20.3.09

Dulu - dulu...


kali ni akak nak mengimbau kenangan dolu dolu (tetapppp tajuknya flashback, kan.. malazzzz) iaitu zaman2 akak rajin duk pi menyanyi.. nak tahu kat mana? Ahaaaa.. tungguuzz.. wah tiber iklan katanya.

Masa akak belajar dik, nun jauh di bandar M itiu (wah jauh ke kaedahnya.. kan), tetaplah aktiviti selepas kelas akak dan teman teman menjenguk bandar S. Pergi karaoke katanya. Yelah nak buat apa lagi yu ols. Zaman itiu malls yang ado pun Fajar sajor. Paling kelas Billion dik. Ayo. Kan. Takkan nak pose2 jinjing beg SEED (beg mampu milik masa tu.. kan) kat Fajar yang cuma ada escalator naik ke atas sajo lepas tu nak turun kena pakai tangga? * Matilah terkata pulaksss.

Nak lepak layan coffee pun.. jawapannya tetaplah Hado dik. Paling paling pun bolehlah lepak Kedai Wak. Ataupun Hasnah Tomyam. Ataupun layan ABC kat kedai Sri Sarawak. Wah kat mana tu tatau? Habislah sapa sapa yang familiar dengan nama restoran ni buleh teka akak belajar kat mana kan. Tapi kan yu ols, akak recommend, pilah try roti canai garing dengan nasi kari kat Hasnah Tomyam itu. Malatop ok. Malatop. Tiba akak promote Hasnah Tomyam katanya. Wah royalti please. Tiberrr.

Aktivti lain yang boleh dibuat – antaranya melepak tepi laut dan berangan buat video clip Bersama Akhirnya.. sekaligus feeling2 pakai pareo sambil naik jet ski. Tiberrr. Sembilu 2 sangat. Kan.

Chop. Sebelum akak lari topik baiklah akak berbalik kepada tajuk asal kan. Seperti biasa akak kalau diberi peluang confirm akan melencong. Kan.

Alkisahnya kalau ke karaoke itiu - yang mana kita kena pilih lagu kat depan kaunter kemudian kena tulis kod lagu yang kita pilih atas kertas kocik - ayo tak laratss yu ols. Nak berjimpit jimpit dengan mat2 rempits itiu. Sah sah hilang bau perfume akak dik. Walaupon. Walaupon perfume masa itu cuma “SO?” saja. Kan. Dah selesai pilih lagu kena menunggu nak masuk bilik pulak. Kalau nasib baik ada bilik kosong boleh terus masuk. Kalau ramai orengzz terpaksalah feeling feeling menunggu atas sofa kusam itiu yu ols. Tajuknya kehazaban sangat okies.

Antara lagu wajib akak setiap kali pergi menyanyi tetaplah “Syurga Di Hati Kita”. Kan. Bukan apa, yang syoknya part hujung2 lagu tu yang kena tarikkkk suara sikit… macam ni.. “Berjanjilahhhhhhhh.. dan setiaaaaaaaa…”. Kelas. Akak suka. Walaupon sampai ke tak sampai ke akak tetap tarik ok. Kan. Lagu lain – ada sekali tu akak terhambik lagu “Hanya Satu” – Nora. Tetap ada part tarik – part muzik berhenti tu.. kemudian tarik gini.. “Hannnnnnnnn yaaaaa lahhhhhhhhh satu”. Sukaaaaa. Walaupon.

Kemudian.. kalau ke karaoke dengan S pulak (wah teringat qah?) antara lagu yang akak persembahkan kat dia ialah Seandainya Masih Ada Cinta. Confident takkkk akak dik? Kan. Tak kuasa kalau dikenang balikzzz. Alu. Dia pulak tak habis2 dengan lagu Awie – Syair Si Pujangga. Kalau tak lagu tu, lagu Bara, kalau tak lagu Bara, lagu Spoon. Apakah. Kan. Ada sekali tu dia pilih lagu Jelmol – Rinduku Tiada Berteman. Akak sesak nafas dikkkk. Nasib baik akak tak naik “syeh” perform Dikir Rambong (Kapilla) pulak lepas tu. Kan. Walaupon.

Kalau akak pi dengan Z – confirm dalam senarai lagu dia mesti ada lagu kumpulan Dewa, lagu Potret, lagu Anuar Zain – dan jangan tak tahu, bulan puasa pun akak menjengah ke karaoke ok. Sangat tak sesuai kalau mak akak tahu. Dia suruh pi terawih akak menyimpang pegi buat show. Kan. Walaupon. Sah sah masa itu akak dan Z akan pilih lagu Suasana Hari Raya walaupun belum raya ala2 2 minggu lagi. Kan.

Ada sekali tu pulak, akak hangkut S dengan Z pi karaoke sekali – entah macamana 2 ekor tu nak ikut pun akak tak taw dik. Confirm akak feeling ada Tiara sangat atas kepala. Kan. Dengan S akak duet lagu Hampa (Rem & Hetty Sarlene) – dengan Z pulak akak bantai nyanyi Senja Nan Merah. Tiberrr. Tapi diorang tak nak pulak duet berdua. Hmm. Pasai apa taktaw. Malazzzz.

Kalau bawak R pulak – sah sah asyik lagu duet aje memanjang. Paling tak boleh lupa dia akan request akak nyanyi lagu Gelisah Mimpi – setiap kali ke karaoke. Dia kata sedap. Akak pun yerrrrlahh sedap. Beli jiwa kan. Maybe dulu sedaplah kut. Sekarang kalau dia puji sedap pun akak tak heran dah dik… banyak lagi orang kelas daripada kau.. wah tiberrr akak emosi dengan R… motif akan nak emo –she? * Matilah pasni kena blacklist sebab eja EMOSI jadi EMO-SHE… Tiberr….

Baru baru ni plak.. akak ngedate dengan F. Wah siapakah F itiu? Takde salam takde intro tiba tiba buat pengakuan ngedate dengan F. Kan. Takpelah pasal F akak update lain kali okies. Yang penting, tetaplah satu hari tu F ajak akak ke Red Box. Akak awal2 dah cakap akak tanak nyanyi. Akak malu. Walauponnnn. Kan. Tahu tahu diam diam dia pilih lagu. Tahu tahu aje dia kasi mic, dia kata “Jom u nyanyi sama”. Akak pun ala2 kena pukau ajelah masa tu. Kan. Akak capai mic. Dan terus pandang ke skrin tv tu. Tahu dak lagu apa yu ols?

KEHEBATAN CINTA ok (* kau hado?)

Akak pitamzzzzz sat (...tapi bangun balik cos dah standby nak nyanyi baris pertama lagu itiu...walauponnnn. Kan)



Confirmlah akak bersungguh sungguh nyanyi kan?
Jumpa lagi hawau! Hahaha...

No comments: