28.9.07

akhirnya..

Akhirnya.. setelah berfikir bagai nak rak, siang malam pagi petang, berbuka bersahur, tidur bola makan bola minum bola (apa kes tibe2 bola nih? ups) Jie akhirnya telah menolak lamaran kerja baru itew yu ols.. ayo tiada penyesalan qah tajuk album?

setelah mendapat respon yang MACAM MACAM ADA daripada ibu bapa sanak saudara kaum keluarga sahabat handai bos situ sana sini dan peminat akak di seluruh tanah air (wah confident ada peminat) akak telah membulatkan hati dan menekadkan hasrat akak untuk stay di tempat lama..

memang susah sangat nak decide sebenarnya.. berminggu minggu Jie menilai baik buruk segala benda, berkali2 jugaklah Jie duk berdiskusi dengan kak deeba + bos Jie (untuk pengetahuan yu ols dia pun resign, okies!), dengan wife dia pun akak "bermeeting" dik.. ayo kelas tak akak? so mula2 tu Jie dah sebelah kaki nak masuk tempat baru, tup tup company lama Jie buat counter offer.. diorang matchkan dengan offer baru..

so bila akak diuji begitu haruslah tajuk album terbaru jawapan yang kelabu kan? bila akak tanya bos akak dia kata "fikirlah.." pastu bila akak tanyain pulak wife nya itew dia pun kata "fikirkan dulu"... ayo 2 x 5 ahli fiqir sangat ok.. then bila akak tunjukkan surat offer baru daripada company lama kat bos akak dia kata "hmm.. okaylah ni" which in a way dia tanak akak accept tempat baru tu (pada firasat akak laa)

bila akak berbincang pulak dengan mak jah dan pak zain, adus, lagi pening jadinya.. mula2 kata jangan pegi, pastu macam suruh pegi pulak, pastu kata buatlah keputusan sendiri..mana yang terbaik untuk akak.. bila akak tanya kakak akak pulak, dia terus kata kat akak.. pergi.. pergi.. bukan senang nak masuk tempat tu (company baru tu international ok).. ayo laa kan?

yang paling menyentuh emosi akak, pesanan mak jah berbunyi.. "keje aje laaa kat t.hajah tu, mak suka.. berkat.. lagipun susah nak handle bos perempuan nih.. cerewet.. esok2 kamu pening kepala pulak sebab stress"

alkisahnya bila mendengar pesanan itu dan bila akak ditanya oleh bos akak masa dia call akak 2 hari lepas samaada akak accept ke tidak offer SGB itew akak kata tak.. then dia kata takpe, u stay dulu..pelan2 kita tengok macamana.. hujung tahun ni kita boleh plan something..

so bila dah mendapat bayang2 itew akak pun terus call SGB.. tolak secara baik.. hmm.. pastu akak sms semua kawan2 akak beritahu yang akak dah reject offer tu.. terus kak deeba kau balas balik "tak nyesal ke?"

sambil menarik nafas, akak kata kat dia.. "kadang2 kita tak boleh dapat semua".. itulah akhirnya..

oh, anyway, akak nak say good luck and all the best pada kawan2 akak ... yang resign untuk sesuatu yang lebih baik.. to sam, sharline and liza.. nice to know yu ols and do keep in taj okies..

dan sesuatu yang buat akak seronok minggu ni.. akak dapat teddy bear yu ols.. dah bertahun2 berangan nak teddy bear barulah kali ni dapat.. kawan akak bagi sempena besday akak.. ups promosi qah?

apapun, kepada kawan2, kut2 berhajat nak bagi akak present, bolehla belikan akak jeans (levis pun ok aje) cardigan (top shop) ataupun perfume (Versace bright crystal itew ok).. wah demand nyaaa.. tak malunye akak.. ataupun kut yang ada peminat yang bermurah hati, akak nak purse COACH satu.. hiks



ni dekwan ok... matilah bear dah ada nama!

20.9.07

8 Ramadhan...

Salam Lapan Hari Ramadhan.. tetap nak sebut LAPAN kan? Promo ckit... Ups..

Ayo dah masuk hari kelapan berpuasa (sekali lagi lapan.. matilah angau tak ingat..) dah seminggu jugak akak dinch ngepost.. Banyak kerja u ols, dah tu bila balik kerja bergegas pulak nak ke Bazaar Ramadhan, membeli juadah berbuka dan bersahur katanya.. yang penting, kalau tahun lepas tak putus putus i ols membeli kuih wajib ada iaitu donut tapi tahun ni pulak setiap hari kena ada murtabak di atas meja yer..

apapun disebabkan akak sentap... sikit sajo kali ni.. wah pasai apa tatau tibe2 akak sentap? siapakah yang sudah membuat angkara? tajuk album tetaplah TINGGALKAN AKU..

ayo.. akak pasrah...

10.9.07

ketulusan hati

weekend lepas memang menyedihkan.. tajuk album tetaplah AIRMATA DI KUALA LUMPUR.. wah tibe tibe kan?

malam sabtu, muls muls den tak dapek nengok anugerah era.. astro kek umah den apo kono eh jang..down teruih.. apo laie, emosional kak Deeba ekau.. (wah tibe tibe eden speaking nogori ni..motif? practice Qah? huiks..)

kekecewaan eden bertambah dengan kekalahan Perak pulak..ayo kena bantai 3-0 tu.. malunya..sian abang abang perak yang datang naik bas segala, tup tup tajuk album TUNDUK MENGALAH.. yang penting.. ex akak si S dan Z (wah ex sangat laa kan?) pun tetap turun padang menyokong ni.. nasib baik akak gigih ke stadium.. kut tidak harus ada drama KUTUB UTARA KUTUB SELATAN di sana..

namun kekecewaan yang hado itew sedikit terubat dengan satu berita yang agak mengharukan akak.. uuu..uu... pasai apa tatau? sekalung tahniah untuk seseorang.. hasil kerja keras dia, atas usaha dia, atas semangat juang dia yang tak pernah padam..

untuk DW.. congrats.. i am happy for you.. saya akan senantiasa menyokong awak.. siang dan malam.. selamanya.. * nangis sikit aaaa * (terharu sambil mengelap mata dilapisi maskara Bobbi Brown akak.. Uups..)


tiba tiba dah ada gambar passport nih? Uupss...

7.9.07

SaLaM RaMaDhAn..

Salam Siaran.. Kita berjumpa sekali lagi Puan Puan.. wah tiba tiba Jie ala2 pengacara NONA pulak nih? Motif? Hiks.. Yang penting, para penonton semua.. minggu depan tajuk album tetaplah MULIANYA RAMADHAN.. so di kesempatan ini, Jie ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA kepada semua.. moga2 kita dapat sama2 mengerjakan puasa dengan sempurna.. (sambil membetulkan tudung bawal warna hijau dan mengenakan pin tudung ber'initial'kan Z di hujung bahu..)

tahun ini jugak, seperti 2 tahun lepas, Jie akan menyambut hari lahir Jie (Uuu.. bila dan yang ke berapa iyer?) dalam bulan puasa.. so tahun ni Jie plan nak berbuka puasa di Rebung, Bangsar masa besday Jie nanti.. tapi tak tahulah kan kalau last minute cancel ataupun sekadar berbuka puasa di Shakeys BB sajo sambil mengimbau KENANGAN TERINDAH di sitew.. Oopss..

yang penting, bila tiba malam besday tu Jie dah standby pegang handphone.. menunggu dan menunggu.. ada tak ingatan daripada seseorang yang diharapkan untuk wish.. tahun lepas harapan kecundang, SI DIA tak hengat pun.. so tahun ni tataulah dia hengat ke tidak.. ayo, siapakah si DIA itew? tapi memang dalam hati berhajat sangat supaya dia ingat laaa tahun ni.. * jenuhlah pasni kena perli dengan hayatssssss...

apapun kalau tahun ni dia lupa jugak nak wish takpelah... nak buat camana kan? takkan nak paksa pulak.. kenalah terima HAKIKAT SEBUAH CHENTA kan?

oklah u ols.. sehingga berjumpa lagi.. (ayo sentap kah tibe tibe? hiks) SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERSAHUR untuk semua..


* BUKAN YUSOF TAIYOOB okies.. Opps

5.9.07

Impian Illyana (tetaplah tajuk tiada kena mengena)

malam semalam Jie tak dapat tidur.. dah masuk tidur awal ni, pukul 11pm, kalih kiri kalih kanan, tukar bantal, slowkan kipas segala (sejuk yu ols) tapi mata Jie iniew masih belum mahu pejam.. ntah berapa kali Jie bangun keluar masuk cik toi, baring balik tapi tetap dinch dapat cik tid..

tukar posisi pulak, kalih baring belah kiri.. tup tup Jie nampak muka BC tengah buat2 kiut tengok Jie.. terus Jie senyum TERTUNDUK ALLUZZZ.. terus feelin2 DW ada kat tepi Jie terus automatik keluar dialog iniew : DW, tengok tu BC usik kita.. dia senyum2 pulak.. (Adui confirm Jie kena jumpa pakar jiwa.. angau tak hengat dah ni..)

so, disebabkan mata ni degil sangat nak lelap, Jie keluar balik lepak kat living hall, isrok sambil kak Deeba & kak Mis gigih menonton movie sampai emo emo di hadapan tv.. dalam 15 minit lepas itew Jie masuk bilik baring balik.. konon2 dah bolehlah nak tido tapi tidakkkk juga.. ayo.. masalah apakah yang membelenggu Jie iniew yu ols?

Jie pun tak tahulah pukul berapa terlelap semalam cos bila Jie dikejutkan oleh hon kereta siapa ntah pagi tadi dah pukul 6.35am.. tapi tetaplah baring balik sampai 6.50am.. itew baru betul bangun.. mandi.. termenung sekejap dalam bilik mandi sambil pikir2 hari ni nak buat apa.. yang penting bos kesayangan Jie tiada di ofis.. 2 hari trip pegi site.. haruslah hari ni dan esok tajuk album akak MERIAH DI HARI RAYA kan?

hari ni pun Jie pakai jeans sajo ke ofis.. confident sajo.. kalau sapa2 tanya nanti Jie cakap sajo kena turun site.. apapun pagi tadi sempat breakfast dengan Kak Mis.. macam2 yang Jie mengarut tadi.. salah satunya we ols bersembang pasal hari raya.. Tup tup Jie angan angan raja ema nak bawak DID balik umah Mak Jah & Pak Zain tahun ini untuk beraya.. wow.. mesti seronot kan? Hiks..

Yelah, dia pun pandai membawa diri.. so taklah dia terkejung sorang2 nanti kan? boleh la dia tolong Mak Jah bakar lemang, pasang pelita segala, malam boleh ikut Pak Zain pegi terawih.. yang penting tajuk album dia kenalah berKAIN PELIKAT laa laa laa laa.. SARUNG PELIKAT laaa laaa laa laa.. ayo Jie taste... uupsss...

sukanya kalau dapat bawak dia balik betul2 kan? harus lah di pagi AIDILfitri Jie lengkap berkebaya Rizalman akan salam cum tangan dia mintak ampun maap.. sambil menitiskan AIRMATA SYAWAL wah berangannya.. dan yang paling penting, bila mak mak sedara, sepupu sepapat atau mana2 yang gatal2 mulut itew tanya ha, kawan si Jie tu keje apa yea?

DARIJAUH KU POHON MAAF akak terus capai mic tapi letak kat atas dahi (ala2 style JAC) sambil hit note G#..

ENGINEER sajo... * Ooopss


~ sekadar gambar hiasan... uppsss...

4.9.07

Wanita Ini.. (wah tiba tiba Wanita Ini..)

kadang kadang bila dah buat sesuatu pilihan kita jadi ragu ragu samaada pilihan yang kita buat itew betul atau tidak,kan? wah tiba tiba akak start posting ala2 skrip drama rashbir pulak? ayo.. matilah setiap scene yang ada minuman airnya warna sama sajo.. dari awal hinggalah tamat drama itew...

nak dijadikan cerits, lewat kebelakangan iniew di samping aktiviti ada menyokong pasukan B23 Malaysia di stadium akak gigih memenuhi undangan interview di situ sana sini u ols.. kalau direkodkan attendance akak kat opis sepanjang 2 minggu ini buruk bebeno rasanya.. kejap2 hilang balik awal (sebab nak tengok game) kejap2 hilang pegi interview.. kejap2 masuk lambat, kejap2 mc, kejap2 EL.. ayo nasib tak kena smash.. kalau kena smash harus akak dishadapkan serta merta, kan?

alkisahnya, pagi khamis lepas, bila akak dah sampai opis akak dapat satu call dari satu well known company nih.. mintak akak datang interview.. malam sebelumnya memang akak dah diberitahu akan ada interview, tapi esoknya (khamis) orang HR itew akan inform akak balik interviewnya pukul berapa.. so akak SEINDAH BIASA sajolah, dah masuk opis tu dengan konsep LENGGANG MAK LIMAH, pose2 dulu then turun minum..

sesampai sajo akak kat cafe bawah tup tup orang HR tu call.. suruh akak datang before 10am.. konon2nya bos dia yang akan interview akak ada full day meeting after 11am.. ayo laa kan.. terus akak naik balik, ambik handbag (wah.. handbag AIGNER kah? oops!) dan akak terus IMPAK MAKSIMA atas jalan menuju ke Chase Perdana u ols.. selesai isi borang segala, akak ditemu bual lite-lite Sugi oleh VP dia, Puan M.. tapi kali ni dalam hati akak tak menaruh harapan pun.. betul.. kadang kadang kita bila pergi interview kita taruh harapan tinggi untuk dapat tapi perasaan akak masa itu ialah saja datang suka suka..

tup tup sejam lepas tu akak dapat call, akak dapat kerja tu.. wah emosi semalam pun belum habis (wah apakah emosi semalam? uuu..uu.. akak sayu tengok DW mengalirkan air mata kemenangan nya u ols.. terharu sangat dengan kejayaannya itew.. OOPS iklan!) dan dan itew jugak akak terkesimaaa.. memang tak expect pun.. tup tup dapat? Ayo DUGAAN BUATKU sangat..

akak balik ofis, terus membuat sidang akhbar depan semua kawan2 akak.. masing2 memberi respon.. semuanya menyokong penghijrahan akak di tempat baru.. ayo..

akak bukan apa u ols, bila dapat kerja baru yang paling susah ialah nak membuka mulut kat bos akak untuk beritahu dia akak nak resign.. untuk pengetahuan semua bos akak sekarang ni pun memang nak resign, dulu dia penah sound akak, dia kata biar I pegi dulu, nanti I panggil.. tup tup nanti kalau akak cakap kat dia akak pun nak BELAH tak ke dia akan bersuara KAU NI TAK SABAR EK? tu yang akak tanak tu..

hm.. entahlah.. dalam pada itew akak telah pun bersetuju untuk accept offer tu bila company baru tu call.. boleh?

sekarang ni akak rasa, yang boleh tenangkan hati akak ialah DW.. akak nak sangat dia dengar luahan akak dan kemudian dia boleh nasihatkan akak.. tapi NAN HADO laa kan?

Ayo... akak tensi..

Wanita ini yang selalu memuja mu.. selalu.. tanpa ragu.. wanita ini yang selalu menyinta mu.. tanpa jemu..

** hmm.. nak DW! NAK DW!!!! UWAAA