2 harizz di kampung, hmm, kemalasan yaamatzz bila nak balik KL petang semalam.. wah motif tiba-tiba nak malazzz? ada sesuatu Qah? hiks...
seperti yang dijangka, bila balik confirm perut tak sempat berehat u ols.. ashik makan, makan dan makan sajo.. tajuk album tetaplah TAK TAHU BADAN KIMPY..
malam Sabtu, kul 8 Jie dah bersiap kat rumah bagai nak rak.. mandi manda, touch up apa yang patut, siap siap terus keluar.. tapi masalah nyess ialah Jie nak ajak sapa keluar nih? Ayo.. mengganggu gugat emosi sangat..
Jie plan nak keluar jumpa A***, tapi taklah pulak cakap kat dia daripada siang tadi, kan? So mencuba nasib sajo.. try hantar sms, ajak kuar..yang penting ayat akhir sms Jie ajak dia keluar itew berbunyi...
"APAPUN.. TIADA PAKSAAN.." wah reverse psikologi sangat laa kaedahnya..
Tup tup sampai ke sudah tiada balasan u ols.. Ayo laa kan.. Jie tak putus asa, tetaplah gigih nak keluar, penat bersiap takkan nak duduk di rums sajo? Idok le teman..
Sempat jugak pusing2 kat Ipoh Parade, konon nak cari CD dengan perfume tapi nan hado u ols.. Semuanya tak menepati citarasa Jie.. sudahnya.. masuk kereta balik, nak ke Kinta City pulak.. dalam perjalanan, terus tercapai akal nak sms Z**** pulak.. ajak dia keluar.. tengok2 dia call Jie balik, dia kata ok, jom keluar.. wah... TIDAK KU TERDUGA laa kan..
Berdebar2 jugak nak jumpa dia u ols.. al maklumlah last Jie jumpa dia sebelum raya tahun lepas.. takot jugak.. takot *CBK.. ha ha.. apakah itew *CBK? oopss
Jie ambil Z**** kat rumah dia, then we ols decide nak lepak2 kat OLDTOWN KOPITIAM.. so malam itew, Jie memunculkan diri di Greentown bersama Z****.. wah nasib baik tak ada paparazzi.. kalau tidak tajuk cover URTV bulan depan haruslah " JIE NAFI INTIM DENGAN Z****" wah boleh tiba-tiba? hiks
Apapun, malam pertemuan itu Jie dihujani pertanyaan demi pertanyaan daripada Z****.. antaranya soalan cepu cemas untuk Jie ...
1. yang penting dia tak habis2 tanya Jie ada jumpa A*** ke tak.. motif? dia tanya A*** keje kat mana la, ada ke A*** telefon akak ke, bila last jumpa A***.. akak pun apalagi, takkan nak membuka payudara di dada kan? ** MATILAH AYAT LUCAH.. hiks.. dalam pada Jie cuba tepis soalan dia tu, tup tup Z**** kata ada kawan dia nampak Jie dengan A*** keluar.. ha, kantoi... Jie diam sajo.. mengaku tak mengiyakan pun idak..
2. dia tetiba mintak tengok hp akak dik.. ayo laa kan? tup tup dia bukak gallery okies.. wah akutss.. yang Jie tak boleh lupa dia tengok gambar "orang tu" and terus tanya SIAPA NIH? wah lagi sekali akak ter"shadap" kat sitew u ols..
3. tak habis lagi pasal A***, dia tanya ada tak A*** datang KL jumpa Jie.. kalau ada pun, takkanlah Jie nak bagitahu dia kan? takkan Jie nak mencari bala.. konsep tetap KU MEMBISU..
apapun pertemuan malam itew sedikit sebanyak mengundang nostalgia lama.. dan sepanjang malam itew jugak Jie tertanya2 apa ke mana arah "kami" selepas ini..
.. semuanya kerana CBK... yesses u ols.. CBK..
CINTA BERPUTIK KEMBALI...
* matilah pasni kena kutuk *