16.8.07

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban

alkisahnyess malam semalam Jie dengan kak Deeba kau 'landing' depan tv.. Jie kalau hari Rabu memang tak lepaskan peluang menonton rancangan Bersama Mu.. so malam semalam ayo akak tersentap sangat..

episod malam semalam membawa kisah sekeluarga di felda padang piol, jerantut pahang (wah ayat karangan budak darjah 5 sangat ok!).. muls muls tengok dah sedih, mak dia (ibu kepada 5 orang anak) buta u ols.. rumah takde bekalan air bersih, elektrik apatah lagi kan.. so akak kagum dengan ibu malang itu.. walaupun cacat penglihatan tapi tetap gigih menuruni tebing dan cerun semata mata nak ambik bekalan air di sungai.. akak takut sangat tengok dia terduduk duduk tepi tanah mencangkung masa turun bukit itew uols.. kalau jatuh gi mana? *nangis*

then si produser telah menginterview anak pompuan dia yang sulung.. dah berumur 13 tahun.. yang paling menyentuh hati bilamana anak itu ditanya begini..

"Apa yang adik teringin nak makan?"

"Hmmm.. KFC" , jawab budak tu..

"Kenapa KFC?", tanya minah penerbit itew..

Nak tahu budak pompuan tu jawab apa?

"Sebab kawan ada2 cerita.. SAYA TAK PERNAH MAKAN...", dan sambil jawab dia menunduk muka ke bawah..

Oh my god.. aduh uols.. hati akak masa tu meruntun runtun.. kesiannya.. dah 13 tahun hidup tapi tak pernah rasa makan KFC..

bergenang airmata akak u ols... dan sebelum episod tamat, hajat budak pompuan itu tercapai.. mereka dibeli KFC dan barulah mereka merasa makan ayam goreng itew..

Ayo akak sampai sekarang masih terbayang raut wajah budak tu u ols.. kesiannya hidup dia.. so, pesanan akak.. kepada yang rasa ingin membantu.. bolehlah taip Tabung2, Tabung5 atau Tabung10 dan hantarkan kepada 33533 (Tabung Bersama Mu TV3)

hulurkan tangan, ringankan beban.. (sambil menyapu airmata yang masih berlinang di pipi nan berkrimkan DIOR iniew... jangan marah ha..

15.8.07

Separuh Masa

SEPARUH MASA katanya... yang penting Jie saban hari (dah dua tiga empat lima hari inizzz) asyik masyik duk ulang lagu THE LIMA itew.. akak suka dik.. very the catchy part chorus itew..

memetik kata Datin Kyra Dato' Dr. Haji Ariffin (kalau tak sebut nama penuh nanti i ols takoot kena saman) a.k.a KETUA PUTERI ABIM Cawangan Titiwangsa (matilah akak kena azan tepi telinga nanti..oops) Jie suka mengaitkan kisah hidup dengan lagu.. HARUZZZ lah temanya dik.. tajuk album tetaplah AKU DIA DAN LAGU.. dan dengan itu i ols relatekan lagu iniew untuk tatapan para peminat semua.. wah confident kan ada peminat?

SEPARUH MASA U OLS...

dulukan telah diberitahu
jangan mengganggu di hujung minggu
nanti dia akan tahu
rahsia kau dan aku

(ayo u ols, siapalah yang Jie suruh jangan mengganggu di hujung minggu itew? Ada ke? dengan siapa pulak akak berahsia nih? Matilah skandal..)

kita sudah saling setuju
berjumpa hanya bila perlu
kerana kita sudah punya teman istimewa

(siapa Qah yang bersetuju itu uols? Berjumpa bila perlu laa sangat kan.. Malazzzz.. yang penting dua dua dah ada teman istimewa? Motif akak curang? Opppsss)

ku hanyalah kekasih separuh masa
separuh lagi cinta untuk dia
janganlah meminta lebih daripada itu
ku hanyalah kekasih separuh masa
dari senin sampai jumaat saja
jangan pula kau berharap berdampingan selalu denganku

(terus keluar statement nih.. tetap sedar di mana letak diri ini.. hanya kekasih separuh masa.. so jangan nak feeling2 sangat.. tetap kalah di garisan akhir.. tapi cerita lain pulak kalau Jie every month 7 hari atau lebih dilihat setia bersama Kotex.. haruslah masih layak berlumba kan?)

jika kau tak terima kabar
bererti dia ada di sini
jangan gatal meninggal pesan
curiga dia nanti

(yesses.. rangkap iniew sesuai dipraktikkan bila i ols pulang ke kampungsss.. haruslah siapa yang sms dulu dapat dulu kan? matilah Tragedi Oktober di Ipoh Parade.. akak kantoi dik.. sapa nak jawab?)

tak perlu kata kata manja
itu sudah sering ku dengar
dari dia yang masih tidak tahu
adanya dirimu

(temanya.. pandai curang pandailah coverina kan? berani buat beranilah tanggung.. kalau dah tak mampu diselindung lagi dan perhubungan terlarang iniew diketahui oleh mana2 cik puks terus gunapakai dialog ni : "Best women win.. (wah women Qah?) lagi pun, cream SK II akak lagi mahal daripada kau punya lipstik dik.. layak ke kau nak berentap ngan akak ni dik?" (sambil terus jalan bawak handbag DIOR katanya..) ayo smash sangat kan?

kuakui ada sesuatu antara kita
tetapi ku tahu kita bukan seperti biasa

(andai M mampu mengerti bait ini..)

Oopsss.. Pec lubs sangat.. DAH KEMBALI KE?

8.8.07

cerita hari ini

malam tadi..
lepas ofis, Jie bergegas ke Bangsar, nak lepak2 then terus dinner dengan kawan2 ofis.. so tahu2 aje la kan, bila dah start melepakkan diri itew teruslah lupa diri sekejap.. tajuk album tetaplah BILA LARUT MALAM baru nak balik rumah.. sampai rumah terus mandi, makan ubat, terus terlentang atas katil..

alkisahnya Jie akan pastikan alarm ON setiap malam sebelum cik tid.. so Jie yakin dah set alarm nak bangun esok jam 6.35am katanya... so bila dah set alarm apalagi kan.. dengan confident terus INDAH LELAPKU..

pagi tadi..
Jie sedar masa azan Subuh.. tapi tak la bangun lagi kan.. tunggu alarm bunyi katanya.. so sambung cik tid balik laah.. antukzzz.. sampailah Jie tibe tibe terkujat celik mata.. tup tup pasai apa hari dah cerah ni? OMG uols.. dah 7.35am.. terus Jie capai alarm Jie tu, check balik pukul berapa.. mana tau kut mata kero pagi - pagi ni kan?

yang terjadi..
Yarabbi u ols, sah sah dah pukul 7.35am okizzz.. ghupa ghupanya semalam masa akak set alarm itew sudah tersalah set..memang la set pukul 6.35.. tapi 6.35PM.. sapa nak jawab? patut lah tak berbunyi alarm akak.. salah timing u ols.. so dengan menggunapakai pepatah lama, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang alang mandi biar mandi wajib terus.. wah tibe tibe.. i ols pun terus sms bos.. dengan pantas terus type sms iniew..

"Bos, morning, hari ni i lambat sikit"

dan akak pun terus tarik selimut balik dan pejam MATA HATI JIWA sampailah ke pukul 8.20am.. dan hari ni i ols muncul di ofis 9.35 u ols..biadap tak?

7.8.07

petang ini.. 7.8.07


wah wah TEEP... akak masih ada peminat ke? mana tau nih? *hiks

".. i'm sorry for blaming you..for everything.. you just couldnt do.. and i hurt myself.. by hurting you.. "


wah tibe2 kak G perform lagu HURT boleh? matilah ashik nyanyi lagu orang!! apapun, tima kasih la TEEP.. sudi jugak dia menjenguk blog akak yang sunyi sepi ini.. tajuk album tetaplah SEPI SEKUNTUM BUNGA KEKWA ** wah matilah tiada kena mengena langsung..

yang penting, minggu lepas sejak balik dari KOTA SINGA i ols tak berapa sihat sangat.. DEMAM CANDY katanya.. yelah tak biasa tidur dalam aircond, kena hujan pulak, lepas tu tak sedar diri batuk duk pulun minum ais.. tambah pulak isap rokok macam naga harus lah jawapan nya SAKIT kan?

Jie sempat kerej 3 hari sajo last week, khamis dengan jumaat i ols diiktiraf sakit oleh KLINIK SUPPAIYAH (wah di mana Qah klinik itew tatau? *matilah tiada dalam direktori.. hiks) dalam pada sakit itew Jie gagahkan jua balik rums Pak Zain dan Mak Jah.. Jie kalau sakit tak betah duduk KL.. kena balik kampung jugak.. so Jie habis kan weekend nan lalu di atas katil (sangatlah kan) di Ipoh itew..

Alkisahnya bila malam Sabtu menjelmakan diri Jie pun mulalah dijangkiti sindrom gatal - gatal kulit kan? wah di kala bulan mengambang ke? hiks.. so jari jemari nih mula lah sms mengajak siapa2 yang available untuk berjumpa kan..

mula2 akal Jie nak sms S... ajak cik jumps.. tapi dia dinch reply u ols.. takpe.. Jie siap macam biasa.. mandi make up lite lite then keluar.. pas tu dalam kereta Jie sms Z pulak.. ajak pegi dating minum2.. tup tup tak sampai seminit dia dah balas.. on saja laa kan?

elok selepas Jie membuat perjanjian berdarah dengan Z, S pulak reply sms Jie.. cakap ok, bolehla jumpa.. ayo.. teruslah tajuk album SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT kan? takkan Jie nak keluar dengan Z lepas tu gagah nak jumpa S pulak? Tidak upaya laa kan?

so Jie reply sms S.. Jie tipu dia Jie tak jadi keluar.. Jie tak cihat kononnya.. nak duduk di rums sajo.. ayo BERDOSA sangat taw.. jangan laaa sampai S tahu... tapi kan u ols, kalau dia tahu pun, HANS ISAAC ke dia itew? akak ni ERRA FAZIRA ke pun? si Z pulak taraf ENGKU EMRAN Qah?

laarikkkkkkk dulu.......