alkisahnya jumaat lepas, Jie balik umah Pak Zain di Ipoh sinun... Mak Jah beriya suruh anaknya iniew balik bawak auntie Jie, sebabnya Opah Jie yang kini tak berapa sihat rindu sangat nak jumpa auntie Jie itew.. so iye laaaah sajo kan..
habis sajo kerej, Jie singgah Setapak dulu hambik auntie Jie, kul 8.35pm baru nak masuk tol Sg Buloh.. tahu tahu aje la, dah malam kan, akak pun memulakan aksi REMP-ITS laa jawabnya di atas highway itew.. tup tup bila dah sampai area Lembah Beringin jalan jammed u ols! Binatang kan?
Nasib baik sampai Tg. Malim jalan dah clear balik.. sampai laaah ke tanah kelahiran Jie di Lost World itew tepat pukul 11.00 malam.. mandi, makan, sempat hantar sms kat "S" (wah siapakah yang berinitialkan "S" itew? Uuuu...uuu.. secret.. then terus terlelap.. zzzz...
Esoknya, dalam pukul 4.30 pm, barulah "S" reply text message Jie.. wah dia free malam ni... Hukumnya Haruzzzzz la kan? Hiks..
Setelah berjanji bagai, we ols agreed nak jumpa malam ni.. pukul 10.00 malam katanya.. wah akak start daripada lepas Isyak lagi dah standby.. tak sempat nak touch up2 pun.. barang2 ajaib semua tertinggal kan umah KL.. so tajuk album tetaplah WAJAHKU TANPA LAPISAN BEDAK MAC.. wah boleh? hiks..
Jangan kata compact powder, lip gloss akak pun tak bawak balik, boleh? Confident je laa.. so, pukul 9.35pm Jie nak keluar rumah, janji nak jumpa S kat Movenpeak Restaurant pukul 10pm kan? masa on the way tu rasa berdebar sangat... yelah dah dekat setahun tak jumpa dia.. rindu jangan cakaplah.. very de rindu rinduan jadi kenang kenangan kumpulan scoin sangat okies..
iklan: suka suka Jie sajo nak buat iklan kan? hahaha.. takde, ni nak bagitau kat hangpa semua nih, siapakah "S" yang Jie maksudkan itew.. yelah karang Jie duk cerita sampai pagi esok tup tup tatau pulak siapakah gerangan "S" kan? ni dia nak habaq mai...
S..first love Jie start daripada Form 4 lagi.. kiranya S laa chenta pertama Jie, nyawa Jie, pendek kata dengan S laa Jie tempuhi dugaan2 berchenta, pahit manis, suka duka, tawa tangis sendu sedan, semualah.. selama kami berkawan, tak kurang 4 kali Jie mintak "break".. Tapi, kalau namanya cinta pertama, ayo, susah u ols.. membawa ke mati rasanya..
Alhamdulilah, walaupun kami asyik on off2 macam tu tapi dalam hati masing2 tahu bahawa antara kami saling memerlukan.. gaduhlah sedashyat mana pun, merajuklah sepanjang mana pun, tahu tahu satu ketika kami boleh keluar bersama dan have fun balik... pelik kan?
so, berbalik kepada cerita ngedate Jie itew, off course lah bila tiba kat tempat yang dijanjikan Jie sampai dulu kan? tajuk album tetap DEMI WAKTU.. hiks.. yang penting, Jie tetap tak turun daripada kereta lagi, berdebar ni.. tup tup sepuluh minit lepas tu S muncul tepi kereta Jie.. Jie tak perasan masa tu.. tiba tiba si dia dah ketuk cermin tingkap akak dik.. harus laah akak terperanjat kan?
segala yang berlaku malam itew menjadi KENANGAN TERINDAH sangat.. Bila Jie bersama dia, Jie rasa happy, tenang, masa tu Jie langsung terlupa terus kat I.. mahupun kat A, R, M, semualah.. DW pun masa tu dah tiada tempat dalam HATI NAN RAPUH Jie iniew.. wah..
lepas we ols dinner sekali, Jie ajak dia pusing2 town naik kereta Jie.. wah masa itew ibarat ada pesta bunga api dalam hati Jie..
macam2 yang we ols borakkan, sempat singgah MCD drive thru lagi lepas tu.. makan sundae coklat tengah2 malam buta.. yelah uols.. konsep CINTA ITEW BUTA sangat kan? padahal tak sedar diri batuk nih tapi tetap gigih menyuapkan aiskrim gitew..
sampailah dekat pukul 2 pagi, dia mintak diri, esok nak kerja katanya.. akak pun tetaplah emo sikit masa nak berpisah jua itew.. sedih.. Jie sebak masa salam tangan dia..
dan sehinggalah ke detik ini, kami tak putus2 berSMS.. yang paling manis bila Jie mengadu kat dia yang Jie rindu sangat kat dia dan Jie tak henti henti teringat kat dia sejak malam itew.. dan nak tahu dia balas apa?
"saya pun ingat kat awak jugak.. nanti kita jumpa lagi k.."Ayo.... tiba tiba Jie feeling ada salur peranakan nih!!! Laaarrrikkkkkkkkkk...