31.7.08

Persona Bang Cik & Dekwan...





Pesona Aidil & Zaquan

MEREKA sudah menggapai puncak kemasyhuran. Menyarung jersi kebangsaan, 'saham' kembar sensasi, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Zaquan Adha melonjak tinggi. Kenali pasangan kembar idaman gadis ini sambil mencungkil personaliti dan isi hati mereka. KELIBAT kembar seiras ini nyata mencuri tumpuan siapa saja. Susuk tubuh tinggi dan tegap, dianugerahi pula wajah kacak kemelayuan dan bijak bergaya - semuanya umpama pakej lengkap buat Aidil Zafuan dan adiknya, Zaquan Adha. Tidak hairan populariti dua jejaka ini sehangat aksi tangkas mereka di padang bola.

Pada usia muda, kembar ini sentiasa diburu masa. Celik mata, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha perlu penuhi tuntutan jadual perlawanan bola sepak serta latihan kecergasan. Malah, kesibukan kembar ini menyebabkan sesi fotografi bersama XY - Ikon Lelaki terpaksa ditunda berkali-kali.

Penantian untuk ‘mengikat’ Aidil Zafuan dan Zaquan Adha akhirnya terjawab petang Khamis lalu apabila mereka sudi untuk menjayakan sesi fotografi di Berita Harian. Menyarung persalinan tuksedo daripada Lord’s Tailor bagi mencari kelainan, aura gaya pasangan remaja ini begitu menyerlah. Begitu juga pose selamba mereka ketika menggayakan persalinan Nike.

Aidil Zafuan agak pendiam, adiknya pula, Zaquan Adha ‘nakal’ lantas mencuit perhatian lensa jurufoto Yahaya Hashim yang dibantu Hasriyashah Sabudin. Sambil memuji pose mereka berdua, berkali-kali jugalah nama mereka disalah sebut.

“Senario begini sudah biasa bagi kami. Malah, sehingga sekarang emak kadang-kadang keliru yang mana abang dan yang mana satu adik. Tetapi kalau lihat secara fizikal, saya memiliki tahi lalat di bahagian pipi kanan dan sedikit kurus berbanding Abang Chik (panggilan buat Aidil Zafuan),” kata Zaquan Adha.

Wajah mereka yang seiras nyata mengundang hilai tawa di studio fotografi Berita Harian. Tidak cukup gambar di studio, mereka berdua sporting melayan sesi fotografi bertukar lokasi di padang futsal di tingkat atas Balai Berita. Kemesraan mereka berdua bagaikan isi dengan kuku.

Ditanya sejauh mana keakraban hubungan mereka, kata Zaquan Adha, sehingga saat ini beliau masih boleh merasai perasaan dan emosi pasangan kembarnya itu. Malah, berkali-kali juga mereka berdua secara spontan menyebut atau memperkatakan sesuatu perkara serentak.

“Tetapi kami sendiri mengakui sampai bila akan bersama sebegini. Mungkin secara kebetulan kami bersama dalam sukan bola sepak dan bermain dalam kelab bola sepak yang sama. Kami tetap akur tiba masanya masing-masing tidak akan selalu bersama,” sampuk Aidil Zafuan.

Meskipun begitu, Aidil Zafuan yakin mereka berdua tetap akrab biarpun suatu ketika nanti akan berumahtangga.

Ditanya perangai masing-masing, Aidil Zafuan berkata, beliau lebih mengalah kepada Dik Wan (panggilan buat Zaquan Adha) sejak dulu lagi. Malah, mengakui Zaquan Adha memiliki karektor lebih kasar.

Zaquan Adha pula berkata, abangnya lebih pendiam. Mereka juga saling berkongsi rahsia diri baik apa saja.

“Kalau tidak cerita dengan Abang Chik, lambat laun dia tahu juga,” kata Zaquan Adha sambil tergelak.

Walaupun jelas masih keletihan kerana baru pulang dari India, perasaan itu diketepikan mereka. Cerita Zaquan Adha, jadual harian mereka berdua agak padat sejak akhir-akhir ini kerana terbabit dengan beberapa perlawanan persahabatan bola sepak di luar negara.

Ketika fotografi berlangsung, kembar itu bersama kesebelasan skuad bola sepak negara baru pulang dari India selepas menentang skuad nasional negara itu yang berkesudahan seri 1-1. Terdahulu, skuad bawah 23 tahun negara juga menentang China yang berkesudahan tewas 4-0.

“Walaupun berkesudahan seri dengan India, pendedahan yang diterima banyak membantu skuad negara dan secara tidak langsung membantu meningkatkan kedudukan mata bola sepak negara,” kata Zaquan Adha yang kini beraksi untuk skuad Negeri Sembilan.

Mengakui merindui kampung halamannya di Negeri Sembilan, Zaquan Adha berkata mereka banyak menghabiskan masa bersama di rumah jika mempunyai kelapangan.

Jelasnya, menjadi rutin bagi keluarganya untuk berkumpul bersama membuatkan hubungan mereka begitu rapat. Jika berkesempatan, beliau tidak akan berenggang dengan permainan video.

“Jarang sekali kami keluar membeli-belah kerana kesibukan jadual seharian dan perlawanan bola sepak membuatkan kami tidak berkesempatan berada lama di rumah. Sebab itu, jika ada kelapangan memang banyak berehat di rumah,” katanya.

Ditanya kemasyhuran dikecapi mereka pada usia baru 21 tahun, Zaquan Adha tidak menafikan berasa beruntung kerana pencapaian dan pendedahan yang diterima selama ini. Sambil menambah, faktor kembar seiras juga secara tidak langsung menampakkan ‘kehadiran’ mereka sekali gus mengundang perhatian ramai.

Malah, kelibat mereka juga sering mencuri perhatian sejak kecil lagi sehingga masing-masing berkecimpung dalam dunia bola sepak. Secara kebetulan, baik Aidil Zafuan mahupun Zaquan Adha turut berbakat besar dalam sukan bola sepak sehingga berjaya menyarungkan jersi kebangsaan.

Mereka berdua juga menjadi penyandang cabaran dan maruah skuad bola Sepak Negeri Sembilan. Zaquan Adha mengisi cabaran di posisi penyerang, sementara Aidil Zafuan pula di bahagian pertahanan.

“Bola sepak sememangnya menjadi nadi kami adik-beradik. Memang sejak kecil lagi memasang angan-angan untuk serius dalam bidang ini. Untuk itu, kami terpaksa bekerja keras bersama-sama bagi memastikan impian itu terlaksana.

“Syukur, bermula di peringkat sekolah, pemilihan bawah 14 tahun hinggalah kini di skuad negeri dan negara kami berdua masih sama-sama beraksi dalam sukan bola sepak,” kata Zaquan Adha.

Menyingkap pula cita rasa gaya pasangan kembar ini, ternyata ‘ikatan’ naluri keserasian pasangan kembar ini tidak dapat dinafikan. Daripada jenama pakaian, potongan, malah tempat untuk membeli pakaian juga sama. Hanya warna membezakan pakaian milik mereka.

Malah, potongan rambut mereka juga serupa!

Mengenai soal penjagaan wajah pula, tanpa berselindung Aidil Zafuan mengakui dia mengambil berat rutin mencuci wajah dan menyapukan pelembap setiap kali selepas mandi. Rutin itu tidak pula dilakukan adiknya kerana mengalami masalah kulit sensitif.

Ketika mengintai soal cinta dan wanita idaman, baik adik mahupun abang masing-masing seolah-olah tidak mahu bercerita panjang. Sekadar bicara ringkas mereka berdua inginkan wanita yang sederhana dan paling utama direstui keluarga.

Malah, jelas mereka berdua faktor populariti tidak banyak mengubah haluan hidup dan pergaulan di luar. Mereka tetap seperti remaja lain dan melayan peminat sama rata.

Pantas masa berlalu. Dua jam sesi fotografi itu berlangsung terasa begitu pantas. Sebelum melangkah pulang, dua kembar istimewa ini sempat berkongsi angan-angan besar. Abang Chik nekad berhijrah ke Eropah jika berpeluang manakala Dik Wan mahu menjangkau lebih jauh tanpa sempadan, semata-mata obsesi diri terhadap sukan bola sepak. Nantilah dunia, rentak kaki kembar ini di garis permulaan...

5 Soalan - Aidil Zafuan

Wanita pilihan anda?
Menghormati orang tua.

Kegemaran anda waktu lapang?
Tidur!

Ungkapan yang mewakili personaliti anda?
Seorang yang sederhana dan pendiam.

Waktu sesuai menamatkan zaman bujang?
Serahkan saja pada ketentuan Ilahi. Apabila sampai masa saya tetap akan berkahwin.

Rahsia anda?
Tiada rahsia.

INFO:
Bakal berusia 21 tahun pada 3 Ogos ini.
Tinggi 175 sentimeter dan berat 75 kilogram.
Lebih dulu berkecimpung dalam sukan bola sepak berbanding Zaquan Adha.
Agak pendiam.
Mengagumi Datuk Soh Chin Aun sebagai idola dalam bola sepak tempatan.


5 Soalan - Zaquan Adha

Wanita pilihan anda?
Tidak terlalu memilih. Asalkan keluarga menerima dirinya seadanya.

Cerewetkah anda?
Saya hanya cerewet apabila tiba waktu berbelanja. Pada saya, berbelanja benda yang perlu saja.

Kepakaran anda yang mungkin orang lain tidak tahu?
Saya bolehlah memasak sedikit-sedikit. Setakat lauk kari, bolehlah.

Waktu sesuai menamatkan zaman bujang?
Setakat ini tidak memikirkan soal itu dan tidak meletakkan sasaran untuk mengakhiri zaman bujang.

Hobi anda?
Mengumpulkan barangan Coca-Cola dari pelbagai negara.

INFO:
Lahir dua minit lewat daripada Aidil Zafuan.
Memiliki berat 73 kilogram dan ketinggian 174 sentimeter.
Karektor ‘gila-gila’.
Memiliki tahi lalat di bahagian pipi kanan.
Idola bola sepak Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Christiano Ronaldo.



Sat naaa cheq... Dekwan dah panggil Jie nih.. kami nak pi beli rempah kari dengan coca cola jap... eheh! Verangssss... rindu kat dia.. lama dah jumpa dia... hmmm... *nangis*

23.7.08

Kau Hado?


Akak terkesima. Terkunci kata. Kelu. Bisu. Speechless. Kagum. Taksub. Sujud. Pengsan. Selama ini akak ingatkan chenta akak paling agung. (wah tak pasei). tapi kan yu ols, akak silap. Ada lagi kisah chenta yang seratus lapan puluh kali lagi agung daripada chenta akak nan kudus iniew… wah tak pasei kudus..

Mampu ke yu ols ada kekasih yang menulis sampai sebegini ghupa? Mampu? * Akak serta merta kejung… Hiks…

“Ya ALLAH, kau sembuhkanlah segala yang dihadapi oleh kekasihku itu. Moga kesihatannya beransur pulih...”

“ Terus terang aku katakan, sekarang ni aku tak mampu hidup tanpa dia. Sesaat dia menyepi, cukup buat aku rasa satu kehilangan. Apatah lagi andai dia hilang buat selamanya. Seringkali aku teringatkan janji kami. Hanya MATI yang akan pisahkan kami. Di situ sudah cukup membuktikan betapa kukuhnya hubungan ni..”

“Biarpun kau jauh, aku tetap terasa bahang pelukanmu..”

“Jangan risau sayang, seberat mana sekalipun masalah yang kau hadapi dan bakal hadapi, aku kan sentiasa bersamamu sehinggalah matahari terbit dari barat..”

“Sekalipun di langit biru, kan ku kejar bahagia mu sayang..” * Rashid sibir pun sujud sambil nangis ok dik! Akak confirm!

“Dengan berlandaskan pegangan hidup yang ke tengah ke tepi, tak tahu arah mana yang lebih baik untuk dituju, akhirnya aku dipertemukan dengan satu bintang yang tak ternilai harganya sekalipun dinilai dengan sejuta gudang emas. dialah bintang hati yang ku cari dan ku idamkan selama ini. Sesungguhnya dia memang tercipta untukku..”

Apa apa pun, akak tabik spring toing toing kat penulis, puitis sekali gurindam madah jiwanya.. persis sekuntum lavender nan mekar di pagi hari..

Kau hado?


"Walaupun ditakdirkan secantik Fazura, akak tak yakin dik nak tulis macam ni... " * oOPS

10.7.08



Dalam hidup iniew cuma ada dua benda sajor.. iaitu;

1. benda yang kita kena (mesti) buat

2. dan benda yang kita nak (sangat) buat. Kan.

Contoh terdekat: benda yang Jie kena buat ialah kerja kerja yang menimbun atas meja sekarang ni. Kan. Manakala benda yang Jie nak sangat buat ialah menghupdate blog. Kan.

Dan begitulah yu ols. Kita kemudiannya redha atas konsep tolak ansur. Sebab? Sebabnya kita tahu, tak semestinya benda yang kita kena buat terus terusan kita akan buat. Sama ada benda yang kita buat lambat laun akan habis.. ataupun berganti dengan benda baru.

Dan tak semestinya juga benda yang kita nak sangat buat kita tak buat langsung. Adik adik kan cekap. Tajuk album tetaplah cuba jaya. Kan. Tak dapat buat banyak, dapat buat sikit lite lite dulu pun jadilah. Kan. Namun penghalangnya..berbalik kepada tanggungjawab kita dan faktor masa. Masa yang tak pernah mahu mengalah. Berlalu dan berlalu dan meninggalkan kita. Kan.

Sama jugak kalau nak dikaitkan dengan perasaan yu ols. Ada orang yang kita chenta (sepenuh hati) dan ada orang yang kita chenta sampai mati (selalunya bekas kekasihlah tu). Bila dah sampai umur sekarang, Jie pun tak tahu, perlu atau tidak chenta itu. Sebabnya? Jie anggap Jie bertuah walaupun sekiranya tiada chenta, Jie ada sahabat sahabat sejati yang sampai mati banyak sekali budi mereka..

Apapun, mrasalah dekat sebulan jugak Jie tak sempat nak menulis. Mrasalah jugak peminat akak marah. Wah. Takpe dik, akak rela kena marah. Salah akak pun. Wah. Sepertimana yang Jie cakap tadi, penghalang terbesar untuk Jie hudpate ialah kerja Jie dan tanggungjawab Jie yang lain. Kau hado?

Takpelah. Kita borak pasal benda lain. Ashik pikirkan kerja ayo akak fengsan dik. Kan. Stress jadinya. Tapi apa pulak yang Jie nak kongsikan kali iniew? Hmm dinch tahu nak tulis pasal apa.. Jie redah je.. gotcha! Kan.

Jie rasa macam nak pergi bercutilah yu ols. Kan. Jiwa kacau sekarang ni. Wah tak pasei jiwa kacau. Semenjak dua menjak ni Jie rasa macam ada yang tak kena. Kejap kejap terfikir.. Kejap kejap terfikir.. Ape ke hey nye yop?

Apa ye yang tak kena? Apa pulak yang Jie ndak? Nak kata Jie perlukan beg baru, hmm, tak rasa pulak. Dah tiga empat beg Jie beli sepanjang bulan lepas. Wah terlebih sudah. Kan. Pikir punya pikir.. sah akak perlukan percutian. Tapi percutian akak semestinya dalam negara aje. Mana mampu nak bercuti ke luar negara. Yelah akak bukan assistant manager yang mampu beli kasut Gucci kan. Nak beli Gucci last season pun akak pikir berkali2. Tajuk album tetaplah bukan aku kan. Oops. Termengata pulak.

So, Jie rasa memang benda yang Jie nak sangat buat ialah berjalan dan bercuti sambil pose2 dengan beg baru. Tak pasei. Kak Misya ada jugak ajak ikut dia pergi Singapore, lagi 2 minggu. Akan difikirkan. Jie kalau boleh.. kalau dapat.. naklah bercuti cuti Malaysia ke Penang. Pasai apa Penang tatau?

Entahlah yu ols. Akak suka Penang. Tambahan pulak sepanjang perjalanan ke Penang itiu ada banyak tempat makan yang boleh disinggah. Jom jalan2. Kan. Temanya kalau jadi pergi bercuti, agenda utama ialah makan dan makan dan makan. Pastu jadi kimpy. Kan. Takpe yu ols. Sikit aje lagi nak puasa dah. Boleh diet balik masa tu. Wah tak pasei.

Tapi Jie nak pegi dengan siapa yu ols? Sorang2? Ooo.. no way.. Akak kalau pegi sorang2 alamatnya akak terus balik rumah Pak Zain sajo. Nak ajak sapa yer?

Rasa rasanya?

S?

* matilah cinta kembali bersemi.... kan?