28.5.08

"Nanti jadi ikan kat pasar"?


Pembuka cerita:

Alkisahnya dalam posting sebelum ni akak dah beritahu kan yang akak dapat offer kerja baru? Meh akak nak flashback sikit penceritaannya. Tahun 2005 akak kerja kat satu company ni, dan masa itiu bos akak ialah Encik. M. Akhir tahun 2007, Encik M resign dan bukak company sendiri, akak pulak stay kat company tu sampai awal tahun ni & lepas tu akak join satu company lain pulak (company akak sekarang ni).

Kebetulan masa akak report kat Encik M, akak adalah jugak sekali sekala berurusan dengan satu lagi GM kat company tu , Encik I. Nak dijadikan cerita, Encik.I pun dapat offer baru kat satu company lain. Dan dia pulak ajak akak kerja semula dengan dia. Ataupun bila kita buat susunan ayat semula akak pun gatai jugak offerkan diri akak nak kerja dengan Encik I. Biasalah bila dah datang garit akak. Kan.

Cerita dalam cerita:

So bila dah dicuss pasal gaji, terms of employment segala, last week Encik I bagilah akak offer letter company baru dia itiu. Akak masa tu dalam hati memang nak join dia. Sebabnya? Hm, akak dah tak kuasa nak travel pergi kerja pagi pagi buta.. lepas itiu pulak akak dah tak larat nak bayar parking kat company sekarang iniew yang very the melampau sangat rega nya. Kan. So akak cakap, ok, minggu depan I letak surat, akak ni belum confirm. So kalau nak resign boleh bagi notis seminggu sajo.

Sekali lagi kebetulan, sehari dua lepas akak dapat offer letter itiu, bos akak sekarang, Puan M, nak buat akak punya confirmation. Kan. Haruslah tajuk album akak NEHI NEHI kan. Tak pasei kalau akak nak resign kena tunggu sebulan. Kan. Akak slow talk dengan dia, cakap akak nak resign. Akak dapat offer baru. Tak pasei pulak Puan M, Puan R, Puan R lagi sorang semua datang pujuk ajak suruh stay. Dah tu guane nye? Kan. Chantik ke akak nak stay? Wah.

Akak balik rumah, akak pikir, akak telefon mak abah mintak pandangan diorang. Mak akak, seperti biasalah sentiasa menyokong anaknya iniew. Cuma abah akak macam tak suka kalau akak ashik lompat lompat kerja ni. Kan. Tak elok katanya.

Offer sini sana pun tak banyak untung. Lebih kurang sajo. Cuma kalau akak accept offer kerja dengan Encik. I nih, perbelanjaan akak ke tempat kerja kuranglah. Dan lagi satu advantage ialah pejabat dia nanti dekat dengan rumah akak dan akak dapat parking. Harus qah yu ols? **

Konflik cerita:

Apapun, akak dah letak surat resign. Masalahnya sekarang Puan M tak accept surat akak itiu. Tak pasei pulak diorang counter offer akak. Dah tu? Ayo, lagilah bertambah tambah pening akak sekarang ni. Ala2 situasinya kalau Bang Cik dengan Dekwan sekaligus datang Tambun pinang akak. Kan. Tetap nak jugak kaitkan si kembar katanya!

Akak ada jugak tanya pandangan bos lama akak, Encik M, pasal dua dua offer ni. Akak mintak pendapat dia, yelah, mana tahu buah fikiran dia lagi bagus ye dak. Kan.

Semalam dia sms akak “Camana jadi tak join Encik I?”

Akak balas “tak tahu lagi bos.. company sekarang counter offer. I belum decide”

Nak tahu dia balas apa?

“Nanti jadi ikan kat pasar”

MOTIF?

Jenuh akak pikir... “Nanti jadi ikan kat pasar”? Maksudnya? Apa yu ols? Ikan kat pasar? Semalam baru Nini beli ikan mabong 2 ketul kat Giant. Wah tak pasei. Kan. Girl girl keliru yu ols.

Penghujung cerita:

Akak dah maleh nak pikir. Tengoklah nanti. Makan durian lagi best, kan Nini.

Daa yu ols.



27.5.08

Posting Single Katanya...


Aduh. Matilah akak dikecam peminat. Matilah akak di KRINGS KRINGS sebab dah 8 tahun tak hupdate. Kan. Konsepnya kali ni akak muncul dengan posting “SINGLE”. Bukan posting “penuh”. Kan. Kau hengat Kak G kau sorang aje boleh keluar SINGLE? Kak Jie kau ni pun boleh ok. Tajuk album tetaplah tanak kalah katanya. Kan. ** tak pasei tiba tiba ada posting “single”. Boleh?

Akak mintak maaf, akak tak daya nak hupdate. Sejak balik daripada PD 3 minggu lepas, kerja menimbun2, tak habis2. Datang pulak offer company baru, mintak akak join diorang. Lagilah akak buntu. Kan. So akak dah letak surat resign. Tapi tak pasei di counter offer pulak. Lagilah tajuk album akak Tiada Kepastian kan.

Takpelah. Yu ols bersabar yer. Kalau dapat hupdate, akak hupdate. Demi peminat. Kan. Apapun, sebelum itiu, HAPPY BELATED BIRTHDAY TO KAK MISYA, tak sempat jugak nak buat posting wish birthday hari tuh.

Apapun, buat bang cik, apasal potong rambut botak? Frust berchenta Qah? Wah tak pasei. Kan. Takpe, bang cik tetap kiut dengan rambut baru. Nyesal tak snappy2 hari tu masa jumpa. Hensem.

Dekwan pulak... ayo.. akak nangis tengok dia. Tak cakap banyak.. SANGAT ELOK yu ols! Kalaulah dia jodoh akak, sah sah pekan Tambun berpesta 8 hari 7 malam. Kan. Daaa…


mrasalah penduduk tambun tengok aurat akak kan.. tak pasei.. **

9.5.08

mari bermain pilih pilih muka!


Dek kerana kesibukan, akak perasan lately ni akak jarang dapat spend masa dengan Kak Deeba & Kak Misya Malatop. Yelah semenjak bertukar kerja ni bila balik rumah aje dah penat, dah ngantuk so tak dapat nak sembang2 gelak kik kik kik dengan kakak2 ku itiu macam dulu dulu.

Sepanjang 2 minggu lepas, takde langsung dalam jadual akak hari untuk berehat. Isnin sampai Khamis, kerja, pegi gelap balik pun gelap. Jumaat ada kursus sampai Ahad, jejak kaki kat rumah pun dah pukul 9.20 malam. Tak cakap banyak, lepas mandi akak tido. Sambung balik Isnin sampai Jumaat, dengan rutin yang sama, Sabtu pagi berkejar ambik auntie akak, balik Ipoh, petang sampailah malam duk bersiap untuk kenduri, petang Ahad akak balik KL balik, sampai KL dah malam, mandi dan tidur. And the same thing goes on and on…

So dah 2 minggu akak tak tengok Konsert AF, dah 2 minggu Kak Deeba balik daripada Bali dan terbang balik ke sana Selasa lepas, Kak Misya pun tanak kalah, terbang jugak ke JB pagi semalam, kerja, hari ni baru balik, dan pagi esok pulak akak akan PD dua hari, Ahad baru balik. Akan merasalah sakit hati nak bangun pagi Isnin sebab kena pegi kerej kan. Ayo…

Apapun, malam Isnin lepas sempatlah jugak bergelak ketawa dengan Kak Deeba dengan Kak Misya kau.. we ols suka main pilih2 muka.. Nak tahu main dia macamana? Ha… gini…

Peralatan diperlukan: TV

Masa bermain: Bila bila pun boleh tapi paling sesuai masa tengah lepak2 depan tv.. supaya lagi banyak idea akan keluar kan... kalau sorang start keluar nama, akan berturut2 lah nama nama lain yang akan keluar untuk jadi bahan gelak tawa

Cara bermain:
Pilih nama artis yang pangkal nama/ depan nama / hujung nama yang seakan akan sama, syaratnya sorang lawa dan sorang kurang lawa ataupun dua duanya kurang lawa.. Tapi kalau nama tu tak sama pun boleh..

Lepas tu pilihlah.
Lepas pilih bolehlah gelak gelak kik kik kik dan sambung dengan nama lain pulak.. senang kan?

Contohnya gini:

Nok, ko nak muka macam Fauziah Latiff ke Fauziah Nawi? Pastu gelak… Of courselah muka Fauziah Latiff kan..

Ataupun,

Nok, ko nak muka ko macam Habsah Hassan ke Mek Habsah? Gelak lagi..

Nak muka macam Diana Naim ke Diana Danielle? ** Ke Diana Ross? ( boleh tambah nama nama lain suka hati ok!)

Nak muka Siti Nurhaliza ke Siti Saerah? * Oops

Nak muka Sheila Majid ke Norsheila Amin?

Nak muka Wohnen ke Ayu OIAM? ** Ayo soklan!

Dan seterusnya macam macam nama lagi yang akan keluar…

Yang penting, paling kelakar malam Isnin itiu…

Ko nak muka Diah ke Ayati?

Ayo akak gelak tak hengat sampai nak pengsan!!! Terus main nama mak katanya!!!

Lariikkkkk…….

8.5.08

McD



Tetaplah nak mengimbau kenangan silam kan? Tak pasei.. mrasalah flashback sekals lags!

Alkisahnya, kali ini akak nak story pasal fast food kegemaran…McD!! Dan ada peristiwa pahit di sebalik restaurant favorite akak itiu. Jadi, mrasalah korang kali nih.. akak nak share kenangan lalu akak dengan dengan peminat peminat semua. Kan. ** matilah mengaku ada peminat nih!

Trivia nya, kalau diikutkan, paling kurang 2 kali dalam seminggu dalam menu harian akak ‘wajib ada’ burger dan fries McD. Kan. So dengan itiu, kalau sapa sapa terserempak dengan akak pasni jangan terkejut pulak kalau akak makin menjadi jadi kimpy nya. Kak She pun dah tegur akak malam Ahad lepas. Dia kata akak kimpy. Wah. Kurus ke dia. Kan. Takpe. Kejap lagi kita KRING KRING Kak She. Kita tanya dia itiu kimpy ke tidak. Kan. Wah matilah.

So, sebelum akak lari topik bercerita pasal kimpy ke apa ke, baik akak sambung teruskan cerita pasal sejarah akak dan McD nih. Kan.

Suatu masa dulu…

Tahun ‘99 kalau akak tak silap. Akak masa tu baru sambung belajar kat ITM. Kebetulan, rumah mak abah akak takdelah jauh sangat dari kampus. Dalam sejam perjalanan. So boleh dikatakan saban minggu akak balik rumah mak abah akak. Yelah dekat kan. Lepas tu pulak, kalau balik, haruslah agenda utama akak ialah ‘ngedate’. Kan. Dengan sapa tatau? Oops.

Hui, kalau nak ingat balik cerita pasal ‘ngedate’ nih.. ayo.. sakan.. gigih sangat ok. Kalau janji ngedate pukul 9 malam, pukul 6.30 petang akak dah start nak mandi ok. Yelah, masa tu akak ambik masa sejam untuk mandi ye. Lepas mandi, akak bertapa pulak setengah jam depan cermin nak mekap. Yang penting akak mekap bahagian mata aje. Boleh? Akak pakai lens, maskara, eyeliner segala. Tapi compact powder, lipstick, semua yang lain lain akak tak pakai pun. Akak tumpu bahagian mata sajo. Tajuk album tetaplah Dari Kerana Mata kan. Yang lain tak cantik takpe asalkan mata cantik. Kan.

Lepas siap mekap, sessi untuk pilih baju pulak. Pun ambik masa setengah jam. Dah siap pakai baju, final touch akak sebelum keluar ngedate ialah menyembur perfume kat bahagian2 tertentu. Kan. Akak akan pastikan bau perfume itiu terbau sebatu sebelum akak sampai. Kan. Dah siap semua, barulah akak bolehlah akak keluar dengan confident. Kan.

Kebiasaannya, bila nak ngedate nih, akak tunggulah antara S dengan Z, sapa yang akan ajak akak keluar dulu. Tapi, selalunya malam Sabtu akak keluar dengan Z. Ahadnya pulak baru akak keluar dengan S. Wah bermadu qah S dan Z itiu? **Matilahhhh. Kan.

Yang penting, tak kisahlah keluar dengan S ke, Z ke, tetaplah kami akan ke McD, sembang sembang, gelak gelak, pegang tangan, usap usap (wah tak pasei!).

Mula mula akak sukalah kan. Yelah, dapat ngedate, pastu pulak dapat makan fries kegemaran akak itiu. Tapi lama kelamaan mulalah akak sangsi asmara. Pasal apa tatau setiap kali keluar mesti nak pergi McD yang sama? Kan. Mula lah perasaan ingin tahu akak meluap luap kan.

Tiba tiba…teruslah trademark angkat kening akak keluar kan.. dan terbukti, ada orang ‘main chenta’ di belakang akak. Wah akak marah. Sangat marah. Sungguh akak tak sangka, S sempat main mata, sempat bertukar tukar nombor telefon, sempat bermain chenta dengan salah sorang cashier kat McD itiu..

Mula mula akak dinch tahu, sampailah satu hari itiu, bila akak dan S datang macam biasa kat McD itiu, si perempuan cashier ni pandang kami macam tak puas hati. Akak masa tu manalah sangka kan, so akak dan S berboraklah macam biasa. Kemudian, masa kami dah nak balik, tiba tiba S boleh suruh akak tunggu kejap, dan dia boleh masuk balik untuk jumpa cashier itiu. Wah wuish wuish laa kan akak masa tuh. Memang menjemputlah kan.

Ayo akak terbakar dik. Melara jiwa sangat. Rasa nak jerit aje tepi telinga perempuan itiu. KAU KENAPA GILA!!! Asal apa yang aku nak kau nak jugak. BINATANG. Kan. Ish geramnya masa tuh. Rasa nak aje tinggalkan S sorang sorang kat situ (kami datang satu kenderaan) dan akak balik. YES. Akak buat yu ols. Sakit hati punya pasal. Kan. Akak nekad balik. Lantaklah masa tu dia nak balik macamana. Kan. Emo nih.

Tanpa akak jangka, hubungan kami (akak dan S) nan bertahun itiu putus jua.. semua dek kerana perempuan gila itiu. (tiba tiba ada background muzik lagu ketentuan ~ kak melah… tak pasei!)

Bemula daripada situ, akak dah tawar hati nak jejak mana mana McD. Tajuk album tetaplah trauma yang melanda, menikam nikam jiwa, selemah ku lemah aku berserah ELITE yu ols. Kan. Tak pasei kerana McD cinta akak kecundang. Wah boleh. Sumpah, akak memang dendam kat perempuan gila itiu. Kalau akak jumpa dia memang akak bantai dengan tumit kasut tinggi. Kan. Pastu akak kenalah tempah baju kurung baru sebab nak naik mahkamah. Kan. Ooops.

Sampailah suatu ketika, hubungan keruh kami dijernihkan oleh keadaan. Namun, mendung tak pernah lupa menjengah awan bukan? Suatu malam, S call akak, mula mula sembang macam biasa.. borak punya borak tak pasei tiba tiba dia beritahu yang dia jemput akak datang majlis pertunangan dia dengan perempuan cashier tu. Ayo.. akak terpelanting yu ols!!

Itulah penamat kisah kami. Dia bertunang pada 7/7/2004. Tarikh keramat yang menganggu gugat hidup akak. Yang membuatkan akak hilang separuh nyawa. Kan. Skrip drama Samarinda sangat. Kan.

Apapun yu ols, beberapa bulan kemudian akak dapat tahu S putus tunang. Akak pun tak tahu apa perasaan akak masa tu. Nak kata happy tak, sedih tak, suka tak, kesian tak, semuanya tak. Cuma dalam hati ada sikit perasaan nak mengata PADAN MUKA kat dia dan perempuan gila tu. Kan.

Semuanya kerana McD. Akak hilang perasaan akak terhadap S, dan dia putus tunang. Sesuailah muka perempuan itiu. Kan.

Jumpa lagi yu ols.

***

Yarabbi, penatnya nak menyudahkan entry iniew.. Makan masa 2 hari okies.. Akak berkejar kejaran ke sana ke mari menyudahkan kerja, dalam pada masa yang sama akak curi curi masa menaip posting ni. Mencabar sangat rasanya. Jumpa minggu depan okies.

Tunggu gambar dan posting menarik sempena apa tatau? Uuu…uuu..

PD here we come!

2.5.08

Ingin Bersama Mu..

Dalam banyak2 foto DW, gambar nan satu iniew begitu menyentuh hati Jie.. Pasai apa tatau? Entahlah. Akak pun confuse dik. Bila akak duk belek gambar ni akak rasa bahagia sangat. Kan. Matilah angan angan tiada kesudahan..

Yang penting, saban hari sebelum tidur gambar inilah menjadi peneman malam Jie.. Bila Jie tengok gambar ni, dengan sendirinya Jie akan tersenyum, dan serta merta mulalah start berangan.. hmm…

Satu hari nanti Jie akan cakap kat Aiman.. ha, ni gambar papa dukung Aiman masa Aiman kecik. Boleh?
**Matiiiii lahhhhh!!!

Ingin Bersama Mu

Pandangan pertama
Dan senyumanmu
Yang penuh kemesraan
Terukir di ingatan
Tiap detik berlalu
Tak bisa untukku melupakanmu

Setiap ketika ku rasakan
Bayanganmu menemani
Ke mana pun ku pergi
Hingga di dalam lena
Ku masih lagi termimpi-mimpi
Apakah kau pun terasa
Segalanya yang ku rasa

Andai ada ruang di hatimu
Inginku menjadi ratumu
Mengecapi cinta ke akhir usia
Dalam suka dan di dalam duka
Ingin aku bersamamu
Kekasihku

Ku sering tertanya
Beginikah berputiknya cinta
Menghiasi jiwa
Rindu menjadi lagu
Gemersik suaramu ungkapan shahdu
Apakah kau pun begitu
Asyik terkenang diriku

Walau ke hujung dunia
Kekasihku
Walau di hujung waktu
Takkan pudar cintaku
Untukmu


dirimu satu



Happy Birthday Kak G…

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, semoga rezeki takkan putus, semoga kebahagiaan sentiasa melingkungi hari harimu, semoga apa jua yang dilakukan mendapat sambutan baik… Kak G selalu cakap, kita kena percaya pada rezeki, setiap orang ada rezeki masing-masing.. yang penting kita berusaha..berusaha untuk letakkan sesuatu itu di tempat yang terbaik.. dan jangan pulak wujud perasaan dengki pada orang lain, kan Kak G? mungkin rezeki orang lebih murah daripada rezeki kita tapi kita jangan sekali kali putus asa.. mungkin rezeki kita lambat siapa yang tahu kan..

Tapi rasa macam tak percaya pulak Kak G ni dah cecah 40 tahun. Tua setahun aje daripada Na**ni. Kan. Wah nama sapa tu tatau. Matilah terkasi tahu umur sebenar. Ehehe. Mrasalah pipi terbelai dengan krim muka Estee Lauder. Kan. Tapi penyapu kat rumah sedih. Kan. Ooops.

Apapun, minggu depan, Kak G akan berkampung di PD dengan peminat peminat yang tak jemu2 menyokong Kak G kan? Malaazzzzz.. yang penting, akak ni ha, akan turut muncul di PD ok. Mrasalah on the way balik singgah rumah mak mentua kejap di Seremban. Wah tak pasei.

Istimewa untuk semua.. terbaru daripada Kak G.. “DIRIMU SATU”

Ku tanya pada bulan
Dan ku tanya pada bintang bintang

Apakah engkau merasakan
Kerinduanku padamu yang mendalam

Seperti apa yang dirasakan
Seperti apa yang dimiliki.. oh.. oh

Lepaskan semua angan
Kanku biarkan bayanganmu datang
Takkan lgi ku sangsikan
Cinta kita kan selalu abadi

Dari semua.. yang telah dilewati
Dari semua.. yang telah dikorbankan.. Oh..oh..

(Ku yakinkan)… aku yakinkan
(Ku pastikan)… aku pastikan
(Ku percaya)… aku percaya
Kerana kau yang ku tinggalkan

Meski kita saling jauh
Namun hatiku dekat padamu
Cintaku, kasihku… setulus hati padamu
Sayangku, rinduku… hanyalah engkau yang satu..