tak tahulah pukul berapa terlelap semalam cos bila Jie dikejutkan oleh hon kereta siapa ntah pagi tadi dah pukul 6.35am.. tapi tetaplah baring balik sampai 6.50am.. itew baru betul bangun.. mandi.. termenung sekejap dalam bilik mandi sambil pikir2 hari ni nak buat apa.. yang penting bos kesayangan Jie tiada di ofis.. 2 hari trip pegi site.. haruslah hari ni dan esok tajuk album akak MERIAH DI HARI RAYA kan?

hari ni pun Jie pakai jeans sajo ke ofis.. confident sajo.. kalau sapa2 tanya nanti Jie cakap sajo kena turun site.. apapun pagi tadi sempat breakfast dengan Kak Mis.. macam2 yang Jie mengarut tadi.. salah satunya we ols bersembang pasal hari raya.. Tup tup Jie angan angan raja ema nak bawak DID balik umah Mak Jah & Pak Zain tahun ini untuk beraya.. wow.. mesti seronot kan? Hiks..

Yelah, dia pun pandai membawa diri.. so taklah dia terkejung sorang2 nanti kan? boleh la dia tolong Mak Jah bakar lemang, pasang pelita segala, malam boleh ikut Pak Zain pegi terawih.. yang penting tajuk album dia kenalah berKAIN PELIKAT laa laa laa laa.. SARUNG PELIKAT laaa laaa laa laa.. ayo Jie taste... uupsss...

sukanya kalau dapat bawak dia balik betul2 kan? harus lah di pagi AIDILfitri Jie lengkap berkebaya Rizalman akan salam cum tangan dia mintak ampun maap.. sambil menitiskan AIRMATA SYAWAL wah berangannya.. dan yang paling penting, bila mak mak sedara, sepupu sepapat atau mana2 yang gatal2 mulut itew tanya ha, kawan si Jie tu keje apa yea?

DARIJAUH KU POHON MAAF akak terus capai mic tapi letak kat atas dahi (ala2 style JAC) sambil hit note G#..

ENGINEER sajo... * Ooopss


~ sekadar gambar hiasan... uppsss...

4.9.07

Wanita Ini.. (wah tiba tiba Wanita Ini..)

kadang kadang bila dah buat sesuatu pilihan kita jadi ragu ragu samaada pilihan yang kita buat itew betul atau tidak,kan? wah tiba tiba akak start posting ala2 skrip drama rashbir pulak? ayo.. matilah setiap scene yang ada minuman airnya warna sama sajo.. dari awal hinggalah tamat drama itew...

nak dijadikan cerits, lewat kebelakangan iniew di samping aktiviti ada menyokong pasukan B23 Malaysia di stadium akak gigih memenuhi undangan interview di situ sana sini u ols.. kalau direkodkan attendance akak kat opis sepanjang 2 minggu ini buruk bebeno rasanya.. kejap2 hilang balik awal (sebab nak tengok game) kejap2 hilang pegi interview.. kejap2 masuk lambat, kejap2 mc, kejap2 EL.. ayo nasib tak kena smash.. kalau kena smash harus akak dishadapkan serta merta, kan?

alkisahnya, pagi khamis lepas, bila akak dah sampai opis akak dapat satu call dari satu well known company nih.. mintak akak datang interview.. malam sebelumnya memang akak dah diberitahu akan ada interview, tapi esoknya (khamis) orang HR itew akan inform akak balik interviewnya pukul berapa.. so akak SEINDAH BIASA sajolah, dah masuk opis tu dengan konsep LENGGANG MAK LIMAH, pose2 dulu then turun minum..

sesampai sajo akak kat cafe bawah tup tup orang HR tu call.. suruh akak datang before 10am.. konon2nya bos dia yang akan interview akak ada full day meeting after 11am.. ayo laa kan.. terus akak naik balik, ambik handbag (wah.. handbag AIGNER kah? oops!) dan akak terus IMPAK MAKSIMA atas jalan menuju ke Chase Perdana u ols.. selesai isi borang segala, akak ditemu bual lite-lite Sugi oleh VP dia, Puan M.. tapi kali ni dalam hati akak tak menaruh harapan pun.. betul.. kadang kadang kita bila pergi interview kita taruh harapan tinggi untuk dapat tapi perasaan akak masa itu ialah saja datang suka suka..

tup tup sejam lepas tu akak dapat call, akak dapat kerja tu.. wah emosi semalam pun belum habis (wah apakah emosi semalam? uuu..uu.. akak sayu tengok DW mengalirkan air mata kemenangan nya u ols.. terharu sangat dengan kejayaannya itew.. OOPS iklan!) dan dan itew jugak akak terkesimaaa.. memang tak expect pun.. tup tup dapat? Ayo DUGAAN BUATKU sangat..

akak balik ofis, terus membuat sidang akhbar depan semua kawan2 akak.. masing2 memberi respon.. semuanya menyokong penghijrahan akak di tempat baru.. ayo..

akak bukan apa u ols, bila dapat kerja baru yang paling susah ialah nak membuka mulut kat bos akak untuk beritahu dia akak nak resign.. untuk pengetahuan semua bos akak sekarang ni pun memang nak resign, dulu dia penah sound akak, dia kata biar I pegi dulu, nanti I panggil.. tup tup nanti kalau akak cakap kat dia akak pun nak BELAH tak ke dia akan bersuara KAU NI TAK SABAR EK? tu yang akak tanak tu..

hm.. entahlah.. dalam pada itew akak telah pun bersetuju untuk accept offer tu bila company baru tu call.. boleh?

sekarang ni akak rasa, yang boleh tenangkan hati akak ialah DW.. akak nak sangat dia dengar luahan akak dan kemudian dia boleh nasihatkan akak.. tapi NAN HADO laa kan?

Ayo... akak tensi..

Wanita ini yang selalu memuja mu.. selalu.. tanpa ragu.. wanita ini yang selalu menyinta mu.. tanpa jemu..

** hmm.. nak DW! NAK DW!!!! UWAAA

16.8.07

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban

alkisahnyess malam semalam Jie dengan kak Deeba kau 'landing' depan tv.. Jie kalau hari Rabu memang tak lepaskan peluang menonton rancangan Bersama Mu.. so malam semalam ayo akak tersentap sangat..

episod malam semalam membawa kisah sekeluarga di felda padang piol, jerantut pahang (wah ayat karangan budak darjah 5 sangat ok!).. muls muls tengok dah sedih, mak dia (ibu kepada 5 orang anak) buta u ols.. rumah takde bekalan air bersih, elektrik apatah lagi kan.. so akak kagum dengan ibu malang itu.. walaupun cacat penglihatan tapi tetap gigih menuruni tebing dan cerun semata mata nak ambik bekalan air di sungai.. akak takut sangat tengok dia terduduk duduk tepi tanah mencangkung masa turun bukit itew uols.. kalau jatuh gi mana? *nangis*

then si produser telah menginterview anak pompuan dia yang sulung.. dah berumur 13 tahun.. yang paling menyentuh hati bilamana anak itu ditanya begini..

"Apa yang adik teringin nak makan?"

"Hmmm.. KFC" , jawab budak tu..

"Kenapa KFC?", tanya minah penerbit itew..

Nak tahu budak pompuan tu jawab apa?

"Sebab kawan ada2 cerita.. SAYA TAK PERNAH MAKAN...", dan sambil jawab dia menunduk muka ke bawah..

Oh my god.. aduh uols.. hati akak masa tu meruntun runtun.. kesiannya.. dah 13 tahun hidup tapi tak pernah rasa makan KFC..

bergenang airmata akak u ols... dan sebelum episod tamat, hajat budak pompuan itu tercapai.. mereka dibeli KFC dan barulah mereka merasa makan ayam goreng itew..

Ayo akak sampai sekarang masih terbayang raut wajah budak tu u ols.. kesiannya hidup dia.. so, pesanan akak.. kepada yang rasa ingin membantu.. bolehlah taip Tabung2, Tabung5 atau Tabung10 dan hantarkan kepada 33533 (Tabung Bersama Mu TV3)

hulurkan tangan, ringankan beban.. (sambil menyapu airmata yang masih berlinang di pipi nan berkrimkan DIOR iniew... jangan marah ha..

15.8.07

Separuh Masa

SEPARUH MASA katanya... yang penting Jie saban hari (dah dua tiga empat lima hari inizzz) asyik masyik duk ulang lagu THE LIMA itew.. akak suka dik.. very the catchy part chorus itew..

memetik kata Datin Kyra Dato' Dr. Haji Ariffin (kalau tak sebut nama penuh nanti i ols takoot kena saman) a.k.a KETUA PUTERI ABIM Cawangan Titiwangsa (matilah akak kena azan tepi telinga nanti..oops) Jie suka mengaitkan kisah hidup dengan lagu.. HARUZZZ lah temanya dik.. tajuk album tetaplah AKU DIA DAN LAGU.. dan dengan itu i ols relatekan lagu iniew untuk tatapan para peminat semua.. wah confident kan ada peminat?

SEPARUH MASA U OLS...

dulukan telah diberitahu
jangan mengganggu di hujung minggu
nanti dia akan tahu
rahsia kau dan aku

(ayo u ols, siapalah yang Jie suruh jangan mengganggu di hujung minggu itew? Ada ke? dengan siapa pulak akak berahsia nih? Matilah skandal..)

kita sudah saling setuju
berjumpa hanya bila perlu
kerana kita sudah punya teman istimewa

(siapa Qah yang bersetuju itu uols? Berjumpa bila perlu laa sangat kan.. Malazzzz.. yang penting dua dua dah ada teman istimewa? Motif akak curang? Opppsss)

ku hanyalah kekasih separuh masa
separuh lagi cinta untuk dia
janganlah meminta lebih daripada itu
ku hanyalah kekasih separuh masa
dari senin sampai jumaat saja
jangan pula kau berharap berdampingan selalu denganku

(terus keluar statement nih.. tetap sedar di mana letak diri ini.. hanya kekasih separuh masa.. so jangan nak feeling2 sangat.. tetap kalah di garisan akhir.. tapi cerita lain pulak kalau Jie every month 7 hari atau lebih dilihat setia bersama Kotex.. haruslah masih layak berlumba kan?)

jika kau tak terima kabar
bererti dia ada di sini
jangan gatal meninggal pesan
curiga dia nanti

(yesses.. rangkap iniew sesuai dipraktikkan bila i ols pulang ke kampungsss.. haruslah siapa yang sms dulu dapat dulu kan? matilah Tragedi Oktober di Ipoh Parade.. akak kantoi dik.. sapa nak jawab?)

tak perlu kata kata manja
itu sudah sering ku dengar
dari dia yang masih tidak tahu
adanya dirimu

(temanya.. pandai curang pandailah coverina kan? berani buat beranilah tanggung.. kalau dah tak mampu diselindung lagi dan perhubungan terlarang iniew diketahui oleh mana2 cik puks terus gunapakai dialog ni : "Best women win.. (wah women Qah?) lagi pun, cream SK II akak lagi mahal daripada kau punya lipstik dik.. layak ke kau nak berentap ngan akak ni dik?" (sambil terus jalan bawak handbag DIOR katanya..) ayo smash sangat kan?

kuakui ada sesuatu antara kita
tetapi ku tahu kita bukan seperti biasa

(andai M mampu mengerti bait ini..)

Oopsss.. Pec lubs sangat.. DAH KEMBALI KE?

8.8.07

cerita hari ini

malam tadi..
lepas ofis, Jie bergegas ke Bangsar, nak lepak2 then terus dinner dengan kawan2 ofis.. so tahu2 aje la kan, bila dah start melepakkan diri itew teruslah lupa diri sekejap.. tajuk album tetaplah BILA LARUT MALAM baru nak balik rumah.. sampai rumah terus mandi, makan ubat, terus terlentang atas katil..

alkisahnya Jie akan pastikan alarm ON setiap malam sebelum cik tid.. so Jie yakin dah set alarm nak bangun esok jam 6.35am katanya... so bila dah set alarm apalagi kan.. dengan confident terus INDAH LELAPKU..

pagi tadi..
Jie sedar masa azan Subuh.. tapi tak la bangun lagi kan.. tunggu alarm bunyi katanya.. so sambung cik tid balik laah.. antukzzz.. sampailah Jie tibe tibe terkujat celik mata.. tup tup pasai apa hari dah cerah ni? OMG uols.. dah 7.35am.. terus Jie capai alarm Jie tu, check balik pukul berapa.. mana tau kut mata kero pagi - pagi ni kan?

yang terjadi..
Yarabbi u ols, sah sah dah pukul 7.35am okizzz.. ghupa ghupanya semalam masa akak set alarm itew sudah tersalah set..memang la set pukul 6.35.. tapi 6.35PM.. sapa nak jawab? patut lah tak berbunyi alarm akak.. salah timing u ols.. so dengan menggunapakai pepatah lama, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang alang mandi biar mandi wajib terus.. wah tibe tibe.. i ols pun terus sms bos.. dengan pantas terus type sms iniew..

"Bos, morning, hari ni i lambat sikit"

dan akak pun terus tarik selimut balik dan pejam MATA HATI JIWA sampailah ke pukul 8.20am.. dan hari ni i ols muncul di ofis 9.35 u ols..biadap tak?

7.8.07

petang ini.. 7.8.07


wah wah TEEP... akak masih ada peminat ke? mana tau nih? *hiks

".. i'm sorry for blaming you..for everything.. you just couldnt do.. and i hurt myself.. by hurting you.. "


wah tibe2 kak G perform lagu HURT boleh? matilah ashik nyanyi lagu orang!! apapun, tima kasih la TEEP.. sudi jugak dia menjenguk blog akak yang sunyi sepi ini.. tajuk album tetaplah SEPI SEKUNTUM BUNGA KEKWA ** wah matilah tiada kena mengena langsung..

yang penting, minggu lepas sejak balik dari KOTA SINGA i ols tak berapa sihat sangat.. DEMAM CANDY katanya.. yelah tak biasa tidur dalam aircond, kena hujan pulak, lepas tu tak sedar diri batuk duk pulun minum ais.. tambah pulak isap rokok macam naga harus lah jawapan nya SAKIT kan?

Jie sempat kerej 3 hari sajo last week, khamis dengan jumaat i ols diiktiraf sakit oleh KLINIK SUPPAIYAH (wah di mana Qah klinik itew tatau? *matilah tiada dalam direktori.. hiks) dalam pada sakit itew Jie gagahkan jua balik rums Pak Zain dan Mak Jah.. Jie kalau sakit tak betah duduk KL.. kena balik kampung jugak.. so Jie habis kan weekend nan lalu di atas katil (sangatlah kan) di Ipoh itew..

Alkisahnya bila malam Sabtu menjelmakan diri Jie pun mulalah dijangkiti sindrom gatal - gatal kulit kan? wah di kala bulan mengambang ke? hiks.. so jari jemari nih mula lah sms mengajak siapa2 yang available untuk berjumpa kan..

mula2 akal Jie nak sms S... ajak cik jumps.. tapi dia dinch reply u ols.. takpe.. Jie siap macam biasa.. mandi make up lite lite then keluar.. pas tu dalam kereta Jie sms Z pulak.. ajak pegi dating minum2.. tup tup tak sampai seminit dia dah balas.. on saja laa kan?

elok selepas Jie membuat perjanjian berdarah dengan Z, S pulak reply sms Jie.. cakap ok, bolehla jumpa.. ayo.. teruslah tajuk album SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT kan? takkan Jie nak keluar dengan Z lepas tu gagah nak jumpa S pulak? Tidak upaya laa kan?

so Jie reply sms S.. Jie tipu dia Jie tak jadi keluar.. Jie tak cihat kononnya.. nak duduk di rums sajo.. ayo BERDOSA sangat taw.. jangan laaa sampai S tahu... tapi kan u ols, kalau dia tahu pun, HANS ISAAC ke dia itew? akak ni ERRA FAZIRA ke pun? si Z pulak taraf ENGKU EMRAN Qah?

laarikkkkkkk dulu.......

26.7.07

sikit sajo kali ini...

ayo ayo amma appa.. dah 10 hari dinch hui menghupdate.. matilah kena marah dengan peminat.. wah tiba tiba.. ada ke peminat? * dulu ada jugaklah (wah pengakuan) tapi sejak konsep kimpy nih peminat semua dah laarriikk yu ols..

tajuk album tetaplah BUKAN NIATKU.. wah tiba tiba.. Jie tak hupdate sebab dinch hui ada cerits yang menarik..ashikkkkk cerits benda yang sama pun yu ols akan muak kan? so, disebabkan tanak yu ols semua muakrina akak diam dan pendamkan saja jari jemari ini walaupun rasa gatal gatal nak menaip itew ada..

yang penting, esok Jie dah apply cik chuts dan boss Jie dah approve ye kawan - kawan.. pasai apa tatau? ni laa nak habaq mai.. esok Jie dan kak misya, kak deeba, kak mis serta kak preeda akan memunculkan diri nan kimpy / separuh kimpy / kimpy tak hengat (wah cik siap itews? hiks) masing masing di JB yu ols.. merasa penangan GIRL POWER daripada kami...



SEE YA SINGAPORE!

17.7.07

... bersama akhirnya?


alkisahnya jumaat lepas, Jie balik umah Pak Zain di Ipoh sinun... Mak Jah beriya suruh anaknya iniew balik bawak auntie Jie, sebabnya Opah Jie yang kini tak berapa sihat rindu sangat nak jumpa auntie Jie itew.. so iye laaaah sajo kan..

habis sajo kerej, Jie singgah Setapak dulu hambik auntie Jie, kul 8.35pm baru nak masuk tol Sg Buloh.. tahu tahu aje la, dah malam kan, akak pun memulakan aksi REMP-ITS laa jawabnya di atas highway itew.. tup tup bila dah sampai area Lembah Beringin jalan jammed u ols! Binatang kan?

Nasib baik sampai Tg. Malim jalan dah clear balik.. sampai laaah ke tanah kelahiran Jie di Lost World itew tepat pukul 11.00 malam.. mandi, makan, sempat hantar sms kat "S" (wah siapakah yang berinitialkan "S" itew? Uuuu...uuu.. secret.. then terus terlelap.. zzzz...

Esoknya, dalam pukul 4.30 pm, barulah "S" reply text message Jie.. wah dia free malam ni... Hukumnya Haruzzzzz la kan? Hiks..

Setelah berjanji bagai, we ols agreed nak jumpa malam ni.. pukul 10.00 malam katanya.. wah akak start daripada lepas Isyak lagi dah standby.. tak sempat nak touch up2 pun.. barang2 ajaib semua tertinggal kan umah KL.. so tajuk album tetaplah WAJAHKU TANPA LAPISAN BEDAK MAC.. wah boleh? hiks..

Jangan kata compact powder, lip gloss akak pun tak bawak balik, boleh? Confident je laa.. so, pukul 9.35pm Jie nak keluar rumah, janji nak jumpa S kat Movenpeak Restaurant pukul 10pm kan? masa on the way tu rasa berdebar sangat... yelah dah dekat setahun tak jumpa dia.. rindu jangan cakaplah.. very de rindu rinduan jadi kenang kenangan kumpulan scoin sangat okies..

iklan: suka suka Jie sajo nak buat iklan kan? hahaha.. takde, ni nak bagitau kat hangpa semua nih, siapakah "S" yang Jie maksudkan itew.. yelah karang Jie duk cerita sampai pagi esok tup tup tatau pulak siapakah gerangan "S" kan? ni dia nak habaq mai...

S..first love Jie start daripada Form 4 lagi.. kiranya S laa chenta pertama Jie, nyawa Jie, pendek kata dengan S laa Jie tempuhi dugaan2 berchenta, pahit manis, suka duka, tawa tangis sendu sedan, semualah.. selama kami berkawan, tak kurang 4 kali Jie mintak "break".. Tapi, kalau namanya cinta pertama, ayo, susah u ols.. membawa ke mati rasanya..

Alhamdulilah, walaupun kami asyik on off2 macam tu tapi dalam hati masing2 tahu bahawa antara kami saling memerlukan.. gaduhlah sedashyat mana pun, merajuklah sepanjang mana pun, tahu tahu satu ketika kami boleh keluar bersama dan have fun balik... pelik kan?

so, berbalik kepada cerita ngedate Jie itew, off course lah bila tiba kat tempat yang dijanjikan Jie sampai dulu kan? tajuk album tetap DEMI WAKTU.. hiks.. yang penting, Jie tetap tak turun daripada kereta lagi, berdebar ni.. tup tup sepuluh minit lepas tu S muncul tepi kereta Jie.. Jie tak perasan masa tu.. tiba tiba si dia dah ketuk cermin tingkap akak dik.. harus laah akak terperanjat kan?

segala yang berlaku malam itew menjadi KENANGAN TERINDAH sangat.. Bila Jie bersama dia, Jie rasa happy, tenang, masa tu Jie langsung terlupa terus kat I.. mahupun kat A, R, M, semualah.. DW pun masa tu dah tiada tempat dalam HATI NAN RAPUH Jie iniew.. wah..

lepas we ols dinner sekali, Jie ajak dia pusing2 town naik kereta Jie.. wah masa itew ibarat ada pesta bunga api dalam hati Jie..

macam2 yang we ols borakkan, sempat singgah MCD drive thru lagi lepas tu.. makan sundae coklat tengah2 malam buta.. yelah uols.. konsep CINTA ITEW BUTA sangat kan? padahal tak sedar diri batuk nih tapi tetap gigih menyuapkan aiskrim gitew..

sampailah dekat pukul 2 pagi, dia mintak diri, esok nak kerja katanya.. akak pun tetaplah emo sikit masa nak berpisah jua itew.. sedih.. Jie sebak masa salam tangan dia..

dan sehinggalah ke detik ini, kami tak putus2 berSMS.. yang paling manis bila Jie mengadu kat dia yang Jie rindu sangat kat dia dan Jie tak henti henti teringat kat dia sejak malam itew.. dan nak tahu dia balas apa?

"saya pun ingat kat awak jugak.. nanti kita jumpa lagi k.."

Ayo.... tiba tiba Jie feeling ada salur peranakan nih!!! Laaarrrikkkkkkkkkk...

12.7.07

~ sembuhkan selumbar yang terpahit di hati...

ayo dah bersawang katanya.. dinch hupdate 2 minggu.. Jie cik sibs sangat.. banyak beno kejenye.. tak habih2 buat minutes.. ni pun tengah buat minutes untuk 2 meetings.. tak habih buat lagi tapi tetap gigih bukak blog nak posting..

dalam pada cik sibs itew, last Saturday Jie dan kawan2 sempat berlibur di Sunway Lagoon u ols.. wah dah lama tak pegi sana, last sekali tahun 2001.. yang penting sebelum pegi semangat berkobar2 nih nak naik semua games yang ada.. tapi tetaplah tajuk album TIDAK UPAYA kan?

first Jie naik gelungsur kat wet park itew u ols.. wah akak pejam mata sajo ok.. lajunya.. tangan duk kejap pegang pelampung nih..sedar sedah dah bush! dalam air already.. haha.. tapi after all fun sangat2 cos geng Jie yang paling kecoh tak hengat.. asshik menjerit tak tentu hala.. latihan vokal kaedahnya.. masing masing suara ayo nyaring cecah not Jacyln Victor ok..

paling penting, ni nak habaq mai, dalam ramai pengunjung Sabtu lepas, nak marahnye tengok pelancong2 Arab ni...mandi kat beach itew pun berpurdah bagai u ols.. motif? tak kurang jugak yang kendu tak ingat.. seluruh alam penuh jejants pak arab.. ayo very der carpet..

balik daripada mandi manda we ols singgah kat pantai dalam, nak makan ayam golek kat nara katanya.. sedapss ok..kami berlima order 2 ekor ayam ok.. disebabkan selera masing masing ala ala bernapsukan Jin, licin u ols ayam itew.. tapi siapa Qah yang paling selera sekali yer? Ooppss

Habis makan, terus nak balik konon konon nak kejar masa tengok semi final IKON.. tup tup terus singgah kat Mid Valley sekejap.. YM Raja Ezwan nak mencarik baju katanya.. pusing pusing, lepas tu sempat coffee2 kat starbucks. pukul 10 malam baru sampai rumah.. ayo.. cik pens sangat..

Besoknya pulak (Ahad) Jie ke Sg Buloh teman kak Deeba kau.. nak membeli perabut katanya.. i ols ikut sajo.. turut mengiringi kemunculan kami ialah YM Raja Ezwan dan kucing.. wah kucing? Siapa Qah itew u ols? Dia hengat dia Paris Hilton ke sampai nak keluar jalan pun bawak kucing ni? * matilah kena daulat..

Apapun, dalam sehari dua ini, dialog sama yang akan digunapakai berulang2 kali tetaplah " TUHAN TU MAHA ADIL NOK.. ADA ORANG DILAHIRKAN SEPERTI ERRA FAZIRA, ADA ORANG TU DILAHIRKAN MACAM ADIBAH NOOR SAJO.. TERPAKSA BERKERJA KERAS UNTUK MENDAPATKAN SESUATU..."

dan semalam, jantung tersentap dengan...... wah siapa QAh itew tatau? mohon mohon Jie bisa...

"SEMBUHKAN SELUMBAR YANG TERPAHIT DI HATI"

29.6.07

TERBANG KE LANGIT TINGGI...

Masa lunch semalam Jie sempat larrrikkkk pi KLCC dengan ofismate Jie, Nini.. Jie kunun2 nak cari hadiah untuk uuu.. uuuu.. rahsia..

pusing punya pusing walaupun sejam sajo yang hado, tetaplah merayau rayau ke Isetan, lepas tu masuk Zara, pusing Topshop, last2 Jie "terberkenan" pulak dengan satu shirt nih.. rasanya seswai dengan DW.. dia kan suka kaler2 hijau2 nih.. (wah dah tahu favorite color.. buleh?hiks..) so tanya pendapat Nini.. dia pun kata ok (yelaaaaah kan?) so terus Jie mintak saiz dia dan bayar sajo..

kul 5, Jie mintak permission daripada bos Jie, nak balik awal.. dia kata ok.. ayo akak terus buat tarian IBOK laaa kaedahnya kan? terus pecut balik cik rumsss..

sampai cik rums, mandi mandiana, gosok baju, terus keluar.. dinch sempat belek2 muka.. tak sempat nak tampal apa2 yang patut.. dah dekat pukul 7, takut tak sempat, yelah Jie nak singgah makan dulu.. lapar sangat.. lunch tadi makan ala2 express sajo.. so, tajuk album tetap TIADA SEMAMPAN MANA WAJAHKU PETANG INI..

Singgah makan dulu, lepas tu terus pecut ke uuu..uuu.. sampai, beli tiket (uppps.. tiket apa Qah itew tatau?) then masuk.. konon2 nak duduk kat grand stand, tapi hajat murni Jie itew (ayo.. murni ke?) terhalang. Ada guard mana tatau cakap tak boleh duduk situ.. VIP sajo yang boleh katanya.. terus akak carut dalam hati.. BINATANG!!!!!

So, sambil Jie membebel ala2 mak mak kita di rums itew, terpaksalah jugak turun duduk kat seat biasa.. Kak Mis seperti biasalah.. terkekek kekek ketawa mendengar dan melihat aksi Jie menyumpah seranah management tempat itew.. suka laaah dia kan? Oooo suka yer.. takpe, tahulah Jie kalau dia terlupa flush lagi.. wah u ols.. flush apa Qah itew tatau? ** matilah sisa terbiar.. hiks

So dengan hati yang sikit kecewa sebab Jie gagal nak sempurnakan misi, Jie tabah dan cekal kerana bagi Jie, hanya orang yang cekal dan tabah akan berjaya (wah dialog artis mana tatau dalam cd konsert live.. nenek dia! matilah dato' saman!) ashik nak iklan aje kan? ok, sambung cerits..

Dalam pada dah duduk itew Jie tetap gigih cari peluang macamana nak dapat cross untuk duduk kat grand stand itew u ols.. tengok2 ada jalan.. wah terus lah Jie serta merta ajak Kak Mis bangun dan memulakan misi satu harapan kan?

Tup tup berjaya.. dapat jugak duduk kat grand stand itew.. dan yang penting, Jie dapat seat belakang mak abah DW.. tapi mana dia? tak nampak pon? Isk.. takkan dia takde? TIDAKKKKKK...

Yang penting, walaupun duduk tegak tapi mata Jie tetap macam mata orang kena rasuk.. kiri kanan kiri kanan nak cari2 kelibat DW.. Terus sajo Kak Mis nih bersuara..

"TU DIA... KAT BELAKANG U.. CEPATLAH TENGOK"

Dah gila? Akak terus serta merta kena sawan.. Nervous.. Belum tengok lagi dah nervous nih.. Camne? Tapi sepanjang "acara" sempat Jie berpaling tengok dia 2 kali.. ayo, dia pakai baju shirt belang putih merah pulak kali nih.. Kiutnya.. * Jie serta merta fengsan untuk kali yang ke dua puluh ratus..

Habis "acara", sebaik sajo mak abah dia bangun Jie tak tunggu lama.. terus angkat punggung jugak, keluar.. Otw keluar tetaplah sempat memperbetulkan diri di washroom dulu.. then bila dah keluar nampak DW tengah duduk2 dengan parents dia..

Kegigihan yang Jie tanam tak berjaya u ols.. Baru setengah langkah nak pergi kat dia kaki akak dah kejung.. Sesak nafas.. Oh my gowd.. Macamana nak jayakan misi iniew?

Dalam hati dah baca macam2 supaya darah gemuruh Jie hilang tapi tetap tak hilang hilang jugak.. so Jie macam orang takde rumah nak balik, terpacak daripada jauh tengok dia..

Sampai satu tahap Jie cakap kat Kak Mis, yang, jomlah balik.. i tak rasa i boleh cakap dan pergi kat dia.. Kak Mis bantah.. dia kata dah susah2 tunggu dia macam ni baik lah teruskan saja.. ayo.. GIRL GIRL KELIRU sangat..

Dan selepas dekat setengah jam Jie menunggu, tiba tiba DW bangun nak pergi ambik kereta dia.. Jie terus jalan ikut dia dan ntah macamana boleh panggil dia..

dan semua yang berlaku selepas itew akan terjawab dengan gambar nan gulita iniew..


Lihat tak beg topshop itew ada pada tangan siapa? HIKS

DW LAAAA.. KAU KENAPA?

28.6.07

MALAM PENENTU

semenjak dua menjak ni Jie asyik duk ngulang melayan lagu Choba laah Untuk Setia (KD).. jadi macam gian nak dengar lagu itew berulang kali.. lagu tu yang Jie pasang tak henti henti dalam kerets, nak pegi ofis dengar lagu itew, nak balik ofis pun dengar lagu yang sama.. kat ofis pulak tak henti2 mulut akak menyanyi nyanyi kecil bait baitnya..

"dan harus kau sadari, bila ingin bersamaku, jangan choba kau engkari.. chobalah untuk setiaaaaaa"

Motif sangat kan? Tiba tiba..

Uuuu.. uuuu.. pasai apa pulak ye kawan kawan? Ntahlah.. takmo cerits di sin.. too personal.. aluzzz..

yang penting malam ni, Jie ada misi untuk dilaksanakan.. apakah misi itew tatau? petang ni Jie nak mintak balik awal, nak tukar baju segala.. kena bersiap els els sebab nak jumpa DW.. wah di mana kah itew kawan - kawan? uuuuu.. rahsia..

hehehe.. itu pun kalau dapat jumpa dia.. mudah mudahan dapatlah.. tapi kenalah gigih mencari kan? kali nih, Jie harap Jie boleh kontrol gelabah Jie.. kadang kadang bila dah terpacak dia depan Jie.. ha, kejung u ols.. dan malam ini jugak, Jie akan pastikan yang Jie dapat dengar suara dia.. teringin sangat nak tengok dia bercakap face to face.. cute cutie sangat..

so, malam ini malam penentu.. jangan nanti bila akak bersiap bagai nak rak tapi dia dinch datang puls.. hayo la kan? * nangis * moga moga malam iniew tercapailah hajat Jie itew..

tajuk album tetaplah "DUGAANKU" kan?


Jie : Demi DW, berjam2 la akak duk depan cermin nak bagi semampan ini!

25.6.07

Pertemuan Tak Terduga

21 Jun 2006 nan lalu...

Alkisahnya petang itew Jie gigih balik awal okies.. bos Jie pulak nan hado kat ofis, dia turun site katanya.. haruslah i ols pun buat magic kan? tadaaa... sekejap ada, sekejap lagi hado! so dengan aksi Tokyo Drift i ols memandu bals cik rums, gosok baju segala, mandi terus bersiap2.. nak ke mana yer kawan- kawan? uuuu.. rahsia...

yang penting masa tu dah start hujan.. so kaedahnya tak payahlah bersiap bagai nak rak kan? nak mekap beriya iya pun hujan uols.. tajuk album tetaplah AKAN BASAH kan? so Jie muncul dengan konsep tanpa mekap.. natural beautie gitew.. ayo.. beauty ke akak dik? *huhuhu

masa Jie nak keluar cik rums, masih cik hujs, lari2 anak masuk kereta ni.. uppss, lupa nak bagitahu Kak Mis pun ada masa itew.. sian dia, tak pasal pasal i ols heret dia sama menuju ke PJ... untuk apa yer? uuuu..uuu...

walaupun jalan start jammed dari mahameru sampailah ke federal, disebabkan kegigihan melampau tetaplah Jie boleh sampai area KJ sebelum "ianya bermula".. wah apakah ianya itew u ols.. so bila sampai sajo, masih cik hujs, Jie pulak masa tu ala2 kelaparan.. so Jie ajak Kak Mis makan dulu.. then we ols cari kedai makan, terus park kereta, dua dua tergesa2 turun sebab nak elak kena hujan.. sampai aja kat depan bumbung kedai tu Jie terconfuse sekejap.. em.. kereta tadi dah kunci ke belum yer?

I ols bila dah ragu ragu macam tu teruslah tak sedap hati kan? terus i berlari lari manja patah balik ke tempat parking sebab nak check, dah kunci ke idak kereta i ols itew.. rupanya DAH U OLS... very de hanjeng kan! habis basah sebelah baju gara2 keraguan akak tadi.. BINATANG tau! nak dijadikan cerita, masa i ols half way berlari balik menuju ke kedai makan tiba tiba i ols dengar suara Kak Mis yang seluruh alam itew...

"JIE! KERETA DAH KUNCI BELUM?" sambil tangan kanan dia menunjuk nunjuk ke arah "seseorang".. Jie pun terus la terkesima sekejap kan.. dah tak sedap hati ni.. takkanlah?

OH MY GOWD U OLS.. DW! terus berdetik dalam hati... MIMPI ke nih? Takkan senang sangat jumpa?

Jie pun apalagi, dah nampak DW teruslah longlai kan.. ala2 jalan tak jalan aje.. dia lalu depan Jie, masuk kereta, sempat jugak dia pandang Jie (wah.. suka) pastu Jie nampak mak ayah dia pun ada sekali..

Daripada nak pegi cari makan, langsung tak jadi u ols.. I nervous.. nervous sangat.. alkisahnya kalau u ols nak tahu daripada rumah lagi memang Jie dah pasang niat dah jumpa dia..konon konon dalam ramai2 yang datang nanti mesti dia pun datang kan? so dalam palotak Jie ni taklah expect boleh jumpa dia "serta merta" bila Jie sampai.. tup tup Kuasa Tuhan u ols.. terus aje kami terserempak .. mahunya Jie tak terkujat?

apapun, hati Jie dah tak tenang masa itew.. terus ajak Kak Mis masuk dalam (wah dalam mana tu tatau? cari cari jugak dia, tak nampak pulak.. sementara nak naik atas sempatlah beli air dulu, tup tup Kak Mis bersuara..

"HA.. TU DIA.. CEPATLAH PEGI NAIK" sambil mulutsnya herot2 suruh Jie naik tangga ke atas..

memang lah akak teruja, terus automatik naik tangga nih.. tapi tetaplah separuh jalan i ols terberenti dengan sendirinya u ols.. terpaksa tunggu Kak Mis jugak, nak jalan sama sama cos jantung i ols masa tu dah tak boleh nak kawal degupannya.. macam nak tercabut daripada dada nih..

terus Kak Mis naik, dia jalan, baru Jie jalan.. dia pulak terus hambik tempat betul2 belakang DW.. Jie masa tu masih berdiri lagi.. kaki nih dah macam rasa kena gam atas lantai.. dah tak boleh bergerak dah.. ayo.. kejunglah akak macam nih..

dramatik sangatlah kan? tapi Jie berjaya jugak turun dan ambil tempat bebetul belakang dia.. kiranya jarak antara kami tak sampai satu meter.. masa tu jangan cakap lah.. mata Jie nih tak berkelip 2 tengok dia.. eloknya u ols.. dari hujung kepala sampai hujung kaki semua nya sedap mata ini memandang.. tak kurang satu pun.. semuanya elok elok belaka..

yang penting, orang lain duk khusyuk tengok benda lain Jie pulak tetaplah duk perhatikan dia, atas bawah, atas bawah, bawah atas.. sampailah kena tegur dengan Kak Mis..

"HOI.. MATA TU CONTROL LA SIKIT.."

nak tahu Jie jawab apa?

"PELUANG NI BUKAN DATANG HARI HARI..." ** senyum sambil mengiwang iwangkan diri...


u ols.. sukaaaaa laaaaaa kat DW.......... camne nih?

13.6.07

biadap kan?

posting hari ni lite lite sajo.. tadi masa lunch hour Jie turun minum kat cafe bawah ofis dengan YM Raja Ezwan & Kak Mis.. tengah duk sembang sembang itew Jie dapat satu sms..

seluk poket, unlock keypad, read message.. wah daripada Kak Deeba kau rupanya..

"U ols, i terjumpa one of the twins yang kau minat tu kat sini (klcc).. tapi tak sure yang mana satu.. A ke Z ke.. gorgeous u ols.."

Waaa!!! Jelessssssssnyaaaaaaaaa.....

I ols nak jugak jumpaaaa...... waaaaaa....

BIADAP Kak Deeba kau kan?


OH MY GOD!

12.6.07

GELISAH MIMPI


yang penting dah 8 hari tak hupdate.. tetaplah tak serik2 kan? malam Ahad lepas, tiba tiba sajo Jie boleh termimpikan si R itew.. waa.. sentap.. kenangan lama u ols.. lepas bangun rasa "kehilangan" sangat.. terus i ols gigih mencari cd Liza Hanim, nasib jumpa kat celah mana ntah, tau tau Jie dah terlentuk tepi cd player melayan Gelisah Mimpi.. tetap nak pose pose lit lit..

kalau u ols masih ingat, Jie pernah mention pasal R iniew pada entry mana tatau? hiks.. flashback: R itew ialah junior Jie masa belajar dulu.. dan Jie pernah "TER"taste kat dia.. wah boleh "TER" nih? matilah ALL CAPS..

so kali ini Jie nak share antara kisah kisah manis Jie dan R suatu kala dulu.. tajuk album tetaplah feelin feelin ada V***** wah apakah V***** itew tatau? matilah istilah organ seks katanya..

awal 2002.. Jie first nampak dia.. masa itew Jie nak pi dining hall, nak makan, tup tup dia lalu tepi Jie.. konsep pandang pandang jeling jeling je la kan.. Jie ingat lagi, dia pakai baju putih, short adidas warna hitam, baru lepas main bola katanya.. tup tup dia lepak kat tepi laluan yang Jie nak lalu sambil buka baju u ols.. ayo akak terkesima la jugak sekejap tapi tetaplah kena maintain catwalk masuk dalam dining itew..

kemudian, start daripada hari itew roomate Jie dapat tahu Jie suka kat dia.. tiba tiba satu hari roomate Jie nih ajak Jie pi makan kat luar, Jie pun pegilah.. Jie tak la bersiap "berani mati kan".. lip gloss pun tak pakai nih..konsep konsep natural gitew.. tup tup si R ada sekali u ols, i terkejut beruk.. rupa rupanya roomate Jie nih ajak dia jugak, kunun kunun nak buat surprise.. memang la surprise.. tapi muka GIRL GIRL masa itew muka tak siap okies.. binatang sangat taw.. masa tulah kiranya first time Jie dapat sembang dengan dia.. barulah tahu biodata dia segala.. bila dah tahu lagilah akak taste kan.. hiks..

yang penting si R tetaplah berasal daripada utara.. asal calon jodoh sajo mesti sangkut dengan orang Kedah.. ayo, pengakuan Qah itew? motif?

sejak daripada sembang2 itewlah we ols makin hari makin rapat.. ramai jugak budak batch Jie (dan batch dia jugak) yang duk pandang2 semacam bila Jie keluar dengan dia tapi whuzz carezz la kan.. tajuk album CINTA ITEW BUTA.. wah boleh? yang nyata, Jie mahupun dia tak pernah CUBALAH UNTUK DECLARE perasaan masing masing... paham sendiri2 sajo.. yelah, takkan akak nak start? akak perempuan.. wah.. confidentnye.. patutnya dia la mulakan ye tak? Jie rasa dia segan kut.. sebab i ols ni berumur sikit daripada dia.. (kalau ikut umur sekarang Jie 27, dia 24.. ok hapa?)

masa semester break ialah masa yang paling sukar sekali.. yelah tak dapat jumpa.. nak call pun dia takde lagi handphone masa tu.. dia pulak tak duduk rumah parents dia, pergi kerja kat Perlis.. so i ols terkontang kanting sensorang menunggu panggilan.. yang penting, dia akan cuba call Jie dari Perlis itew.. pakai public phone.. kesianlah.. Jie pernah cakap kat dia, tak payah call, mahal, dia kata takpe.. kalau tak call nanti "orang tu" risau pulak..wah akak terbang ke LANGIT BIRU sangat..

bila habis break, kira hari esoknya nak daftar, malam tu Jie dengan dia dah jumpa dah.. masing masing dah janji dah balik kampus awal.. konon konon tanak kelam kabut tapi hado.. rindu punya pasal sanggup tiba sehari awal kat kampus nih.. BERCHENTA TAK HENGAT nih.. tapi tak DECLARE ok.. * redha sajo..

ada satu hari itew, Jie keluar pegi BG, sehari suntuk jugak, tak sempat nak cakap dengan dia, kiranya Jie keluar dari pagi sampailah ke malam (sebab takde kelas) tup tup masa Jie balik kawan2 dia beritahu yang dia tak senang duduk, gelisah, tanak makan, ashik berulang balik ke hostel Jie sebab nak tahu Jie pegi mana, dah selamat balik bilik ke belum.. yang herannya tanak pulak dia call handphone Jie? motif? paling kelakar kalau Jie tak balik kampus malam tu dia nak buat report.. hahaha.. WOMEN tak akak dik?

and yang paling menyentuh emosi ialah bila i ols final year dia baru third year.. "ku mengerti, perpisahan ini, bukan kerana kau membenci" haiyo.. bila muncul detik perpisahan kerana semester break yang tiba dan yang pastinya untuk next semester Jie tak akan kembali lagi (unless Jie failed paper kan) TUHAN saja yang tahu perasan kami ketika itew u ols.. malam sebelumnya Jie dapat kad dan jam daripada dia (sampai sekarang Jie simpan kad itew ok..) dan kata2 puitis di dalamnya Jie kenang sehingga kini..

Apapun sebelum berpisah we ols sempat ke Cameron Highland sehari sebelum balik ke rumah family masing masing.. kalaulah dapat diulang saat indah itew.. Jie dilayan BAGAIKAN PUTERI sangat.. dapat bunga, dapat strawbery, dapat teh.. motif bagi akak teh uncang? hiks.. yang penting, itulah sejarah first time Jie dipeluk, terpeluk dan berpeluk.. tapi masa hambik gambar aje tau.. tak leh noti noti.. tajuk album tetap Sesuci Lebaran..

dan bila Jie kerja, dia pulak masih belajar, hubungan yang dulu HANGAT jadi DINGIN.. pasai hapa tatau? tak tahu salah siapa kami masing masing jadi beku.. no calls, no sms, no nothing.. Silap Jie kut, sebab Jie nih bukannya jenis yang suka atau tiap2 hari nak call, Jie prefer sms sajo, nak call boleh tapi takdelah sampai sehari 20 kali call kan.. nanti akak RIMAS dik.. tak tahu siapa yang berubah hati..

kalau nak diikutkan dah lebih 5 tahun Jie tak jumpa dia, last sekali Jie ada sms dia masa raya lepas, dan dia balas.. tapi cara dia balas itew boleh agak, dia dah takde hati kat Jie.. wa.. sedih..

tapi Jie tetap menaruh harapan, satu hari nanti Jie akan cari dia.. Jie nak tengok dia depan mata ini sendiri dan Jie nak tanya dia..

apakah pertanyaan itew uols?

"AWAK INGAT TAK APA AWAK TULIS DALAM KAD YANG AWAK BAGI KITA TU? KENAPA AWAK MUNGKIR JANJI?"

* matilah skrip drama RASHBIR sangat kan!

4.6.07

MERAWAT LUKA TERPENDAM

hello fieza... watz up watz up?

wah wah jangan noti noti (naughty naughty) yer? hiks.. Jie tak reti nak noti okies.. yang noti noti itew kak misya kau ngn kak deeba kau.. matilah uu uu... * bunyi bunyian daripada katil baru... pasai apa tatau? **

sori laa.. Jie bukan tanak hupdate tapi sejak weekend nan duka itew (sik cayak Qah? oops!) Jie hambek chuts.. feelin feelin natasha 2 sangat.. atas alasan emosi terganggu.. tajuk tetaplah album MERAWAT LUKA TERPENDAM sangat taw..

Kejadian malam Sabtu 2 minggu nan lalu memberi tekanan sangat.. Jie mengalami kecederaan u ols.. wah tiba tiba injured nih? motif?

alkisahnya Jie cedera.. hati ini dicederakan seseorang.. dia kejam u ols.. jiwa akak parah, hati iniew remuk, hancur, lunyai..

Semuanya kerana pertemuan itew.. Bagi dia macam tak ada apa apa yang berlaku.. tapi bagi Jie? dia rasa ke apa yang Jie rasa saban hari? dia tahu ke Jie menderita mengenangkan dia? Jie stress, tak tentu tidur, kena gastrik, rambut gugur, tak lalu makan, semualah.. dah dekat setahun dia tak call, tak sms, tanak tanya pun Jie sebab apa tup tup bila kami terserempak semula (i ols memang kalau boleh tanak dah hadap muka dia tapi pertemuan itew tanpa sengaja okies) dia boleh buat macam tak ada apa2 yang berlaku.. BIADAP!

Kalaulah dengan kuasa Tuhan dia dapat rasa sakit yang Jie rasa, baru dia sedar yang luka yang dia tinggalkan dalam hati Jie ini begitu perit dan pedih.. dan calarnya belum sembuh sampai ke detik ini..

disebabkan dah tersampuk Jie ambil keputusan untuk balik kampung, nak tenangkan fikiran.. kalau Jie stay kat KL nih sah sah i ols akan sakit jiwa.. Jie sms bos Jie, mintak chuts.. dia kata ok.. tapi dia tak tahu yang Jie plan dalam palotak nih nak hambek chuts one week straight..

tapi tetaplah hari Khamis akak dah kena panggil masuk kerja.. sekarang alhamdulilah, Jie dah takmau pikir2 dah.. lantaklah dia.. i dont give a damn care anymore.. pesanan i ols, sendiri makan pengat, sendiri mahu ingat, hari ni kau buat orang, esok 2 orang buat kau balik.. tak kena kat kau, kena family kau.. what you give you get back..

yang penting, marilah menyokong pasukan bolasepak skuad kebangsaan menentang jepun hari rabu iniew.. wah tiba tiba kan? kita jumpa di sana.. RILEKSSSS...


MALAYSIA CIK BOLS!!!!

24.5.07

Mimpiku Bukan Mimpimu


selangkah ke alam mimpi u ols... ha mauts tak tajuk? hiks.. alkisahnya posting kali 18sx sikit...

malam semalam Jie masuk tidur awal okay.. memang hari bekerja Jie akan make sure Jie akan tidur sebelum 11.00 malam, tapi malam tadi pukul 9.25pm akak dah melabuhkan badan montok ini atas Vono itew u ols... wah Vono sangat laa kan... kena tidur awal sebabnya esok pagi2 nak kena hambik bos Jie kul 7.30pm, off course Jie kena bangun cepat, nak mandi, mekap pilih baju segala... wah lama tu okies...

tapi yang nyata, sementara dah menunggu indah lelapku tetaplah konsepnya duk berangan dulu, tengok gambar, baca balik sms lama2, berangan lagi, pikir lagi, tetaplah membawa ke pukul 11 malam nak memejam kan mata.. so... bermula lah kan.. zzzzz

apapun, mimpi malam tadi membuatkan Jie tersenyum sorang2 masa drive pergi rumah bos Jie pagi tadi.. nak tahu Jie mimpi apa.. lets i ols share...

alkisahnya permulaan mimpi itew Jie ternampak BC di sebuah tempat lepak (wah siapakah BC itew sampai terbawa2 dalam mimpi? uuu.. uuu.. rahsia!) i ols pun apalagi kan.. nervous laa sikit.. mana tau kut kut DW (ayo initial siapakah iniew? takmo cakap.. matilah pengakuan!) ada sekali? pusing kiri kanan tak nampak pun.. hm, so Jie mulakan misi nak menegur BC.. mula mula BC buat sombong sajo, pastu baru nak dia layan..

Jie pun ala ala kucing siam depan BC tanya.. hmm.. sorang aje? mana DW? tak nampak pon? dia cakap ada.. kenapa? minat DW ke? ha, hambek kau.. terus soalan cepucemas nih.. Jie pun tak la menjawab minat kan.. ala ala mengamalkan konsep diam tanda setuju gitew.. memang lah minat DW tapi takkan nak mengaku depan BC.. karang sentap pulak dia.. tengah tengah rancak we ols bersembang tiba tiba..

DW entah dari celah mana enterframe tiba tiba sajork.. *akak pengsan*

dia pakai tshirt putih & jeans.. then dia duduk tepi Jie, menghadap BC.. masa itu dia ala2 sembang dengan BC sajo, tak pandang Jie.. dey ols sembang punya sembang tup tup keluar daripada mulut BC..

"dia ni minat kau"

BC terus pecah lubang kat DW.. Jie masa itew ala ala kejung tak hengat punya.. menahan malu yang teramat..

Adui.. malunya.. tebalnya muka.. Jie tak pandang DW dah.. pandang ke bawah sajo..tup tup dengar suara DW

"ye ke?"

DW bangun, datang depan Jie, senyum (ayo cutenye.. akak kalau dia senyum lebih sikit lagi akak klimaks okies ... hiks) dia pastu duduk sebelah Jie.. dia tanya betul ke Jie minat dia? Haiyo soalan.. yenade!

Jie masih senyum, tatau nak jawab apa.. tiba tiba DW cium leher Jie.. Jie terus lah menolak kan? (yelaaaaaah!) takkan nak bercumbu depan BC? Nak mampus? Mati i ols kena three some nanti.. wah feelin.. matilah pasni kena gam sebab luc..

tapi dia nak jugak cium Jie.. Jie cuba elak, dia makin rakus.. terus lah akak kepit suara kan.. HEY.. tanak la camni... Jangan lah...

dan nak tahu apa jadi lepas itew? Tiba tiba...

ALARM Jie berbunyi okies.. dah pukul 6am.. potong stim betui.. eeeiii NAK MARAH SANGAT!!!!




22.5.07

w.a.s.p.a.d.a

Hujung minggu yang akan datang ni kawan Jie naik pelamin uols.. dengarnya majlis akan dibuat satu kat shah alam, next day pulak di gombak... wah dah sampai seru katanya.. i ols ni dah puas berseru seru tapi tak pulak bersahut seruannya... letih.. tajuk album tetap cinta di lautan lalang.. wah tiba tiba rock suci sudah keluar.. hiks...

Apapun, sekalung tahniah buat pasangan pengantin Thini dan juga shubern nyezz itew Syed .. juga kepada keluarga pengantin yang Jie dah anggap macam keluarga sendiri.. buat Mama Eni dan Papa, selamat menerima menantu.. dan semoga majlis yang bakal berlangsung lancar perjalanannya, selamat daripada sebarang macam halangan.. AMIN...

Alkisahnya, memandangkan kedua dua bakal pengantin kawan lama Jie, i ols belum decide nak menghadiri majlis yang mana.. samaada akak akan muncul berkebaya hijau (wah tiba tiba dah siap kebaya hijau ni.. boleh? hiks) di shah alam ataupun Jie akan muncul di gombak pada hari Ahadnya.. ha, belum tahu lagi... tajuk album tetap ” WASPADA”.. * motif kan?

Buat Mama Eni, ampun maaf seandainya Jie tidak dapat hadir malam Sabtu ini nanti.. Bukan Jie sengaja tapi Jie coba mengamalkan konsep CEGAH SEBELUM PARAH.. so baik Jie cegahkan ataupun lebih tepat lagi tegahkan diri Jie sebelum sesuatu yang bakal membuatkan jiwa Jie parah.. Jie takut dalam ramai ramai yang hadir nanti Jie terserempak pulak dengan si dia yang pernah Jie afundi dan terus mendapat tempat pertama di hati ini.. Jie sudah kuatkan azam untuk melupakan dia tapi mana tahu.. kuasa Tuhan.. kut kut bila dah terjumpa dia malam itew nanti akak tersampuk pulak kan? Besoknya terus keluar album DUHAI HATI gi mana?

Stop sini dulu okies.. orang kata makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.. kentut selepas kenyang.. hiks...

Harap harapnya posting tak menyinggungkan sesiapa.. sekali lagi, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT THINI & SYED... ikhlas dari ZZ... daa...


21.5.07

Sepasang Mata Itu...


Pandangan pertama yang menusuk jauh ke sanubari,
Yang terus menghambat jiwa nurani
Pandangan pertama yang bertaut teguh di dasar hati,
Yang terus terusan mengikat kukuh satu memori..

Kelana Jaya, 16hb Mei 2007

Di saat kaki melangkah, degup jantung nan laju makin terasa. Bergetar raga jiwa, melemahkan segala sendi sendi yang ada. Pancaran lampu terang mengilau mata. Terasa seperti bermimpi. Dan jika benar sedang bermimpi, jangan biarkan lena ini terhenti. Sekali kali jangan!

Waktu seakan terhenti sendiri. Akal pula separa berfungsi. Benarkah di hadapanku itu dia? Dia yang ku nanti? Dia yang membuatkan aku dibelenggu dengan segala rasa? Dia yang saban waktu meniti di bibir dan hatiku? Sesungguhnya sukar untuk ku pasti apa jua perasaan yang semakin berkecamuk membaluti emosi.

Antara kalian pasti bisa tempuh saat debaran ini.. Pernahkan terasa impian kita bisa dikabulkan? Detik ini aku merasa keajaiban itu. Terima kasih Tuhan.

Bayangkan seseorang yang ingin benar kita jumpa, ingin benar bertentang mata, lalu, orang itu ada di depan kita.. aduh... igauan apakah ini?

Kerana aku sekadar melihatnya dari kejauhan, antara sedar, ku damba satu lagi harapan, aku ingin bertentang mata dengan nya...

Dan ianya berlaku.. aku kaku.. aku gugup...panahan matanya menikam dan tajam renungannya membuatkan aku seperti mahu rebah saat itu. Jari jemari menggigil, tiada sepatah kata pun yang mampu aku luahkan saat mata ini bertentang.. oh Tuhan, aku tewas dengan sepasang mata itu...

ZA, tak pernah ku alami rasa ini... sepasang mata jernih yang kuasa godanya membuatkan aku sasau sepanjang masa..

Aku berlalu, kencang jantung tak lagi berhenti..

mimpi semalam

U OLS.. semalam Jie mimpi ular kejar Jie.. wah apakah maksud? betul u ols.. dalam mimpi Jie semalam ada seekor ular tedung hitam duk kejar Jie.. wah seramnyee... Girl girl takuttsss..

Ntah pasai apa la pulak Jie dapat mimpi lagu tuh.. dari pagi semalam takde la pulak Jie tertengok cerita ular ke, gambar ular ke, yang Jie duk sakan tengok gambaq si Z***** itew u ols... tup tup belah malam boleh mimpi ular kejar nih?

motif sangat mimpi itew.. yang peliknya u ols, ular hitam tu tak nampak pulak gayanya nak menyerang atau mematuk Jie tapi duk ikut Jie ke sitew sana sinih.. dia duk kat tepi kaki kanan Jie, pastu kalau Jie jalan dia pun ikut.. wah akak dah tersampuk kaum kerabat si Raja Ular ker? ayo takutsss...

kalau nak kirakan saiz ular tu besar jugak, tambah tambah kalau dia tegakkan badan dia u ols.. sekarang ni pun Jie duk terbayang kepala ular itew.. eei.. tajuknya berdiri bulu roma ku sangat.. geli lah..

yang penting, kata orang tua tua, kalau mimpi kena kejar ular maknanya nak kahwin / akan bertemu jodoh.. betui ka u ols? * terus senyum * berangan women nih..

kalau betul la nak kahwin pun, dengan siapa pulak? ayo.. ntah ntah ada pulak yang datang bertandang umah Pak Zain ngan Mak Jah di Lost World itew membawa hajat.. kalau elok tak pa juga u ols, kalau muka aaa uuuu gimana?

tengok tengok yang datang berhajat itew orang Seremban u ols.. (siapakah itew?) wah terus bandar tambun bermandikan cahaya cinta laa jawabnya.. siap pesta panjut bagai nih.. hahaha..

apapun, Jie tetap seram.. tatau nak pikiaq hapa dah.. mana tahu kut kut petanda kurang baik? yelah, mana tahu kut2 ada makna lain pulak kan? ataupun salah satu petanda yang Jie akan bertemu jodoh dengan pasangan kembar? hahaha.. matilah takde kaitan...

next posting... pertemuan pertama dengan Z*****.. dari kerana mata.. bertentang mata.. TUNGGU!

9.5.07

... Ceritera Chenta ~

HOLA... tak sempat nak menulis u ols.. tapi sementara menantikan posting terbaru, ha, u ols nikmati dulu petikan di bawah inisss okies...

ceritera chenta tajuknya....

~ Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

~ Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

~ Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

~ Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

~ Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

~ Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

~ Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.. dan saat itu, matanya pasti berkaca. .kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu... (ayo akak sentap!!!!!)

~ Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

~ Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

~ Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

~ Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

~ Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.. (ayo.. memberikan barang la sangat kan kaedahnya.. Jie menantikan sampai ke detik ini u ols.. tapi NAN HADO.. sampai hati M....WAH MATILAH INITIALS!)

~ Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

~ Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

~ Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

~ Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

~ Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

~ Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

~ Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

~ Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

~ Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

~ Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

~ Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya!

TAJUK ALBUM... menyesal Qah uols? hu.....