29.3.07

mencari rezeki..


yaampun..
pasai apa tiba tiba mintak ampun lagu nih? awatnya? *mrasalah tetiba keluar aktiviti mari belajar bahasa penang.. oopss **

cheq tau cheq dah lama tak hupdate tu pasai la cheq mintak maap banyak2 kat hang pa na.. cheq duk pikiaq dari sehari ke sehari nak buat posting tapi lagu tu la.. takdak kesempatan.. ni dia, hari ni baru la duk boleh cheq boleh curi masa skit..

ni nak habaq mai, sepanjang dua tiga minggu ni tu dia.. jadual cheq penuh u ols.. 2 minggu lepas cheq duk sibuk tolong GM Finance cheq buat motivation course untuk budak2 sekolah.. so berkampung la cheq kat PJ itew hari Sabtu dengan Ahad.. sekali sekala nak buat charity..

yang penting, tak penah cheq involve dengan menda2 lagu nih, kira ni first time cheq join kursus motivasi nih.. masa hari pertama habis program tu bila dah sampai rumah rasa ayo sangat nak pi balik keesokkan harinya.. tapi bila dah habis program hari Ahad tu ayo.. sedih la pulak.. rasa nak hambik sorang dua budak tu balik umah, biaq cheq bela.. wah.. confident kan nak bela budak.. ingat senang? sok sok bila Muhammad Aiman Musyrif dah keluaq dari rahim cheq (yalaaahhhhh) terus cheq hantaq umah Mak Jah... biaq depa jaga.. depa pun sunyi kan? wah angan angan tinggi melangit sangat..

next day, isnin pagi masuk kerja, penatnya cheq.. ayo.. tak buleh bukak mata na uols.. mata macam kena gam UHU.. tapi bangkit jugak, banyak lagi kerja cheq sebelum cheq kena pi seminar over the weekend.. selasa dengan rabu cheq masih bekerja keras.. khamis pulak pagi2 buta cheq dah siap nak hambik bos cheq kat gombak, pastu cheq muncul kat site office di Subang Jaya itew.. ada site visit dengan Client.. yang penting, cheq tetap berkonsepkan tidaklah tidak tidak ku daya turut serta masuk site kan.. cukuplah sekadar pose2 VB sajo.. siapakah VB itew tatau **

pukui 2pm baru habih, terus balik ofis.. sampai ofis kui 3 lebih, tau tau pukui 4 cheq dapat instruction suh cheq pi cyberjaya, pi tengok preparation untuk seminar, cheq kan secretariat.. so balik umah dulu, packing2 barang.. kunun2 pukui 5 dah start jalan dah tapi tetaplah tajuknya harapan laa kan? sempat tengok tv sambil barings dulu, pukui 8 baru keluaq.. pun sempat singgah ampang poen nih, perfume cheq habih uols.. tak wangi pulak cheq nanti..

sampai cyberview lodge resort & spa pun dah dekat pukui 10 lebih, check in, pi tengok hall, check2 mana yang patut, pastu gi makan.. balik bilik dah dekat jam 1 pagi, mandi2 terus tidoq.. esok jam 6.40 pagi cheq dah bangkit, bersiap.. nak jadi cerita program hari pertama lajak sampai pukui 11.40 malam okies.. bayangkan...

sabtu, masih dengan program.. pagi sampailah ke malam, ahad, hari terakhir.. wah semangat nih.. semua tak sabar2 nak habiskan program yang ada.. yang penting, habis saja cheq terus membuat lawatan di Alamanda.. pusin pusin, coffee coffee, pastu burings.. hiks.. dari Alamanda terus pulak cheq memunculkan diri di KLCC pulak..

kul 8 malam baru nak balik rumah, nak kemas2 segala, tidur dan esoknya (isnin) dah masuk opis balik.. haiyo u ols.. penat tak? semuanya kerana ingin mencari rezeki untuk Muhammad Ammar Zafuan... wah tetiba terus keluar nama anak kedua nih... hiks**


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

mana abah kau nih? mama dah penat dukung..

14.3.07

dah sedia? LINE CLEAR...

dah sedia? wah tiba tiba suruh sedia.. motif?

Sorie lah yu ols semuazz.. Jie tak sempat nak menulis, baru hari ni dapat mengalun rasa.. tiba tiba.. daripada hari Sabtu jadual fenuh.. ni nak habaq pi, malam Sabtu lepas Jie sempat lariikkk balik ke umah Pak Zain secara tiba - tiba.. masa itew dah kul 7pm tapi duk gigih nak balik jugak katanya.. jiwa terganggu la u ols.. tekanan perasaan sangat.. pasai apa ye tatau? *hiks

Jie sampai Jalan Duta kul 8pm, keluar tol Ipoh tepat 9.45pm u ols.. wah merempit sangat kaedahnya.. yang penting, Jie konon2 nak berenti kat Hentian Tapah u ols, tiba tiba ada road block pulaks.. wah akak takuts u ols.. Jie duk speed sampai 150km/j tup tup buatnya ditahan? Ayo laa kan..

Kat muluts tak berenti2 baca Bismillah segala, masa turn Jie pakcik polis tu pandang plat kereta Jie, wah dah rasa lain macam dah.. dalam hati habislah kali ni.. bising lah Tok Zain di rums itew nanti.. apa pun, dengan tidak disangka2 kereta Jie lepas ok.. wah.. tajuk album SYUKUR 21 sangat..

sampai aje rumah mak jah, tengok2 atas meja ada nasi hayam.. ayo.. dugaan buatmu sangat.. makan sajo.. bertambah jugak la sebab bukan nasi hayam beli u ols, masak sendiri ok.. habislah kimpy tak seakan berubah..

esoknya pulak Jie temankan mak jah pi pasar.. apa lagi kan? terus mintak mak jah sediakan sup ayam u ols.. bubuh kentang2 banyak2.. sedappsss so, tengahari itew Jie makan dengan bernapsukan Jin sangat.. hiks..

petang Ahad, Jie tak balik KL lagik.. memang daripada awal dah plan nak balik KL pepagi bute esok (Isnin). so sempat jugaklah sms situ sana sini then keluar dengan muka tak siap (tak sempat nak buang susuk pon okies) pi minum petang dengan Z.. yang penting, awal awal dah sound dia sebelum jumpa, ha, u jangan terkejut kalau muka i ala2 pondok buruk petang ni.. dia kata tak kisah.. yelah tu tak kisah kan?

apapun walaupun waktu tu dah jam 7, Jie tetap gigih berkaca mata bagai sebab nak cover muka.. hiks.. ada la cik puks duk sebelah meja duk pandang2, pastu kukik kukik gelak.. hm, mengata i ols laa tu.. kau hengat kau chantek? kalau warna tudung kau pun dah kuning kuning, jangan la nak duk gelak2 kan akak ok.. pi balik basuh tudung no!

balik dari jumpa Z, mandi, makan, tengok tv sambil bersms dengan ?????... uuu.. uuu.. rahsia.. haha.. kul 11pm Jie tido, pastu seawallah dondang pukul 5.30 pagi akak dah siap nak balik KL okies.. wah.. ngantuknya..

dalam hati tak larat sangat nak bangun, tapi disebabkan Jie kena attend course (2 hari okies) tetaplah gigihkan jua.. sampai Jalan Duta dah jam 7.45 pagi, jalan jammed uols.. ayo.. sengsara..

penat la u ols.. nak ambik choti aje rasanya.. esok boleh choti kut? pasai apa tatau? esok bos Jie takdak.. pi buat day trip ke Johor.. haruzzlah menggunakan kesempatan yang ada kan.. kut bangun pagi esok macam malas malasan.. nan hadolah jawabnya..

apapun, nak pesan.. u ols yang mengikuti AF5, jangan lupa no afundi ASWAD... LINE CLEAR uols.. hantarkan ke 32999.. hahah tiba tiba sajok? tasty Qah?


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

ayo.. mami sangat... *fengsan*

9.3.07

Kak G Diaries...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Kali ni pendek sajo.. 1st, credit to Boyz 86 sebab i ols dah tercurik avatar dia.. jangan marah yer dik.. yang penting semua gambar Kak G meletup letup katanya.. kalau nak dicompare dengan si A*** R** itew, alamat ketinggalan 5000 meter di belakang okies.. wah matilah aku pasni kena serang..

2nd, promosi lite lite untuk ;

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

SECRETARIES' WEEK WITH KAK G...

~ 5th April 2007 (Thursday) at Dewan Perdana Felda ; organised by PNB Darby Park



~ 18th April 2007 (Wednedsay) at MBSA ; organised by Quality Hotel



dan juga sedikit info album terbaru Kak G.. uols suka sangat tanya Jie kan, bila Kak G nak kuar album.. ha, jawapan nya tetap akak dinch tahu.. yang penting, lagu terbaru yang baru sajo Kak G rakamkan ciptaan Sharon Paul, lirik oleh Fedtri Yahya.. working title "LINDUNGKAN SALJU CINTA" tapi dengar cerita tajuk akan ditukar...


antara bait liriksnyezz itews ~


pawana.. aku hadir kini * mendekati jejak rindu * kau kirimkan salju cinta lalu * dalam titis titis hujan *


sayangnya mentari * pantas menyelongkar jiwa * lantas kekeringan salju cinta itu * terpaksa ku terbang jauh * jauh *


terkadang * aku jatuh dan menangis * terkadang * aku rebah tak daya berdiri * ku gentas bungaan penawar kasih * membalut calar luka hati * melindungku dari resah menghujan *


di kala pilu lara itu * aku gagahi melangkah * bersayap kekuatan * aku mengorak harapan *




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

.. temui saya di AC Di Sini, malam ini jam 9.30pm hanya di Astro Ria..

* HARUZZZZZ !

8.3.07

Tiada Kepastian


Wah dah lama Jie tak memunculkan diri dengan entry terbaru.. sori lah u ols semua yek.. akak sibuk.. yelah mana nak pikirkan karier lagi, rumah tangga lagi, anak - anak lagi.. wah tetiba feelin ada anak nih.. ada ke salur peranakan itew? *matilah pakar sakit puan.. hiks..

Yang penting, hari ni barulah Jie dapat menulis.. start dari hari Isnin lepas dah pasang niat nak buat posting tapi nan hado.. banyak kerja menanti.. sekarang ni, ha, bos Jie En M dah keluar ye kawan - kawan.. ada meeting di Putrajaya katanya.. i ols pun apalagi kan? teruslah tukar costume nak naik stage ok..

Banyak yang Jie nak kongsi dengan u ols semua.. so, kiranya membalas hutang yang seminggu tak hupdate, mrasalah korang membaca sampai ke titik akhir..

Alkisahnya Isnin lepas Jie, Kak Mis n Kak Deeba sempatina berlunchy lunchy di Ampang Park itew.. Jie sebenaq nya nak pi bank in duit sewa umah kat BSN, tengok2 BSN yang paling dekat dengan ofis Jie ada di Ampang Park (wah matilah SOT ofis Jie! SOT = semua orang tahu.. tiba tiba Rem nih!) so Jie hangkut lah dey ols temankan Jie pergi bank and then makan..

We ols then decide nak cik mak di Manhattan Fish Market.. okay sajo la kan? we ols ambik tempat kat luar, senang nak isrok lepas makan.. sebaik sajo Jie melabuhkan cik pungs Jie nan berukur lilit 36" ini.. tiba - tiba ZASSSSTTTT U OLLLSSS.. bertalu2 kenangan silam menampar akal dan jiwa Jie..



Photobucket - Video and Image Hosting

tiba - tiba dunia terasa seperti gelap gelita u ols..

Seboleh - bolehnya Jie tak nak ingatkan lagi tapi entahlah u ols.. memang kita mengaku kita kuat, kita okey, kita dah totally get over it, dah tanak pikir2 kan lagi, tapi, kadang - kadang, kita tewas pada mainan perasaan u ols.. tak mungkin kita dapat menipu atau menidakkan sesuatu yang masih kita sayang.. wah matilah aku pasni kena smash.. matilah kak misya pasni ashik mengulang2 apa yang Jie tulis dalam nih.. waaa.. tidak...

Walaupun dah lama berlalu, kenangan bersama 'deiya" masih segar bugar dalam ingatan ini.. tak habis habis kan? habislah pasni pembaca laarikkk... hiks

buat 'deiya'.. this is how i feel..

bukan kecewa dipinggirkan / aku kecewa tiada kejujuran / bukan bersedih / disakiti / teramat pedih diri / dikhianati / sebelum kasih/ menjadi benci / aku memilih / berpisah di sini /

bila tiada kesetiaan / tak mungkin teguh pendirian / biar menangis / diketika ini / tidak rela mengemis / kemudian hari /

hilang kekasih / mungkin berganti / yang ku harapkan / teman sejati / sebelum kasih / menjadi benci / aku memilih / berpisah di sini /



Photobucket - Video and Image Hosting


Tutup cerita itew, kita bukak cerita lain pulak.. seminggu dua ni Jie macam rasa berdebar2, hati berdegup2 sajo.. Jie rasa macam Jie tengah excited nak tunggu something, tapi Jie sendiri tak tahu apa Qah yang Jie duk tunggu itew.. dari hari ke hari rasa bertambah excited.. apakah maksudnya u ols?

Dalam pada masa yang sama, bila Jie duk menunggu2 sesuatu yang tak pasti itew.. Jie rasa seronok sangat nak memulakan hari.. kalau dah balik kerja tu, bila dah malam, Jie macam tak sabar2 nak menunggu keesokkan harinya.. bila bangun pagi pun rasa teruja sangat.. entahlah u ols.. Jie pun pelik dengan perangai Jie nih..

MACAMANA NI U OLS?

boleh tak u ols tolong Jie.. agak - agaknya boleh tak u ols fill in the blanks ayat iniew ;

1. Jie sebenarnya rasa macam tak sabar nak habis kan sesuatu iaitu --------------- ? atau

2. Jie tak sabar menantikan ----------------?

THANKS U OLS..

1.3.07

berdua lebih baik

Wah dah 3 hari tak meng"hupdate" katanya.. anyway kali nih pun pendek sajo.. tak percaya? cuba pi tanya Shalini.. tau dak Shalini mana? tatau?

Kalau u ols baca ayat seterusnya nih kuat2 mesti u ols tau sapa qah dia Shalini itew..

"Hai.. Saya Shalini daqhi Jhitra.. Apa habaq?" Hiks.. ** terus keluar dialog Harian Metro katanya..

Anyway, hari ni, 1hb Mac... Jie nak ucapkan HAPY BIRTHDAY 2U.. HAPPY BIRTHDAY 2U.. buat sepupu Jie , Abg Kuree dan juga skandal Jie masa kat ITM dulu iaitu S***** .. Jie doakan agar kalian murah rezki, dipanjang umur dan dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.. AMIN..

Alkisahnyezz pagi tadi akak sempat juga berYM lite - lite dengan lanunzz.. wah tak sabar i ols nak join aktiviti u ols bulan Mei nanti.. last year tak dapat nak join becos sepupu Jie kawin, tahun ni tak kira, sapa nak kawin pun Jie tak heran, dah tekad redha tabah nak join jugakss.. melainkan masa aktiviti tu berlangsung Jie pulak yang naik pelamin.. wah dengan siapa Qah yer?

apapun tajuk album sampai ke hari tua pun tetaplah PELAMIN ANGANKU MUSNAH.. tapi.. apakah aktiviti itew uols? uuu.. uuu.. rahsia.. dan kalau lah Jie boleh muncul berdua lebih baik dengan A*** untuk join aktiviti tu haruzz lah ada pesta bunga api dalam hati Jie nih.. ayo....



Photobucket - Video and Image Hosting

Jie: walaupun dah 2 orang keluar dari perut, akak tetap maintain ok..

* berani mati tak statement?