30.11.07

Destinasi Cinta

Sabtu lepas…

Nervous gile ah ding dong daripada semalam (Jumaat) cos hari ni Jie akan ke Bandar K.. uiks untuk apa ye tatau? Hihi..

Yang penting, sebab gemuruh yaamatz, semalam Jie hanya dapat lelapkan mata apabila waktu dah menginjak ke jam 3.15 pagi.. dan pukul 8.15 pagi Jie dah bangun tidur, kemas2 apa yang patut, mandi.. terus ajak Kak Deeba kau breakfast dulu..

Makan, minum isap rokok segala puas2 dulu dan pukul 10.45 pagi Jie memulakan perjalanan ke Bandar K.. tajuk album tetaplah KINI MENUJU KE DESTINASI HEY HEY.. PUNCAK CINTA TERTINGGI HEY HEY.. wah tiba2 terus DESTINASI CHENTA..

Sepanjang perjalanan.. aduh.. gemuruh jiwa betul... macam2 perasaan ada.. takut, risau, gelisah, happy, semualah bercampur aduk.. betul ke apa yang Jie buat nih? Macamana pulak malam nanti? Wah tiba tiba tajuk album RESAH MALAM PENGANTIN.. huhu..

Alhamdulilah, Jie selamat sampai di Bandar K jam 2.05 petang.. yelah yu ols, Jie tak merempit langsung.. slow melow saja.. tapi kesian pulak kat YC yang dah menunggu kedatangan Jie sejak pukul 12 tengah hari lagi..

Nak dijadikan cerita, Jie tersesat laa pulak bila nak mencari hotel.. ayo, berpusing pusing jugaklah.. dalam 2.30 petang baru jumpa hotel.. Jie check in dulu then baru jumpa YC…

Masa 1st time dah nampak dia (daripada jauh) Jie masih gabra gile tak hengat.. yelah buatnya karang bila jumpa masing2 laarrik camne? Lari pelan2 tak apa yu ols, ni buat dia lari pecuts ala2 Rabuan Pit tak ke Jie nganga? Tak pasal2 Jie tukar short pants jugak feeling – feeling Jie lari ala2 Lydia D Vega sebelah dia...tetap.. (hm, ada ke sapa2 nak join lari jugak feeling2 jadi G Shanti? Ha Kak She? Uupsss)

Bismillahirohmanirohim... Fuh... bila 2nd time jumpa, alhamdulilah, masing2 tak berubah rasa.. masih seperti dalam fon, dalam sms, dalam email..

Dan saat itu, kami menikmati waktu2 kualiti kami berdua.. sepanjang hari, sepanjang malam, sepanjang waktu (wah tak tidur ke?) haha...

Dan selepas itu... sejarah telahpun tercipta!

Ayo... sejarah apa pulak? CCL yu ols!

Best nyerrrrrrrrrrrrrrrrrr……………….

Sedikit coretan untuk my circle of friends,

Jie paham, semua nak tengok Jie dan KM berbaik2 semula… ramai sungguh yang suruh.. semua cakap Jie maafkan lah dia (KM), tak seronoklah macam ni, dia nak kerja jauh tempat orang, tak baik buat dia macam ni…wah….

Persoalannya sekarang,

Ada ke dia mintak maaf ?


* Kau hengat ni hari raya nak mintak maaf segala?

29.11.07

Layaklah Dia!

Bos lama Jie, Encik M, ada satu rumah baru siap, apartment biasa di kawasan SG. So bila dia bukak mulut tanya Jie, kalau rumah tu dah siap, nak ke duduk situ? Jie terkujat jugak laa kan.. tiba tiba sajo.. tapi tetaplah Jie jawab secara baik... tengoklah macamana bos... nak jugak tengok rumah tu dulu macamana kan.. kaedahnya tidaklah menerima tawaran dan tidaklah juga menolak tawaran itiu.. konsepnya play safe, mengiyakan tidak, menidak kan juga tidak.. tajuk album tetaplah ANTARA IYA ATAU TIDAK...

So, nak dijadikan cerita, bila Jie bukak mulut pada KM, katakanlah kalau Jie nak pindah, nak cari housemate duduk dengan Jie, tup tup KM offer diri dia... diulang, dia sendiri offer diri dia ok.. katanya, dah tak larat nak travel hari2 dari Rawang so might as well duduk dengan Jie kalau Jie confirm pindah... so okaylah kan..

Dan Jie beritahu kat Encik M, nak tengok2 dulu rumah tu sebelum Jie & KM buat keputusan nak masuk ke tidak...

Arakian cerita, dalam 3 minggu lepas, (rasa2 hari Selasa tapi tak ingat berapa haribulan) Jie gigih apply leave semata2 nak pegi tengok rumah tu, bila ajak KM, dia tak dapat datang sebab ada meeting.. So tak kisahlahkan.. nak tengok2 aje bukannya nak buat apa pun..

Bila dah selesai tengok, Jie inform KM, kata kat dia rumah tu ok, selesa jugak kalau nak duduk. Then dia kata oklah kita proceed plan nak pindah..

Yang penting, Jie tanya dia (KM) betol2... ada apa2 plan tak dalam jangkamasa terdekat ni? Yelah esok baru pindah sebulan dua kut2 nak kawin la, nak tukar keja la, nak apa semuakan? Buat apa nak pindah kalau camtu.. Esok lusa Jie pening kepala balik nak cari housemate baru..

Dan jawapan dia TAKDE… TAKDE APA2 PLAN SO FAR..

Kebetulan, malam minggu (dalam minggu yang sama) Kak Deeba tanya Jie.. BETUL KE KM NAK PINDAH DUK SEKALI DENGAN KAU?

Jie kata BETULLAH... NAPE?

Kak Deeba kata, KC BARU CALL, DIA INFORM YANG KM DAPAT OFFER & NAK JOIN COMPANY DIA KAT JAKARTA.. DAH TU JADI KE RANCANGAN KORANG NAK MENYEWA TU?

Jie (dalam hati) rasa tak kan lah.. Jie jawab ENTAH TAKDE PULAK DENGAR APA2.. KM TAK CAKAP APA2 PUN? So Jie mengambil konsep mendiamkan diri sajo laa kan...

Sampailah satu hari, bos Jie, Encik M call Jie balik, dia tanya bila Jie plan nak pindah, sebab dia kata dia nak renovate kan rumah tu dulu, buat plaster ceiling kitchen cabinet segala... best kan? Dia siap tanya nak pasang apa lagi? Wah masa tu Jie rasa menang sangat.. Yelah ingat senang nak dapat bos camtu dalam dunia ni?

Jie apalagi kan.. dah orang nak pasang, menadah tangan sajalah.. dah rumah dia, suka hatilah dia nak buat apa pun kan..

So, Jie pun bagitahu laa KM, ni bos cakap dia nak renovate dulu.. pastu dia tanya nak apa2 lagi tak.. KM dengan confident cakap suruh laa bos pasang aircond sekali.. Dalam hati Jie wah sesedap dia aje kan...Cantik ke dia?

Selang beberapa hari, masa we ols jalan jalan cari makan kat Ampang Point, tup terkeluar daripada mulut sapa tatau pasal kerja baru KM tu.. orang tu mentioned KM nak blah dah join tempat baru.. Semua yang ada masa tu macam tercengang2... dan semua diam sajo.. tak bagi respon pun.. yang peliknya, dia langsung tanak bagitahu kat Jie? Motif??

Takpe, Jie diam dulu.. sehari dua lepas tu... dia bagitahu Jie dia ada interview (konon) padahal offer daripada company kat Jakarta ni bukan baru ye tuan tuan puan puan.. Dia dah pernah reject offer company ni dulu.. So, kukuh ke alasan dia mengatakan yang dia tanak beritahu we ols semua (especially Jie laa kan.. I looked it that way) sebelum dia betul2 dapat offer tu...

COME ON LAAA…

SEBAB MUSABAB YANG JIE NAIK DARAH :

1) PASAL APA MASA FIRST2 TIME JIE TANYA DIA… BETUL KE NAK PINDAH NI & DIA ADA ANY PLAN KE TAK DIA CAKAP DIA NAK PINDAH & TAKDE PLAN APE PON? MOTIF?

2) PASAL APA TANAK BAGITAHU YANG DIA DAH DAPAT OFFER KEJE BARU (DAN DAH DECIDE NAK PEGI) MASA JIE SIBOK2 NAK PEGI TENGOK RUMAH? KC DAH SAH2 CAKAP KM IS JOINING, DALAM MINGGU YANG SAMA JIE PEGI TENGOK RUMAH TU DAN JUGA DALAM MINGGU YANG SAMA BOS JIE OFFER BUAT RENOVATION YER KAWAN-KAWAN? TAK PULAK DIA CAKAP EH, I TAK JADI LAA PINDAH DUK DENGAN U…

AYO, KALAU CAKAP AWAL KAN SENANG... APSAL, DAH TAKDE MULUT KE NAK BERSUARA DAH? JADI BISU PLAK?

DEMI ALLAH, Jie sikit pon takde rasa dengki ataupun sakit hati bila dia dapat kerja baru
tu.. GOOD FOR HIM... tapi apsal nak kena sorok2? Boleh dapat kasut FERRAGAMO sepasang ke kalau tak bagitahu? Adui geram....

Jie punya perangai, bila dah menyampah macam ni alamatnya susah laa nak menegur sapa kan.. tapi seingat Jie, Jie still tegur dia (KM) masa lunch break hari Jumaat lepas..

Sampailah ke petang Selasa, dia ada call Jie..

“U marah I ke”

“Taklah” (walaupon…………)

“U marah I ke”

“Taklah.. (sabo lagi nih!)

“U marah I ke”

“Taklah.. (darah nak mula nak naik!)

“I tahu U marah I ”

“Taklah ...” (darah dah naik!)

“Yea.. diorang semua cakap U marah I ” (Ayo menjemputlah kan...)

Dan kesabaran maksimum sekali lagi tercemar bila soklan yang sama

“U marah I kan? ”

Terus akak jauhkan phone letak kat dahi terus hit key Jaclyn Victor... G#

“CEPATLAH!!! NAK CAKAP APA SEBENARNYA NIHHHH?” (mrasalah sarang tebuan dah kena jolok kan?)

Terus suara dia berubah. Tak lama lepas dia tanya something pasal keje terus hang up phone.

Dan semalam, dia datang.. Jie buat layan tak layan aje.. Kowser nak layan dia lagi.. Dah Jie bawak watak sentap takkan Jie nak keluarkan dialog ramah mesra pulak?

Tahu2 lepas tu dia (KM) mengadu.. konon konon Jie tak layan dia dan konon konon Jie nak putus kawan... Hummmm... Suka ati la..

Tak kisahlah kalau kawan2 kami nak kata Jie emo terlebih ke, mengada2 ke, perangai budak2 ke, itu ke ini ... tajuk album tetap I DONT CARE...

Dan yang paling penting, bila dah buat orang sentap, ada dia MINTAK MAAF?

NAN HADO OK... LAYAK LAH DIA..

Duh.....

28.11.07

Happy Birthday to BOBO...

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


buat Bobo... Happy Birthday to you.. Happy Birthday to you.. hadiahnya Jie belum belikan lagi... Tunggulah yer.. pasti ada punya.. Nini punya besday hari tu pun i ols belum belikan, YC punya besday pun tak belikan lagi.. pasni pulak besday Sharline dengan Datin Kyra alamat tahun depan ar baru belikan.. haha..ayo matilah hadiah sampai selepas kena carut..

apapun, Jie tak sempat nak hupdate panjang lebar cos banyak beno benda menanti Jie nih... kalau semua keje dah settle, i ols akan buat posting ok.. peminat peminat ku jangan larrrikkk pulak okies..

dan, Jie nak ucapkan WELCOME BACK WELCOME HOME buat Kak Deeba kerana dah kembali menulis di blognya.. yelah dah lama tak membaca nukilan Kak Deeba kau kan? Tup tup ada ada lay out baru, posting pun berdentum dentum katanya...ada tak posting "SEPEDAS CHILIS DI HATI" kakak? Huhu.. jangan tajuk album BS cukuplah... tau dak BS itiu apa? tatau? "BERSIFAT SEMENTARA" YU OLS... Hiks

juga Jie nak tima kacih banyak2 kat YC sebab ... uu...uu... rahsia.. hiks... tajuk album tetaplah CINTA TERINDAH DI TELUK CEMPEDAK kan? aduh segalanya romantis malam itiu.. * habislah wartawan WARTA PERDANA kejar Jie pasni... oops..

akan datang...nantikan.. posting romantis di bandar K dan posting sentap MARAHKU GUNUNG BERAPI.. mrasalah korang tunggu LETUPAN ITIU kan?

Sapa2 rasa nak larrrrikkkk, laaaarikk dulu naaa.... Oops...

20.11.07

Kelmarin...

Wah wah weh Kak Put dengan Shikin dah menjengah blog Jie eh? Ate, kene le Jie ngucapkan time kaseh banyok2 le kat deme, sudi juge deme singgah iye? ni nak khabokan kat Kak Put nye, ni Jie udah ngidam triffel (ate betui ke aku ngeja nye ni?) Kak Put masa open house hari tu.. bile gamaknye Kak Put nak buat triffel tu lagie? Ate Jie idok pueh makannye.. sepeludah aje kome! (matilah Kak Put smash Jie! Hiks...) ndak ambek lebih malu le pulok Jie nih Kak Put oiii... Oops...

Okay, tukar tune Shah Alam balik.. wah tibe2 Shah Alam kan? alkisahnya minggu lepas Jie sempat balik ke kampung halaman asmara Jie di Yibao sinun... wah tak tak Yibao itu apa? Jilongpo? Guandan? Matilah kenangan di kelas Mandarin..

Dalam perjalanan, yang penting, Kak As (Kak She) kau ciboklah sms bertanya Jie ni balik kampung ke ataupun diam diam gigih ke Kuantan? Ayo Kak As.. tetaplah nak checking2 charlie angels kan? Jie balik Perak ok, ada appointment jumpa doktor.. nak operate.. wah confident nak operate katanya.. hiks.. Jie nak ambik 2nd jap for hept B.. full course kena ambik 3 japs, bulan lepas Jie dah ambik 1st injection, so balik kali iniew untuk 2nd injection laaa..

Sepatutnya hari Ahad itiu, petang2 sikit konsepnya Jie dah kena on the way balik KL, yelah esok kan keje yu ols? ada meeting lagi.. tapi tajuk album tetaplah REBAH yu ols.. lepas sejam dua injection Jie sakit2 sendi, lenguh2 badan.. ayo doktor itiu salah cucuk qah? Takutssss... so Jie tidaklah upaya nak drive balik KL petang Ahad itiu yu ols..

So, Jie pun stay sehari lagi di kampung, petang Isnin baru balik KL.. sampai KL terus dapat call daripada Nini & Bobo ajak minum2.. I ok sajo.. balik rumah kemas barang2 dulu, mandi pastu terus memunculkan diri tanpa make up (wah tibe2) di Ampang Point.. muls mula plan nak lepak2 di Pelita tapi penuh yu ols.. terpaksa pindah ke Nailis..

Then balik, main sms dan bergayut sekejap.. oh ya, hari ni besday YC.. Selamat Hari Jadi cayang!!! Hmm, ada kejutan ke? apa2 pun, tunggu hujung minggu iniew..

beg dah siap kemas dah ni! Oppssss..


15.11.07

pertemuan tak terduga..

Tibe tibe rasa bersalah nak hupdate.. wah tibe2 kan.. motif.. matilah kena smash dengan tuan president..

sepanjang minggu lepas, waduh, ke sana sini memenuhi undangan rumah terbuka, satu kenduri kawin dan satu kenduri cukur jambul.. dan off course bila dah start makan benda2 sedap2 dan free konsepnya susah nak berhentikan? automatik badan yang sedia ada kimpy iniew bertambah2 kimpy lagi.. habislah pasni bila Jie kuar jalan jalan dengan Kak She orang ingat Jie ni Dina, Kak She pulak orang sangkakan As Feminin.. ayo.. matilah kena carut dengan Kak She yu ols.. hiks

terima kasih banyak aaa untuk yang menjemput, antaranya, Zurina, Shikin & Kak Put (beli ais serengget lime posen sekotaaaaaakkkkkkkk), pastu Abg Ali & Cik Zai, pastu kepada En. Zaharudin & isteri.. SELAMAT PENGANTIN BARU dan last sekali buat Kak Deeba & family.. tetaplah Makcik Saadiah announce kata2 hikmatnya itiu.. ni nak minum air tey dak? Oopps..

Yang penting, berbalik kepada tajuk album.. PERTEMUAN TAK TERDUGA.. setelah sekian lama mencari, ha dah dapat yu ols.. wah apa yang Jie dapat? uuuu..uuu.. rahsia.. Ku Intai Chenta Dalam Rahsia katanya..

Alkisahnya dalam event bersama anak2 yatim lepas, suatu pertemuan telah berlaku.. dan semuanya tidak langsung Jie duga yu ols.. ceritanya begini..

sepanjang acara, Jie seperti biasa.. join the crowd.. tup tup muncul seseorang (YC) daripada mana tatau (datang lambat laaa tu) terus salam Kak G kau.. Jie sempat jugak curik2 tengok dia, wah taste yu ols.. tapi tajuk album KU PENDAMKAN SAJA kan bilamana KAKAK EYE LEBAH M dah bersuara mengatakan dia taste dulu.. so, konsepnya Jie tidak lah mahu bersaing kan.. since dia dah buat statement yang dia taste dulu kat 'YC' itiu akak rela mengundur diri..

yang penting, 1st time Jie tengok YC terus berdetik ayo muka sejibik DW! daripada style rambut, warna kulit, mata & hidung nya sama yu ols! tapi Jie tetaplah buat2 biasa aje.. sampailah masa nak balik, masa kat tempat parking, Jie dah masuk kereta dah ni, kebetulan ada kawan2 lain yang nak ikut sama, mintak tolong Jie hantarkan dey ols.. tup tup YC ada sekali kat entrance tu.. Jie pun saja laa turun balik daripada kereta (sanggup nih!), nak salam dia laa kononnya.. tanak pulak nanti orang cakap Jie sombong kan.. wah taktik..

so we ols bersalam2 laa.. dan Jie terus balik lepas tu.. ala2 ingat2 lupa laa jugak kat YC tup tup selang 3 hari, kawan Jie si FN, mesej Jie cakap YC kirim salam & dia admire kat Jie.. masa dapat sms FN itiu Jie dengan Kak Mis tengah makan sate kat Gombak..terus kenyang yu ols.. catat sejarah sangat cos Jie makan sate 5 cucuk sajo.. Oopps..

dan daripada hari itiu, segalanya bersemi.. segala yang indah indah, segala yang menjadi dambaan selama ini, bukan lagi mimpi, bukan lagi sangsi.. ~ buat YC.. i'm the lucky one ~



7.11.07

Kak G ku nan satu...

kali ini posting bergambar sahaj yu ols.. Jie sibuk yaamatz this week cos kena pindah ofis.. mana nak kemas barang Jie yang berdoyon2 itiu, mana nak kemas barang2 bos Jie pulak kan.. yang penting nak tunaikan dulu janji Jie nak hambik gambo handbag Kak G kan (semasa majlis hari raya bersama anak yatim RACTAR) .. so ni dia..



tu dia hand bag yang Kak G bawak masa event Ahad lepas... LOUIS VUTTON MONOGRAM CANVAS Neverfull MM yang berharga ..... ayo tatau berapa...



Kak G sporting sangat bila ada antara we ols mintak dia nyanyi.. terus naik stage nyanyikan INDAHNYA DI HARI RAYA (tanpa muzik yu ols)




Seisi melayan peminat, anak yatim & ZF... katanya nak balik pukul 3 petang tapi 3.20pm pun Jie tengok Kak G gigih lagi bergambar.. very der sporting...




yang penting, tetaplah Jie snappy2 kasut Kak G ku itiu.. tak sempat tanya brand apa.. rasa2 nya DIOR...



Tetaplah bila dah angkut bag LV masa nak balik pun kena tahan.. peminat nak bergambar lagi katanya.. sampai lah ke kereta..


itulah dia Kak G... kalau part melayan peminat, kakak ku itiu tak penah mengeluh, tak penah tarik muka, tak penah bosan melayan kerenah peminat2.. yang penting jugak, ada peminat all the way dari Melaka, dari Kuantan turun naik bas semata2 nak jumpa Kak G.. ayo terharu..

ok yu ols, jumpa next time.. sebelum itiu.. promo sikit.. posting akan datang tajuk album tetaplah PERTEMUAN TIDAK TERDUGA... hiks...

2.11.07

BUAT NINI...


HAPPY BIRTHDAY TO NINI.. HAPPY BIRTHDAY TO NINI...
(tahun yang ke berapa yer?)

Yang penting, walaupun besday kak long ku itiu lagi 2 hari, Jie tetaplah nak wish awal.. wish saja yang awal ok, hadiah2 belum beli lagi.. tatau nak beli apa.. K.PAL nak tak? *matilah K.PAL KS yang dah berlumutssss itiu.. Hiks..

apapun kak long (Jie kadang2 usik dia panggil dia kak long sebab dia kategori kakak2 "veteran" among we ols semua yu ols... seswai laa sebab yang paling tua so kak long kan.. Jie off course tetap-nak-jugak pangkat Kak Cik.. haruslah kena sama dengan BC kan.. oops!) Jie doakan kak long happy2 selalu, sihat walafiat dan cepat2 kahwin so boleh dapat baby.. kan? Amin..

oklah yu ols, Jie stop sini dulu naa.. banyak betul agenda minggu ni.. hari ni nak temankan kawan Jie pegi cari baju nikah.. yu ols nak marah tak kalau majlisnya minggu depan tapi sampai hari ni baju nikah belum ada? ayo sangat kan..

esoknya pulak ada 2 jemputan open house, ahad ada majlis raya dengan anak yatim dengan KAK G kat subang.. haruzz lah nanti Jie nak feeling2 ambil gambar dengan handbag dia kan... hiks..


Last but not least... ada apa dengan BC? matilah chenta beralih arah!!