17.3.08

dua minggu?


2 minggu lepas..

(wah cerita 2 minggu lepas tapi baru nak tulis hari ni. Motif? Suka kan adegan flashback. Mrasalah yu ols!)

Alkisahnya sejak bertukar tempat kerja nih, tidak boleh tidak, nak jugak test market kan. Nak dijadikan cerita, daripada hari pertama masuk sehinggalah 2 minggu lepas, puas jugak akak catwalk segenap tingkat, konon konon nak mencari kut kut ada pulak muka mami a.k.a mohd manisnya yang boleh dijadikan calon untuk dibawa pulang ke Tambun kan? So hasil pencarian menemukan kegagalan yu ols. Nan hado. Sorang pun akak dinch taste. Wah kekwat nih. Matilah akak pasni kena daulat dengan Beta. Wah tak pasei.

Sehinggalah 2 minggu lepas.. seingat akak hari Khamis.. dalam pukul sepuluh sebelas camtu.. tak pasei akak ajak Fara temankan akak pegi isrok. Yelah isrok sorang sorang tak best sangat yu ols. Kena ada “gu” baru sedap. Boleh jugak nak anyam ketupat sebakul dua kan. So melenggang lenggoklah lah kami berdua ni ke menuju ke tangga.

Tengah akak dengan Fara rancak berborak borak sambil isap rokok, masuklah pulak 2 orang ni, yang mula mula masuk pompuan. Alah, awek budak HR yang duduk kat sebelah tempat akak itiu. Akak setakat senyum ajelah kan. Nak borak lebih2 tajuk album akak tidak kuasalah kan. Malazz..Wah.

Kemudian, muncul pulak sorang mamat nih. Akak pun idak le pay attention sangat kome. Akak setakat menghadiahkan jelingan manja sajo. Boleh? Tup tup mamat tu bersuara:

“Hi Fara!”

Terus automatic akak pandang atas tengok muka dia.

Aduhai.. muka dia yu ols! LULUS sangat. Akak terkesima. Elok. Kalau ada button hijau terus akak tekan tanpa ragu ragu nih. Tak payah ujibakat dah. Kan. Yang penting, time time tu juga tibe tibe datang confident akak nih. Celah mana tatau akak boleh keluar dialog gini:

“Hai takkan HI kat Fara sorang aje?”

Dia terus pandang akak. Mesti dalam hati dia mengata akak. Kan. Ayo malunya. Mujurlah… mujurlah dia sekadar senyum simpul. Dan sebab nak cover malu, akak terus keluar dialog lagi:

“Sorry. Tak sengaja. Terlepas”.

Dia senyum lagi. Akak serta merta pengsan. Dia cemas. Dalam keadaan panik cenggitu, dia nak buat CPR kat akak. Akak on aje. Dia rapatkan muka dia ke muka akak. Akak menunggu. Terasa denyut nafas yang makin laju. Wah. Ok, akak tipu yu ols. Heheh. Mana ada akak pengsan. Matilah sempat lagi akak nak berangan. Kan.

Dia senyum. Lepas tu dia hai kat akak. Dia kata sorilah tak perasan. Maklumlah saiz akak kan saiz Kak G. Exactly the same. 34-26-36. Kecik molek. Manalah dia nak perasan. Wah sedapnya akak mereka cerita. Matilah peminat marah. Heheh.

Yang betulnya dia kata sori, saya tak perasan. Orang baru kan? Akak angguk. Kemudian dia tanya nama akak. Lantas mamat tu kenalkan diri dia. Ridza. Internal Auditor. Hm… sembang punya sembang, malam nanti Ridza beritahu yang dia akan terbang ke Houston, nak conduct audit.. 2 minggu…Hmm.. baru nak bermesra dah kena berpisah. Matilah overdo!

Dan sejak itiu, Jie langsung tak teringat kan dia hinggalah pagi tadi.. tup tup akak terserempak dengan dia (Ridza) kat tangga.. dia senyum.. akak nervous. tak sempat nak susun ayat. Tak sempat nak pikir ayat apa nak cakap. Yang terkeluar cuma:

Eh! Dah balik?

Dia senyum. Dah. Dia senyum lagi. Lagi lebar. Lagi manis. Lagi berkrim. Aduh. Muka akak merah padam. Apalagi, akak terus laaarikkkkkk!

Mak, mak nak yang mana satu? Welder ke, draftsman ke, supervisor ke, engineer ke, pemain bola ke ataupun auditor? Semua manis manis mak. Matilah!




6.3.08

S

S.

Tak pasei tiba tiba S nih. Matilah mainan perasaan! So, kali ni Jie nak bercerita pasal S. Cinta hati Jie sejak daripada zaman sekolah sekolah lagi. Mrasalah flashback.

S.. kami sebaya. 11 tahun muda daripada Nini. Maknanya zaman kitaorang buat IC terus ada machine scan jari. Bukan main tenyeh2 jari kat stamp pad pastu jadi hitam. Wah matilah termengata. Ops tak pasei.

Dia lahir tanggal Julai satu, bawah zodiak Cancer, anak jati negeri Perak. Dia sulung daripada 7 bersaudara. Mrasalah beratur adik ipar Jie kalau jodoh kami kuat.

S.. orangnya sederhana. Serba serbi sederhana. Tinggi, fizikal, IQ.. Tapi satu saja yang tak terlawan. Apa dia tatau? Heheh.. Dia manis. Manis berkrim ala ala Mohd manisnya sangat. Tu yang akak terus taste yu ols.

Mengimbas kembali kenangan kali pertama bertemu, hari pertama persekolahan, tahun 1996.. kebetulan kami berada dalam kelas yang sama, langsung tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Jie, waktu itu, pelajar baru di sekolah itiu. Saat mula terpandangkan wajah S, Jie mula menganyam cerita cerita indah..

Apabila matahari terbenam, dan bulan mengambil tempat, terbit kembali, lantas hari berganti minggu, saban tahun beredar, kami seperti tidak boleh hidup tanpa satu sama lain. Apabila tamat sekolah, mungkin rezeki, kami meneruskan pengajian dalam satu kawasan yang sama.

Masih terbayang, saban minggu, tatkala kelas berakhir, Jie dan S akan pulang ke kampung. Time tu akak teruslah bawak watak Maria Mariana ok. Tapi akak idak le bawak motor tu. Akak cuma bonceng, pose pose pakai jaket denim sambil main libas libas rambut nih. Mrasalah jugak jamban akak ni bertenggek atas RXZ. Wah tak pasei. Walaupun ada jamban lain nak jugak bertenggek atas tu yang penting road tax akak bayar ok. KAU HADO? Wah matilah emosional.

Semester 5, semasa Jie perlu menjalani latihan praktikal, Jie ditempatkan di KL. Masa tu jugak, yang penting, mak hantar Jie daripada kampung dan tak pasei S pun ikut sekali. Boleh? Ala ala mendapat restu ibu sangat. Aduh waktu itu bahagianya.** (Senyum)

Dan apabila kami masing masing sudah berkerja, mulalah datang angin selat selatan. Ada waktunya kami berperang besar, bergaduh dan benci sama sendiri. Kemuncaknya bila S memberitahu dirinya akan bertunang. Wah akak pengsan. Berair air laa bijik mata.

Kami berpisah seketika. Kemudian berbaik semula. Ditakdirkan, S putus tunang. Mrasalah waktu S dan tunangnya berkrisis, atas kuasa Tuhan, suatu hari sewaktu Jie dan S keluar bersama, kami terserempak dengan tunang S tapi bersama lelaki lain. Wah tak pasei Jie pun naik angin waktu tu. Sebaliknya, S, cukup rileks dan tenang. Dalam pada Jie naik angin tu dalam hati bersorak gembira jugak. Wah matilah niat buruk.

Kerana peristiwa itu kami rapat kembali. Tapi panas tidaklah berpanjangan kalau tajuk album S YANG LEBIH KAU CINTA kan..

Baik, putus, baik semula, putus, baik, putus, putus, putus, that’s it … tapi sehinggalah ke malam semalam..

Jie dan S bergayut hampir setengah jam! OMG… dan kami sependapat.. ke mana pun hala kami, ke mana pun tujuan kami.. nyata.. kami cuma berpisah tempat.. tapi hati kami ini.. letaknya sebelah menyebelah!

** Matilah pasni kena kata…

Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Oh…
Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Oh..
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa
Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa
Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui
Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku
Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)…yeah…yeah…
Akhirnya nanti kecewa

4.3.08

melompat ke angkasa tinggi...


Entah. Terus entah katanya.

Susah kalau kita menidakkan sesuatu perkara kan. Tambah2 pulak bila ianya melibatkan soal hati dan perasaan. Mana boleh tipu perasaan sendirik kan? Tajuk album tetaplah aku tak upaya. Matilah jiwang. Matilah halwa telinga dengar lagu Snow Patrol segala tapi tetaplah CD Celine Dion ada dalam simpanan nih. Matilah bunga di liang. Wah. Tak pasei.

Ops terlajak kata pulak. Tersmash sapa tatau. Ops! Ok, berbalik pada luahan hati Jie kali iniew.. Dah seminggu dua ni, Jie ashik teringatkan En. Mesra.. Wah pengakuan sangat kan.. Tak pasei..

Tulah dia. Kalau sekali sekala teringat takpelah jugak kan. Ni sampai terbawa bawa dalam mimpi. Dan terjadi lebih daripada sekali jugak. * Pengsan

Nak dijadikan cerita, malam Ahad lepas, Jie nekad… kalau malam tu Jie mimpikan dia lagi, Jie pasang niat nak sms dia. Manalah tahu ada petanda apa2 kan. Wah tak pasei. Yelah, risau jugak yu ols. Tambah pulak orang yang pernah kita sayang. Tetaplah tajuk album masih tertinggal sayang kan. Tup tup termimpi jugak yu ols. Matilah kena tunai niat nak sms.. tak pasei..

Agak lama jugaklah nak berkira kira sebelum sms tuh.. Duk pikir timbang buruk baik dulu. Yelah takut jugak. Dah lama lost contact macam tu aje tup tup tak malu nak hantar sms dia kan. Mrasalah Jie terkulat kulat pegang handphone atas katil. Nak sms ke idak, nak sms ke idak, nak sms ke idak.. Ayo tajuk album resah malam pengantin sangat ok..

Dan setelah pikir panjang, mencongak congak, Jie ambil keputusan, hantar ajelah.. Dalam pada takut + nervous + debaran kak nora tetaplah panjang sms lebih 4 baris ok. Wah susun ayat tak hengat nih. Kejap2 edit. Kejap2 padam. Kejap2 tukar ayat lain.

Nak tahu Jie tulis apa? Uuu.. mana boleh.. rahsia ok.. Huhu.. lepas cepat cepat taip, terus zas,, tekan butang SEND. Masa tu jangan cakaplah.. jantung dup dap dup dap, nak bernafas pun rasa macam semput kena asma nih.. takut.. dan pada masa yang sama tetaplah jiwa wanita nan satu iniew mengharapkan adanya balasan kan?
* bukan mengharapkan pelukan sasa ok! Huhu..

Satu minit, dua minit, dua minit setengah, tup tup ada sms masuk. Wah. Akak terloncat ok.

Sambil terketar ketar (wah over acting sangat nih!) Jie bukak inbox, baca dan senyum..

"Hi. I pun trtnya2 nape u tibe2 snyap aje. Kalau ada salah silap I mntak maaf. Hope 2 cu soon. Thanks. Take care. "

Dia mintak maaf? Untuk apa? Pastu dia nak jumpa Jie? Pasai apa?

Automatik akak capai high heel nak melompat sekali lagi laaa kan? Terus start miming DESTINASI CINTA.. Ops! Tudung tak pakai lagi nih.. sat.. akak pi larik cari tudung kejap naa.. hahaha…