24.5.07

Mimpiku Bukan Mimpimu


selangkah ke alam mimpi u ols... ha mauts tak tajuk? hiks.. alkisahnya posting kali 18sx sikit...

malam semalam Jie masuk tidur awal okay.. memang hari bekerja Jie akan make sure Jie akan tidur sebelum 11.00 malam, tapi malam tadi pukul 9.25pm akak dah melabuhkan badan montok ini atas Vono itew u ols... wah Vono sangat laa kan... kena tidur awal sebabnya esok pagi2 nak kena hambik bos Jie kul 7.30pm, off course Jie kena bangun cepat, nak mandi, mekap pilih baju segala... wah lama tu okies...

tapi yang nyata, sementara dah menunggu indah lelapku tetaplah konsepnya duk berangan dulu, tengok gambar, baca balik sms lama2, berangan lagi, pikir lagi, tetaplah membawa ke pukul 11 malam nak memejam kan mata.. so... bermula lah kan.. zzzzz

apapun, mimpi malam tadi membuatkan Jie tersenyum sorang2 masa drive pergi rumah bos Jie pagi tadi.. nak tahu Jie mimpi apa.. lets i ols share...

alkisahnya permulaan mimpi itew Jie ternampak BC di sebuah tempat lepak (wah siapakah BC itew sampai terbawa2 dalam mimpi? uuu.. uuu.. rahsia!) i ols pun apalagi kan.. nervous laa sikit.. mana tau kut kut DW (ayo initial siapakah iniew? takmo cakap.. matilah pengakuan!) ada sekali? pusing kiri kanan tak nampak pun.. hm, so Jie mulakan misi nak menegur BC.. mula mula BC buat sombong sajo, pastu baru nak dia layan..

Jie pun ala ala kucing siam depan BC tanya.. hmm.. sorang aje? mana DW? tak nampak pon? dia cakap ada.. kenapa? minat DW ke? ha, hambek kau.. terus soalan cepucemas nih.. Jie pun tak la menjawab minat kan.. ala ala mengamalkan konsep diam tanda setuju gitew.. memang lah minat DW tapi takkan nak mengaku depan BC.. karang sentap pulak dia.. tengah tengah rancak we ols bersembang tiba tiba..

DW entah dari celah mana enterframe tiba tiba sajork.. *akak pengsan*

dia pakai tshirt putih & jeans.. then dia duduk tepi Jie, menghadap BC.. masa itu dia ala2 sembang dengan BC sajo, tak pandang Jie.. dey ols sembang punya sembang tup tup keluar daripada mulut BC..

"dia ni minat kau"

BC terus pecah lubang kat DW.. Jie masa itew ala ala kejung tak hengat punya.. menahan malu yang teramat..

Adui.. malunya.. tebalnya muka.. Jie tak pandang DW dah.. pandang ke bawah sajo..tup tup dengar suara DW

"ye ke?"

DW bangun, datang depan Jie, senyum (ayo cutenye.. akak kalau dia senyum lebih sikit lagi akak klimaks okies ... hiks) dia pastu duduk sebelah Jie.. dia tanya betul ke Jie minat dia? Haiyo soalan.. yenade!

Jie masih senyum, tatau nak jawab apa.. tiba tiba DW cium leher Jie.. Jie terus lah menolak kan? (yelaaaaaah!) takkan nak bercumbu depan BC? Nak mampus? Mati i ols kena three some nanti.. wah feelin.. matilah pasni kena gam sebab luc..

tapi dia nak jugak cium Jie.. Jie cuba elak, dia makin rakus.. terus lah akak kepit suara kan.. HEY.. tanak la camni... Jangan lah...

dan nak tahu apa jadi lepas itew? Tiba tiba...

ALARM Jie berbunyi okies.. dah pukul 6am.. potong stim betui.. eeeiii NAK MARAH SANGAT!!!!




22.5.07

w.a.s.p.a.d.a

Hujung minggu yang akan datang ni kawan Jie naik pelamin uols.. dengarnya majlis akan dibuat satu kat shah alam, next day pulak di gombak... wah dah sampai seru katanya.. i ols ni dah puas berseru seru tapi tak pulak bersahut seruannya... letih.. tajuk album tetap cinta di lautan lalang.. wah tiba tiba rock suci sudah keluar.. hiks...

Apapun, sekalung tahniah buat pasangan pengantin Thini dan juga shubern nyezz itew Syed .. juga kepada keluarga pengantin yang Jie dah anggap macam keluarga sendiri.. buat Mama Eni dan Papa, selamat menerima menantu.. dan semoga majlis yang bakal berlangsung lancar perjalanannya, selamat daripada sebarang macam halangan.. AMIN...

Alkisahnya, memandangkan kedua dua bakal pengantin kawan lama Jie, i ols belum decide nak menghadiri majlis yang mana.. samaada akak akan muncul berkebaya hijau (wah tiba tiba dah siap kebaya hijau ni.. boleh? hiks) di shah alam ataupun Jie akan muncul di gombak pada hari Ahadnya.. ha, belum tahu lagi... tajuk album tetap ” WASPADA”.. * motif kan?

Buat Mama Eni, ampun maaf seandainya Jie tidak dapat hadir malam Sabtu ini nanti.. Bukan Jie sengaja tapi Jie coba mengamalkan konsep CEGAH SEBELUM PARAH.. so baik Jie cegahkan ataupun lebih tepat lagi tegahkan diri Jie sebelum sesuatu yang bakal membuatkan jiwa Jie parah.. Jie takut dalam ramai ramai yang hadir nanti Jie terserempak pulak dengan si dia yang pernah Jie afundi dan terus mendapat tempat pertama di hati ini.. Jie sudah kuatkan azam untuk melupakan dia tapi mana tahu.. kuasa Tuhan.. kut kut bila dah terjumpa dia malam itew nanti akak tersampuk pulak kan? Besoknya terus keluar album DUHAI HATI gi mana?

Stop sini dulu okies.. orang kata makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.. kentut selepas kenyang.. hiks...

Harap harapnya posting tak menyinggungkan sesiapa.. sekali lagi, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT THINI & SYED... ikhlas dari ZZ... daa...


21.5.07

Sepasang Mata Itu...


Pandangan pertama yang menusuk jauh ke sanubari,
Yang terus menghambat jiwa nurani
Pandangan pertama yang bertaut teguh di dasar hati,
Yang terus terusan mengikat kukuh satu memori..

Kelana Jaya, 16hb Mei 2007

Di saat kaki melangkah, degup jantung nan laju makin terasa. Bergetar raga jiwa, melemahkan segala sendi sendi yang ada. Pancaran lampu terang mengilau mata. Terasa seperti bermimpi. Dan jika benar sedang bermimpi, jangan biarkan lena ini terhenti. Sekali kali jangan!

Waktu seakan terhenti sendiri. Akal pula separa berfungsi. Benarkah di hadapanku itu dia? Dia yang ku nanti? Dia yang membuatkan aku dibelenggu dengan segala rasa? Dia yang saban waktu meniti di bibir dan hatiku? Sesungguhnya sukar untuk ku pasti apa jua perasaan yang semakin berkecamuk membaluti emosi.

Antara kalian pasti bisa tempuh saat debaran ini.. Pernahkan terasa impian kita bisa dikabulkan? Detik ini aku merasa keajaiban itu. Terima kasih Tuhan.

Bayangkan seseorang yang ingin benar kita jumpa, ingin benar bertentang mata, lalu, orang itu ada di depan kita.. aduh... igauan apakah ini?

Kerana aku sekadar melihatnya dari kejauhan, antara sedar, ku damba satu lagi harapan, aku ingin bertentang mata dengan nya...

Dan ianya berlaku.. aku kaku.. aku gugup...panahan matanya menikam dan tajam renungannya membuatkan aku seperti mahu rebah saat itu. Jari jemari menggigil, tiada sepatah kata pun yang mampu aku luahkan saat mata ini bertentang.. oh Tuhan, aku tewas dengan sepasang mata itu...

ZA, tak pernah ku alami rasa ini... sepasang mata jernih yang kuasa godanya membuatkan aku sasau sepanjang masa..

Aku berlalu, kencang jantung tak lagi berhenti..

mimpi semalam

U OLS.. semalam Jie mimpi ular kejar Jie.. wah apakah maksud? betul u ols.. dalam mimpi Jie semalam ada seekor ular tedung hitam duk kejar Jie.. wah seramnyee... Girl girl takuttsss..

Ntah pasai apa la pulak Jie dapat mimpi lagu tuh.. dari pagi semalam takde la pulak Jie tertengok cerita ular ke, gambar ular ke, yang Jie duk sakan tengok gambaq si Z***** itew u ols... tup tup belah malam boleh mimpi ular kejar nih?

motif sangat mimpi itew.. yang peliknya u ols, ular hitam tu tak nampak pulak gayanya nak menyerang atau mematuk Jie tapi duk ikut Jie ke sitew sana sinih.. dia duk kat tepi kaki kanan Jie, pastu kalau Jie jalan dia pun ikut.. wah akak dah tersampuk kaum kerabat si Raja Ular ker? ayo takutsss...

kalau nak kirakan saiz ular tu besar jugak, tambah tambah kalau dia tegakkan badan dia u ols.. sekarang ni pun Jie duk terbayang kepala ular itew.. eei.. tajuknya berdiri bulu roma ku sangat.. geli lah..

yang penting, kata orang tua tua, kalau mimpi kena kejar ular maknanya nak kahwin / akan bertemu jodoh.. betui ka u ols? * terus senyum * berangan women nih..

kalau betul la nak kahwin pun, dengan siapa pulak? ayo.. ntah ntah ada pulak yang datang bertandang umah Pak Zain ngan Mak Jah di Lost World itew membawa hajat.. kalau elok tak pa juga u ols, kalau muka aaa uuuu gimana?

tengok tengok yang datang berhajat itew orang Seremban u ols.. (siapakah itew?) wah terus bandar tambun bermandikan cahaya cinta laa jawabnya.. siap pesta panjut bagai nih.. hahaha..

apapun, Jie tetap seram.. tatau nak pikiaq hapa dah.. mana tahu kut kut petanda kurang baik? yelah, mana tahu kut2 ada makna lain pulak kan? ataupun salah satu petanda yang Jie akan bertemu jodoh dengan pasangan kembar? hahaha.. matilah takde kaitan...

next posting... pertemuan pertama dengan Z*****.. dari kerana mata.. bertentang mata.. TUNGGU!

9.5.07

... Ceritera Chenta ~

HOLA... tak sempat nak menulis u ols.. tapi sementara menantikan posting terbaru, ha, u ols nikmati dulu petikan di bawah inisss okies...

ceritera chenta tajuknya....

~ Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

~ Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

~ Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

~ Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

~ Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

~ Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

~ Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.. dan saat itu, matanya pasti berkaca. .kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu... (ayo akak sentap!!!!!)

~ Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

~ Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

~ Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

~ Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

~ Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.. (ayo.. memberikan barang la sangat kan kaedahnya.. Jie menantikan sampai ke detik ini u ols.. tapi NAN HADO.. sampai hati M....WAH MATILAH INITIALS!)

~ Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

~ Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

~ Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

~ Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

~ Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

~ Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

~ Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

~ Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

~ Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

~ Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

~ Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya!

TAJUK ALBUM... menyesal Qah uols? hu.....