28.12.07

Sayonara 2007

Sayonara 2007…

Tahun berganti lagi. Entahlah. Dalam kepantasan masa dan kesibukan yang bertali arus, antara sedar dengan tidak kita bakal meninggalkan satu lagi tahun, seraya menginjak ke tahun baru, dan automatis menambahkan satu lagi angka dalam perjalanan kita menuju satu matlamat yang azali...

Terus, sepanjang tahun, terukir jalan jalan kenangan, tersemat nostalgia manis, terselit kisah pahit, terakam segala memori.. dan percayalah, ianya akan menjadi panduan bagi bakal hari – hari nan mendatang..

Lewat fikiran, pada sebuah pertemuan mahupun perpisahan, sama ada ianya mutlak mahupun sementara,bagai membina dinding - dinding keteguhan emosi, supaya menerima takdir dalam kecekalan dan dipayungi keredhaan..

Dalam kerendahan hati, memohon kesejahteraan yang berpanjangan, buat keluarga, teman – teman terulung, sahabat handai sekalian... moga moga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan, diselamatkan, diberkati..

Doa dan harapan, semoga diperkenankan, (segala apa yang baik – baik) tidak berhenti di sini..

Wah dalam nye maksud? Apa yang Jie merepek ni yu ols? Teeet.... *

SELAMAT BERSANDING... PENGANTIN BARU... DUDUK BERSANDING DI ATAS PELAMIN... buat AMER & LIN dan buat AJA & ZURA

Dan tetaplah tajuk album PELAMIN ANGANKU MUSNAH buat S.. chenta pertama Jie, dengar2 khabar dah bertunang dan tak lama lagi nak naik pelamin...Tahniah ...
*sambil buat muka nih!


Tahniah S... tunggulah time Jie pulak... * oops

26.12.07

COMEBACK KAK G!!!!

"DINGIN" ~ Terbaru daripada Kak G


At last!

Lagu baru Kak G (Dingin) dah mula dimainkan di corong2 radio.. apakah itu petanda album dia akan keluar tak lama lagi? * MATILAH BUNGA SEBAGAI PETANDA.. Ooops..

Yelah yu ols, last sekali album kakak kesayangan Jie tu keluar tahun 2001 (Aku Cintakan Mu) sekarang ni dah nak masuk 2008, tetaplah tajuk album TIADA DI PASARAN... tidak muncul2 jua.. so bila dah kuar single Dingin ni harap2 cepatlah keluar album dia tu.. dah tak sabo ni Kak G oiii...

Dah bertahun menunggu... dah kejung dah ni.. sekarang baru ada 8 lagu.. ada lagi 2 lagu kena rakam.. tapi sebagai peminat, kenalah jugak faham, dia pakai duit sendiri buat album dia kali ni, tambah pulak nak dapatkan lagu2 yang mengikut citarasa dia tu susah.. tu yang makan masa nak siap tu...

Apapun, bila Jie saja masuk forum sana sini, Alhamdulilah, ramai yang suka dengan lagu Dingin ni… kalau dengar betul2, boleh rasakan suara Kak G very fresh.. especially masa starting lagu ni.. suara very the segar gitu...

Bahagian chorus pulak “dinginnya getaran asmara.. sentuhan mula bermakna..” (bahagian yang Jie sangat suka yer... duk ulang2 nyanyi baris ni.. ayo.. meremang!) dan ending dia... very lain tone Kak G this time.. kejap2 kasar, lembut, gemersik tapi paling penting part jerit… trademark tu...kena ada ye tuan tuan puan puan…

Dan Jie nak share sikit... dialog fan yang rapat dengan Kak G berkenaan album dia yang dah berzaman nak siap itiu...

Kak G: Dah beli album adik iT dik? Dah keluar kan?


Fan: Ayo.. perlu kezz? Ni ha, orang tengah tunggu album ZIANA ZAIN ni ha. Cuba kak G pegi tanya ZIANA ZAIN tu... bila nak keluar album dia nih??

Ayo.. berani kan? nasib baik Kak G tak ngamok yu ols... wakaka..

14.12.07

Sebak

Semalam Jie balik kerja awal daripada biasa.. (wah macam HOT FM pulak.. lebih hangat daripada biasa.. TET!) Tujuan utamanya selain daripada nak hantar salah sorang daripada bos Jie ke LRT’s station, Jie balik awal sebab nak menjenguk mak Jie.. kebetulan dia ada kat rumah Mak Iti..

Alkisahnya semalam masa Jie call dia, dia kata nak ke Jusco Wangsa Maju, konon2 ada Chrismast Sale.. so, Jie kata kat dia, ha esok pas keje Jie datang ambik dia dan pastu kita pegi.. Dia okay sajo..

So, disebabkan Jie balik awal, sebelum 5.30 petang Jie dah sampai kat rumah Mak Iti Jie.. tengok tengok Mak Jie tengah mandikan Opah Jie...

(Tiba tiba ada back ground lagu tema bersama mu...)

Huuuuu.. Jie tak sangka Opah Jie dah senyanyuk itiu yu ols... Masa Jie sampai Jie salam dia, dia kata “Oh Ji datang”... dia duduk atas wheel chair... tersenyum... pastu masa Mak Jie sembahyang Jie duduk lah tepi Opah Jie tu.. tibe tibe dia bersuara...

“Ya Allah Ya Tuhanku, bangunkanlah Mak Iti”, dua tiga kali dia ulang ayat yang sama. Rupa rupanya dia ingat Mak Iti tidur. Padahal Mak Iti belum lagi balik kerja...

Lepas tu bila Jie kata, Opah, kejap lagi Mak Iti sampai. Dia angguk. Tak lama lepas tu dia bersuara balik...

“Ya Allah Ya Tuhanku, bangunkanlah Mak Iti, lama betul Mak Iti tidur ni...” Jie senyap..

Pulak lepas tu dia bersuara lagi...

“Ya Allah Ya Tuhanku, lambat betul Mak Iti ni balik kerja, cepatlah dia balik...” Ayo... Misteri Nusantara qah Opah Jie iniew yu ols?

Dan, tak lama lepas itiu Mak Iti Jie balik... selepas we ols makan Sate Kajang, mak Jie saja aje usik dia..

“Mak... nak ikut Jie balik Ipoh ke?”

Dia balas “Tak nak... kan kita kat Ipoh ni ”

Mak Jie tanya lagi... “Ye ke mak? Ni rumah sapa ni mak?”

“Tak tahu”


Mak Jie masih nak tanya lagi...

“Ni sapa mak?” sambil Mak Jie menunjuk ke arah dia dia sendiri.

“Tak tahu”

Lepas tu Mak Jie tanya dan tanya dia lagi.. tanya nama dia, nama anak anak dia yang lain, tanya nama arwah atok Jie (suami dia) , dan semua jawapan dia “tak tahu” yu ols...

Mak Jie, Mak Iti dan Jie tergelak dengan keletah dia... dalam pada itu, airmata kami turut bergenang....

* sebak *



13.12.07

I'm Sorry. Goodbye.

I got KM’s text message last night, he was about to depart to Jakarta at that time.

He wrote that he feels sorry for everything… doesn’t matter if I never ever wanted to speak to him again, yet he still wants to apologise for what he did…

My first reaction after reading that sms was “DELETE” but after a while, I did reply his text by saying "ALL D BEST.."

All night long, I have been thinking, maybe its just not the right time for me to accept and be nice to him again.. Maybe not now, not today, not tomorrow but I do believe maybe in one of these days…

Let it be…

He’s sorry. Ok. End of story.

Nevertheless, I wish him all the best for his future endeavors…

6.12.07

Ini Jalan Yang Ku Pilih!

Akan tiba satu masa, semua yang bermula pasti berakhir
Akan tiba satu detik, pertemuan dan persefahaman yang ada akan menuju garis akhir
Akan tiba satu ketika, segala yang manis menjadi pahit
Akan tiba satu waktu, pintu yang pernah terbuka akan tertutup...

Tapi...

Harus kita saling ingat mengingati ...
Pengakhiran bukanlah semestinya penamat
Perpisahan di garis akhir bukanlah semestinya penyudah
Kepahitan yang panjang bukanlah semestinya derita
Benar, pintu telah tertutup, namun cuba lihat sekeliling
Masih ada jendela yang samar terbuka...

Ini jalan yang ku pilih
Suka atau tidak
Bukan urusan sesiapa!!

Jie
6 Disember 2007

3.12.07

Mari Berpantun...

Secara terus menerus dari Tanjung Pelepas (tibe2 Tanjung Pelepas? Motif?) Jie bawakan PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH KINTA BARAT untuk peminat – peminat semua..

Tiba tiba pulak hari ni rasa macam nak berpantun... ate, moh le kita mule iye idak? Ha, Kak Put, apalagi kome, moh le kita berpantun... cobe jawab pantun mike nih.. (wah tibe- tibe Kak Put diajak berpantun katanya yu ols) *matilah Kak Put lagikkk terer berpantun kome oiii... juara peringkat Kota Lama Kiri katanya.. Oopsss...

Ambil bakul isi buah
Beri makan orang di Deli
Sepuluh kali pancing bertuah
Ikan tidak serahkan diri

Apa guna pisau raut
Raut rotan buat ampaian
Tidak terkail ikan di laut
Walau umpan bersalut intan

Arus deras laut Bentan
Mati menteri ditikam paduka
Kalau asal permata intan
Jatuh digelap bercahaya jua

Anak Cina belayar kapal
Pecah cermin terhantuk kemudi
Kait bunga galah tak sampai
Bunga biasa luruh sendiri

Baik baik jaga kemudi
Kita tahu pergi kuala
Selama banyak kain berkodi
Songket di gedung jarang jumpa

Beli kain buat purdah
Mana yang baik boleh dipilih
Disangka langit itu rendah
Dipandang dekat dicapai tak boleh

Kalau buat atap jerami
Jangan lupa atap ijuk
Kalau langit nak timpa bumi
Bolehkah ditahan dengan telunjuk?

Mari kita menebang buluh
Di dalam buluh ada ulat
Bukan senang mengenal tubuh
Di dalam tubuh ada sifat

Tinggallah bukit besi hangit
Tidak jauh dari pekan
Walaupun tinggi terbang melangit
Ke bumi jua carilah makan...

(Yelah kat langit ada ke Chillis yu ols? * Opps... )

* Haruslah akak lari dulu kan? Huhuhu....