29.8.06

Posting berEMOSI....

Jumaat nan satu itew…

5.45 pm
Hari hujan okay… terus rasa nak nyanyi “ hujan yang berguguran…seakan memahami kedukaan… melanda ke jiwaku yang pasrah pada kesetiaan…” wah tiba – tiba “kasih ku pertahankan”.. Voleh?

Kak jie baru nak kuar ofis. Nasib baik bawak payung yer saudara, kalau tidak kebasahan u ols… kelam kabut nak balik rums sebabs nyess….

satu: nak elak dari traffic jam katanya ;
dua: kak deeba ajak kak jie pegi 1- Utama, nak jumpe sapa tatau?

YESSESS jimmy… walaupon "huj lebs" tapi tetap gigih nih berenti beli kuih dan muih lite2 uols di depan rums itew, karipap sardin, karipap ayam, tepung pelita segalllaa… dan tak dilupakan tetaplah kak deeba membeli nasi gorengs u ols… * oops *

Naik je rums, terus kak jie bancuh ayaq tey… sebut betul2… ayaq tey… bukan “kupi” okay..
* matilah makkk… makan u ols.. kak jie lapaq… tadi lunch makan kek sajo…


7.35 pm
Dah mandiana… siap2 lite2 sajo… tapi tetaplah kak jie gigih nak jugak pakai contact lens warna kelabu u ols… over tak kak jie? hiks
Terus kuar, 8.20pm kak jie dah siap park kerets kat 1-Utama… kelas tak kak jie bawak kerets? * matilah kak jie pun REMP-its…

Photobucket - Video and Image Hosting


Kak jie plan ala2 nak jugak la jugak shopping lite2 kat situ u ols tapi takde benda yang berkenan pulak… nak beli jam (mind you, kak jie giler jam…) ala2 mahal la pulak jam yang kak jie berkenan itew.. last2 tak dapat nak beli apa pun u ols.. Cuma sempat lari beli toiletries sajo kat Watson sebelum kawan kitaorang sampai…

Ayo… siapa Qah itew? * Bak kata kak misya… dinch hui… au yong… tepati…
* hiks…

bila dah semua yang ado itew sampai teruslah masing2 kelaparansss… terus cari port nak makan.. sambil sembang dan isrok… kak jie senyap sajo.. ** pasai apa tatau?
At last we ols masuk dalam SEED CAFÉ… sebab kak deeba dah malas jalan (hm, sebenarnya kak deeba sudah mengantuks u ols…) dan kat dalam tu boleh isrok… kak jie setuju sajork…

Kak jie order chicken chop…nampak sedap (memang sedap pun…) tapi kak jie takde selera nak makan u ols.. AWAT NYA? Hmm… pasai apa tatau?


Photobucket - Video and Image Hosting

* nak pose jugak ke dik? habislah akak dah moody...


10.45 pm
dah nak baliks dah…. Kak jie rasa sedey & tension sangat keluar malam ni… tak ikut kak deeba pun takpe… balik je dari 1-Utama tu, sebab kak jie masih lapar dan sebab nak teman kak misya makan, kak jie sempat bantai roti telur uols…

bila pikir2 balik… AKAK BENCIIIIII!!!!!!!! * motif tiba2 nak VENCI?

1. kak jie benci dia sebab dia tak beli apa2 kat kak jie masa dia pegi outstation baru2 nih.. padahal kalau dia belikan kak jie key chain tepi jalan pun takpe.. kak jie tetap ambik & happy ok!

2. kak jie benci dia sebab tak penah nak call ajak kuar makan ke hapa ke, balik2 kita yang terhegeh2 call dia…

3. kak jie benci dia sebab malam tu dia asyik cerita pasai bos dia sekarang… hello, bos u sekarang ni ialah I punya ex bos okay…so?

4. kak jie benci dia sebab malam itew dia panggil kak jie “KAU”? oh my god! tak pernah2 dia panggil kak jie “KAU” ok! * nangis *

5. kak jie benci dia sebab dia of course akan lupa nak wish masa tiba birthday kak jie nanti… padahal kak jie tak pernah lupa langsung birthday dia…TIAP2 TAHUN OKAY… in fact anniversary dia pun kak jie ingat TAU! * matilah pengakuan paling jujur kak jie


tapi yang paling kak jie benci yaamatssss sekarang nih…. APASAL KAK JIE TIBA2 EMO TAK TENTU PASAL NIH? * matilah virus kak emo sedang menular di TH!

nota kaki: kalau lah “dia” terbaca apa yang kak jie tulis kat atas tuh, kak jie mintak ampun & maaf awal2, sebab kak jie terOVER masa posting entry nih… ibarat temanya… POSTING BEREMOSI…. * matilah buku Catatan Duka Ina Kulai!

28.8.06

Dengar Ini Cerita....

Hari ni kak jie nak buat entry “past tense” katanya*matilah grammar steward MAS…sapa tatau?hiks **


Masa tu tahun 2005 rasanya…kul 8 malam kak jie masih kat ofis.. dah nak balik tapi tunggu kak mis (officemate kak jie dulu u ols…) settle kan keje dia… sementara tunggu dia tu, kak jie pun duk la bersembang dalam bilik sambil isap rokok… wah, boleh ni dalam ofis isap rokok? Selalu la jugak kena sound dengan pompuan2 kat ofis ni… diorang kata mana boleh isap rokok dalam ofis.. tapi peduliks sajo..

Alkisah sementara nak tunggu kak mis itew, lagi sorang ofismate kak jie ni call… nak mintak tolong katanya… apa Qah itew? Rupa2 nye dia tertinggal satu dokumen penting atas meja dia u ols, so dia mintak kak jie ambik & tolong hantar benda tu kat umah dia kat area ampang itew..

Mula2 kak jie malaszzz…letih u ols.. dengan jalan jammed nya, dengan hujan nya… azabb… kalau sorang2 confirm kak jie tak pegi, nasib baik la kak mis ada teman kak jie..so kak jie gigih juga la dalam hujan2 tu pegi ampang ni… plan nya lepas anta dokumen itew kita orang nak gi makan…

So kitaorang janji nak jumpe kat area taman kosas… sampai je kat sana, kawan kak jie tu tengah tunggu bini dia dalam klinik, so dia pun ajak kak jie pi makan dulu.. kak jie kata tak kisah, kat mana2 pun boleh.. so dia bawak kak jie pi pekena nasi lemak marvelous itew… katanya sangatlah famous amous di area ampang itew u ols…

Bila dah park kereta, member kak jie & kak mis ni masuk kedai nasi lemak tu dulu, kak jie pulak seperti biasalah, tengok majalah kat kedai mamak sebelah itew… baru nak belek2 majalah TIBA - TIBA…

KAK MIS berlari meluru keluar dan tarik tangan kak jie suruh masuk kedai nasi lemak tu cepat... katanya seseorang yang kak jie minat ada dalam kedai tu uols…sapa pulak ni kata kak jie dalam hati.. kak jie mula2 macam tak percaya aje.. tapi dalam tak percaya tu kak jie gigih jugak berlari2 anak ke kedai sebelah… *matilah larian obor fiesta media idola...

Bila dah masuk kedai tu kak jie pandang jugak kiri kanan… mana dia tatau? Pastu kak jie terus la duduk… nak cover la konon nya sebab tadi duk lari2 masuk macam orang gila... bila kak jie duduk saja terus ZASSSSSSSSSS...
oh my godd!!! ZIZAN NIN tengah senyum kat kak jie.... *akak fengsan serta merta u ols

Photobucket - Video and Image Hosting


bukan zizan kelang okkkk!!! hiks.. *matilah kena smash ngn kak sya

ayo... malu nyer kak jie... tak tahu nak letak muka kat mana dah u ols.. mesti dia perasan tadi yang kak jie duk lari2 pastu mata ke hulu hilir tengok orang kiri kanan... masa tu pulak kak mis duk kenen2 kak jie sambil senyum2... macam kimak sangat tau!

kak jie punya berdebar masa tu jangan cakap la.. yelah u ols, kak jie ni memang minat kat dia... penah sekali tu kak jie cakap kat kak mis... kalau la kak jie jumpe zizan ni face to face mesti kak jie pengsan... nak jadikan cerita, tu ha... dah jumpe depan mata... tak pengsan pun kak jie? *matilah skrip over acting sikit.....

masa tu zizan pakai baju kelabu + jeans... kalau biasa tengok dia kat tv nampak dia kulit dia kuning langsat tapi bila kak jie jumpa dia real life kak jie perasan yang dia ni sawo matang sebenarnya... tak la rendah sangat, biasa sajo.. tapi kurus... satu lagi, ha, hidung dia sangat mancung okay... pendek kata... kak jie terkesima u ols... cute nye dia... *kak jie pura2 pengsan kali ke-2

kak jie masa tu nak sangat approach zizan, konon2 nak ambik gambar dengan dia laa.. tapi kak jie mengalami nervous yang terlampau u ols... so angan2 nak ambik gambar tu nan ado la sudahnya... kawan2 kak jie yang lain semua dah start makan nih, kak jie sorang2 je yang terkulat2 macam orang tak betul kat kedai makan tu.. ala2 jadi patung cendana pulak sambil pose2 malu tapi mahu gitew...

15 minit pastu zizan pun bangun, dia nak beredar dah... kak jie pun ala2 nak bangun jugak ikut dia... sudah! takde maknanya... tipu la kan kalau kak jie pun bangun ikut dia balik... kak jie cuma pandang aje... terlepas satu peluang u ols... lepas aje dia blah baru kak jie boleh bernafas dengan betul u ols.. tadi macam tak cukup oksigen jer...

"ha, kata nak pengsan? tak nampak pengsan pun? nak berangan sajjaaaa... " kak mis dah bersuara u ols... pastu dia bantai ketawa kuat2... ayo, malunya kak jie u ols!!!

"dah, cepat2 bayar... nak balik la, penat.... "

sebenarnya kak jie nak cepat2 balik, nak mandi pastu baring2 sambil berangan u ols....


Photobucket - Video and Image Hosting

* matilah kak jie kalau hari2 dia senyum macam ni...

HENSEM TAK U OLS? rasain.. **

TASTY tak? anyway, tu baru cerita part 1... part 2 akan menyusul nanti... kisah kak jie yang kelam kabutz yaamats bile terserempak ngn zizan kat klcc...maluzzz uols... apa2 pun tunggu okay... muah2... daaa...

25.8.06

Charmed & Dangerous with Kak Jie


CEPAT!!! MANA BUKU? Kak jie nak cast spell......!

Photobucket - Video and Image Hosting

* terus bukak "Book of Shadows" katanya.... rasainnn!!

" I am light, I am one too strong to fight

Return to the dark where shadow dwell,

You cannot have this Halliwell

Go away and leave my sight

And take with you this endless night "

ha... hambek! kak jie di dalam emosi nih u ols semua... tu yang duk berangan jadi The Charmed Ones tu... semuanya gara2 bos kak jie yang telah memanggil jin dalam badan kak jie nih keluar NAIK STAGE?!! ... SAPA SURUH, KAN?

alkisahnya kak jie dah arrange 2 meeting dengan Consultants u ols... satu meeting ittew hari Rabu, pukul 4 petang, lagi satu pulak hari ni (Jumaat) pukul 11 pagi. Nak jadikan cerita meeting yang kak jie organize tu turut menjemput CEO kak jie... so kak jie pun dah confirm lah dengan secretary dia... TUP TUP dah nak dekat pukul 11, sorang Consultants pun NAN ADO muncul... kak jie dah seram dah... takkan kak jie salah arrange kut? *pengsan....

kak jie pun terus gigih nih call Consultants... telefon ofis diorang, kak jie dah naik suara ni bila diorang tu still ada lagi kat ofis diorang, ayo... dalam pukul berapa la pulak karang nak sampai tu? sekali kak jie terkasima bila Consultants tu cakap "Your boss dah tukar meeting hari ni dari kul 11 ke pukul 4... dalam hati kak jie takkan la... semalam masa kak jie cakap dengan dia (bos kak jie) still meeting tu on pukul 11... so kak jie kata, takpe, datang sekarang, meeting tu tetap on pukul 11. ** cepatsss...

kak jie call Consultants lagi sorang pulak. Dia tengah meeting u ols. Kata secretary dia, meeting dia ngn bos & CEO kak jie hari ni pukul 4, bukan pukul 11... aiyo.... bila kak jie bagitahu kak bos kak jie, dia buat selamba ajer... pastu dia kata meeting tu tetap on pukul 11. Call aje diorang, suruh datang... kalau tak boleh datang pukul 11, suruh diorang datang pukul 4... *aiyo, sesenang ittew Qah?

kak jie pun terus check dengan Secretary CEO kak jie ittew, petang ni CEO kak jie dah ada 2 meeting lain, so tak boleh kacau time dia... pastu kak jie explain laa kat dia, sori sangat2, kak jie baru dapat information yang bos kak jie ada bagitahu Consultants masa meeting petang Rabu lepas yang meeting hari ni tukar pukul 4... dia kata takpe, kalau penting, dia nak cancel meeting yang dia dah arrange untuk bos dia (CE O ittew) dan dia pun ikut kak jie mengadap bos kak jie...nak confirmation dengan bos kak jie... karang cancel situ sana sini tak confirm pun susah jugak kan?

bila sampai kat bilik bos kak jie, secretary CEO tu nampak la kat white board kak jie (yang tercatat jadual meeting untuk bos kak jie kat belakang tempat kak jie) memang kak jie dah tulis meeting kul 11.. ha, tu meeting tulis pukul 11 kenapa pukul 4 pulak katanya? kak jie diam sajork....

bos kak jie dengar, pastu bos kak jie keluar dari bilik dan bagi sebiji kat kak jie... "HA, MANA I TAHU, U DIA (sambil tunjuk kak jie) YANG ARRANGE?

**terus berdentum... ibarat menyeru jin tanah muncul ambik award katanya!

dalam hati kak jie... YELAH, AKU DAH ELOK2 ARRANGE MEETING KUL 11, YANG KAU GATAL2 CAKAP DALAM MEETING LEPAS YANG MEETING HARI NI TU TUKAR PUKUL 4 SESUKA HATI KAU TU, KENAPA? TAK KISAH LA NAK TUKAR PUKUL BERAPA SEKALIPUN, AT LEAST BAGITAHU... KAN SENANG? HABIS TU AKU NAK CAKAP APA DENGAN CEO ITTEW?

** terus kak jie berangan nak buat camnie kat dia u ols..


Photobucket - Video and Image Hosting

** tak pun kak jie kau nih nak buat camnie pulak kat dia... ala2 santau angin katanya!

Photobucket - Video and Image Hosting

tapi bila pikir2 balik... kak jie akuts u ols..... nak tahu sebab hapa?

NI DIA MAI DAH!!!

Photobucket - Video and Image Hosting

KAK JIE akuts kena serang dengan L.L. di rumah ittew u ols!!! sapa tatau**?

** kak jie lariikk dulu naaa....

24.8.06

LIVE from TAIPING!!

Photobucket - Video and Image Hosting


helo malaysia helo brunei... (wah ada ke visitor brunei nih?) veranngsss sajo*


kembali bersiaran bersama kak jie... yang dibawakan secara live dari perkarangan Kampung Bukit Bertam (poskod 34500) * ayo... matilah kampung sapa tatau?

wah kak jie baru je buat posting semalam, tapi dah ada 2 comments katanya... thanks to kak misya dan juga kawan kak jie ya ittew borzack wah wah, bukan main puji ayaq teh o kak jie iyer? nak rasa datang la rums kak jie di shah alam ittew...

Photobucket - Video and Image Hosting

"aku pun rasa qhasa ayaq "tey" hang jie ooii... buleh dak?"


** aiyo kak jie akutss...


... er... pakcik, boleh, takde masalah... tapi jie buat ayaq "teh" o... kalau pakcik nak ayaq "tey" atau "kupi", jie tak buat... tapi kak deeba boleh buatkan untuk pakcik.... *ampun makcik SS di gombak.... anyway, happy belated bday... muah...


kak jie kau ni gitulah... suka bergurau senda... * oops... kak jie kau ni kalau orang datang umah acara wajib ialah buat air.. mak kak jie (yang nun jauh di perak ittew) dah ajaq dan pesan kat kak jie... kalau ada orang datang umah, buatkan minuman... tak manis kalau orang datang umah kita tapi kita tak sediakan ayaq minum... ibaratnya kalau kita tak sediakan minuman, kita macam tak suka orang tu datang umah kita...


so setiap kali kawan2 kak jie datang umah, kak jie buat ayaq teh... paling2 tidak pun teh o.. kalau time kak jie terlebih rajin tu, kak jie bancuh teh tarik... sedap tau u ols... kecuq liuq kak jie sebut2 teh tarik ni... my favorite gittew...
cukup cerita pasal ayaq teh ; kita sembang pasai cawan-cawan pulak... *habislah kena carut pasni!

Photobucket - Video and Image Hosting

CAWAN SAPA NIH? PI BASUH CEPATTTT!!!!

alkisahnya cawan2 yang ada kat umah kak jie tu cawan starbucks okayyyy... *pengakuan sangat....haha

kak jie kau ni, kalau balik rumah je, perkara pertama yang kak jie buat ialah kemas dapur... bila dapur dah kemas barulah kak jie nak mandi ke, lepak ke, apa sajalah....

yang nak dijadikan cerita tu, umah kak jie memang banyak cawan... tapi penghuni nya ada 3 orang sajo.. yang pelik nya kadang2 dalam sinki ittew ada lebih daripada 4 cawan yang tak berbasuh... MOTIF? SAPA PUNYA TATAU?

kak jie tak nak cakap sapa punya cawan... tunggu aje bila ada orang comment nanti... oops... sebelum balik kl kak jie nak singgah beli buah tangan kat KAK CIK... kak jie tahu, KAK CIK suka sangat makan buah ni.... u ols nak tahu tak buah hapa? scroll ke bawah....









Photobucket - Video and Image Hosting

** YESSES... BUAH RAMBAI U OLS!!!! DAAA.........

23.8.06

Jie... Satu Prelude...

haiyo o uls... dari sehari ke sehari kak jie berazam nak update blog kak jie nih... tapi dah dekat 5 hari nih nan ado juga u ols... kali ni baru kak jie berpeluang nak taip something...which is my first time writing in my own blog... diulang... my own blog... kau hado? *mattilaaah feeling lebeh...... merasa jugak kak jie berblog2 katanya....

hm, selama ni kak jie just menyibuk2 menulis sebab kak deeba sibuk suruh contribute untuk blog dia... tu yang muncul 2 entry bergambar kak jie ittew... tapi kali ni, blog sendiri katanya...
*pengsan*


Photobucket - Video and Image Hosting
** bukan gambar sebenar

kak jie takut sebenarnya... bila dah ada blog sendiri ni kak jie rasa risau aje... sebab apa kak jie risau? sebab kak jie takut kak jie tak dapat nak commit sepenuhnya kat blog kak jie... kak jie taknak la hangat2 taik lembu je u ols... kata orang, alang2 nak naik stage, biar sampai 10 lagu uols... * kekwat nih...

tapi kak jie akan cuba jugak update sedaya mungkin... kak jie kau ni gittew lah... kadang2 dah siap entry nak di post... dan2 tu pulak kak jie delete... rasa cam tak seswai la, tak menarikla, tak kelakar la... segala bendalah... dah tu nan ado lah posting nyer...

tapi takpe, tunggu kemunculan kak jie... yang pasti... kak jie akan all out okay u ols semua... sabariinnn!!!

Photobucket - Video and Image Hosting

* sumpah akak tak tahu kak misya buat apa di kelang... motif ?

** matilaahhhh kak jie..... larrrikkkkkkkkkk....