Masa lunch semalam Jie sempat larrrikkkk pi KLCC dengan ofismate Jie, Nini.. Jie kunun2 nak cari hadiah untuk uuu.. uuuu.. rahsia..
pusing punya pusing walaupun sejam sajo yang hado, tetaplah merayau rayau ke Isetan, lepas tu masuk Zara, pusing Topshop, last2 Jie "terberkenan" pulak dengan satu shirt nih.. rasanya seswai dengan DW.. dia kan suka kaler2 hijau2 nih.. (wah dah tahu favorite color.. buleh?hiks..) so tanya pendapat Nini.. dia pun kata ok (yelaaaaah kan?) so terus Jie mintak saiz dia dan bayar sajo..
kul 5, Jie mintak permission daripada bos Jie, nak balik awal.. dia kata ok.. ayo akak terus buat tarian IBOK laaa kaedahnya kan? terus pecut balik cik rumsss..
sampai cik rums, mandi mandiana, gosok baju, terus keluar.. dinch sempat belek2 muka.. tak sempat nak tampal apa2 yang patut.. dah dekat pukul 7, takut tak sempat, yelah Jie nak singgah makan dulu.. lapar sangat.. lunch tadi makan ala2 express sajo.. so, tajuk album tetap TIADA SEMAMPAN MANA WAJAHKU PETANG INI..
Singgah makan dulu, lepas tu terus pecut ke uuu..uuu.. sampai, beli tiket (uppps.. tiket apa Qah itew tatau?) then masuk.. konon2 nak duduk kat grand stand, tapi hajat murni Jie itew (ayo.. murni ke?) terhalang. Ada guard mana tatau cakap tak boleh duduk situ.. VIP sajo yang boleh katanya.. terus akak carut dalam hati.. BINATANG!!!!!
So, sambil Jie membebel ala2 mak mak kita di rums itew, terpaksalah jugak turun duduk kat seat biasa.. Kak Mis seperti biasalah.. terkekek kekek ketawa mendengar dan melihat aksi Jie menyumpah seranah management tempat itew.. suka laaah dia kan? Oooo suka yer.. takpe, tahulah Jie kalau dia terlupa flush lagi.. wah u ols.. flush apa Qah itew tatau? ** matilah sisa terbiar.. hiks
So dengan hati yang sikit kecewa sebab Jie gagal nak sempurnakan misi, Jie tabah dan cekal kerana bagi Jie, hanya orang yang cekal dan tabah akan berjaya (wah dialog artis mana tatau dalam cd konsert live.. nenek dia! matilah dato' saman!) ashik nak iklan aje kan? ok, sambung cerits..
Dalam pada dah duduk itew Jie tetap gigih cari peluang macamana nak dapat cross untuk duduk kat grand stand itew u ols.. tengok2 ada jalan.. wah terus lah Jie serta merta ajak Kak Mis bangun dan memulakan misi satu harapan kan?
Tup tup berjaya.. dapat jugak duduk kat grand stand itew.. dan yang penting, Jie dapat seat belakang mak abah DW.. tapi mana dia? tak nampak pon? Isk.. takkan dia takde? TIDAKKKKKK...
Yang penting, walaupun duduk tegak tapi mata Jie tetap macam mata orang kena rasuk.. kiri kanan kiri kanan nak cari2 kelibat DW.. Terus sajo Kak Mis nih bersuara..
"TU DIA... KAT BELAKANG U.. CEPATLAH TENGOK"
Dah gila? Akak terus serta merta kena sawan.. Nervous.. Belum tengok lagi dah nervous nih.. Camne? Tapi sepanjang "acara" sempat Jie berpaling tengok dia 2 kali.. ayo, dia pakai baju shirt belang putih merah pulak kali nih.. Kiutnya.. * Jie serta merta fengsan untuk kali yang ke dua puluh ratus..
Habis "acara", sebaik sajo mak abah dia bangun Jie tak tunggu lama.. terus angkat punggung jugak, keluar.. Otw keluar tetaplah sempat memperbetulkan diri di washroom dulu.. then bila dah keluar nampak DW tengah duduk2 dengan parents dia..
Kegigihan yang Jie tanam tak berjaya u ols.. Baru setengah langkah nak pergi kat dia kaki akak dah kejung.. Sesak nafas.. Oh my gowd.. Macamana nak jayakan misi iniew?
Dalam hati dah baca macam2 supaya darah gemuruh Jie hilang tapi tetap tak hilang hilang jugak.. so Jie macam orang takde rumah nak balik, terpacak daripada jauh tengok dia..
Sampai satu tahap Jie cakap kat Kak Mis, yang, jomlah balik.. i tak rasa i boleh cakap dan pergi kat dia.. Kak Mis bantah.. dia kata dah susah2 tunggu dia macam ni baik lah teruskan saja.. ayo.. GIRL GIRL KELIRU sangat..
Dan selepas dekat setengah jam Jie menunggu, tiba tiba DW bangun nak pergi ambik kereta dia.. Jie terus jalan ikut dia dan ntah macamana boleh panggil dia..
dan semua yang berlaku selepas itew akan terjawab dengan gambar nan gulita iniew..
Lihat tak beg topshop itew ada pada tangan siapa? HIKS
DW LAAAA.. KAU KENAPA?
No comments:
Post a Comment